Tuesday, August 28, 2018

Punca Gangguan Jin & Syaitan (dalam rekreasi) Dan Cara Mengatasinya.

As-salam..

PUNCA-PUNCA GANGGUAN JIN DAN SYAITAN TERHADAP MANUSIA


Puteri Gunung Ledang dikatakan berasal dari mahluk jenis Jin@Bunian

      Tempat tinggal Jin adalah merangkupi Darat, Udara dan Air. Jika darat pastilah membabitkan hutan dan gunung ganang. Sebagai peminat rekreasi anda sepatutnya tahu mengenai makluk ciptaan Allah ini walaupun secara asas agar dapat menjadikan panduan atau sempadan didalam rekreasi. Dipenulisan yang seterusnya saya akan ceritakan secara detail tetapi ringkas agar anda semua mudah faham. Semoga dapat dijadikan panduan semasa anda beriadah nanti. Ingat yer salah satu faktor sesat berlaku ialah gangguan "Mistik".

Antara ganguan-ganguan Jin dalam rekreasi:
>Menyerupai manusia yang menyebabkan manusian yang benar keliru
>Menyesatkan manusia dari jalan/denai/laluan yang betul menyebabkan salah jalan dan sesat
>Mengeluarkan suara-suara yang pelik atau meniru suara manusia
>Merasuk manusia (terutama yang ada SAKA)
>Menjelmakan dirinya dalam keadaan yang menakutkan atau seperti haiwan
>Menganggu dengan cara kasar seperti membaling objek, menekan khemah dan sebagainya
>Menganggu sewaktu tidur


Gangguan sewaktu tidur

      'Jin'ﻦﻲﺟ (jinnie)@(genie) merupakan sejenis makhluk halus yang dicipta dari api. Jin berbeza dengan malaikat. Malaikat semuanya beriman, sedangkan jin ada yang beriman dan ada yang kafir dan seperti manusia. Sebahagian jin ada yang taat kepada Allah dan sebahagian yang ingkar dengan perintah Allah. Begitu juga dengan kewajipan jin seperti juga dengan manusia. Allah telah menciptakan jin terlebih dahulu sebelum menciptakan Adam dan merupakan penghuni pertama ke atas muka bumi.

Jin terbahagi kepada 2 bahagian :
1.Jin Rahmani :
>Merupakan jin muslim
>Terbahagi kepada beberapa bahagian, kelompok, mazhab dan golongan-golongan yang berbeza-beza.
2. Jin Syaitani :
Merupakan bangsa jin yang bersifat jahat atau fasiq

Selain itu kepelbagaian bentuk jin telah digambarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w
Rujukan
Riwayat al- Baihaqi daripada Tsa'labah al-Khasyani, sabda Rasulullah s.a.w :
"Jin itu terdiri atas tiga jenis bentuk; satu jenis (spertiga) yang mempunyai sayap. Mereka terbang di udara. Satu jenis lagi (sepertiga lainnya) berupa ular dan anjing. Sedang satu jenis lagi (atau sepertiga lainnya lagi) adalah jin yang menempati (suatu tempat) dan berjalan (seperti manusia)"
>Terdapat bangsa jin yang mempunyai kekuatan serta kecerdikan yang dikenali sebagai ifri

Makanan jin:
Jin juga memerlukan makanan seperti juga manusia untuk memberi tenaga dan lain-lain lagi. Sesetengah berpendapat dan mengatakan , Makanan jin adalah terdiri sesuatu zat yang diuraikan samada melalui asap pembakaran atau pereputan tulang atau najis. Sebagai misal orang yang mengkadamkan jin sentiasa menyediakan pembakaran asap pembakaran seperti kemenyan untuk berhubung dengan jin. Walau bagaimanapun tidak dinyatakan didalam Al-Quran berkaitan makanan jin adalah dari asap atau wangian.
Riwayat at-Tirmidzi, sabda Rasulullah s.a.w:
"Maka janganlah kamu beristinja dengan tulang dan tahi binatang. Sebab hal itu merupakan bekal (makanan) saudaramu dari kalangan jin"
>Najis-najis binatang digunakan untuk dijadikan bahan makanan kepada ternakan mereka

Tengok video ini anda kan lebih faham

FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN
A) Berpunca Daripada Jin
  • Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
  • Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
  • Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
  • Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
  • Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
  • Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.
Bunian adalah bangsa Jin
B) Berpunca Daripada Manusia
  • Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
  • Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
  • Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
  • Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
  • Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
  • Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.
  • Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
  • Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk:
  1. Terlalu marah.
  2. Terlalu takut.
  3. Nafsu syahawat yang tinggi.
  4. Manusia yang lalai.
  5. Jahil
  • Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
  • Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa.
TANDA-TANDA GANGGUAN
a) Tanda-Tanda Ketika Tidur:
  • Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
  • Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
  • Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
  • Mimpi buruk yang menakutkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
  • Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
  • Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
  • Mimpi melihat makhluk halus.
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
  • Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
  • Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).
b) Tanda-tanda Ketiga Jaga:
  • Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Hilang ingatan (Gila).
  • Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
  • Lesu dan malas.
  • Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
  • Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
  • Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
  • Lenguh sendi-sendi.
  • Melihat sesuatu yang pelik.
  • Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
  • Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
  • Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
  • Jiwa lemah dan mudah mengalah.
  • Selalu mengantuk.
  • Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Hilang darah.
  • Agresif dan bertindak liar.
 Cara mengelak gangguan Jin:
  • Selalu menbaca "Bismillah" jika melakukan apa saja pekerjaan seperti masuk rumah dan terutama makan
  • Mengamalkan menbaca ayat "kursi" sebelum tidur atau ketempat yang baru kita pergi
  • Mengamalkan tiga kul sebelum tidur iaitu surah An-Nas,Al-Falaq dan AL-Iklas
  • Selalu membaca Al-Quran dirumah terutama surah AL-Baqarah
  • Melaungkan Azan jika terasa diganggu
  • Selalu berdoa kepada Allah memohon perlindugan dari gangguan Jin dan syaitan
  • Selalu berzikir dan meingati Allah dan digalakkan baca kalimah "la haulaWala quawwata illa billa"
  • Jangan mencabar atau menggangu meraka selagi ia tidak memudaratkan kita, sebaiknya selalu ingat kepada Allah.
  • Elakan pergi ketempat yang kita tahu atau rasakan tempat meraka ia ada.

Antara pengalam penulis dalam alam mistik ini selama terbabit dalam rekreasi:

>Diganggu oleh jin berwarna hijau dan gigi bertaring sewaktu ingin solat Magrib di gunung Ledang ia ikut belakang semasa ambil wuduk dan meninjau-nijau mukanya pada saya sewaktu solat.
>Diganggu sewaktu hendak mandi di Gunung Ledang ia memecahkan lantern dan sebelah malam ia telah pusing kawasan khemah dan telah mengganggu salah seorang peserta dengan meraup kepalanya.(tidur tidak tutup kepala bawah Fly)
>Didatangi Harimau Berkaki tiga di puncak Gunung Belumut Johor dan telah menjegah mukanya kemuka saya.(tidur bawah fly)
>Dikejar Jin@langsuir sewaktu ke air terjun Lepor Hulu Langat (kes lepak lama sangat)
>Dengar orang baca Al-Quran semasa menuju ke Lolo gunung Nuang
>Khemah saya ditekan hingga hingga fly khemah hampir mencecah muka saya di Gunung Tahan
>Bagpack ditekan dan menjadi berat semasa trekking (ia tumpang duduk atas bag), banyak tempat kena.
>Di ikuti dari belakang sewaktu trekking 
>Hammock telah di buai sewaktu saya di dalamnya
>Menyerupai seorang kawan saya sewaktu turun dari Gunung Datok Negeri Sembilan.
>Dan banyak lagi pengalaman yang sukar untuk diceritakan.

Semoga penulisan ini ada manfaat untuk semua terutama para pecinta rekreasi. Penulisan bukan bertujuan memceritakan benda yang karut, atau menakut-nakutkan tetapi untuk kita memahami dunia meraka agar kita sentiasa dilindungi dari gangguan meraka......sekian terima kasih


Sumber rujukan: 
FB Pusat Rawatan Islam Darul Nusrah & wikipedia (Malaysia)


(outdoor recreation & survival school)
www.lusuh.com.my(online camping shop)
Blog:

https://samlusuh.blogspot.com/?m=1

Sekian terima kasih
#sam_lusuh_ORs
(28082018)

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program rekreasi atau ikhtiar hidup dan pembelian barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : lusuhadventure@gmail.com atau hubungi kami 011-1220 7394(sam)

SamLusuh_ORs@lusuh adventure
(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
w:www.lusuh.com.my
w:www.samlusuh.blogspot.com

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/my_survival dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

Sunday, August 26, 2018

Pokok ketum daun merah dan hijau (daun biak)

As-salam..
Info Survival:
Pokok ketum daun merah dan hijau (Mitragyna speciosa)
(Daun Biak)

Dalam situasi iktiar hidup, anda mungkin terpaksa mencari pokok herba tertentu untuk perubatan jika sakit atau rakan anda sakit, oleh itu harus tahu jenis dan khasiatnya untuk meneruskan aktiviti Survival anda atau membantu orang lain. Perbincangan disini ialah mengenal daun ketum.

video daun pokok daun ketum




Kebaikan:
>Sebagai ubat sementara jika berlaku kecederaan, daun sebagai antiseptic.
>Dapat memberikan tenaga segera jika kepenatan atau sakit seperti kekejangan otot, sakit sendi dan lelah(daun dikunyah atau dari air rebusan)daun 
>Melancarkan perjalanan darah dan sakit urat di badan
>Baik untuk pengidap kecing manis kerana mengamalkannya menurunkan kadar Gula dalam darah.
>Rebusan daun yang kering dan akar mengurangkan tekanan darah tinggi.
>Kembalikan tenaga batin
>Pemberi tenaga bagi wanita baru bersalin
>Mengatasi masalah cirit-birit
Note;
Jangan tanya bukti saintifik daripada penulisan diatas, ia sukar dijelaskan. Ia hanya petua amalan orang-orang lama.

Keburukan:
>Boleh Menyebabkan ketagihan jika disalah guna (ubah suai dengan menambah bahan-bahan lain contoh ubat batuk dan sebagainya)
>Akan menyebabkan sakit sendi dan urat saraf jika mengambil tampa Kawalan dan DOS yang salah ( jika minum berterusan akibat ketagihan yang kronik)
>Berat badan menyusut
>Insomnia
>Anoreksia
>Dehidrasi
>Sembelit
>Kesan lebam dan terbakar di muka
>Kemurungan
>Masalah ingatan dan kemurungan
>Masalah jantung

NOTE:
Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003 (sumber wikipedia)


APA yang Allah cipta adalah baik untuk manusia, Cuma manusialah yang telah salah guna yang menjadikan ia merbahaya Dan merosakan diri sendirii.
Note:
Penulisan bertujuan untuk pendidik dalam ilmu Survival ( iktiar hidup). Salah disisi undang2x negara jika ia disalah guna. Harap maklum.

(outdoor recreation & survival school)
#loras
www.lusuh.com.my(online camping shop)
Blog:
https://samlusuh.blogspot.com/?m=1

Sekian terima kasih
(26082018)
Sam Lusuh_ORs

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program rekreasi atau ikhtiar hidup dan pembelian barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : lusuhadventure@gmail.com atau hubungi kami 011-1220 7394(sam)

SamLusuh_ORs@lusuh adventure
(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
w:www.lusuh.com.my
w:www.mysurvival2u.blogspot.com
w:www.samlusuh.blogspot.com

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/my_survival dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Saturday, August 25, 2018

PACAT@leech..Apa Perlu Buat?

As-salam..
P.A.C.A.T@leech
Ramai orang geli atau menyampah mahluk Ni...Sebab jika Kena gigit berdarah dan lambat berhenti, gatal Dan lebih parah jika Kena infection...😁😁😁

PACAT>>>

APA nak buat jika Kena gigit atau mengelak Kena gigit?
1-jika Kena gigit jangan terus tarik, nanti darah akan terus mengalir keluar, Sebaliknya biar ia tanggal sendiri atau guna bahan semburan anti pacat, atau jenis sapu etc. Untuk pacat tercabut sendiri
2-Guna setokin pacat, berkesan juga
3-Guna Berbagai petua orang-orang lama contoh guna air tembakau, guna spray bygon, spray lesterin etc. Spray atau sapu dipermukaan stokin dan kasut atau seluar Trekking tu.
Apa nak buat Selepas Kena gigit?
1. Sapulah antiseptic jika ada kemudian tampal dengan handiplas atau APA Saja.
2.Atau biar sahaja, sehingga darah kering kemudian Sapu antiseptic.
3,Guna daun-daun hutan seperti daun Senduduk, sirih hutan, daun duit-duit etc. Lumatkan daun dan tampal di Bekas gigitan pacat tersebut.
4.Bagi yang "kalah" atau alahah pada pacat, dah keluar hutan jumpa doctor dan makan ubat antibiotics. Biasanya doktor akan bagi ubat alahan ( kurangkan bengkak) Dan antibiotics.. Kedua 2x Kena habiskan makan.
Note: Stokin pacat saya ada Jual jika nak
Sekian...





#sam_lusuh_ORs
(outdoor recreation & survival school)
#lusuh_adventure
#My_Survival
www.lusuh.com.my(online camping shop)
Blog:
https://samlusuh.blogspot.com/?m=1

Sekian terima kasih
(25082018)
Sam Lusuh_ORs

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program rekreasi atau ikhtiar hidup dan pembelian barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : lusuhadventure@gmail.com atau hubungi kami 011-1220 7394(sam)

SamLusuh_ORs@lusuh adventure
(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
w:www.lusuh.com.my
w:www.samlusuh.blogspot.com

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/my_survival dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

Cara Buat Jem Dari Buah Pokok Senduduk Bulu

As-salam..
Cara Buat Jem Dari Buah Pokok Senduduk Bulu
Pokok ini boleh didapai melata tempat samada dihutan atau di belukar. Ramai orang tidak tahu akan kebaikan dan khasiat daripada pokok ini. berikut adalah nilai perubatan daripada pokok ini:

Pokok Senduduk bulu

>Nama lain kenduduk Bulu, Senduduk Ranting. Keluarga Melastomataceae

>Tumbuh meliar dan hidup dikawasan hutan dara, belukar dan kebun-kebun.

>Seluruh bahagian boleh dijadikan ubat

>Buah boleh dimakan

>Daun untuk merawat luka. Caranya daun pokok dilayukan menggunakan api, digentel sehingga menggeluarkan getah, dan getah itu disapu pada tempat terluka. Untuk menghentikan pendarahan gigitan pacat, dauh pokok di gamas hingga hancur dan digosokkan tempat gigitan tadi.

>Daun boleh menghasilkan buih, berguna untuk membasuh tangan dan peralatan jika perlu.

>Daun dan akar direbus untuk mengurangkan masalah perut

>Rebusan akar untuk meredakan deman(panas badan) akibat keracunan

Disini saya fokus kepada buah senduduk bulu untuk dijadikan jem. Senang sahaja untuk membuatnya disamping ia sangat berkhasiat.

Bahan-bahan:
1-Gula (secukup rasa)
2-Lengkong (sedikit untuk melikatkan jem)
3-Buah Senduduk segar

Cara buat:
1-Buah dibasuh bersih
2-Panaskan air dan masukan buah didalamnya dan biarkan layu dan lembut
3-Buah boleh dilanyak agar jem lebih halus
4-Masukan gula secukup rasa dan kacau@godak hingga likat
5-Masukan sedikit lengkung untuk lebih pekatkan jem
6-Masukan dalam jar atau apa sahaja bekas untuk disejukan
7-OK.....dah boleh makan dengan roti atau biskut


Video Cara buat..





Jadi jika pergi berkhemah tu, kutiplah buah ini di sepanjang perjalanan anda, tiba tapak perkhemahan boleh buat jem, atau makan mentah jer...

Ok selamat mencuba...



Sekian terima kasih
(13082018)
Sam Lusuh_ORs

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program rekreasi atau ikhtiar hidup dan pembelian barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : lusuhadventure@gmail.com atau hubungi kami 011-1220 7394(sam)
SamLusuh_ORs@lusuh adventure
(outdoor gear camping shop & outdoor recreation & survival school)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
w:www.lusuh.com.my
w:www.samlusuh.blogspot.com


(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/my_survival dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

Thursday, August 9, 2018

Panduan Asas Penyediaan Bekalan Makanan Untuk Perkhemahan


Panduan Asas Penyediaan Bekalan Makanan Untuk Perkhemahan



     Kadangkala kita keliru dan pening apa makanan yang perlu untuk dibawa bersama untuk beriadah . Kita tidak tahu dan pasti berapa banyakah makanan yang perlu dibawa jika untuk mendaki gunung, berkhemah taman rekreasi, beriadah bersama keluarga di sungai dan sebagainya.

     Asas untuk mengatasi permasalahan ini ialah, anda harus memikirkan tempat yang hendak ditujui. Bagaimanakah bentuk muka bumi kawasan yang hendak diteroka, keadaan cuaca, apakah kemudahan yang ada disekitar dan apakah aktiviti yang hendak dilakukan. Jika kajian telah dibuat, memudahkan untuk anda memutuskan makanan apa yang sesuai untuk dibawa bersama. Untuk mendapat segala informasi, boleh dirujuk melalui pemgalaman seseorang yang pernah pergi atau merujuk sahaja melalui media sosial seperti laman blog atau membeli buku.

      Berkaitan kajian yang harus dilakukan untuk ketempat yang ingin ditujui bermaksud,
Jika anda akan mendaki gunung dan tempat yang mencabar, tindakan ialah kurangkan berat makanan dibawa tetapi mencukupi, jika ketempat yang sejuk, lebihkan makanan yang berfiber tinggi atau kalori tinggi. Jika ketempat yang banyak kemudahan awam, memadai bawa makanan yang sederhana, kerana boleh dapat sumber makanan dengan membeli. Jika terlalu banyak program dilakukan atau masa yang terhad, makanan segera adalah terbaik untuk dibawa.

Penyediaan atau pesiapan pemakanan ini terbahagi kepada tiga iaitu: 

  1. Persendirian
  2. Berkumpulan 
  3. keluarga 

Persendirian:
      Berdasarkan kajian yang telah dibuat, seperti yang dinyatakan diatas ia amat mudah bagi persiapan secara solo. Hanya perlu membawa makanan untuk diri sendiri dan cukup untuk diri sendiri. Contoh, jika ingin mendaki gunung, berkhemah di kawasan perkhemahan dan bermalam untuk satu atau dua hari, cukuplah sekadar membawa
  • Beras anggaran 500 gram keatas (kuantiti beras bergantung kepada keperluan anda), 
  • Sedikit gula, kopi atau teh (dibungkus kecil-kecil dan dalam satu bekas)
  •  Makana segera contoh mee segera atau yang berkhasiat dan tinggi fiber contoh Oat dan Nestum
  •  Sedikit sayur atau buah-buahan segar, makanan dalam tin dan jenis bungkusan
  •  Minyak masak atau planta
  •  Kudapan seperti coklat, biskut, roti, minuman atau makanan memberi tenaga segera 
  • Air mineral ikut keperluan
  • Makanan tambahan jika berlaku kecemasan (dibungkus dalam satu bekas)
      Untuk cara yang lebih terkini, teknologi permakanan dan pembukusan makanan semakin maju dan berubah. Pengguna dan peminat rekreasi mempunyai berbagai pilihan dalam persediaan pemakanan meraka lebih ringkas dan mudah contoh
  • Tidak perlu membawa beras, kerana hanya perlu bawa memanaskan sahaja nasi yang sedia untuk dimakan yang mempunyai berbagai perasa
  • Kopi, teh atau minuman coklat mengunakan jenis serebuk segera
  • Makanan segera contoh mee segera atau yang berkhasiat dan tinggi fiber contoh Oat dan Nestum
  • Kudapan seperti coklat, biskut, roti, minuman atau makanan memberi tenaga segera.
  • Makanan tambahan jika berlaku kecemasan (dibungkus dalam satu bekas)
  • Peralatan memasak makanan yang sesuai untuk memasak atau menyimpan
Kumpulan:
    Teknik persediaan makanan untuk kumpulan adalah berbeza dengan cara perseorangan. Kebiasaannya menu makanan telah diaturkan oleh ketua kumpulan atau pihak pengajur sesuatu program. Ketua kumpulan mestilah tahu keperluan yang penting atau kurang penting dan berkemahiran dalam perkiraan pesiapan dan membeli makanan. Secara asasnya persediaan yang perlu adalah berikut:
  • Satu kilogram Beras persamaan 5@6 orang makan. Jadi kuantiti beras bergantung kepada jumlah peserta yang hadir.
  • Anggaran satu kilogram gula pasir persamaan 12 orang minum, sebanyak dua kali sehari selama tiga hari.
  • Kopi, teh atau minuman segera yang secukupnya.
  • Makanan segera contoh mee segera atau biskut kering.
  • Perencah-perencah segera untuk masakan dan gorengan.
  • Makanan yang telah disiap masak yang dikeringkan atau dibekukan.
  • Sayur-sayuran atau buah-buahan segar,
  • Makanan dalam tin atau dari jenis bungkusan
  • Minyak masak atau planta 
  • Air mineral ikut keperluan
  • Makanan basah seperti ayam, daging atau ikan (biasa dibawa jika program itu jangka pendek atau mudah dan dekat kawasan perkhemahan tersebut)
  • Peralatan memasak makanan yang sesuai seperti periuk, pinggan dan mangkuk untuk memasak atau menyimpan
  • Kudapan seperti coklat,jelly atau yang bersesuaian
  • Makanan tambahan jika berlaku kecemasan (dibungkus dalam satu bekas)
  • Akhir sekali, pembahagian atau pengagihan bahan makanan kepada peserta. Bahan makanan yang bungkus dan dibahagi-bahagikan berdasarkan berat yang lebih kurang sama.
      Pengunaan teknik  pemakanan “ready made” terutama nasi segera tidak sesuai untuk berkumpulan kerana perbelanjaannya mahal. Lebih menjimatkan jika menggunakan kaedah masak seperti biasa secara beramai-ramai atau berkumpulan. Sementara itu, pengunaan perencah-perencah segera untuk masakan dan gorengan amat memudahkan proses untuk memasak dan menjimatkan masa.

Keluarga:
      Apabila dikaitkan dengan perkataan keluarga, ia bermakna membabitkan ibu bapa dan anak, ia membabitkan juga adik beradik dan saudara mara. Dipenulisan ini mengfokuskan kepada persediaan pemakanan untuk ibu, bapa dan anak dalam melakukan aktiviti riadah. Banyak perkara yang harus difikirkan antaranya factor umur anak yang dibawa beriadah. Secara asas yang harus dilakukan ialah
  •  Satu kilogram Beras persamaan 5@6 orang makan. Jadi kuantiti beras bergantung kepada jumlah anak yang ada.
  • Gula,Kopi, teh, atau minuman cokelat segera yang secukupnya. Susu segar tidak digalakkan dibawa kerana mudah basi,
  • Makanan dan minuman untuk kanak-kanak yang berkhasiat
  • Makanan segera contoh bubur nasi, pasta, kentang goreng atau biskut
  • Perencah-perencah segera untuk masakan dan gorengan bebas msg
  • Makanan yang telah disiap masak yang dikeringkan atau dibekukan.
  • Sayur-sayuran atau buah-buahan segar,
  • Makanan dalam tin atau dari jenis bungkusan
  • Minyak masak atau planta
  • Air mineral ikut keperluan dan sediakan sekali "water purification" jenis cecair atau tablet.
  • Makanan basah seperti ayam, daging atau ikan, dibawa jika program itu jangka pendek atau dekat kawasan perkhemahan.
  • Peralatan memasak makanan yang sesuai seperti periuk, pinggan dan mangkuk untuk memasak atau menyimpan
  • Kudapan seperti coklat,jelly atau yang bersesuaian yang berkhasiat untuk kanak-kanak.
  • Makanan tambahan jika berlaku kecemasan (dibungkus dalam satu bekas)
     Makanan yang terbaik adalah yang segar, sebaik mungkin ketua keluarga menyediakannya. Didalam beriadah, betul jika boleh seringkas yang boleh tetapi memberi kanak-kanak terlalu banyak makanan segera adalah tidak baik. Jika terpaksa pilihlah yang paling selamat contohnya makanan segera yang bebas msg. ketua keluarga harus pandai menyusun jadual pemakanan semasa berkhemah agar seimbang antara makanan segar dan makanan segera.

       Sebenarnya banyak perkara lagi yang boleh dilakukan sebagai tokok tambah dari penulisan diatas, bagaimanapun ia hanya penunjuk umum agar memudahkan meraka yang ingin melakukan aktiviti luar untuk kali pertama atau menambah baik cara yang sedia ada yang bergantung kepada kesesuaian individu, kumpulan atau keluarga tersebut.


Sekian terima kasih
(09082018)
Sam Lusuh_ORs

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program rekreasi atau ikhtiar hidup dan pembelian barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : lusuhadventure@gmail.com atau hubungi kami 011-1220 7394(sam)

SamLusuh_ORs@lusuh adventure
(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
w:www.lusuh.com.my
w:www.samlusuh.blogspot.com

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/my_survival dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)