Thursday, August 9, 2018

Panduan Asas Penyediaan Bekalan Makanan Untuk Perkhemahan


Panduan Asas Penyediaan Bekalan Makanan Untuk Perkhemahan



     Kadangkala kita keliru dan pening apa makanan yang perlu untuk dibawa bersama untuk beriadah . Kita tidak tahu dan pasti berapa banyakah makanan yang perlu dibawa jika untuk mendaki gunung, berkhemah taman rekreasi, beriadah bersama keluarga di sungai dan sebagainya.

     Asas untuk mengatasi permasalahan ini ialah, anda harus memikirkan tempat yang hendak ditujui. Bagaimanakah bentuk muka bumi kawasan yang hendak diteroka, keadaan cuaca, apakah kemudahan yang ada disekitar dan apakah aktiviti yang hendak dilakukan. Jika kajian telah dibuat, memudahkan untuk anda memutuskan makanan apa yang sesuai untuk dibawa bersama. Untuk mendapat segala informasi, boleh dirujuk melalui pemgalaman seseorang yang pernah pergi atau merujuk sahaja melalui media sosial seperti laman blog atau membeli buku.

      Berkaitan kajian yang harus dilakukan untuk ketempat yang ingin ditujui bermaksud,
Jika anda akan mendaki gunung dan tempat yang mencabar, tindakan ialah kurangkan berat makanan dibawa tetapi mencukupi, jika ketempat yang sejuk, lebihkan makanan yang berfiber tinggi atau kalori tinggi. Jika ketempat yang banyak kemudahan awam, memadai bawa makanan yang sederhana, kerana boleh dapat sumber makanan dengan membeli. Jika terlalu banyak program dilakukan atau masa yang terhad, makanan segera adalah terbaik untuk dibawa.

Penyediaan atau pesiapan pemakanan ini terbahagi kepada tiga iaitu: 

  1. Persendirian
  2. Berkumpulan 
  3. keluarga 

Persendirian:
      Berdasarkan kajian yang telah dibuat, seperti yang dinyatakan diatas ia amat mudah bagi persiapan secara solo. Hanya perlu membawa makanan untuk diri sendiri dan cukup untuk diri sendiri. Contoh, jika ingin mendaki gunung, berkhemah di kawasan perkhemahan dan bermalam untuk satu atau dua hari, cukuplah sekadar membawa
  • Beras anggaran 500 gram keatas (kuantiti beras bergantung kepada keperluan anda), 
  • Sedikit gula, kopi atau teh (dibungkus kecil-kecil dan dalam satu bekas)
  •  Makana segera contoh mee segera atau yang berkhasiat dan tinggi fiber contoh Oat dan Nestum
  •  Sedikit sayur atau buah-buahan segar, makanan dalam tin dan jenis bungkusan
  •  Minyak masak atau planta
  •  Kudapan seperti coklat, biskut, roti, minuman atau makanan memberi tenaga segera 
  • Air mineral ikut keperluan
  • Makanan tambahan jika berlaku kecemasan (dibungkus dalam satu bekas)
      Untuk cara yang lebih terkini, teknologi permakanan dan pembukusan makanan semakin maju dan berubah. Pengguna dan peminat rekreasi mempunyai berbagai pilihan dalam persediaan pemakanan meraka lebih ringkas dan mudah contoh
  • Tidak perlu membawa beras, kerana hanya perlu bawa memanaskan sahaja nasi yang sedia untuk dimakan yang mempunyai berbagai perasa
  • Kopi, teh atau minuman coklat mengunakan jenis serebuk segera
  • Makanan segera contoh mee segera atau yang berkhasiat dan tinggi fiber contoh Oat dan Nestum
  • Kudapan seperti coklat, biskut, roti, minuman atau makanan memberi tenaga segera.
  • Makanan tambahan jika berlaku kecemasan (dibungkus dalam satu bekas)
  • Peralatan memasak makanan yang sesuai untuk memasak atau menyimpan
Kumpulan:
    Teknik persediaan makanan untuk kumpulan adalah berbeza dengan cara perseorangan. Kebiasaannya menu makanan telah diaturkan oleh ketua kumpulan atau pihak pengajur sesuatu program. Ketua kumpulan mestilah tahu keperluan yang penting atau kurang penting dan berkemahiran dalam perkiraan pesiapan dan membeli makanan. Secara asasnya persediaan yang perlu adalah berikut:
  • Satu kilogram Beras persamaan 5@6 orang makan. Jadi kuantiti beras bergantung kepada jumlah peserta yang hadir.
  • Anggaran satu kilogram gula pasir persamaan 12 orang minum, sebanyak dua kali sehari selama tiga hari.
  • Kopi, teh atau minuman segera yang secukupnya.
  • Makanan segera contoh mee segera atau biskut kering.
  • Perencah-perencah segera untuk masakan dan gorengan.
  • Makanan yang telah disiap masak yang dikeringkan atau dibekukan.
  • Sayur-sayuran atau buah-buahan segar,
  • Makanan dalam tin atau dari jenis bungkusan
  • Minyak masak atau planta 
  • Air mineral ikut keperluan
  • Makanan basah seperti ayam, daging atau ikan (biasa dibawa jika program itu jangka pendek atau mudah dan dekat kawasan perkhemahan tersebut)
  • Peralatan memasak makanan yang sesuai seperti periuk, pinggan dan mangkuk untuk memasak atau menyimpan
  • Kudapan seperti coklat,jelly atau yang bersesuaian
  • Makanan tambahan jika berlaku kecemasan (dibungkus dalam satu bekas)
  • Akhir sekali, pembahagian atau pengagihan bahan makanan kepada peserta. Bahan makanan yang bungkus dan dibahagi-bahagikan berdasarkan berat yang lebih kurang sama.
      Pengunaan teknik  pemakanan “ready made” terutama nasi segera tidak sesuai untuk berkumpulan kerana perbelanjaannya mahal. Lebih menjimatkan jika menggunakan kaedah masak seperti biasa secara beramai-ramai atau berkumpulan. Sementara itu, pengunaan perencah-perencah segera untuk masakan dan gorengan amat memudahkan proses untuk memasak dan menjimatkan masa.

Keluarga:
      Apabila dikaitkan dengan perkataan keluarga, ia bermakna membabitkan ibu bapa dan anak, ia membabitkan juga adik beradik dan saudara mara. Dipenulisan ini mengfokuskan kepada persediaan pemakanan untuk ibu, bapa dan anak dalam melakukan aktiviti riadah. Banyak perkara yang harus difikirkan antaranya factor umur anak yang dibawa beriadah. Secara asas yang harus dilakukan ialah
  •  Satu kilogram Beras persamaan 5@6 orang makan. Jadi kuantiti beras bergantung kepada jumlah anak yang ada.
  • Gula,Kopi, teh, atau minuman cokelat segera yang secukupnya. Susu segar tidak digalakkan dibawa kerana mudah basi,
  • Makanan dan minuman untuk kanak-kanak yang berkhasiat
  • Makanan segera contoh bubur nasi, pasta, kentang goreng atau biskut
  • Perencah-perencah segera untuk masakan dan gorengan bebas msg
  • Makanan yang telah disiap masak yang dikeringkan atau dibekukan.
  • Sayur-sayuran atau buah-buahan segar,
  • Makanan dalam tin atau dari jenis bungkusan
  • Minyak masak atau planta
  • Air mineral ikut keperluan dan sediakan sekali "water purification" jenis cecair atau tablet.
  • Makanan basah seperti ayam, daging atau ikan, dibawa jika program itu jangka pendek atau dekat kawasan perkhemahan.
  • Peralatan memasak makanan yang sesuai seperti periuk, pinggan dan mangkuk untuk memasak atau menyimpan
  • Kudapan seperti coklat,jelly atau yang bersesuaian yang berkhasiat untuk kanak-kanak.
  • Makanan tambahan jika berlaku kecemasan (dibungkus dalam satu bekas)
     Makanan yang terbaik adalah yang segar, sebaik mungkin ketua keluarga menyediakannya. Didalam beriadah, betul jika boleh seringkas yang boleh tetapi memberi kanak-kanak terlalu banyak makanan segera adalah tidak baik. Jika terpaksa pilihlah yang paling selamat contohnya makanan segera yang bebas msg. ketua keluarga harus pandai menyusun jadual pemakanan semasa berkhemah agar seimbang antara makanan segar dan makanan segera.

       Sebenarnya banyak perkara lagi yang boleh dilakukan sebagai tokok tambah dari penulisan diatas, bagaimanapun ia hanya penunjuk umum agar memudahkan meraka yang ingin melakukan aktiviti luar untuk kali pertama atau menambah baik cara yang sedia ada yang bergantung kepada kesesuaian individu, kumpulan atau keluarga tersebut.


Sekian terima kasih
(09082018)
Sam Lusuh_ORs

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program rekreasi atau ikhtiar hidup dan pembelian barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : lusuhadventure@gmail.com atau hubungi kami 011-1220 7394(sam)

SamLusuh_ORs@lusuh adventure
(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
w:www.lusuh.com.my
w:www.samlusuh.blogspot.com

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/my_survival dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

No comments: