Ilmu
dan kelengkapan dalam iktiar hidup (survival) (part 2)
Punca ikhtiar hidup itu
berlaku:
Faktor
paling utama ialah kerana kelalaian manusia itu sendiri. Ianya bermula
dari peringkat perancangan aktiviti ,persiapan melakukannya mahupun diperingkat
perlaksanaan Tidak mahu ambil iktibar dari peristiwa orang lain, kurang
pengetahuan ilmu rekreasi dan tiada kemahiran yang sepatutnya,
ingatlah berlakunya iktiar
hidup@“survival” ini, akan berlaku kepada sesiapa saja, dimana-mana jua dan bila-bila
masa sahaja
Dalam
kemungkinan menghadapi bencana diwaktu anda berekreasi, persediaan dari segi kelengkapan
peralatan iktiar hidup dan ilmu mengenainya amatlah perlu. Pastikan juga tahap
kesihatan yang baik sebelum keluar beriadah. Jika anda seorang pecinta
rekreasi, anda hendaklah mempelajari ilmu iktiar hidup dan mengamalkan teori
tersebut dengan membuat latihan mengenainya walaupun hanya asas. Walaupun
melalui pembacaan buku “survival” dan menonton video akan dapat banyak
pengatahuan megenainya, ianya tidak akan berhasil 100% jika tiada latihan
amali. Sekarang ini, ramai juga pakar ilmu iktiar hidup menganjurkan
kursus-kursus mengenainya, jadi rebutlah peluang untuk menambah ilmu. Kesimpulan
untuk memahirkan diri dalam ilmu iktia hidup ini perlulah :
- Tahap kesihatan yang baik
- Kelengkapan peralatan survival (makanan, first aids dan sebagainya)
- Banyak membaca buku dan menonton video mengenainya
- Menpratikan hasil dari pembacaan dan tontonan tersebut
- Menghadiri pengajian ilmu Iktiar hidup
Tahap kesihatan yang baik
Jika
ingin melakukan sebarang aktiviti rekreasi, contohnya pendakian pastikan dalam
stamina yang baik. Perbanyakan latihan yang berkaitan agar jika berlaku situasi
yang tidak dingini anda dapat bertahan.
Kelengkapan peralatan
survival kit
Dalam
Memperlengkapkan Survival Kits ini, fahami prinsip "The Rule of
Threes." Iaitu dalam iktiar hidup,kita akan menghadapi situasi dimana
manusia itu hanya dapat hidup.
- 3 minit tanpa udara
- 3 jam tanpa suhu tubuh yang sesuai dengan kemampuan tubuh bertahan
- 3 hari tanpa air
- 3 minggu tanpa makanan
Jika
diperkatakan perkara ini,terlalu banyak pendapat daripada pakar-pakar
antarabangsa mahukan pakar-pakar tempatan. Semua berguna tetapi ianya
bergantung juga kepada keadaan diri kita sendiri dan dinegara mana kita berada.
Berikut adalah perkara asas yang perlu ada dalam “survival kits”. Alat-alat
ikhtiar hidup itu terbahagi kepada 3 bahagian iaitu alat perubatan,bahan
makanan dan peralatan asas iktiar hidup.
>Gunakan
yang asas sahaja agar tidak mengunakan ruang yang banyak dalam bag anda.
>Sertakan
ubatan yang asas seperti
- Paracetamol contoh panadol
- Pil-pil peribadi anda (keperluan sendiri)
- pil tahan sakit dan pil cirit-birit
- pil alahan (epinefrin dan antihistamin) jika alah kepada serangga atau tumbuhan,
- water purification tablet contoh Aquatabs
- krim anti-septic dan apa saja yang anda rasa perlu
- NOTA: pastikan anda merujuk doctor dan pastikan tarikh tamat tempoh ubat masih jauh
Bahan makanan
>
Hendaklah yang berkalori tinggi, fibre tinggi, berkhasiat, ringan dan mudah
dimasak. contoh:
- Quaker oat dan kurma (tinggi fiber),
- Coklat-energy bar untuk tenaga segera
- Gula atau serbuk minuman memberi tenaga seperti Glukos.
- NOTA: Jumlah yang perlu dibawa, bergantung kepada keperluan anda sendiri. agar dapat bertahan dalam tempoh 24 jam atau lebih.
>Makanan
yang ringkas seperti sup segera dan nasi bubur segera, minuman segera 3 dalam
1 seperti di Kopi, teh atau coklat
>Semua
makanan ini hendahlah dibungkus dengan baik agar ia tidak rosak terkena air.
Kelengkapan
ini adalah berbagai jenis. Sebaiknya Ia hendahlah tahan lasak dan berguna
disaat ia diperlukan, ia juga bergantung kepada keperluan peribadi anda
sendiri. Saiz sesuatu peralatan itu harus juga diambil kira samada berat atau
ringan dan sesuaikah diguna sewaktu iktiar hidup.Berikut adalah peralatan asas
dalam “survival kits” yang boleh anda buat sendiri atau beli dipasaran, contoh
seperti dinyatakan dibawah ini.
- Tali pancing yang berkualiti (3 atau 6 meter)
- Mata kail dan batu timah yang kecil
- Tali Paracord (3 atau 6 meter) banyak kegunaanya
- Lampu kecil
- Magnesium Fire Starter, mancis atau pemetik api
- Kapas atau Getah tayar (untuk membakar)
- Kompas kecil
- Cermin kecil
- Whistle
Sebenarnya banyak lagi barang lain yang boleh
dibawa seperti benang dan jarum, shovel, batu asah, gergaji lipat, pen flare, dan
sebagainya tetapi bergantunglah kepada kerperluan diri masing-masing samada ia
perlu atau tidak. Kita kena fikirkan fungsinya jika berlaku “survival”, bukanya
beranika jenis tetapi tidak tahu guna dan menambah beban kepada bag galas anda.
Sebahagian
peralatan diatas hendahlah disimpan didalam bekas sesuai, tahan lasak, mudah
dibawa kemana, sebaiknya kalis air (water proof), dan sesuai dengan dengan
kelengkapan survival anda.
Peralatan lain :
>Parang,
pisau atau kapak , peralatan ini bolehlah dikatakan paling penting dalam
survival kerana fungsinya yang berbagai seperti memotong kayu untuk buat tempat
berlindung (khemah), untuk pertahanan diri, memburu dan sebagainya.
>Khemah
(one man tent) yang ringan, Hammock, Tarp (fly sheet), Ponco, Sleeping bag, Survival Blanket atau Emergency Blanket atau Emergency
Thermal Blanket. Semua element ini dapat membantu anda dalam semasa iktiar
hidup sebagai pelindung dari hujan dan kesejukan.
>Fungsi kemah, hammock, Tarp dan Poncho
bertindak sebagai tempat tidur dan berlindung, manakala Survival Blanket atau Emergency Blanket atau Emergency
Thermal Blanket atau sleeping bag sebagai pemanas badan jika kesejukan.
>Stove (light weight), Solid fuel and Butine gas
(peralatan ini hanya pilihan)-jika dibawa sebagai kelengkapan survival anda, ia
amat membantu dari segi masa.
Banyak membaca buku dan
menonton video mengenainya
Membaca
buku perkaitan iktiar hidup akan menjadikan anda berilmu dan berguna. Melalui
pembacaan tersebut anda dapat penjelasan yang lengkap tentang sesuatu topik
yang anda berminat. Video pula berfungsi
agar anda melihat cara pelaksanaan sesuatu topik dan belajar megenainya.
Menpratikan hasil dari
pembacaan dan tontonan tersebut
Setelah
membaca dan menonton video, bolehlah dipratik apa yang anda ingin buat. Melihat
dan membaca tidak sama jika tidak dicuba secara terus. Lakukan apa saja latihan
iktiar hidup sehingga anda jadi mahir atau berkebolehan. Semua ilmu itu penting
disaat iktiar hidup.
Menghadiri pengajian ilmu
Iktiar hidup
Menghadiri
pengajian ilmu iktiar hidup satu cara terbaik untuk memperbaiki pemahaman anda
mengenai ilmu iktiar hidup yang dipelajari secara pembacaan dan video. Kita
boleh bertanya secara terus dan melihat sendiri teknik-teknik “survival” dari
pakar-pakar itu sendiri. Segala persoalan boleh ditanya secara terus. Segala
praktikal yang dilakukan bersama meraka akan memudahkan pemahaman anda
mengenainya.
“Survival”@iktiar hidup ada
tiga keadaan:
1.Perseorangan
atau kumpulan yang sesat atau sebagainya dan terpaksa melakukan “survival”
tampa sebarang kelengkapan “survival” yang diperlukan. Cara untuk menempuhnya,
kembali kepada hidup perimitif dan berfikir lebih jauh untuk hidup. Meraka ini
tiada apa yang dibawa ada melainkan apa yang ada pada diri dan kenalah lebih
kreatif.
2.
Perseorangan atau kumpulan sesat atau sebagainya dan terpaksa melakukan
“survival” tetapi memiliki “survival kit” yang paling asas. Dengan peralatan
yang ada, ini memudah meraka menghadapi masa sukar tersebut dan memudahkan
pegerakan dan perangcangan untuk hidup. Contoh seperti dibawah:
- Tali pancing yang berkualiti (3 atau 6 meter)
- Mata kail dan batu timah yang kecil
- Tali Paracord (3 atau 6 meter) banyak kegunaanya
- Lampu kecil
- Magnesium Fire Starter, mancis atau pemetik api
- Kapas atau Getah tayar (untuk membakar)
- Kompas kecil
- Cermin kecil
- Whistle
- Pisau atau parang
- Sediki makanan
3.
Perseorangan atau kumpulan sesat atau sebagainya dan terpaksa melakukan
“survival” dan memiliki “survival kit” yang lebih lengkap. Dengan kelengkapan
yang meraka boleh bertahan lebih lama. Contoh seperti dibawah
- Tali pancing yang berkualiti (3 atau 6 meter)
- Mata kail dan batu timah yang kecil
- Tali Paracord (3 atau 6 meter) banyak kegunaanya
- Lampu kecil
- Magnesium Fire Starter, mancis atau pemetik api
- Kapas atau Getah tayar (untuk membakar)
- Kompas kecil
- Cermin kecil
- Whistle
- Makanan segera
- Parang, pisau atau kapak
- Kelengkapan untuk perlindungan seperti Khemah, poncho atau tarp
- Stove (light weight), Solid fuel atau Butine gas
Semoga semua mendapat
manfaat atas penulisan ini. Jika anda seorang peminat rekreasi yang tegar atau
tidak, janganlah ambil mudah mengenai keselamatan diri. Kecelakaan boleh
berlaku dimana-mana dan tidak kira masa. Sediakan diri anda dengan “Survival
Kits” walaupun paling asas dan ilmu megenainya, mudah-mudahan jika berlaku
perkara yang tidak diduga, anda telah bersedia menghadapinya samada untuk diri
sendiri, keluarga atau kumpulan.
Sekian terima kasih.
Lusuh Adventure@Loras Bushcraft Survival
(Sam Lusuh)
www.lusuh.com.my
(Ahad 16102016)
Gambar: Sumber internet
(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampakebenaran)
Lusuh Adventure Online Camping Shop
LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)
No comments:
Post a Comment