Tuesday, November 21, 2017

10 Ikatan Asas Yang Berguna Dalam Rekreasi Dan Ikhtiar Hidup

Terdapat berbagai jenis ikatan dan simpulan yang baik untuk di ingati oleh setiap pengemar rekreasi, kerana ia sangat berguna ketika melakukan kegiatan luar. Dengan ilmu tali ini, ia memudahkan kerja seperti membina rangka khemah, gerakkan menyelamat, jerat dan sebagainya. Di dalam video yang ini, dan penulisan ini, di tunjukkan 10 jenis ikatan yang asas dalam rekreasi yang selalu digunakan.

(Rujuk Video Untuk Melihat Cara Membuat Semua Ikatan)
10 jenis ikatan asas tersebut adalah:
1.Clove Hitch
  • Merupakan asas bagi menambat ikatan di hujung atau di tengah- tengah tali.
  • Boleh dijadikan sebagai ikatan sauh
  • Digunakan untuk mengikat mangsa di usungan (ikatan awal dan akhir).
2.Comman Bend
  • Menyambung dua tali yang tidak sama saiz
  • Mengikat tali kesuatu tajul
3.Figure of Eight
  • Untuk ikatan sementara di hujung tali agar tidak terburai jika hujung tali itu pecah
  • Untuk mengelak tali tidak tercabut dari Blok Takal
  •  Mudah di buka.
4.Bowline
  •  Sebagai tali pandu keselamatan.
  •  Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
  •  Boleh digunakan untuk menarik keluar mangsa yang pengsan
  •  Sebagai tali pandu semasa menaik dan menurunkan usungan
5.Fisherman Knot
  •  Untuk menyambungkan dua tali berlainan atau sama.
  •  Paling kerap digunakan dalam mendaki, arboriculture, dan mencari dan menyelamat
6.Reef Knot/Square Knot
  •  Untuk menyambung dua tali yang sama saiz terutama tali kering
  •  Untuk mengikat Kain Segi Tiga semasa pertologan cemas
  •  Mudah / cepat dilucut.
  •  Ikatan ini berguna untuk mengabungkan dua tali berlaian jika tidak cukup panjang.
7.Sheepshark Knot
  •  Digunakan untuk menegang atau menguatkan bahagian tali yang tidak kuat (reput  atau koyak) tanpa memotongnya.
  •  Memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya.

8.Thumb Knot 
  •  Sebagai ikatan sementara di hujung tali agar tidak terburai jika hujung tali itu pecah
  •  Untuk menahan tali tidak tercabut dari Blok Takal (Pulley Block)
9.Butterfly Knot
  • Simpulan yang digemari oleh pendaki gunung atau “rock climbers” untuk gantung carabiners juga dan juga untuk kaki atau tangan
  • Sebagai takal mengangkat barang
  • Sebagai pemegang jika angkat objek berat
10.Prusik Knot
  •   Sebagai keselamatan tambahan ketika repaling
  •   Amat kukuh dan boleh laras, mudah dibuat dan dibuka
  •   Guna Paracord atau tali 6mm keatas

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : lusuhadventure@gmail.com

Click: www.wasap.my/601112207394/lusuhadventure. >>directwasap<<(untuk sebarang pertanyaan@if any inquiry)

Lusuh Adventure@loras
(outdoor gear camping shop>>kami menjual peralatan rekreasi dan sukan)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
w: www.lusuh.com.my

(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)


No comments: