Tuesday, September 4, 2012

sAntai Gunung Chamah & Ulu Sepat (santai sepak daun)


     Gunung Chamah ialah sebuah gunung terpencil yang terletak di Hutan Belum, Kelantan, Malaysia. Tingginya 2,171 meter. Gunung Chamah mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Untuk mendaki gunung ini, memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang kuat.


     Gunung Ulu Sepat yang terletak di Tasek Temenggor, Perak Darul Ridzuan/Kelantan mempunyai ketinggian setinggi 2,161 meter (7,089 kaki). Gunung Ulu Sepat mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Untuk mendaki gunung ini, memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang kuat.



     Gunung Ulu Sepat, Perak merupakan sebuah gunung G7, merujuk kepada gunung melebihi 7,000 kaki. Ia merupakan salah satu dari tujuh gunung tertinggi di Banjaran Titiwangsa yang 5 darinya terdpat negeri Perak iaitu korbu, gayong, yong belar dan yongyap. Dua gunung tertinggi yang tidak terdapat di Perak adalah gunung Tahan dan gunung Chamah. Adalah menjadi cita-cita pendaki gunung untuk mendaki 

     Berikut lusuh catatkan log perjalanan lusuh dari 24 dis-30 dis. 2010, dalam xpdc menawan gunung chamah dan ulu sepat untuk melengkapkan G7 lusuh. Harap menjadi panduan untuk merangcang perjalanan anda nanti. Program ini dijalankan oleh Nature Explore dan Malim gunungnya ialah Bro Sham Castelo (pemilik Nature Explore).

Persediaan dan kelegkapan untuk diri sendiri:
>Melakukan larian santai/jalan laju sejauh 3@5km setiap hujung minggu 2 bulan sebelum program dan latihan naik bukit atau gunung lain.
>Melakukan urutan tradisioanal dikaki membetulkan apa yang patut (hanya pilihan)
>Persediaan mental dan fizikal untuk menghadapi kesukaran
>Membaca dan mencari maklumat berkenaan kedua-dua gunung ini melalui internet dan bertanya kepada orang-orang yang sudah pergi. Maklumat tersebut ialah:
  • Masa berjalan dan faktor cuaca ditarikh dan bulan program tersebut
  • Apa yang terbaik untuk di bawa(meminima berat bag)
  • Bentuk muka bumi , jarak masa dan keadaan satu kemsite dan satu kemsite yang lain
  • Meneliti dan menilai jika berlaku sesuatu malapetaka (persedian diri)
Kelengkapan Makanan:
>Makanan, kebanyakkan adalah yang telah tersedia untuk masak contoh Sardin & makanan dalam pack.cuma beras sahaja yang perlu masak. (untuk makan malam dan tengahari. Ia dikongsi berdua dengan kawan)
>Untuk sarapan saya guna oat ber fiber tinggi (mix oat) yang ada bermacam-macam campuran dalam oat tersebut contohnya ada kacang, berry, biji matahari dan sebagainya, kesannya kita akan dapat lebih tenaga dan tidak mudah lapar.
>Pagi hanya minum Milo atau Nescafe dan dicampurkan dengan oat tadi
>Waktu pagi masak nasi dan lauk, dibungkus untuk makan tengah hari (jika masih diperjalanan)
>Menyediakan satu set makanan jika berlaku kecemasan untuk bertahan 1@2 hari.
>Menyedikan makanan tenaga segera seperti Cokelat bar, bila berehat seketika lalu makan.
>Air dibawa mengikut kemampuan dan selalunya saya hanya minum apabila waktu berhenti rehat "take 5".

Kelengkapan Lain:
>Bag saya guna hanya jenama Mc Kennly 55 liter.
>Membawa 1 firemaple stove,"3 person Cook Set" dan dua tin gas Finex dan 1 tin Kovea
>First aid,pisau dan asas "survival tools"
>Membawa "ground sheets" kecil dan tidor dibawah "Fly Sheets" penganjur program
>Slepping bag jenis ultra light, satu Wind breaker yang kecil kalis air, dan beberapa pakaian rekreasi yang ringan dan mudah kering. Sarung tangan, tuala mandi dan kain pelikat juga dibawa.
>Seluar Trekking hanya menggunakan jenis "tide" yang mudah kering dan selesa dan di kemsite menggunakan baju dan seluar outdoor yang ringan dan selesa.
>Toilet guna tisu jer...

PERJALANAN......
Hari pertama-241210 (Jumaat)
1800-berkumpul di KL centreal 
1830-semua peserta berkumpul dan bertolak ke Gua Musang naik keratapi 

Hari Kedua-251210 (Sabtu)
0632- sampai stesyen kereapi Gua Musang 
-solat subuh dan tunggu 4wd datang ambil
-bergabung pula dengan peserta dari Johor seramai 7 orang
-pergi bersarapan dan bungkus makanan
0843-0915- pergi buat laporan Polis 
0915- naik 4x4 lagi semula dan sampai pintu masuk kampung Kuala Betis
0937 - sampai dan setelah kemas barang dan salin pakaian 'trekking' 
1029 - bertolak menuju ke kampung Sungai Rekom, melalui jalan balak yang besar dan becak, beberapa kali terpaksa turun dari kenderaan.
-sewaktu berjalan kami dilanda hujan lebat yang kuat
1348 - sampai sampai kesimpang untuk menuju ke kampung sungai Rekom, oleh kerana 4wd tak dapat masuk, terpaksa pula berjalan kaki menuju kesana selama 4 jam.(melalui jalan balak dan resam)
1400 - mula berjalan dan sampai simpang sebenar ke ke kampung sungai Rekom pada 1810
1810-1830 - jumpa tok batin, daftar nama dan bergambar
1830-2030 - menuju tapak perkhemahan dan mendirikan khemah juga persedian untuk mandi, solat dan makan malam
2030-2300 - makan malam dan berkenalan antara peserta
2300 - masuk tidur

Hari Kedua-261210 (Ahad-menuju puncak Gunung Chamah)
0630 - bangun solat subuh dan suhu pada waktu itu ialah 16 darjah celcius
0700-0800 - persediaan untuk masak sarapan pagi
0800-0916 - mula 'packing' barang ke bag, buka khemah dan kemas kawasan tapah perkhemahan dari sampah untuk dibakar. Suhu 18 darjah celsius.
0916 - memulakan perjalanan, jumpa tok batin untuk tumpang barang.
0955 - menuju ke kem Pakma rehat dan tunggu semua sampai peserta
1015 - bergerak semula untuk menuju ke kem Tengah 
1109 - sampai kem Tengah rehat dan tunggu semua sampai peserta
1220 - bergerah semula untuk menuju ke Kem Tongkat Ali, kena mendaki bukit dan menyerberangi anak sugai dan sungai (mudah dan tidak bahaya) 
1318-1418 sampai Kem Tongkat Ali, Makan tengahari, solat dan masak.
1418- bertolak semula untuk menuju puncak Gunung Chamah. dari kem ini, terpaksa menempuh bukit yang mencanak, untuk sampai ke puncak tipu yang pertama (bukit botak) dan kena tempuh 5 lagi puncak lain.
-1605 - sampai puncak tipu, kami berehat seketika
-1620 - berjalan semula untuk kepuncah Gunung Chamah, terpaksa menempuh berbagai dugaan iaitu laluan yang mencanak, laluan yang banyak pokok rotan yang berduri ,melayan 'trek' yang licin dan becak (selut). Ia benar-benar menguji fizikal dan mental.
-2127 - lusuh sampai dipuncak gunung chamah. peserta yang terawal sampai jam -2030 dan yang terakhir sampai kepuncak pada 0030 malam. Suhu diketika itu ialah 9 darjah celsius.
-setelah salin pakaian, lusuh masak nasi dan air. ada yang lain tidur.
0045- Semua bangun untuk masak makan malam dan bersembang.
0222- Sambung tidor semula

Hari Ketiga-271210 (Isnin-Turun dari puncak Gunung Chamah)
0645 - bangun untuk solat subuh
0700 - masak untuk sarapan pagi dan makan tengahari
0800-0955 - 'packing' barang, bersihkan kawasan perkhemahan dan bergambar.
0955 - Mula turun dari puncak, dan melalui semula laluan yang sama.
1253 - Sampai bukit botak yang berketinggian 1692 meter.Kami berihat dan makan tengahari.
1321 - Turun dari bukit botak untuk menuju ke Kem Tongkat Ali
1421 - Sampai kem Tongkat Ali, masak air, makan dan solat
1501 - Beredar dari Kem Tongkat Ali untuk menuju Kem Tengah
1615 - Sampai Kem Tengah, rehat sementara
1620 - Jalan semula untuk ke kem Pakma
1712 - Sampai kem Pakma, rehat sememtara
1620 - Jalan semula untuk ke Kampung Sungai Rekom
1755 - Sampai semula ke Kampung Sungai Rekom, peserta yang awal tiba telah memasang khemah dan mandi manda.
1755-2200 - Mandi, kemas barang, masak makan malam dan solat.
2200 - masuk tidor.

Hari Keempat-281210 (Selasa-menuju puncak Gunung Ulu Sepat)
0630 - bangun untuk solat subuh
0630-0910 - aktiviti masak, 'packing' barang, sarapan dan sebagainya.
0911- Mula berjalan, dan halagan pertama ialah melintasi sebuah sungai, selepas itu melalui pula jalan balak.
1025- Sampai ke simpan/penghujung jalan balak dan berehat menunggu peserta yang lewat.
1055 - Jalan semula dan melalu denai kecil(jalan balak yang lama) untuk menuju ke kem peres
1245 - Sampai Kem Peres, melintasi sungai dimana terpaksa berjalan atas balak yang tumbang sebagai jambatan. Disini jua makan tengahari.
1315 - Berjalan semula menuju ke kem Anak Peres
1440 - Sampai kem Anak Peres, aktiviti bergambar dan sebagainya.
1510 - Berjalan semula untuk menuju ke kem Maggi atau sungai retak
1615 - Sampai Kem maggi, bermalam disini 
1615-2200 - Mandi, pasang khemah, memasak, makan malam, solat, sembang dan lain-lain
2201 - Mula tidor

Hari Kelima-291210 (Rabu-menuju puncak Gunung Ulu Sepat)
0630 - Bangun solat subuh
0700 - Persediaan untuk buat sarapan pagi dan makan tengahari
0800 - 1011 - bersarapan beramai-ramai, kemas barang ,'packing' barang dan bersihkan kawasan perkhemahan. Tuju arah hari ini ialah Kem Sungai Lepir.
1012 - Mula berjalan semula menuju kem Sempadan Perak/Kelantan, Dilaluan ini permukaan muka buminya naik sahaja.
1125 - Sampai kem Sempadan Perak/Kelantan, acara bergambar dan sebagainya.
1150 - Bergerak semula untuk menuju ke Kem Sungai Lepir.
1253 - Sampai Puncak Orkid, sebelum sampai kepuncak ini, jalan yang dilalui ialah laluan yang becak (selut) dan pokok rotan yang banyak.
1311 - Meninggalkan Puncak orkid dan menuju ke Kem Sungai Lepir. Jalan yang dilalui ialah laluan yang becak (selut) pokok rotan yang banyak dan kesan-kesan laluan Gajah tempat ia mencari makan. Bermula dari sinilah anda akan merasai tekanan mental yang kuat.
1700 - Sampai Kem Sungai Lepir berketinggian 1640 meter dari aras laut.Suhu sejuk sekitar 13-15 darjah celsius
1701- 2000 - Pasang Khemah, mandi, solat, memasak dan sebagainya.
2001- Mula masuk tidor.

Hari Ke enam -301210 (Khamis-menuju puncak Gunung Ulu Sepat)
0500 - bangun awal untuk persedian awal meninggalkan kem
0515 - Membuat sarapan pagi juga makan tengahari
0625 - Solat Subuh
0700-0911 - Sarapan pagi, 'packing barang' dan lain-lain.
0912 - Mula bergerak kepuncak Gunung Ulu sepat
1200 - Sampai simpang menuju puncak gunung
1213 - Sampai puncak Gunung Ulu Sepat dan bergambar
1228 - Turun dari puncak 
1245 - Sampai simpang dan makan tengahari.
1300 - Mula turun untuk menuju ke Kem Sungai Lanweng, perjalanan kesini terasa amat jauh dan mencabar mental dan fizikal
1600 - Sampai Sungai Lanweng, masak air dan makan sementara menunggu rakan lain sampai
1730 - meninggalkan sungai Lanweng menuju kampung Lenglar. perjalanan kesini terasa amat jauh dan mencabar mental dan fizikal.
2215 - Sampai kampung Lenglar dan 4wd sedang menunggu

Hari Ke tujuh -311210 (Jumaat-menuju pulang)
1230 - Meninggalkan Kampung lenglar untuk menuju Sungai Siput
0500 - Sampai stesen keratapi Sungai Siput dan turun disini
0500-0900- Pergi mandi, solat, sarapan pagi dan lain-lain
0900-Menuju ke Ipoh untuk naik kerataapi laju
1035- Sampai Stesen Keratapi ipoh dan pergi beli tiket
1115- naik keratapi dan menuju ke kuala Lumpur
1330- Sampai Kuala Lumpur
1338- Pergi KFC untuk makan tengahari
1510- Bersurai dan kedistinasi masing-masing
1615- Sampai rumah dan tamat.

Note:
Untuk mendaki kedua gunung ini, anda perlulah siapkan diri anda dengan latihan yang secukupnya. Perjalan mendaki gunung ini benar-benar mencabar mental dan fizikal. Sediakan segala kelengkapan yang perlu agar anda tidak merasa menyesal nanti......selamat mendaki...


kem Tongkat Ali
sejuknya...
hahahahaha...santai sepak daun..
Puncak Gunung Chamah
kem maggi
puncak gunung ulu sepat
nak balik...

(Di kemas kini semula pada 04122017)

Regards
lusuh adventure...ever-Green exprience
online outdoor camping shop


Simple memory that still remains..

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : lusuhadventure@gmail.com

Click: www.wasap.my/601112207394/lusuhadventure. >>directwasap<<(untuk sebarang pertanyaan@if any inquiry)
Lusuh Adventure@loras
(outdoor gear camping shop>>kami menjual peralatan rekreasi dan sukan)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
w: www.lusuh.com.my

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

 

12 cara pengunaan@pemasagan "Flysheet" sebagai tempat berlindung




12 cara pengunaan@pemasagan "Flysheet"@"Tarp"sebagai tempat berlindung


Terdapat berbagai jenis cara ikatan yang boleh digunakan untuk mengikat "flyseet" atau "tarp". Semua baik, tetapi perlu sedikit ilmu untuk memasangnya dengan sempurna. Pengatahuan cara memasang dengan sempurna adalah perlu, dan pengetahuan tempat yang selamat dipasang adalah penting. Anda perlulah mengatahui seni tali atau ilmu tali secara asas, agar tempat perlindungan anda kemas, kuat dan senang di buka selepas menggunakannya. di Sini Saya Sam Lusuh akan menunjukkan 12 teknik yang mudah dan sesuai mengikut keadaan yang boleh di aplikasikan didalam rekreasi anda.



Cara yang pertama ini, semua orang tahu cara memasangnya, ia mudah sahaja, cuma dengan menggunakan satu tali (yang kuat). Setelah menentukan ketinggian yang sesuai bagi 'flysheet' tersebut dan kemudiannya  ikatlah tali antara dua pokok (atau apa saja)yang berhampiran. Tegangkan tali tersebut, apabila sudah tegang dan lurus barulah di letakan 'Flysheet' diatasnya dan ikat tali pada lubang yang telah disediakan di 'flysheet' tersebut. Setelah itu, tariklah 'flysheet' dan ubahsuai agar ia rata dan tegang dan kemuan ikatlah tali pada pancang kayu atau apasa yang ada disekitar anda.



Cara yang kedua ini, hampir sama seperti diatas, perbezaannya ialah ia nya menggunakan dua kayu yang ditanam (tongkat pun boleh) ianya mudah sahaja, cuma dengan menggunakan satu tali (yang kuat), laraskan ketinggian  yang sesuai bagi 'flysheet', kemudian ikat tali antara dua kayu@tongkat dan buatlah tali pengimbang (rujuk gambar) sebagai pasak kepada kayu.@tongkat  tesebut, mengunakan kayu pun boleh. Tegangkan tali tersebut , apabila sudah tegang dan lurus barulah di letakan 'Flysheet' diatasnya dan ikat tali pada lubang yang telah disediakan di 'flysheet' tersebut. Setelah itu, tariklah 'flysheet' dan ubahsuai agar ia rata dan tegang dan kemuan ikatlah tali pada pancang kayu atau apasaja  yang ada disekitar anda.



Cara yang ketiga ini,dari segi teknikal pemasangan 'flysheet' dan tali adalah sama seperti cara yang pertama. Cuma perkara yang pertama mesti dilakukan ialah pasang 'hammock' dahulu, setelah itu baru 'flysheet'.


Cara yang keempat ini,dari segi teknikal pemasangan 'flysheet' dan tali adalah sama seperti cara yang pertama, cuma kita kena pasang khemah dahulu kemudian barulah laraskan ketinggian untuk 'flysheet'. Kita diberi pilihan samada mengikat tali pada pokok atau pancang kayu atau apa saja.



Cara yang kelima . Untuk melakukannya carilah pokok yang boleh dilentur. Lenturkan pokok tersebut kemudian ikat dihujung pokok dengan tali dan ikat tali pada pancang (rujuk gambar). Setelah itu, ikatlah hujung 'flysheet' pada ranting atau dahan pokok dan tegangkan 'flysheet', dengan  tali ditempat yang perlu. Cara ini sesuai jika kekurangan tali atau tiada tali utama atau yang hendak cepat tempat berlindung.


Cara yang keenam . Untuk melakukannya carilah pokok berdahan atau beranting panjang. Setelah itu, ikatlah sedikit hujung 'flysheet' dengan tali dan ikat pada dahan (rujuk gambar) dan tegangkan 'flysheet', dengan  tali ditempat yang perlu. dibahagian belakang pula pacak kayu untuk mengikat tali lain (rujuk gambar).Cara ini sesuai jika kekurangan tali atau tiada tali utama atau yang hendak cepat tempat berlindung.


Cara yang ketujuh . Untuk melakukannya carilah pokok yang berdahan rendang.Setelah itu, ikatlah pertengahan 'flysheet' pada dahan pokok dan tegangkan 'flysheet', dengan  tali ditempat yang perlu (rujuk gambar). Cara ini sesuai jika kekurangan tali atau tiada tali utama atau yang hendak cepat buat  tempat berlindung.



Cara yang ke lapan . Untuk melakukannya pasang dahulu disemua penjuru 'flysheet' dengan tali (rujuk gambar). setelah itu barulah masukan tongkat atau kayu, dan letak ditengah-tengah 'flysheet' laraskan mengikut kesesuaiyan. Ingat sebelum itu letaklah pada hujug kayu@tongkat itu pengalas agar 'flysheet' tidah rosak.Cara ini sesuai jika kekurangan tali atau tiada tali utama atau yang hendak cepat buat  tempat berlindung.


Cara yang ke sembilan . Untuk melakukannya kumpulkan beg galas secara tersusun (rujuk gambar)kemudian pasang 'flysheet' dan tegangkannya dengan tali. Cara ini sesuai ditanah lapang atau anda terlalu penat untuk pasang khemah.



Cara yang ke sepuluh . Untuk melakukannya letak kayak dikawasan yang rata dan sendengkan ia.. Ambil dua kayu atau batu untuk melaraskan pada kayak agar kayak tidak tumbang. kemudian pasang 'flysheet' dan tegangkannya dengan tali atau batu. 




Cara yang ke sebelas . Untuk melakukannya cari balak yang tumbang. bersihkan kawasan sekitar. kemudian pasang 'flysheet' diatasnya (refer gambar)dan tegangkannya dengan tali atau batu. Boleh buat cara ini jika kecemasan.




Cara yang ke dua belas . Untuk melakukannya cari pokok atau guna dahan kayu.semagai penyokong dan dapat kayu untuk dijadikan bingkai untuk khemah.. Bersihkan kawasan sekitar. kemudian pasang 'flysheet' diatasnya (refer gambar) dengan cara mencerut dan ikat dengan tali (refer gambar)dan tegangkannya dengan tali atau batu. Boleh buat cara ini jika kecemasan.

Inilah rencana (blok) pertama lusuh adventure untuk 2010. semoga menjadi sumber rujukan untuk rakan-rakan yang meminati adventure. Mugkin ada cara lain lagi yang lusuh tidak tahu, dan lusuh berharap agar dapat diberitahu untuk kebaikan semua.terima kasih.


Tambahan nota tarikh 30/11/2017



Jenis ikatan asas untuk pemasagan Tarp/ Flysheet



Bowline
Prusik Knot
Tout Line Hitck
Grip Hitch
Timber Hitch

Truckers Hitch

        Semua ikatan di atas adalah sebahagian daripada berbagai jenis ikatan lain yang boleh digunakan untuk mengikat tarp/flysheet anda. Tidak kira apa jenis ikatan yang anda gunakan, cuma pastikan ikatan senang di ingati, dipasang dan dibuka.

          Semoga kita semua mendapat ilmu dari penulisan ini. Perlu dingat kemahiran ikatan dan simpulan selalu perlu latihan. Harap rujuk kepada yang pakar jika ada sebarang persoalan agar lebih jelas. Penulisan ini hanya sebagai rujukan sahaja.

Lusuh Adventure
130110  1250
http://lusuh.multiply.com


Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : lusuhadventure@gmail.com

Click: www.wasap.my/601112207394/lusuhadventure. >>directwasap<<(untuk sebarang pertanyaan@if any inquiry)
Lusuh Adventure@loras
(outdoor gear camping shop>>kami menjual peralatan rekreasi dan sukan)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
w: www.lusuh.com.my

(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)


Monday, September 3, 2012

kelengkapan asas yang diperlukan sebelum keluar rekreasi 'Camping'

Sebenarnya ramai tahu kelengkapan asas apa yang perlu dibawa ketika keluar  beriadah untuk kehutan, gunung dan kemana saja .Tetapi ramai yang lupa atau tidak ambil kisah atau lokek ilmu atau tak tahu langsung untuk memberitahu kepada kawan,adik atau peserta perkara asas senarai barang yang diperlukan dalan kegiatan luar.

Disini Lusuh akan catatkan perkara-perkara tersebut agar semua mendapat menafaat darinya terutama yang masih baru. Penulisan ini lebih kepada pengunaan individu atau peserta program.


contoh peralatan yang lengkap
Kelengkapan yang perlu dibawa@ada:

1.Hoversack (beg galas) overnight atau daypack-Bergantung kepada masa dan tepat yang hendah ditujui. Sediakan beg mengikut kesesuaiannya. Sebaik mungkin gunakan yang beg yang berkualiti dan sedap dipakai.

2.Kasut trekking/slepar/sandle-Tidak kira bagaimana keadaan muka bumi tempat yang anda akan pergi gunakan mengikut kesesuaian. Sebaik-baiknya gunakanlah yang berkualiti dan menjamin keselesaan dan keselamatan.

3.Pakaian yang secukupnya dan yang berkaitan-Ia bermaksud pakaian yang bersesuaian untuk ke sesuatu destinasi. Paling penting disini ialah pakaian trekking, pakaian di kem site, dan untuk pulang, baju sejuk,stokin, sarung tangan dan apa-apa yang perlu bagi anda.

4.Peralatan untuk makan dan minum-Bawalah kelengkapan itu mengikut masa distinasi dan keperluan. Barang-barang itu ialah, Messtin, pingan/mangkuk ,bekas minuman (cawan,botol air atau water bladder), sudu dan garpu.

5.Keperluan asas yang penting 1-contonya ialah sleeping bag (penting), sleeping mat,lampu suluh atau headlamp dan bateri tambahan (penting),pisau atau parang,baju hujan,ubat persendirian (first aid), peralatan mandian, stokin pacat,stove (jika ada), mancis, lighter ,tongkat (walking stick), whistle dan apa yang perlu bagi anda.

6.Keperluan asas yang penting 2- contohnya makanan ringan [kudapan] (cokelat, power bar dan lain-lain), air pemberi tenaga (100plus,redbull dan lain-lain).

6.Keperluan asas yang penting 3- HP charger dan yang berkaitan dengannya (update 2019)

Contoh Check List Camping Equipment

Ok cukup disini yang dapat lusuh catatkan, nampak ringkas tetapi penting.

terima kasih.
Lusuh Adventure@loras (Update 13062019)
060509 1220
http://lusuh.multiply.com
(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

Jika tersesat di hutan dan cara menghadapinya



Jika tersesat di hutan dan cara menghadapinya


                                     
\


'Sesat dihutan', adalah satu perkataan yang amat ditakuti oleh semua pencinta rekreasi. Namun perkara ini kadangkala berlaku juga. Yang amat menyedihkan ialah jika ia berakhir dengan kematian atau hilang begitu sahaja. Di sini lusuh akan terang beberapa "tips" untuk dikongsi bersama agar menjadi pengajaran dan iktibar. Mari kita lihat Faktor-faktor ia berlaku.

Faktor-faktor ia terjadi (sesat)

1.keadaan mental dan fizikal yang lemah akibat terlalu penat, lapar atau sedih (ditinggal rakan atau dikutuk atau menjadi bahan gurau). Semua ini menyebabkan tekanan perasaan dan menyebabkan hilang tumpuan semasa berjalan di trek.

2.Gangguan makluk halus atau halunisasi. Akibat dari perkara no 1, diatas. Senanglah untuk kita untuk  tersasar dari  pandangan sebenar  direntis (laluan@trek)  dan mengalihkan fokus kita dari laluan asal. apabila tersedar anda berada dilaluan yang berbeza.(tambahan dan pindaan 5/7/2015)

3.Guide (jurupandu) atau penganjur yang kurang bertanggungjawab. Seorang jurupandu atau penganjur sepatutnya tidak boleh meninggalkan peserta berjalan berseorangan terlalu jauh atau meninggalkan bersendirian) kerana tidak semua peserta berpengalaman.

4.Terlalu gembira, kerana nak sampai atau balik cepat. 

5.Tiada ilmu untuk membezakan rentis haiwan atau manusia (tambahan 5/7/2015)

6.Tiada persediaan dari segi mental dan fizikal, dan melakukan sesuatu aktiviti itu tampa bimbingan orang yang berkelayakan  (tambahan 5/7/2015)


Dari enam faktor diatas atau salah satu darinya, adalah penyebab kita tersesat dalam hutan, dan jika berlaku perkara yang harus dilakukan ialah:

1.Jika anda yakin telah sesat, langkah pertama ialah berpatah balik, kebiasaanya seseorang itu sedar ia tersalah jalan dalam jangkamasa 30 min hingga 1jam dan mungkin lebih. Cari kembali trek asal yang anda lalui (jika masih bertenaga, jika tidak mampu rehat dulu)

2.Jika anda yakin telah sesat, langkah kedua ialah, berehat saja cari kawasan sesuai untuk rehat menghilangkan penat. Makan dan minum dulu (tetapi berjimat sikit terutama air), tenangkan fikiran, ingat Allah banyak-banyak, minta petunjuk dan pertolongan darinya. Jika anda panic makin sesat jadinya. jika dah ok patah balik untuk memcari trek asal.

3.Trek manusia biasa lapang atas dan bawah, ada kesan tapak kaki atau tanda-tanda yang di tinggalkan. Jika jumpa tunggulah disitu, ini kerana jika perkara sesat ini berlaku, guide (jurupandu akan mencari anda). jika tidak jumpa juga, pagi esoknya baru laporan dibuat dan gerakan mencari dijalankan. Jika anda masih ditrek yang betul, peluang untuk anda diselamatkan amat cerah.

4.Jika boleh bersabar, tunggulah di trek (tepi trek) dalam tempoh 24jam, atau lebih (48 jam) dan jika waktu malam tidurlah jauh dari trek itu,cari kawasan sesuai, ini kerana waktu malam trek itu  mungkin memjadi laluan haiwan. Berjimatlah dengan bekalan makanan dan air yang ada. Jika  tiada tanda-tanda pasukan penyelamat maka bertindaklah untuk cari jalan keluar. Bawalah barang-barang yang terpenting sahaja iaitu beg kecil(jika ada) atau beg yang ada,pisau,ligther (mancis),tourch light atau headlamp, sleeping bag atau baju sejuk dan botol air. beg yang ringan memudahkan anda berjalan. Semasa mahu berjalan tinggakanlah tanda anak panah dari kayu atau apa saja menujukan arah anda hendak pergi. Disepanjang perjalanan tinggalah tanda-tanda yang anda melaluinya, ini memudah pasukan penyelamat mencari anda.



Mencari makanan dan bekalan air
Didalam hutam banyak tumbuhan,buah-buahan dan haiwan/serangga yang boleh kita makan,ia bergantung pada musim dan cuaca pada masa itu. Tetapi ingat ada diantaranya yang beracun. cara hendak mengenali samada beracun atau tidak ialah:






Jika tumbuhan:
Gunakan tiga langkah berikut iaitu hidu,sapu dan kunyah/sapu bawah lidah .Hidulah pucuk daun yang hendak dimakan, jika berbau busuk atau keras jangan makan. Jika tidak berbau, hancurkan pucuk daun tadi dan sapukan di lengan tangan, tunggu dalam tempoh 10 minit, jika terasa gatal atau panas jangan makan. cara kunyah lebih berkesan,tunggu sekejap. jika terasa panas atau gatal atau loya jangan makan. Anda juga boleh ambil iktibar dari haiwan yang memakan daun, makanlah daun atau buah yang dimakan haiwan tersebut inshaAllah selamat.

Anda juga boleh mendapat sumber makanan dari tumbuhan seperti pokok palma, buah rotan, pokok bertam,(ambil umbutnya), lengkuas liar (umbutnya) dan berbagai lagi yang mempunyai umbut. Cendawan juga juga boleh dimakan. Kebanyakan cendawan pokok boleh dimakan tetapi janganlah menganbil cendawan yang berwarna garang (terang),berkilat,keras dan rapuh kearana kebiasaanya ia beracun.(kebanyakan diatas tanah)-makan cendawan ni, lusuh tidak galakan tetapi sebagai sumber ilmu diterangkan juga.




Jika buah-buahan:
Sama  seperti teknik diatas,iaitu hidu,sapu dan kunyah/sapu bawah lidah. Yang jelas ialah, haiwan sepeti kera tidak akan makan buah yang beracun. jika jumpa buah seperti ini jangan makan. Andai anda jumpa buah hutan, dan melihat ada kesan dimakan haiwan, makan sedikit buat tersebut dan tunggu dalam 30 minit, jika ok makanlah sepuasnya.




Jika haiwan ,serangga dan ikan:
banyak haiwan yang boleh dimakan,seperti burung,kancil dan pelanduk atau apa sahaja. dalam keadaan darurat ni semuanya halal. contoh terbaik ialah ular, jika dapat, putuskan kepala buang isiperutnya dan boleh dimakan mentah atau dibakar. Walauapapun haiwan yang ditangkap pastikan najis atau perutnya dibuang. Serangga juga boleh dimakan, contohnya anai-anai atau larva semut. ia mengandungi kandugan protin yang tinggi. Untuk melakukan perkara ini, anda haruslah kreatif dan berani untuk meakukanya. (pindaan 5/7/2015)




Bekalan air:
Sebaik-baiknnya carilah punca air. kerana manusia boleh hidup selama tiga minggu tampa makan tetapi 3 hari saja tampa air.Carilah punca air yang bersih seperti sungai, tasik, lopak air (yang bersih) atau mata air. Jika tidak ditemui punca air, sumber alternatif ialah pada tumbuhan. contohnya ialah akar kayu pokok yang menumpang seperti pokok mempelas dan lundang. Potong serong akar tersebut untuk mendapatkan air dan biasanya ia tiada warna, cair dan tidak berbau. Akar pokok rotan juga mempunyai kandungan air yang banyak, maka gali bersihkan dan perah untuk dapatkan air. Pokok buluh juga ada menyimpan air, iaitu diantara ruasnya. caranya ketuk buluh diantara ruas, jika bunyi mampat, pasti ada air. cara lain ialah dari embun yang terdapat pada daun, dari pokok lumut dan peruik kera atau dari pokok yang mempunyai lubang yang menakung air. Jika semua itu tiada maka jalan terakhir ialah air kencing anda (lupakan soal geli, nyawa lebih penting-Sumber paling akhir sekali) (pindaan 5/7/2015)



Bagaimana nak tidur (bermalam) dengan selamat


Jika hari dah hampir malam, berhenti berjalan dan buat tempat berteduh  2 jam sebelum malam. Carilah tapak yang sesuai, dan perhatikan sekelilig tapak itu tidak mempunyai kesan-kesan binatang buas contohnya kesan tapak kaki, najis ,peninggalan sisa makanan atau dikawasan sumber makananya .

Pastikan juga kawasan yang dipilih bukan dilaluan binatang, air (jika ditepi sungai), laluan angin dan bukan dibawah dahan atau pokok yang mati. Jika atas batu, pastikan bukan dikawasan batu longgar dan licin, jika dalam gua, pastikan tiada binatang berbisa. Langkah yang terbaik di dalam hutan ini ialah membina khemah sementara, yang dapat melindungi anda dari hujan,binatang buas dan anda lebih selesa (jika mampu). Jika tidur atas tanah, pastikan anda sapu ketepi semua daun kering, jika anda buat pangkin (katil) tinggikan sekurang kurangnya 1 1/2 kaki. potong pokok yang kecil dan potong dalam 5 kaki,tajamkan hujungnya untuk dijadikan senjata@tongkat. Langkah seterusnya carilah makanan (apa yang dapat) dan yang terakhir ialah nyalakan api. (jika banyak agas atau nyamuk, gunakan sarang anai-anai yang terdapat pada pokok hancurkan dan letak atas api, asap dari sarang ini dapat halau serangga ini)

Jika tidak mahu tidur diatas tanah, alternatif lain ialah di atas pokok.Caranya samada anda buat satu platform (pangkin-kelebihannya anda lebih selesa dan boleh buat unggun api) diatas pokok atau ikat diri anda dipokok, (pastikan pokok yang tiada serangga berbisa atau yang beracun) jarak yang selamat ialah dalam anggaran 3-6 meter dari tanah. Carilah dahan yang kuat dan selesa anda duduk, pusingkan badan anda menghadap pokok itu posisi seperti memeluk pokok, ikatan hendaklah dibahagian dada dan belakang melalui ketiak. ikatlah bada anda mengikut keselesaan, tetapi ingat simpulan terakhir mestilah kuat.

Begitulah seterusnya selagi anda masih lagi dalam hutan."Semua teknik yang diajar adalah bergantung kepada kepada semagat juang anda untuk hidup tidak kira lelaki atau perempuan". Jika putus asa dan mengalah peluang anda hanya 50-50, tetapi jika berjuang untuk hidup, peluang itu amat cerah boleh mencapai 100%.Walauapapun yang ditempuh dalam hutan itu, sebagai seorang muslim jangan tinggalkan solat berdoalah agar selamat dan mememui jalan keluar atau diselamatkan.



Untuk pengatahuan lusuh pun pernah sesat dihutan iaitu di Gunung Nuang dan dan hutan kecil Muar. Tetapi kami sesat dalam satu kumpulan . Tapi bersyukur kerana dengan bekalan ilmu yang ada dan semangat,semuanya selamat ditempuhi dan keluar dengan aman.



Ok, setakat tu sahaja, nanti lusuh akan sambung lagi bab yang sama artikel yang akan datang. Semoga apa yang diajar akan menjadi panduan untuk semua.



terima kasih.
Lusuh Adventure@loras
040609 1014
http://lusuh.multiply.com
(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)