Solat
itu wajib, tidak kira dimana dan apa juga keadaan, ia wajib dilakukan.
Di sini lusuh akan fokuskan pada cara bersolat untuk meraka yang gemar
'outing' yang kadangkala mengembara beratus batu untuk mendaki gunung ,
pergi mandi-manda bersama rakan atau keluarga dan sebagainya. Di waktu
itu kita dikenali sebagai musafir.
Apabila anda telah menjadi musafir, anda boleh mengqasar (memendekan) solat dari empat rakaat kepada dua sahaja:
"Firman Allah (terjemahan): "Dan apabila kamu bersafar, mata tidak ada dosa atas kamu, mengqasarkan solat".(An-Nisa ayat 101).
Syarat dibolehkan qasar itu apabila:
1-Perjalan melebihi 2 marhala persamaan dengan 16 farsah atau 80 kilometer
(pendapat ulamak)
2-Jarak yang paling dekat ialah 3 batu atau farsah berdasar hadis berikut:
"diriwayatkan
oleh Ahmad,Abu daud,Al-Baihaqy dari Yahya ibn Yazid, Ujarnya: "saya
bertanya kepada Anas ibn Malik r.a. tentang qasar solat, maka anas
menjawap:(terjemahan)
"Adalah Nabi SAW. apabila pergi 3 mil atau fasakh, niscaya beliau bersolat dua rakaat".(menqasar solat).
3.-Perjalanan bukan untuk bermaksiat
Apabila didalam program itu, kita kadangkala terikat dengan masa. Oleh itu islam memudahkan lagi umatnya dengan memboleh melakukan solat jamak (memgumpulkan dua waktu solat); yang dinamakan jamak takdim dan jamak Takhir.
Jamak takdim-contoh melakukan solat asar pada waktu zohor; bermakna lakukan solat zohor dua rakaat dan salam, kemudian melakukan pula solat asar dua rakaat dan salam.
Jamak Takhir-contoh melakukan solat zohor diwaktu solat asar;bermakna melakukan solat zohor dua rakaat dan salam dahulu diwaktu asar, kemudian melakukan pula solat asar dua rakaat dan salam.
Berapa lamakah solat jamak ini boleh dilakukan? itulah persoalan yang sering diterima. Ulamak bercanggah pendapat tentang ini. Ada yang mengatakan kurang dari 3@4 hari dan ada mengatakan selamanya selagi musafir. Penyelesaiyan kita ikut cara nabi dan sahabat lihat hadis dibawah:
Diterangkan oleh Al-Bukhari dari ibnu Abbas ujarnya:(terjemahan)
"Nabi
SAW bermukim disebahagian safarnya sembilan belas hari, bersolat
dua-dua rakaat; maka kami apabila bermukim sembilan belas hari, kami
solat dua rakaat. Jika lebih dari itu, kami sempurnakan."
kata hafash ibnu Ubaidillah:"Anas ibn Malik tinggal di Syam dua tahun, memgerjakan solat safar."
Setelah dinyatakan secara terperinci tengtang solat qasar dan jamak; lihat pula bagaimana nak mempraktikan di dalam kegiatan rekreasi anda:
Bagaimana cara nak solat:
1. Jika sudah masuk waktu solat , berehat dan berniatlah untuk qasar atau menjamakan solat.
2.Berwuduk samada dengan air atau bertayamun sahaja (jika tiada air atau air terhad)
3.Cari arah kiblat guna kompas atau apa saja
4.Pakailah pakaian "treking" yang anda pakai tu, tidak payah tukar selagi tidak nampak jelas najis atau bau najis pada pakaian anda.(jangan was-was pasal peluh, tanah ,lumpuh atau apa saja itu tidak najis). Bagi lelaki yang pakai seluar contoh 'tide', atau apa saja, asalkan lebih lutut dah boleh sembahyang.
5.Untuk wanita pula,pakailah pakaian "treking" yang anda pakai tu, tidak payah tukar selagi tidak nampak jelas najis atau bau najis pada pakayan anda.(jangan was-was pasal peluh, tanah ,lumpuh atau apa saja itu tidak najis).
pakailah
tudung yang ada;Jika baju lengan pendek, tutuplah dengan telekung, jika
tiada, gunakan sarung tangan panjang kemudian gunakan sarung tangan
untuk tutup tangan jari-jemari (guna stokin pun boleh). Untuk kaki pula
gunakan setokin kemudian solatlah.
6.Jika nak solat, ramai orang lalu lalang dihadapan anda, jadi letaklah 'sutrah', berupa beg anda, sepatu,kayu atau apa saja. Jika ada 'sutrah' dihadapan anda maka solatlah,jangan risau orang yang lalu lalang dihadapan anda.
Contoh di gambar. Menggunakan kerusi sebagai 'sutrah'
nota:
-Jika
anda tidak mempunyai baju yang bersih (bersih dari najis-berlaku
didalam darurat sahaja), atau anda malas untuk tukar pakaian (sedangkan
anda tahu ia ada najis), maka solat sahaja, ia sah. Walaupun syarat
solat itu 'suci dari hadas besar dan kecil','suci badan,pakaian dan tempat untuk bersolat Ulamak bercangah pendapat mengenainya, ada yang mengatakan ia adalah wajib, dan ada mengatakan ia sunat. Pendapat
yang benar ialah: membersihkan diri, tempat dan pakaian dari najis
adalah"wajib", tetapi ia bukan syarat sahnya solat. Ini bermakna jika
seseorang itu bersolat, dengan dirinya ada najis dan tidak membersihkan
diri, maka bererti ia meninggalan suatu yang 'wajib,' tetapi solatnya
tetap sah.(jika mahu maklumat lanjut, refer buku 'Pedoman Solat' keluaran Thinkers Library)
-jika pakaian anda kotor akibat darah kerana gigitan pacat atau luka, usah risau solat sahaja, kerana darah itu tidak najis melainkan darah haid dan nifas.
Mengenal Najis oleh Abu Ubaidah Al Atsari Berikut ini kami uraikan beberapa barang yang dianggap oleh sebagian kaum muslimin termasuk kategori najis padahal tidak demikian.Darah selain darah haidh. Barangsiapa yang menyamakan antara hukum darah haidhdengan darah lainnya, seperti darah manusia atau darah binatang, maka diatelah jatuh dalam kesalahan yang fatal. Hal ini dikarenakan dalil berikut:a) Dalil pertama:Asal segala sesuatu adalah suci, tidak boleh dipalingkan kecuali dengan dalilyang kuat. Padahal tidak ada satu dalilpun yang menyatakan bahwa seluruh darahadalah najis.b) Dalil kedua:Kisah seorang sahabat Anshor yang dipanah oleh orang musyrik dengan tiga panahketika dia sedang menjalankan ibadah shalat, sahabat tersebut tetap meneruskanshalatnya padahal darah mengalir dan membasahi tubuhnya. Kejadian tersebutterjadi pada perang Dzat Riqo'. 28Zhohir hadits ini, bahwasanya Nabi mengetahui kejadian tersebut. Sebab, amatmustahil sekali Nabi tidak mengetahui kejadian tersebut. Kalau memang benardemikian adanya, maka ini termasuk taqrir (persetujuan) Nabi. Seandainya darahitu najis dan membatalkan shalat, tentu Nabi tidak akan menunda penjelasan.Dan seandainya toh memang Nabi tidak mengetahui kejadian tersebut, tetapimungkinkah Allah tidak mengetahuinya?c) Dalil ketiga:Dari Muhammad bin Sirin dari Yahya bin Al-Jazzar berkata, Ibnu Mas'ud pernahshalat sedangkan di perutnya terdapat kotoran dan darah domba yangdisembelihnya, dan beliau tidak berwudhu' lagi. 29d) Dalil keempat:Hasan Basri berkata, "Kaum muslimin senantiasa shalat dengan luka-lukamereka." 30Kesimpulannya, Imam Syaukani berkata, Apabila masalah ini telah jelas bagianda, maka anda dapat mengetahui bahwa kaidah hukum asal darah adalah suci.Karena tidak ada dalil yang kuat untuk menajiskannya. 3128HR. Bukhari secara mu'allaq (1/375). Al-Ha_dz berkata, Dan diriwayatkanAhmad, Abu Dawud, Daruqutni dan dishahihkan Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban danAl-Hakim.29Diriwayatkan Abdur Rozaq dalam Al-Mushannaf (1/125); Ibnu Abi Syaibah(1/392); Thabrani dalam Mu'jamul Kabir (9/284) dengan sanad yang shahiih.Lihat Silsilah Ahadits Shahihah juz 1 hal. 605-608 dan Tamamul Minnah hal.51-52 karya Al-Albani.30Diriwayatkan Bukhari dalam Shahihnya secara mu'allaq.31Sailul Jarar (1/44)sumber:2.http://cahayasunnah.wordpress.com
7.Anda boleh secara jemaah atau sendirian (terbaik adalah berjemaah). Boleh lakukan secara berdiri atau duduk.
Persoalan memgenai mengqadar solat dan solat menghormati waktu:
Sebelum lusuh teruskan penulisan, kita lihat dulu tentang bidaah untuk lebih memahami akan apa yang lusuh akan tulis nanti:
HUKUM BID’AH DALAM AD-DIEN (amalan beribadat kepada Allah)
Segala bentuk bid’ah dalam Ad-Dien hukumnya adalah haram dan sesat, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam
“Artinya
: Janganlah kamu sekalian mengada-adakan urusan-urusan yang baru,
karena sesungguhnya mengadakan hal yang baru adalah bid’ah, dan setiap
bid’ah adalah sesat”. [Hadits Riwayat Abdu Daud, dan At-Tirmidzi ; hadits hasan shahih].
Dan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam
“Artinya : Barangsiapa mengadakan hal yang baru yang bukan dari kami maka perbuatannya tertolak”.
Dan dalam riwayat lain disebutkan :
“Artinya : Barangsiapa beramal suatu amalan yang tidak didasari oleh urusan kami maka amalannya tertolak”.
Maka
hadits tersebut menunjukkan bahwa segala yang diada-adakan dalam
Ad-Dien (Islam) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat dan
tertolak.
Artinya bahwa bid’ah di dalam ibadah dan aqidah itu hukumnya haram.
Catatan :
Orang yang membagi bid’ah menjadi bid’ah hasanah (baik) dan bid’ah
syayyiah (jelek) adalah salah dan menyelesihi sabda Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Artinya : Sesungguhnya setiap bentuk
bid’ah adalah sesat”.
Karena
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menghukumi semua bentuk
bid’ah itu adalah sesat ; dan orang ini (yang membagi bid’ah) mengatakan
tidak setiap bid’ah itu sesat, tapi ada bid’ah yang baik !
Al-Hafidz
Ibnu Rajab mengatakan dalam kitabnya “Syarh Arba’in” mengenai sabda
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Setiap bid’ah adalah sesat”,
merupakan (perkataan yang mencakup keseluruhan) tidak ada sesuatupun
yang keluar dari kalimat tersebut dan itu merupakan dasar dari dasar
Ad-Dien, yang senada dengan sabdanya : “Artinya : Barangsiapa mengadakan
hal baru yang bukan dari urusan kami, maka perbuatannya ditolak”. Jadi
setiap orang yang mengada-ada sesuatu kemudian menisbahkannya kepada
Ad-Dien, padahal tidak ada dasarnya dalam Ad-Dien sebagai rujukannya,
maka orang itu sesat, dan Islam berlepas diri darinya ; baik pada
masalah-masalah aqidah, perbuatan atau perkataan-perkataan, baik lahir
maupunbatin.
sumber:http://cahayasunnah.wordpress.com
Ok...setelah
anda membacanya, pasti terlintas difikiran kata-kata...'kau tak solat
ke!!!, ahhh tak apa, nanti aku qadar jer....atau waktu solat dah
tiba.....sibuk ni..tak apa kita solat menghormati waktu jer....tak
apa....(paling kerap berlaku jika pergi berjalan-jalan, pergi "outing")
Untuk
pengatahuan sebenarnya tiada dalam sunnah Nabi Muhammad SAW dan sunnah
para sahabat dan tabiin dan tabiin-tabiin dan seterusnya tentang meng'qadak' solat dan solat menghormati waktu. Apa yang ada ialah jika tidak solat berdosa, dan bila masuk waktu sembahyang saja tidak kira bagaimana caranya.
Bersabda Rasulullah SAW:
"barangsiapa
lupa akan sesuatu solat atau tidur daripadanya, maka kifarat ialah
melaksanakan (solat yang tinggal itu) dikala dia ingat." (H.R. Al-Bukhari dan Muslim dari Anas; At-taisier 1:188)
Sadda
Rsulullah SAW. ini menyatakan, bahawa orang yang sengaja meninggalkan
solat, tidak ada qadak baginya untuk solat yang ditinggalkan.
Iman daud dan Ibnu Hazm serta sebahagian Asy Syfi-y berpendapat:
"Sesungguhnya
tidak ada keterangan yang tegas yang menyatakan kewajipan mengqadakkan
solat yang telah di tinggalan itu dengan sengaja dan menganggap terlepas
dari dosa apabila telah mengqadakkannya". Maka barang siapa yang
meninggalkan solat itu dengan sengaja maka berdosalah ia dan hanya
bertaubat untuk menhapuskan dosa itu. Kesimpulannya tiada jika
berpadukan pada sunnah nabi...tiada istilah qadak dalam solat dan solat
menghormati waktu.
lusuh
telah catitkan segalanya sebagai panduan kita semua, terserah kepada
anda untuk menjadi baik atau sebaliknya, kini tiada sebab untuk tidak
bersolat atas alasan kesuntukan masa,pakaian kotor atau terlalu penat
atau nanti boleh qadak,apa saja alasan untuk tidak bersolat.
Sekian
saja, yang dapat lusuh catatkan, yang baik dari Allah dan yang buruk
datang dari kesilapan diri sendiri. Jika ada kesilapan didalam penulisan
ini harap dimaafkan dan tegurlah demi kebaikan bersama.
sumber rujukan:
buku:
1.asas-asas fardu ain (ustaz sulaiman endut-pustaka haji andul majid)
2.pedoman solat (Prof. dr. TM Hasbi Ash Shiddieay-Thinkers Library)
3.fiqh Nabawi (Muhammad Thalib-Darul Nu'man)
sumber internet:
1.http://www.mail-archive.com/assunnah@yahoogroups.com
2.http://cahayasunnah.wordpress.com
Lusuh Adventure
200709 0004
http://lusuh.multiply.com
(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
Lusuh Adventure Online Camping Shop
LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)
No comments:
Post a Comment