Showing posts with label Outdoor xtvt. Show all posts
Showing posts with label Outdoor xtvt. Show all posts

Sunday, November 22, 2020

Kisah Gunung Korbu & Gayong (KORGA) 29 Ogos-02 September 2000 (5H4M 20 tahun dalam kenangan)

(nak tengok gambar lihat dari bawah dulu yer)....

Pendaki dahulu memang suka tidur puncak (mesti) sebab nak tengok matahari terbit

Hanya gambar jadi kenangan simpan baik-baik dalam peti otak selagi masih bernyawa. Zaman itu, agak sukar juga nak pergi sebab masalah trasport, guide dan masa perjalanan yang lama. Perancangan dibuat dengan teliti dan akhirnya kami seramai 9 orang dan seorang guide bersepakat dan memulakan kerja-kerja penat itu.

Saya tak sempat buat catitan perjalanan yang lengkap dan saya catit kisah perjalanan ini setelah 20 tahun saya simpan dalam otak dan gambar yang di scand dan kamera kami yang menggunakan filem sahaja. Jadi gambar amat terhad dan ambil moment yang penting sahaja..

Sebelum saya teruskan penceritaan pengalaman manis tersebut, kita cerita sikit perihal Gunung Korbu dan Gunung Gayong :

Gunung Korbu ialah sebuah gunung yang terdapat di Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Gunung Korbu mempunyai ketinggian setinggi 2,183 meter[1] dan merupakan puncak tertinggi Banjaran Titiwangsa.

Gunung Korbu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Menurut buku 'Malaya and It's History' tulisan Sir R.O. Windstead, nama Gunung Korbu diberikan oleh orang asli Sakai, yang mendiami gunung dan bukit di Kelantan dan Perak. Korbu bermaksud 'kerbau'.

Gunung Gayong yang terletak di Perak mempunyai ketinggian setinggi 2,173 meter (7,129 kaki).

Gunung Gayong mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Ia merupakan tapak kegemaran pendaki gunung tempatan dan pelancong.[1]

Sumber dari wikipedia

sumber rujukan gambar dari :http://www.silveroutdoors.my/2016/06/gunung-korbu-gayong-korga.html

Ok kita sambung balik......catitan seterusnya....

Zaman ini tiada istilah daypack untuk daki gunung ini. Mengambil masa 5 hari 4 malam dan ada yang buat 6 hari 5 malam. Apabila kita nak masuk terpaksa berjalan kaki beberapa jam untuk sampai ke pintu empagan lama dan bermalam di situ. Itu adalah dikira sebagai malam pertama. Dengan bagpack yang besar dan berat lagi (zaman itu istilah light packing lom popular lagi)..Pagi-pagi selepas sarapan pagi kena bergerak awal dan laluan pertama yang menarik adalan kampung Orang Asli. Sepanjang perjalanan penuh dengan dugaan dan cabaran lintas sungai, kena serang penyegat, rakan tertinggal dibelakang dan berbagai-bagai kerinah lagi.

Target kami semua adalah bermalam di Kem Seroja, ia jauh sikit tetapi dah keatas sikit. Waktu malam di kem ini kami di hiburkan dengan bunyi askar sedang berkawad. Ramai yang dengar hingga nak bangun kencing pun takut heheheheheh..macam-macam cerita kisah hantu kami dengar tempat ini dari guide (bekas komando), tetapi kami semua lagi hantu dari hantu sebenar hehehehe...

Setelah mandi cara seniman negara arwah P.Ramli, bagpack lagilah bertambah berat sebab kena tapau air untuk kegunaan di puncak gunung nanti (jika tak silap ada tempat untuk tapau air di pertengahan perjalanan untuk mendaki last water point). Rancangan kami hendak sampai awal ke Puncak Gunung Korbu kemudian letak bag dan berlari ke Puncak Gunung Gayung pula. Jalan punya jalan punya jalan.....akhirnya sampailah di puncak bukit botak (puncak tipu) dan ternampak dengan jelas gunung korbu yang hendak kami daki itu.

Seterlah bertungkus lumus, terkangkang, tergolek dan sebagainya, akhirnya sampai kami semua di puncak gunung korbu yang kami idamkan dalam jam 3 petang jika tak silap, dan seperti yang dirangcang kami semua letak bag dan berlari-lari anak untuk kepuncak Gunung Gayung (sepanjang perjalanan pemandagan memang cantik dan menarik melihat puncak gunung gunung yang lain) pula dan semua berjaya. Setelah selesai ambil gambar berlarilah lagi untuk kembali ke Gunung Korbu.

Ingat tak pada tahun itu ada kes kematian di puncak gunung korbu. Mangsa dikatakan telah keracunan gas yang dipasang dalam khemah. Tempat tapak mangsa itu tiada siapa yang berkhemah di atasnya dan kelihatan cantik. Oleh kerana kami ini hantu hidup, kami pasang fly jer berdekatan kawasan tersebut...

Waktu malam adalah yang di tunggu-tunggu oleh kami semua sebab nak tidur sebenarnya heheheheh...selepas makan malam nasi dengan sambal petai serta kuah, masing-masing tidur awal sebab dah kenyang, penat dan mengantuk...masa tu sejuk benor masing-masing berbungkus dalam "sleeping bag"...tiba-tiba dalam jam 3 pagi kami terbangun termasuklah saya...nak tahu apa? jeng jeng jeng...kena ganggu kami kena langkah dengan benda ghaib tu...sorang-seorang kena...hahahaha semua membeku dalam "sleeping bag" masing-masing. bila bangun pagi barulah bercerita kisah malam tu.

Kami bangun awal, cuaca pagi yang sejuk tetapi cantik untuk melihat matahari terbit memang rezeki masa itu. Setelah ambil gambar sesi memasak yang sarapan pagi pulak dilaksanakan....akulah chefnya dari mula hingga akhir....

Sewaktu sarapan pagi kami merangcang untuk terus turun dari puncak gunung terus ke empagan dan bermalam disana (tapi guide macam tak setuju, takut tak sempat katanya). Setelah berkemas dan semua dah siap perjalan turun dari kami turun dari puncak dalam jam 9 pagi. Jalan punya jalan, rehat dan berbagai lagi.....akhirnya kami sampai juga di  empagan lama pada waktu malam kira-kira jam 9 atau10 malam (penat gila bagai nak kojol tuhan saja yang tahu). Sampai kami masak lebih kurang halal tak mandi dengan baju yang sama, bentang ground sheet dan bye-bye semua masuk tidur......punya lena sedar sedar sudah pagi.

Hahahahahahahaha...itulah gelak ketawa kami semua dipagi itu, kami buat sarapan yang alakadar mandi- manda, berpakaan kemas sikit lalu bergerak keluar. Tapi kali ini bernasib baik dapat naik Van separuh jalan. Menujulah kami semua kebandar ipoh, makan-makan dan tak sabar nak balik ke rumah. Kami tak sedar bahawa kami telah mendahului satu hari awal dan nak dijadikan cerita tempat duduk kami dalam keretapi semua orang dah duduk....apapasal lah pulak...bila cek balik tiket kami adalah untuk 3 September 2000 jika tak silap sedangkan hari itu adalah 2 September 2000...heheheheheh nasib baik kami dibenarkan naik dan meneruskan perjalanan.

Sekian sahaja kisah perjalan saya 5 hari 4 malam untuk mendaki gunung Korbu & Gayung pada 29 Ogos hingga 02 september 2000. Satu pengalaman yang terindah yang tidak akan di lupakan selamanya dan kenangan terindah bersama sahabat sahabat semua Mat Sabu, Nizam, fadil TNB, Fadil Muar, Saiful dan yang lain-lain.

Saya minta maaf jika ada tersilap info dalam penulisan ini maklumlah nak ingat balik cerita 20 tahun lepas. Saya catit perjalanan ini untuk tatapan anak-anak dan cucu saya (kekekekekeke) jika saya dah tiada lagi di dunia ini agar meraka tahu siapa saya dan rakan-rakan saya suatu ketika dahulu masa muda mudi.

Catitan:

>29/08/2000 bergerak dari KL

>30/08/2000 bermalam di empagan lama

>31/08/2000 Sambut Merdeka dan bermalam di Kem Seroja

>01/09/2000 bermalam di puncak Gunung Korbu

>02/09/2000 bermalam semula di empagan lama

>02/09/2000 Petang tamat XPDC berada di Ipoh dan balik ke KL naik keretapi

Sekian Terima Kasih kerana sudi membaca...

Sam Lusuh 

21 November 20202 (kisah ini di catitkan)


Nak Balik Dah

Gambar waktu pagi tidur di empangan setelah turun dari puncak


dah 20 tahun berlalu wahai geng semua...
Puncak Gunung Gayung
Puncak Gunung Gayung
Malam Di Puncak Korbu malam ke tiga
Bersama Guide + malam sejuk weiii
Puncak Gunung Korbu
Puncak Gunung Korbu

Puncak-puncak Gunung
Senyum dulu sebelum mendaki puncak belakang tu..







Kem Seroja malam kedua

Empagan Lama Malam pertama


Saturday, January 12, 2013


About 16 kilometres from Sungai Lembing is Gunung Tapis, the 18th highest mountain in the peninsula at 4, 957 feet. A favourite challenge for climbing and trekking enthusiasts while in Pahang, the immediate vicinity in which Gunung Tapis resides is a well-kept nature park with camping areas, hot springs, white water challenge in its fast-flowing rivers and great fishing, especially for the much-sought after kelah (Malaysian mahseer).Rainbow waterfall

Although compared to other mountains, taking on Gunung Tapis may not be an overwhelming undertaking to the experienced climber, it is best not to underrate Mother Nature and take extra precautions. The trek to the summit is very challenging and is uphill all the way from the trailhead. High fitness level is necessary and trekking hours will be quite long through the undulating trail. Get an experienced guide and always inform the officers at the police station at Sungai Lembing before you start the climb.

The view from the top is quite breath taking. Most of the time all you can ever see is a sea of white clouds obscuring the view of the lowlands, with occasional breaks to reveal the surrounding terrain. On a clear day, you can see Gunung Tahan in the distance. The temperature at the peak can range between 18 to 8 degrees Celsius, depending on the time of day. The sunset from the peak is great and on the way up you will come across a grove of miniature-like trees dubbed by climbers as the bonsai garden. The stunted appearance of the treks and shrubs is due to the relentless gust of wind that blows against the hillside.

Reference:
http://pahangtrekker.malaysiatrekker.com/gunung_tapis.htm

Program bermula pada 23-26 Disember, yang diketuai oleh Encik Sharin, dibantu oleh Kerekokey@k dari SOS dan jurupandu yang terlibat seramai 3 orang diketui oleh "ayahmat". seorang jurupandu tempatan. Jumlah keseluruhan yang hadir ialah 11 orang. 10 orang lelaki dan seorang perempuan. Dimusim hujan pendakian gunung ini amat mencabar. Lusuh Adventure mengucapkan terimakasih di jemputan kedalam program dan kenangan bersama kalian tetap menjadi satu tatapan yang terbaik. Pendakian gunung inilah menyebabkan kecederaan kaki lama lusuh datang kembali, aduh..derita sakit yang amat sangat, tetapi kekawan sangat membantu, Panjang yang sanggup jadi "Swepper" menemani paejalanan saya yang amat perlahan, dan Faizal Samad yang sanggup bawa barangan saya. Terima kasih untuk kamu berdua dan juga sahabat lain.

Dibawah lusuh catitkan sedikit log perjalana mendaki gunung Tapis. Ianya tidaklah lengkap 100% tetapi harap menjadi rujukan jika ada yang berminat untuk mendaki dan menjadikan "tentatif: dalam menyusun masa program anda.

Jumaat 23-11-2011

>2230 Berkumpul di LRT Gombak
>2245 -Sampai di LRT Gombak

Sabtu 24-11-2011
>0100 -Semua peserta sampai
>0130 -Bertolak dari KL menuju kekarak highway
>0430 -Sampai di perhentian Gambang, minum, makan dan toilet.
>0500 -Bertolak semula
>0610 -Sampai dipekan Sungai Lembing dan terus kebalai polis untuk buat report laporan pendakian Gunung Tapis
>0625 -Solat subuh di Masjid Sungai Lembing
>0700 - 0900 -Besarapan pagi dikedai makan (harga murah) dan bungkus makanan untuk makan tengahari.
-Berkenalan dengan "guide" Ayahmat, Parking kerata di kawasan Muzium, pembahagian "Ration" dan tukar pakaian "treaking".
>0900 -naik lori menunju ke pintu masuk
>0952 -Sampai pintu masuk (kawasan Chalet tinggal)
>1000 -Perjalanan bermula untuk menuju ke Kem 1 (simpang air terjun pelangi dan Gunung Tapis)
>1100 -Sampai Kem 1, tetapi tidak dapat lintas sungai seperti biasa kerana air Sungai Kuantan naik, terpaksa cari jalan lain.
>1130 -1243 -Hampir 1jam 43 minit masa diambil oleh semua peserta untuk seberangi sungai kuantan.
>1250 -Mula berjalan untuk menuju ke Kem Cabang Dua (tebing sungai Jagot), perjalanan yang santai tetapi jalah becak dan lumpuh.
>1400 -Sampai dan makan tengahari, bersih badan dari lumpuh dan paca dan solat.
>1440 -Meninggalkan Kem Cabang Dua, untuk menuju ke Kem 2.
-Terpaksa menebas resam
-Perjalanan amat mencabar, terpaksa menenpuh sungai resam, belukar, bukit kecil dan Pacat yang banyak.
>1700 -Sampai Kem 2, rehat dan minum kerana selepas ini akan mendaki
bukit Tobat yang mencabar minda untuk menuju kem 3
>1730 -Pendakian bermula untuk untuk mendaki
-Pendakian bukit yang menaik saja
-Semasa pendakian terdapat halangan pokok tumbang
-Penderitaan akan tamat apabila nampak "sing bord" tertulis pokok 2 rasa, kerana disini laluan mula rata sikit dan melalui permatang.
>0800 -Sampai di Kem 3 (orang yang terakhir sampai)
-Suhu 22@23 darjah celsius
>0800-2230 - Pasang Flysheet khemah Mandi, solat dan makan malam
>2230 -Masuk tidor

Ahad 25-11-2011
>0645 -Bangun solat subuh
>0700-0950-Sarapan pagi, berkemas untuk kepuncak "daypack"
>0950 -Mula gerak dan halagan pertama ialah sungai
-Keadaan laluan yang rata dan menaik
>1045 -Sampai CP8 , berehat sekejap,
-lauan yang agak mencanak dan mencabar
>1134 -Sampai CP9, laluan kini sudah mudah sedikit
-Sumber bekalan air terakhir berada dilaluan ini.
>1235 -Sampai pula Taman Bonsai
-Pemandangan yang cantik dan tiupan angin yang kencang
-Akan melalu laluan bonsai yang cantik
>1315 -Sampai Dipucak Gunung Tapis
-Acara bergambar, masak dan makan
-Cuaca puncak yang berkabus, berangin. Suhu 19@20 darjah celsius
>1430 -Mula turun dari puncak
-Melalui semula jalan yang mencabar tadi
>1720 -Sampai kem site 3
>1720-1830 -Mengemas barang masing-masing, buka flysheet ,khemah, bakar sampah,makan, mandi dan solat
>1830 -Mula keluar dari kem 3, menuju kepermatang (mendaki lagi)
>1850 -Sampai permatang dan tunggu peserta lain untuk berkumpul.
-pejalanan terpaksa melalui Bukit Tobat
-Berhenti rehat di Pokok 2 rasa. (waktu magrib)
>1718 -Perjalanan diteruskan menuju CP2
>1845 -Sampai ke Kem CP2
-Rehat seketika dan upacara bersihkan pacat
-Perjalan kini pula untuk menuju ke Kem Cabang Dua (Sg. Jagot)
>1915 -Meninggalkan CP2
-melalui kembali lalua resam, becak dan anak sungai
>2336 -Sampai di Kem Cabang Dua sungai jagot
-Rehat, pasang khemah dan bersihkan darah kesan gigitan pacat

Isnin 26112011
>2400-0130 - Mandi, makan dan Solat
>0130 -masuk tidor
>0645 -Bangun solat subuh
>0700 - 1050 -Bangun untuk mandi, persediaan sarapan pagi.
-Mengemas baragan masing-masing dan bergambar
>1050 -Meniggalkan Kem site untuk menuju ke CP1, Sungai Kuantan
>1253 -Sampai CP1, air telah surut, dan boleh menyeberanginya
>1305 -Meninggalkan CP1, untuk menuju ke Resort tinggal
>1453 -Sampai pintu masuk dan rehat sambil bergambar
>1500 -Naik lori untuk menuju pula ke kebun durian ayahmat (guide)
>1525 -Sampai kebun, dan upacara makan bermula
>1535 -Naik lori semula untuk ke Pekan sungai Lembing
>1550 -Sampai pekan
>1550-1830 -Acara mandi, makan durian, minum dan sepatutnya
>1830 -Meninggalkan Pekan Sungai Lembing
>2122 -Sampai RNR Temerloh, makan,minum,solat dan toilet
>2200 -Berjalan semula menuju ke Kuala Lumpur
>2340 -Sampai LRT Gombak, hantar peserta
>2350 -Sampai rumah diTaman Melawati

Note:
Untuk mendaki kedua gunung ini, anda perlulah siapkan diri anda dengan latihan yang secukupnya. Perjalan mendaki gunung ini benar-benar mencabar mental dan fizikal (jika pergi dimusim hujan). Sediakan segala kelengkapan yang perlu agar anda tidak merasa menyesal nanti......selamat mendaki...

Regards
lusuh adventure...ever-Green exprience
http://www.lusuh.com.my
Show room and online outdoor camping shop

kenangan bersama guide ayah mat (al-fatiha)
end of year..
river crossing..
take 5 before start climb bukit tobat
on the way to summit
on summit..
rest...
Finally....
Want to back home
Regards

lusuh adventure...ever-Green exprience
online outdoor camping shop


Simple memory that still remains..

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : lusuhadventure@gmail.com

Click: www.wasap.my/601112207394/lusuhadventure. >>directwasap<<(untuk sebarang pertanyaan@if any inquiry)
Lusuh Adventure@loras
(outdoor gear camping shop>>kami menjual peralatan rekreasi dan sukan)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)




Monday, October 29, 2012




Gunung Tahan (merapoh-kuala) retro 2000



Mount Tahan (Malay: Gunung Tahan), at 2,187 m, is the highest point in Peninsular Malaysia. It is located within the Taman Negara national forest, in the state of Pahang. The mountain is part of the Tahan Range in the Tenasserim Hills and is popular with local climbers.

In the Malay language, "gunung" means "mountain," while "tahan" means "endure". Thus, the name of the mountain suggests that a certain level of physical endurance is required to conquer it. Gunung Tahan is considered by many to be one of the toughest treks in Peninsular Malaysia.
Trails

There are three trails to the summit, commonly referred to as:

1) Kuala Tahan-Kuala Tahan

2) Merapoh-Kuala Tahan or Kuala Tahan-Merapoh

3) Merapoh-Merapoh

The Kuala Tahan classic trail is the oldest and most scenic trail. A return trip on this trail typically takes seven days. Climbers have to trek across undulating ridges and make several river crossings before finally reaching the foot of the mountain to make the final ascent. Climbers without adequate physical fitness or training are not advised to attempt Gunung Tahan.

The other two trails are from Merapoh (Sungai Relau). The Merapoh-Merapoh trail is significantly shorter than the other two. A return trip on the Merapoh trail takes 3–4 days. A traverse from Kuala Tahan to Merapoh (or the other way around) takes around 5 days.

Reference:
http://en.wikipedia.org/wiki/Mount_Tahan#Trails

Gunung Tahan (merapoh-kuala) retro 2000
>Melakukan pendakian ke Gunung Tahan, iaitu merapoh-kuala pada tahun 2000 (tak ingat tarikh kekeke)
>Peserta seramai sembilan orang dan seorang guide
>Naik keratapi menuju ke Merapoh..
>Bermula di Base camp, kemudian mendaki menuju ke kem Kor, bermalam disana
>Esoknya seawal pagi bangun, dan menuju kepuncak G. Tahan
>Perjalanan penuh cabaran dan dugaan, tetapi diberi pula pemandagan yang indah..
>Berjaya sampai kepuncak G. Tahan, lebih kurang 1800 hours, tetapi untuk berjaya sampai, saya telah diduga dengan hujan dan ribut yang begitu kuat. Perasaan ingin berpatah balik, tetapi memikirkan seorang peserta telah berada dipuncak berseorangan, terpaksa diteruskan walaupun dalam kesejukan.
>Saya hampir kena herpertomia, nasib baik ada satu group pendaki lain berada dipuncak, dapatlah berlindung dari kesejukan dan minum air panas.
>Seramai sembilan orang yang mendaki hanya tiga orang sampai kepuncak disebabkan ribut, meraka terpaksa berkhemah di bawah.
>Esoknya semua peserta sampai kepuncak, dan bercerita pengalaman masing-masing.
>Dalam puku 1100, Memulakan pula perjalanan untuk kekuala Tahan..dalam perjalanan dihadiahkan pemandagan yang sangat cantik...dan juga mendapat hadiah, iaitu kena serang penyegat...kekeke
>2230, baru berhenti jalan peserta dah tidak larat lagi berkhemah disatu puncak (tak tahu nama)
>Seawal pagi bangun 0830 berjalan semula...adoiii penat gila naik dan turun bukit banyak oiii..rasa tidak sampai-sampai
>1730 Sampai ke kem site (Lupa namanya sebelah sungai besar..kekeke) bermalam lagi, teringat saya menu malam itu ialah "Soto Ayam nasik empit), malam itu hujan
>Bagun Awal 0830, berjalan semula, kali ini kena banyak lalu sungai pulak, nasib kurang baik, sugai pertama nak lalu air naik, terpaksa guna jalan lain.....mendaki lagi...adoi..
>Setelah melalui banyak sungai dan seragan pacat...sampai lagi satu kem site (lupa namanya) untuk bermalam..dalam 1700 sampai.
>Bangun pagi dengan azam baru kerana ini adalah perjalanan terakhir menuju ke Kuala Tahan. 0900 mula berjalan.
>Berjalan dengan penuh semangat, menempuh segala rintagan dan dugaan...berjalan dengan senda gurau dan ketawa dan akhirnya pada 1830 sampai ke Kuala Tahan..sebagai orang yang terakhir..kekeke..
>Bermalam di Kabin, esoknya hantar bag untuk diperiksa oleh pegawai hutan, dan tengah hari Kami Pulang..dengan seribu satu kenangan...

Regards:
Lusuh Adventure
http://www.lusuh.com.my

 






                                                    Pejalanan Pulang

Regards

lusuh adventure...ever-Green exprience
online outdoor camping shop


Simple memory that still remains..

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : lusuhadventure@gmail.com

Click: www.wasap.my/601112207394/lusuhadventure. >>directwasap<<(untuk sebarang pertanyaan@if any inquiry)
Lusuh Adventure@loras
(outdoor gear camping shop>>kami menjual peralatan rekreasi dan sukan)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394

                                                 
Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

Saturday, September 22, 2012

Gunung Yong Belar +G. Charlie Peak+G. 6040

Sedikit info tentang Gunung Yong Belar:

Gunung Yong Belar merupakan sebuah gunung di sempadan negeri Perak Darul Ridzuan dengan Pahang Darul Makmur dan Kelantan Darul Naim, Malaysia dan mempunyai ketinggian 2,181 meter (7,156 kaki). Gunung ini mengandungi hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas

Gunung Yong Belar mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Perjalanan Lusuh Adventure:

12/02/2010
2245 - Bertolak menuju Kg. Raja Cameron Highland Pahang

13/02/2010
0415 - Sampai di masjid Kg. Raja.
0518 - Naik 4x4 ke tempat permulaan.
0548 - Sampai pintu masuk pendakian
* bersarapan,solat subuh dan persediaan terakhir
0650 - membacaan doa dan pendakian bermula.
0755 - Sampai di lintasan sungai yang pertama.
0900 - Selepas semua peserta berkumpul, perjalanan diteruskan.
Melalui Kem Kabin dan layan trek resam
1015 - sampai ke puncak anak warpu
1045 - Sampai puncak Warpu
1120 - Selamat tiba di Kem tudung.
*Berhenti rehat untuk makan tengahari.
1243 - Menuju ke kem kasut (amat mencabar kesabaran).
1638 - Selamat sampai ke Kem Kasut. (Last water point)
1704 - Sambung perjalanan menuju puncak Yong Belar
1820 - Selamat sampai di puncak Gunung Yong Belar.
*Cuaca yang amat sejuk dan berangin
1645 - Layan view mentari terbenam
2200 - tidor setelah makan malam
*suhu amat sejukkkkkkk angaran 9-10 darjah celcius kot...

14/02/2010
0630 - Bangun untuk solat subuh.
*Suhu adalah 12.3 darjah celsius.
1012 - turun dari puncak untuk ke Kem Gurkha
1230 - Berhenti makan tengahari di tengah trek (beri nama kem santai)
1300 - Menyambung semula perjalanan
1510 - Selamat sampai ke Kem Gurkha.
*sesi mandi dan lain-lain.
1800 - persediaan makan malam
2000 - makan malam
2030 - berkenalan dan ice-breaking
2359 - Pergi tido tetapi malam lusuh tidak dapat tidor-kena kacau dimana badan lusuh telah di tekan oleh dua tangan ghaib, selepas membaca ayat-ayat suci Al-quran ganguan hilang.

15/02/2010
0630 - Bangun untuk solat subuh dan suhu ialah 12.7 darjah celsius
0920 - Meneruskan perjalanan ke gunung Charlie pula
1030 - Selamat tiba di puncak Gunung Chalie Pondok.
1105 - Menyambung semula perjalanan
1205 - Selamat tiba di puncak Gunung 3 Negeri.
1320 - meneruskan perjalanan....
1445 - Selamat tiba di puncak 6040.
1505 - Menyambung semula perjalanan.
1545 - Selamat tiba di persimpangan yang terletak di lurah bukit (sungai)
1600 - Menyambung semula perjalanan
*dalam perjalanan inilah melalui sungai geng kami telah di ikuti oleh haiwan (dipercayai harimau)
1702 - Selamat sampai (keluar hutan)
*Mandi, bersolat, minum dan bergambar
2025 - Kenderaan 4wd tiba dan bertolak ke Kg. Raja.
2050 - Selamat sampai di masjid Kg. Raja.

Setelah makan malam, bertolaklah kami kedeitinasi masing-masing......terimakasih kepada kuntau Adventure yang menganjurkan program, rakan-rakan yang baik-baik belaka dan mg yang kasi tumpang kerata...kenangan di yong belar ini tidak akan lusuh lupa....

Regards:
Lusuh Adventure
http://www.lusuh.com.my













Regards

lusuh adventure...ever-Green exprience
online outdoor camping shop


Simple memory that still remains..

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : lusuhadventure@gmail.com

Click: www.wasap.my/601112207394/lusuhadventure. >>directwasap<<(untuk sebarang pertanyaan@if any inquiry)
Lusuh Adventure@loras
(outdoor gear camping shop>>kami menjual peralatan rekreasi dan sukan)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)