Sumber Makanan Dari
Buah-Buahan Dan Tumbuhan Hutan
Malaysia sangat bertuah kerana
dianugerahkan dengan berbagai species flora dan fauna. Di hutan kita juga
terdapat berbagai pokok dan pokok buah-buahan hutan yang boleh dimakan. Di
penulisan ini, saya akan catitkan beberapa jenis buahan dan pokok hutan yang
boleh dimakan dan berguna disaat kecemasan (survival) samada di hutan biasa atau hutan
berpaya.
Pokok Tampoi (buah tampoi)
Pokok Tampoi ialah pokok buah-buahan subtingkat huhutan hujan tropika yang kecil yang juga pokok asli di Asia Tenggara. Nama
saintifiknya Baccaurea macrocarpa Pohon Tampoi merupakan pokok yang rimbun dan besar, dapat mencapai
tinggi 30 meter dan dikatakan berbuah tujuh tahun sekali.
Sifat buah tampoi ialah besar
dan hampir bulat, dengan kulit yang berwarna jingga. Berkulit tebal dan isinya berwarna
putih dan lembut. Rasanya masam/manis. Ia juga dikenali dengan nama buah larah
di Perak. Buah tampoi juga didapati di Negeri Pahang, Sembilan, Selangor dan
Johor.
Pokok Sentol dikatakan berasal dari Indochina dan
Semenanjung Malaysia. Pohon sentol merupakan pokok yang rimbun dan besar, dapat
mencapai tinggi 30 meter dihabitat asal. Batang boleh mencapai diameter 90 cm
dan bergetah. Nama saintifiknya Sandoricum koetjape. Antara nama lain buah sentol kecapi
atau wild mangoesteen.
Sifat buah sentul ialah hampir bulat, kuning atau
kemerahan jika masak, berbulu halus seperti baldu. kulit tebal dan keras, rasa
masam/manis dan isi lembut dan berair. Selain isinya Kulit buah sentol juga
boleh dimakan secara segar atau dimasak.
Pokok Sentol juga mempunyai khasiat
perubatan. Rebusan daunnya boleh menurukan panas badan jika deman. Serbuk kulit
batangnya sebagai rawatan membununh cacing gelang, akarnya pula merawat
kembung, sakit perut dan cirit-birit.
Pokok Rotan (buah rotan)
Pokok Rotan jenis pokok palma daripada
famili Arecaceae dan terdiri daripada genus-genus Calamus Rotang, Daemonorops, dan Korthalsia. Walaupun ia jenis pokok palma ia terdapat perbezaan iaitu rotan tidak
tumbuh secara berumpun menjadi silara, daunnya yang bercangkuk(duri) agar mudah
pokok rotan menjalar keatas dengan menumpang pokok lain.
Sifat buat rotan, buah seperti bersisik
dan berbulu serta bulat, bulat oval atau lonjong. Berbagai warna iaitu
memerahan, coklat, coklat kemerahan, hijau atau kuning. Isinya lembut dan
bijinya berwana coklat cerah danpermukaan licin.
Manfaat untuk kesihatan buah rotan
sebagai satu ramuan ubat cirit-birit serta masalah pencernaan yang lain. Di
Negara Malaysia, buah rotan (jernang) sudah dipakai sebagai bahan untuk
penyembuhan masalah kencing darah,ubat sakit mata dan penyembuh luka,
menghentikan pendarahan dan berbagai lagi
Pokok Salak (Buah Salak)
Pokok Salak adalah sejenis pokok palma
yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia. Ia adalah tumbuhan yang hidup di
merata hutan pedalaman di Semenanjung Malaysia dikawasan yang tidak lembab.
Nama ilmiahnya Salacca zalacca. Buahnya dikenali dengan buah salak , sala
(Thai) juga digelar snake fruit.
Hidup dalam bentuk rumpun yang rapat.
Daun salak sangat unik karena berpelepah dan helaian daunnya panjang dengan
tangkai yang berduri. Daunnya boleh dibuat atap. Disebabkan ia merimbun dan
berduri, ia menjadi tempat perlindugan haiwan seperti pelanduk, kancil dan babi
hutan.
Sifat buah salak separuh bulat atau
bujur dengan hujung runcing, kulit bersisik berwarna coklat, isinya buah
berwarna putih kekuningan, kuning kecoklatan atau merah. Rasanya manis/masam,
bijinya berbentuk bujur dan berwarna coklat pekat.
Pokok Bertam (Buah Bertam/muyu)
Pokok Bertam adalah sejenis pokok palma
yang terdapat dengan banyak di hutan Malaysia dan Thailand. Nama saintifiknya
saintifiknya Eugeissona tristis Griff. Ada yang memanggilnya buah Salak
atau buah Muyu.
Bertam dan salak kelihatannya hampir
sama tetapi ada perbezaan. Untuk membezakan, lihat jambak bunga dan buahnya
ternyata berbeza. Buah bertam hanya keluar dari bahagian tengah rumpun bertam
dan salak pula dari jambaknya. Pokok ini mempunyai duri yang amat banyak.
Sifat buah bertam Kulit buah Bertam
(bersisik), sedikit halus, buah Salak pula kulit (bersisik) kasar. Dimakan
sewaktu muda dan berisi putih/coklat yang lembut (jika tua ia akan keras). Daun
pokok bertam boleh dijadikan atap.
Pokok Tarap (Buah Tarap/terap)
Pokok Tarap (Buah Tarap/terap)
POKOK BUAH TARAP (Artocarpus
odoratissimus) ini
adalah pokok dimana asalnya sejenis tumbuhan liar (wild plants) banyak dijumpai di hutan hujan dataran rendah, baik
hutan primer maupun sekunder. Buah Tarap terkenal di negeri Sabah, Tarap
memiliki bau yang kuat, namun
memiliki rasa yang manis dan isi yang lembut .
Sifat buah, Ia berbentuk bulat sampai
ke bujur sama seperti bentuk buah cempedak atau nangka. Panjangnya 15-20 cm dan
13 cm lebar. Isinya berwarna putih.Berkulit tebal berduri tetapi tumpul dan
lembut. Tanda ia boleh sudah matang, kulitnya bertambah keras dan rapuh. Tarap
juga akan berubah warna kulitnya dari warna hijau pekat dan berbulu ke hijau
kekuningan bila masak Buah ini benar-benar masak jika terdapat kesan membusuk di buah dan akan
gugur. Buah Tarap tidak boleh di simpan lama sejurus ia di buka.
Pokok Bangkong (Buah Bangkong/keledang)
Pokok Buah Bangkong katogeri cempedak
liar yang banyak dijumpai di hutan hujan dataran rendah, baik hutan primer
maupun sekunder. Tumbuh hingga ketinggian kira-kira 1000 m dari aras laut.
Sifat Pokok Buah Bangkong
daripada daun, hinggalah
buahnya kelihatan seperti pokok cempedak, tetapi perbezaanya ialah Buah
Bangkong hanya boleh dimakan ialah bijinya dan tidak akan masak jika diperam.
Oleh itu jika dihutan, terjumpa buah ini, walaupun dalam keadaan busuk, bijinya
masih boleh diambil untuk dimakan. Cara mendapatkan biji Buah Bangkong memukul
buah dengan kayu agar bijinya akan terkeluar.
Pokok Keranji (buah keranji)
Pokok Keranji (buah keranji)
Pokok Buah Keranji adalah, pohon tinggi
tropika, berasal dari selatan Thailand, Malaysia dan Indonesia Kayunya bernilai
tinggi dan banyak dijumpai di hutan hujan dataran rendah, baik hutan primer
maupun sekunder. Sifat buah keranji (Dialium indum) berdiameter kira-kira 2,
rasa masam/manis, kulit kering hitam dan rapuh dan bergebu. Isinya berwarna
oren.
Pokok Binjai (buah binjai)
Pokok Binjai (Mangifera caesia)
merupakan spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga, Anacardiaceae. Tumbuh di
dataran rendah di bawah 400 m, hingga 800 m dari aras laut. Pohon binjai dapat
tumbuh mencapai ketinggian 30 m (100 ft) tinggi Mudah tumbuh di persisiran tepi
sungai. Buah Binjai tergolong dalam genus yangsama dengan mangga dan terdapat
hidup subur di asia tenggara sepeti Malaysia dan Indonesia.
Sifat buah Binjai, berbentuk lonjong
saiz 10-15cm panjang dan 6-7cm lebar., kulit nipis dan berwarna coklat. Isinya
putih kekuningan, lembut,berbau wangi, dan rasanya masam/manis. Jika terjumpa
dihutan, jangan terkeliru dengan buah yang jampir sama iaitu buah kemang. Buah
kemang lebih besar dan lebih panjang. Berwarna coklat tetapi berbincul di
pangkalnya. Buah ini berasa masam.
Pokok Cemponek (Buah Cemponek/kempas)
Pokok Temponek @ Cemponek (Artocarpus
rigidus) Juga dikenali Pokok Ketedang Temponek, ialah Satu spesies tumbuhan
Dalam Famili Moraceae Yang berasal dari Semenanjung Malaysia, Sumatera, dan
India. Pokok Temponek boleh membesar mencapai 30 meter (98 kaki)
Sifat buah Cemponek, berbentuk bulat
dan berkulit seperti duri, tetapi lembut. Buah muda berwarna kuning kehijauan,
dan apabila masak berwarna jingga. Isinya berwarna oren, manis dan berbiji
seperti buah cempedak. Ia juga dikatakan buah Tarap, tetapi ia adalah berbeza.
Ia diketegori cempedak liar banyak
ditemukan di hutan hujan dataran rendah, baik hutan primer maupun sekunder.
Tumbuh sampai ketinggian sekitar 1000 m dpl.
Pokok Kejijak (Buah
Kejijak)
Pokok Kejijak ini
bersaiz besar dan berdahan rendang dan buahnya pula sebesar penumbuk dan bulat.
Berbau seperti buah bacang. Ia akan gugur apabila masak dan tidak boleh
diperam..Kulit dan isinya tidak boleh dimakan, tetapi bijinya yang boleh
dimakan.Untuk mendapatkan isi didalam biji, ia harus di potong atau atau
direbus untuk mendapatkan isinya.
Pokok Durian Hutan
(buah durian hutan)
Pokok Buah Durian Hutan liar, banyak
dijumpai di hutan hujan dataran rendah, baik hutan primer maupun sekunder. Berasal dari Malaysia, Indonesia, dan
negara asia yang lain. Pokok Durian Hutan boleh membesar mencapai 30 meter (100
kaki),Tumbuh hingga ketinggian kira-kira 800 m dari aras laut.
Terdapat banyak spesies durian liar
antaranya Durio oxleyanus dan lowianus Durio. Gambar menunjukan durian hutan
jenis Durio Oxleyanus. Sifatnya ialah berduri tajam panjang dan empat pansa sahaja dan terdapat satu isi
saja setaip pangsa yang berwarna putih atau kuning cair.Isinya lembut dan
manis. Tidak di galakan makan banyak kerana ia akan memanaskan badan. Terdapat
juga durian hutan yang berisi merah, yang banyak terdapat di Borneo. Durian
hutan juga menjadi makanan kepada haiwan buas seperti Gajah, babi dan dikatakan
juga dimakan oleh harimau belang.
Pokok Beruas (buah beruas)
Pokok Beruas (Garcinia hombroniana)
merupakan Sejenis tumbuhan Yang terdapat di hutan Malaysia Sumatera di
Negara-Negara ASEAN Yang Lain. Pokok Beruas merupakan Sejenis tumbuhan Yang
terdapat di hutan Malaysia Sumatera dan di negara-negara ASEAN Yang Lain.
Pokok beruas boleh mencapai
Ketinggian 15 - 20 kaki (4,6-6 meter). Batang pokok ini kepada lurus tegak dan
dahan yang bercabang. Sifat buah beruas yang matang ialah, kelihatan Seperti
buah manggis, isinya berwarna kuning, berasa masam, dan mengandungi biji.
Pokok Rambai Hutan
Pokok Rambai Hutan (Baccaurea
kunstleri) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae yang berasal
dari Asia Tropika, dan Australia. Terdapat pelbagai spesis rambai hutan,
antaranya ialah Rambai Mentahun (sebutan penduduk tempatan). Seperti gambar
yang di tunjukan. Bentuknya yang bulat dan berwarna hijau jika muda. Rambai
mentahun ini, memerlukan masa selama setahun untuk matang dan boleh dimakan.
Ciri-ciri rambai hutan ialah, tumbuh
sehingga 20 meter (65 kaki) tingginya, dengan batang pokok yang mempunyai akar
banir. Daun: Berbentuk bujur, dan berlingkar-lingkar pada sekeliling dahan.
Permukaan bawahnya lembut dan licin bak baldu.Buah: Berbentuk bulat, hijau
semasa muda dan berwarna perang/kekuninganapabila matang, mempunyai biji dan
berasa masam/manis.
Pokok Senduduk, Lemba dan
letop-letop.
Pokok Senduduk (Melastoma
malabathricum), Lemba (Curculigo latifolia Dyrander / Molineria
latifolia) dan Letop-letop (Passiflora foetida) adalah tumbuhan
hutan tumbuh subur di hutan dara, belukar dan juga kebun-kebun. Buah dari pokok
berikut boleh di makan dan selamat. Ia juga mengandugi nilai perubatan yang
tinggi.
Buah
Senduduk Buah
Lemba Buah letup-letup
Pokok Berembang (Buah Berembang)
Pokok Berembang (Sonneratia
caseolaris), adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Pokok ini
juga dipercayai terdapat di negara-negara ASEAN Yang Lain. Nama lain bagi tumbuhan ini
ialah , pedada, gedabu, atau Perepat. Ia tumbuh subur berhampiran sungai yang
bedekatan dengan laut. Pokok berembang adalah tempat Kunang-Kunang menghisap
manisan bunga pokok berembang di waktu malam.
Buah dan pucuk muda daun berembang
boleh dimakan mentah. Sifat buah berembang berasa sedikit masam (rasa seperi
keju), tetapi sedap untuk dimakan muda atau masak. Ia juga mempunyai berbagai
khasiat kesihatan mengubati batuk (buan) dan mengubati luka (daun)
Pokok Nipah (buah nipah)
Pokok Nipah (Nypa fruticans
)merupakan Sejenis tumbuhan Yang banyak terdapat di hutan Negara-Negara
ASEAN.Ia juga boleh dijumpai di selatan Asia dan utara Australia. Ia tumbuh
subur berhampiran sungai yang bedekatan dengan laut
Tandan bunga buah Nipah yang belum
mekar, boleh menghasilkan nira iaitu manisan yang boleh diminum atau dibuat
gula,cuka dan etanol. Buah nipah yang matang boleh dimakan isinya dengan cara
membelah buat tersebut. Isinya lembut ,berair dan berwarna putih cerah. Biji
buah nipah yang tua boleh dijadikan tepung, dengan cara menumbuknya. Umbut
nipah juga boleh dimakan manakala daunya boleh dibuat atap, rokok dan
sebagainya.
Sumber Makanan Dari Tumbuhan Hutan
(umbut tumbuhan)
Kebanyakan pokok species palma, seperti
rotan, bertam dan kelapa, mempunyai umbut yang dan selamat dimakan. Jika dalam
situasi kecemasan(survival), carilah tumbuhan jenis palma ini untuk dijadikan
makanan sementara.
Pokok Buluh (rebung)
Buluh (Gramineae), iaitu sekeluarga
dengan jenis rumput termasuklah rumput-rampai, padi, jagung, tebu dan gandum.
Lebih tepat lagi buluh berada di bawah sub-keluarga Bambusoideae. keluarga
Poaceae. Struktur pokok buluh adalah berongga. Terdapat sepuluh jenis genus
buluh dan ia dibahagikan lagi kepada 1,450 spesies.
Di Semenanjung Malaysia terdapat 7
genera buluh dan mengandungi sebanyak 44 jenis semuanya (Holttum 1958). Buluh
yang dikenali sebagai kumpulan rumput gergasi serta berbatang keras.
Yang boleh digunakan sebagai sumber
makanan adalah rebung buluh. Gambar menunjukkan rebung buluh yang muda. Dengan
kaedah tertentu ia boleh dimasak dan boleh diguna pakai dalam survival.
Pokok Rotan (umbut)
Pokok Rotan jenis pokok palma daripada
famili Arecaceae dan terdiri daripada genus-genus Calamus Rotang, Daemonorops, dan Korthalsia. Pokok rotan menjalar keatas dengan menumpang pokok lain.
Dengan kaedah tertentu ia boleh
dimasak dan boleh diguna pakai dalam survival. Gunakan kreativiti untuk
mendapatkan umbut tersebut di waktu survival. Gambar hanya menunjukkan
bagaimana rupa umbut rotan tersebut. Boleh dimakan mentah atau dimasak.
Pokok Bertam/Pokok Salak (umbut)
Pokok Bertam (Eugeissona tristis
Griff). Pokok ini mempunyai duri yang amat banyak. Tumbuh dalam rimbunan. Ia
juga buah yang boleh di makan. Pokok Salak (Salacca zalacca ) adalah sejenis
pokok palma yang terdapat di hutan Malaysia.Ia adalah tumbuhan yang hidup di
merata hutan pedalaman di Semenanjung Malaysia dikawasan yang tidak lembab.
Dengan kaedah tertentu ia boleh
dimasak dan boleh diguna pakai dalam survival. Gunakan kreativiti untuk
mendapatkan umbut tersebut di waktu survival. Gambar hanya menunjukkan
bagaimana rupa pokok bertam tersebut. Umbutnya boleh dimakan mentah atau dimasak.
Pokok
Bertam Pokok Salak
Pokok Nibong (umbut)
Pokok Nibung (Oncosperma Tigillarium)
merupakan tumbuhan jenis palma daripada keluarga arecaceae. Tumbuh secara
berumpun diantara 5 hingga 50 batang pokok. Ketinggian pokok nibung mencapai
sehingga 30 meter. Batang pokok nibung biasanya lurus, mempunyai duri-duri
keras dan panjang yang tajam berwarna hitam. Daunnya juga berduri.
Dengan kaedah tertentu ia boleh
dimasak dan boleh diguna pakai dalam survival. Gunakan kreativiti untuk
mendapatkan umbut tersebut di waktu survival. Gambar hanya menunjukkan
bagaimana rupa umbut pokok nibong tersebut. Boleh dimakan mentah atau dimasak.
Pokok Bayas (umbut)
Pokok Bayas (Oncosperma horridum) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Arecaceae yang berasal dari Semenanjung Malaysia. Boleh mencapai setinggi 30, tumbuh berumpun.Batang pokok serta tangkai daun mempunyai duri, berwarna coklat keperangan. Mempunyai buah sederhana besar, bulat, berwarna hijau ketika muda dan bertukar hitam keungu-unguan setelah matang.
Dengan kaedah tertentu ia boleh
dimasak dan boleh diguna pakai dalam survival. Gunakan kreativiti untuk mendapatkan
umbut tersebut di waktu survival. Gambar hanya menunjukkan bagaimana rupa pokok
dan umbut pokok Bayas tersebut. Ia perlu dimasak untuk memakannya.
Pokok Nipah (umbut)
Pokok Nipah (Nypa fruticans ) tumbuh
subur berhampiran sungai yang bedekatan dengan laut. Ia mempunyai buah yang
boleh dimakan isinya.
Dengan kaedah tertentu ia boleh
dimasak dan boleh diguna pakai dalam survival. Gunakan kreativiti untuk
mendapatkan umbut tersebut di waktu survival. Gambar hanya menunjukkan
bagaimana rupa pokok nipah dan umbutnya. Boleh dimakan mentah atau dimasak.
Pokok Lengkuas (empulur@umbut)
Pokok Lengkuas (empulur@umbut)
Pokok Lengkuas (Languas galangal)
Tumbuh herba ini tersenarai dalam koloni "Pokok Ulam". Pokok Lengkuas
hidup berumpun dan berizom, bertinggian sehingga dua meter. Ia tumbuh tumbuh
menegak daripada rizomnya.
Dengan kaedah tertentu ia boleh
dimasak dan boleh diguna pakai dalam survival. Gunakan kreativiti untuk
mendapatkan umbut tersebut di waktu survival. Gambar hanya menunjukkan bagaimana rupa
pokok dan empulur@umbut pokok tersebut. Ia perlu dimasak untuk memakannya.
Pokok Pisang (empulur@umbut)
Pokok Pisang (empulur@umbut)
Nama saintifik (Musa
spp).Nama lama saintifiknya (Musa sapientum) tidak lagi digunakan. Terdapat
berbagai species dan tumbuh melata di hutan Malaysia.
Dengan kaedah tertentu ia boleh
dimasak dan boleh diguna pakai dalam survival. Gunakan kreativiti untuk mendapatkan
umbut tersebut di waktu survival. Gambar hanya menunjukkan bagaimana rupa umbut
pokok pisang tersebut. Ia perlu dimasak untuk memakannya.
Pokok Kelapa (umbut)
Pokok kelapa (Cocos
nucifera L.) adalah ahli keluarga Arecaceae (keluarga palma). Dikelaskan dalam
genus Cocos dan merupakan pokok palma yang besar, tumbuh setinggi 30 meter,
dengan pelepah daun (pinnate). Terdapat berbagai species dan tumbuh melata
Malaysia.
Dengan kaedah tertentu ia boleh
dimasak dan boleh diguna pakai dalam survival. Gunakan kreativiti untuk
mendapatkan umbut tersebut di waktu survival. Buah kelapa juga boleh di makan
isinya samada muda atau tua. Gambar hanya menunjukkan bagaimana rupa umbut
pokok kelapa tersebut. Boleh dimakan mentah atau dimasak.
Sumber Makanan
dari pucuk tumbuhan
Dalam keadaan “survival”, sumber makanan daripada pucuk-pucuk muda
tumbuhan juga boleh dilakukan. Kebanyakannya pucuk muda ini selamat dimakan
kecuali yang memabukkan atau yang beracun. Untuk membezakannya selamat atau
tdak, secara asas, lihatlah pada haiwan liar, jika ada tanda haiwan memakan pucuk
tumbuhan tersebut ianya selamat.
Untuk lebih meyakinkan gunalah teknik Hidu,Gosok dan Rasa. Hidu bermaksud menghidu di hidung untuk daun
untuk menilai bau yang dihasilkan. Jika masih ragu, Gosok daun tersebut dikulit yang peka dan tunggu apa yang berlaku
sama ada gatal, berangin atau sebagainya. Rasa
bermaksud meletak sedikit daun yang diramas di lidah. seperti juga teknik gosok,
untuk memastikan dengan lebih tepat, jika tiada sebarang tindakbalas jika
teknik gosok dilakukan di tangan.
Jika berpuas hati dan rasa selamat, makanlah daun tersebut sekadar alas
perut. Teknik ini juga berguna jika anda terjumpa buah-buahan hutan yang tidak
diketahui selamat dimakan atau tidak.
Semoga dengan penulisan ini,
anda dapat maklumat yang berguna. Ingatlah penulisan ini hanya asas sahaja,
untuk mengetahui lebih mendalam lagi rujuklah kepada yang pakar, buku atau
sebarang lama sesawang yang membicarakan secara terperinci.
Sekian terima kasih.
Lusuh Adventure@loras
(Sam Lusuh)
www.lusuh.com.my
(selasa 31-01-2017)
Gambar: Sumber internet
Disusun/tulis : Sam Lusuh
(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
2 comments:
t.masih di ats perkongsian tuan yg sgt bermanfaat. .��
Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
Post a Comment