12 cara pengunaan@pemasagan "Flysheet"@"Tarp"sebagai tempat berlindung
Terdapat berbagai jenis cara ikatan yang boleh digunakan untuk mengikat "flyseet" atau "tarp". Semua baik, tetapi perlu sedikit ilmu untuk memasangnya dengan sempurna. Pengatahuan cara memasang dengan sempurna adalah perlu, dan pengetahuan tempat yang selamat dipasang adalah penting. Anda perlulah mengatahui seni tali atau ilmu tali secara asas, agar tempat perlindungan anda kemas, kuat dan senang di buka selepas menggunakannya. di Sini Saya Sam Lusuh akan menunjukkan 12 teknik yang mudah dan sesuai mengikut keadaan yang boleh di aplikasikan didalam rekreasi anda.
|
Cara yang kedua
ini, hampir sama seperti diatas, perbezaannya ialah ia nya menggunakan
dua kayu yang ditanam (tongkat pun boleh) ianya mudah sahaja, cuma
dengan menggunakan satu tali (yang kuat), laraskan ketinggian yang
sesuai bagi 'flysheet', kemudian ikat tali antara dua kayu@tongkat dan
buatlah tali pengimbang (rujuk gambar) sebagai pasak kepada
kayu.@tongkat tesebut, mengunakan kayu pun boleh. Tegangkan tali
tersebut , apabila sudah tegang dan lurus barulah di letakan 'Flysheet'
diatasnya dan ikat tali pada lubang yang telah disediakan di 'flysheet'
tersebut. Setelah itu, tariklah 'flysheet' dan ubahsuai agar ia rata dan
tegang dan kemuan ikatlah tali pada pancang kayu atau apasaja yang ada
disekitar anda.
Cara yang ketiga
ini,dari segi teknikal pemasangan 'flysheet' dan tali adalah sama
seperti cara yang pertama. Cuma perkara yang pertama mesti dilakukan
ialah pasang 'hammock' dahulu, setelah itu baru 'flysheet'.
Cara yang keempat ini,dari
segi teknikal pemasangan 'flysheet' dan tali adalah sama seperti cara
yang pertama, cuma kita kena pasang khemah dahulu kemudian barulah
laraskan ketinggian untuk 'flysheet'. Kita diberi pilihan samada
mengikat tali pada pokok atau pancang kayu atau apa saja.
Cara yang kelima
. Untuk melakukannya carilah pokok yang boleh dilentur. Lenturkan pokok
tersebut kemudian ikat dihujung pokok dengan tali dan ikat tali pada
pancang (rujuk gambar). Setelah itu, ikatlah hujung 'flysheet' pada
ranting atau dahan pokok dan tegangkan 'flysheet', dengan tali ditempat
yang perlu. Cara ini sesuai jika kekurangan tali atau tiada tali utama
atau yang hendak cepat tempat berlindung.
Cara yang keenam .
Untuk melakukannya carilah pokok berdahan atau beranting panjang.
Setelah itu, ikatlah sedikit hujung 'flysheet' dengan tali dan ikat pada
dahan (rujuk gambar) dan tegangkan 'flysheet', dengan tali ditempat
yang perlu. dibahagian belakang pula pacak kayu untuk mengikat tali lain
(rujuk gambar).Cara ini sesuai jika kekurangan tali atau tiada tali
utama atau yang hendak cepat tempat berlindung.
Cara yang ketujuh .
Untuk melakukannya carilah pokok yang berdahan rendang.Setelah itu,
ikatlah pertengahan 'flysheet' pada dahan pokok dan tegangkan
'flysheet', dengan tali ditempat yang perlu (rujuk gambar). Cara ini
sesuai jika kekurangan tali atau tiada tali utama atau yang hendak cepat
buat tempat berlindung.
Cara yang ke lapan . Untuk melakukannya pasang dahulu disemua penjuru 'flysheet' dengan tali (rujuk gambar). setelah itu barulah masukan tongkat atau kayu, dan letak ditengah-tengah 'flysheet' laraskan mengikut kesesuaiyan. Ingat sebelum itu letaklah pada hujug kayu@tongkat itu pengalas agar 'flysheet' tidah rosak.Cara ini sesuai jika kekurangan tali atau tiada tali utama atau yang hendak cepat buat tempat berlindung.
Cara yang ke sembilan .
Untuk melakukannya kumpulkan beg galas secara tersusun (rujuk
gambar)kemudian pasang 'flysheet' dan tegangkannya dengan tali. Cara ini
sesuai ditanah lapang atau anda terlalu penat untuk pasang khemah.
Cara yang ke sepuluh .
Untuk melakukannya letak kayak dikawasan yang rata dan sendengkan ia..
Ambil dua kayu atau batu untuk melaraskan pada kayak agar kayak tidak
tumbang. kemudian pasang 'flysheet' dan tegangkannya dengan tali atau
batu.
Cara yang ke sebelas
. Untuk melakukannya cari balak yang tumbang. bersihkan kawasan
sekitar. kemudian pasang 'flysheet' diatasnya (refer gambar)dan
tegangkannya dengan tali atau batu. Boleh buat cara ini jika kecemasan.
Cara yang ke dua belas .
Untuk melakukannya cari pokok atau guna dahan kayu.semagai penyokong
dan dapat kayu untuk dijadikan bingkai untuk khemah.. Bersihkan kawasan
sekitar. kemudian pasang 'flysheet' diatasnya (refer gambar) dengan cara
mencerut dan ikat dengan tali (refer gambar)dan tegangkannya dengan
tali atau batu. Boleh buat cara ini jika kecemasan.
Inilah rencana (blok) pertama lusuh adventure untuk 2010. semoga menjadi sumber rujukan untuk rakan-rakan yang meminati adventure. Mugkin ada cara lain lagi yang lusuh tidak tahu, dan lusuh berharap agar dapat diberitahu untuk kebaikan semua.terima kasih.
Tambahan nota tarikh 30/11/2017
Lusuh Adventure
Inilah rencana (blok) pertama lusuh adventure untuk 2010. semoga menjadi sumber rujukan untuk rakan-rakan yang meminati adventure. Mugkin ada cara lain lagi yang lusuh tidak tahu, dan lusuh berharap agar dapat diberitahu untuk kebaikan semua.terima kasih.
Tambahan nota tarikh 30/11/2017
Jenis ikatan asas untuk pemasagan Tarp/ Flysheet
Bowline
Prusik Knot
Tout Line Hitck
Grip Hitch
Timber Hitch
Truckers Hitch
Semua ikatan di atas
adalah sebahagian daripada berbagai jenis ikatan lain yang boleh digunakan
untuk mengikat tarp/flysheet anda. Tidak kira apa jenis ikatan yang anda
gunakan, cuma pastikan ikatan senang di ingati, dipasang dan dibuka.
Semoga kita
semua mendapat ilmu dari penulisan ini. Perlu dingat kemahiran ikatan dan
simpulan selalu perlu latihan. Harap rujuk kepada yang pakar jika ada sebarang
persoalan agar lebih jelas. Penulisan ini hanya sebagai rujukan sahaja.
Lusuh Adventure
130110 1250
http://lusuh.multiply.com
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : lusuhadventure@gmail.com
Click: www.wasap.my/601112207394/lusuhadventure. >>directwasap<<(untuk sebarang pertanyaan@if any inquiry)
Lusuh Adventure@loras
(outdoor gear camping shop>>kami menjual peralatan rekreasi dan sukan)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
w: www.lusuh.com.my
(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
Lusuh Adventure Online Camping Shop
LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)
No comments:
Post a Comment