Thursday, May 11, 2017

Jenis-jenis ular yang merbahaya di Malaysia

As-salam...@hai...

Jenis-jenis ular yang merbahaya di Malaysia 
            Negara kita Malaysia kaya dengan flora dan fauna yang terhebat. Negara kita yang berada digarisan katulistiwa menjadikan cuaca kita panas, lembab dan hujan. Akibat evolusi itu menjadikan tempat ini istimewa dengan berbagai species haiwan, burung dan serangga yang unik, dan kadangkala hanya terdapat di tempat sini sahaja. Setiap tahun pasti ada sahaja spesies flora dan fauna baru di temui. Keistimewaan ini menjadikan Negara kita tempat rujukan dari seluruh dunia dalam pengakajian flora dan fauna ini. Berkaitan dengan dunia rekreasi, kita pasti akan bertemu dengan berbagai jenis haiwan amfibia dan mamalia sewaktu berjalan ataupun sewaktu berada dikawasan perkhemahan. Sesuatu yang pasti dan banyak diperbincangkan ialah ular, serangga dan hidupan marin.
            Dipenulisan ini, dimulai mengenai ular. Di Malaysia terdapat kira-kira 140 jenis ular berbisa yang dikenal pasti oleh penyelidik, tetapi hanya 18 sahaja yang di sahkan amat bahaya dan berbisa, dan boleh membawa maut jika lewat dirawat. Peminat rekreasi yang tiada ilmu berkaitan ular dan digigit, pasti akan merasa cemas, tetapi ingatlah andai kata dipatuk oleh ular yang berbisa sekalipun, tidak semestinya ia menyebabkan kematian kerana majoriti dari gigitan ular adalah 'dry bites'. Untuk memdapat jawapan, mari kita mengenali jenis-jenis ular, fizikal, sintom dan cara mengatasinya.

Ular (Snake):
 1. Jenis Ular Kapak (keluarga  Viperidae)
•Ular Kapak Bakau (Mangrove Pit Viper)(Trimeresurus purpureomaculatus)
•Ular Kapak Bodoh (Malayan Pit Viper) (Calloselasma rhodostoma)
•Ular Kapak Gunung (Mountain Pit Viper) (Ovophis monticola convictus)
•Ular Kapak Hidung Pipeh (Bornean Pit-Viper) (Trimeresurus puniceus)
•Ular Kapak Ekor Merah (Pope’s Pit Viper) (Trimeresurus popeiorum)
•Ular Kapak Sumatra (Sumatran Pit Viper) (Trimeresurus sumatranus)
•Ular Kapak Tokong (Wagler's Pit Viper) (Tropidolaemuss wagleri)
Ciri-ciri Ular Kapak 
•Kepala yang besar dan berbentuk seperti segi tiga 
•Ada warna hijau, hitam,kuning dan berbelang-belang 
•Hematotoxic, toksik kepada darah 
•Mengakibatkan pendarahan pada rongga badan 
•Aktif pada waktu malam,agresif dan pergergerakan perlahan 
•Boleh dijumpai  hutan tanah rendah , tinggi dan paya. 
•Membiak secara telur 
•Makanan reptelia kecil, tikus dan cicak dan lain-lain
•Mempunyai taring yang panjang dan boleh digerak-gerakkan.
Sintom-simtom patukkan ular jenis kapak ini ialah:
1.Sakit yang amat sangat pada tempat gigitan (dalam waktu 5 menit)
2.Bekas gigitan akan membengkak dan perubahan warna akan terjadi pada kulit dalam waktu setengah jam.
3.Pendarahan yang tidak berhenti pada bekas gigitan.
4.Pendarahan pada gusi, usus dan saluran kencing.
5.Darah tidak membeku.
6.Keracunan yang parah dapat menyebabkan bagian lutut dan lengan atas membengkak dalam waktu 2 jam disertai dengan pendarahan.

 2. Jenis Ular Katam (keluarga ELAPIDAE)
•Ular Katam Belang(Banded Krait )(Bungarus fasciatus)
•Ular Katam Kepala Merah (Red-headed Krait) (Bungarus flaviceps)
•Ular Katam Belang (Banded Krait) (Bungarus fasciatus) 
•Ular Katam Tebu  (Malayan Krait )(Bungaris candidus)
Ciri-ciri Ular Katam
•Ada warna hitam,kuning dan berbelang-belang boleh mencapai 1.6m panjang.
•Tidak agresif tetapi, membawa maut jika dipatuk
•Aktif pada waktu malam dan pergerakkaan perlahan 
•Boleh dijumpai  hutan tanah rendah, persisiran pantai, sungai dan paya. 
•Membiak secara telur 
•Memakan species Ular lain dan sejenis, tikus dan cicak dan lain-lain

Sintom-sintom patukkan ular jenis Katam ini ialah:
•Kesakitan pada tempat patukkan dalam masa setengah jam.
•Bahagian bekas dipatuk membengkak (selepas 1 jam digigit).
•Lemah-lemah badan.
•Pengeluaran air liur yang berlebihan.
•Mengantuk.
•Lumpuh pada otot-otot muka, bibir, lidah dan saluran pernafasan.
•Tekanan darah menurun.
•Mata kuyu (ptosis).
•Pandangan menjadi kabur.
•Sawan (konvulsi).
•Badan berpeluh.
 3. Jenis Ular Sawa
Ular Sawa Darah /Batik/Rendam
Ciri-ciri Ular Sawa
•Ciri-ciri Ular Sawa Batik (Python reticulatus) atau ular sawa rendam .Ular dewasa boleh tumbuh mencecah 6.95 m (22.8 ka) panjangnya, tetapi lazimnya tumbuh hingga purata 3-6 m (10-20 kaki)
•Seperti semua ular sawa, ular sawa rendam merupakan penjerut. Ular sawa rendam tinggal di hutan hujan, hutan jarang, dan padang rumput yang berdekatan. Ular ini juga dikaitkan dengan sungai dan dijumpai di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan anak sungai dan tasik.
•Aktif di waktu malam.

4. Jenis Ular Tedung (keluarga ELAPIDAE)
•Ular Tedung Hitam
•Ular Tedung Selar (Ophiophagus hannah)
•Ular Tedung Senduk
Ciri-ciri Ular Tedung : 
•Terdapat di kawasan hutan tanah tinggi dan rendah, kawasan lembab, gurun dan berbagai tempat 
•Badan bersisik licin, agresif, dan membawa maut jika dipatuk
•Aktif pada waktu malam 
•Ular tedung terdapat dalam pelbagai warna daripada hitam atau perang gelap dan putih kekuningan
•Neurotoxic-toksik kepada saraf dan melibatkan komplikasi jantung 
•Sumber makanan, memakan ular lain, tikus dan burung
•Mengembangkan diri supaya kelihatan lebih besar 
•Mampu menyemburkan bisa dan boleh berdiri separuh badannya
•Dikatakan berkebolehan menghasilkan bunyi contoh Ayam hutan etc.

Antara tanda-tanda gigitan ular jenis ini adalah:
•Kesakitan pada tempat patukkan dalam masa setengah jam.
•Bahagian bekas dipatuk membengkak (selepas 1 jam digigit).
•Lemah-lemah badan.
•Pengeluaran air liur yang berlebihan.
•Mengantuk.
•Lumpuh pada otot-otot muka, bibir, lidah dan saluran pernafa san.
•Tekanan darah menurun.
•Mata kuyu (ptosis).
•Pandangan menjadi kabur.
•Sawan (konvulsi).
•Badan berpeluh.

5.  Jenis Ular Laut (Anhydrina schistose)
Ular laut berperut kuning, (Pelamis platurus)
Ciri-ciri Ular Laut : 
•Di Malaysia terdapat 21 jenis ular laut yang dikenali dalam keluarga Hydropidae
•Bentuk ekor yang leper menduduki persekitaran laut sepanjang hayat (kecuali genus Laticauda ) di kawasan batu karang. Boleh di jumpai di perairan tepi pantai yang panas dari Lautan Hindi hingga Pasifik.
•Mempunyai mulut yang kecil dan aktif di waktu malam
•Kesemua ular laut adalah sangat berbisa iaitu 60 kali bisa dari ular tedung tetapi jarang akan mengigit manusia.
Antara tanda-tanda gigitan ular jenis ini adalah:
•Kesakitan pada otot-otot.
•Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.
•Dalam jangka masa 1 hingga 2 jam, mangsa akan merasakan kesakitan yang amat sangat apabila menggerakkan anggota badan.
•Dalam jangka masa 3 hingga 6 jam air kencing akan berubah menjadi perang gelap

Panduan Menentukan Ular Berbisa Atau Tidak
Ular yang berbisa tinggi:
1.Bergerak perlahan dan tidak takut awalaupun diancam
2.Patukkan atau bisanya membawa maut
3.Mencari makanan di waktu malam 
4.Makan ular sejenisnya yang lebih kecil
5.Bentuk kepala segi tiga
6.Mempunyai taring 
7.Membunuh mangsanya dengan menggigit/mematuk 

Ular yang berbisa rendah
1.Pergerakannya pantas dan cepat melarikan diri dari musuh
2.Patukkan atau bisanya tidak membawa maut
3.Mencari makan di waktu terang
4.Bentuk kepala bulat telur
5.Tidak mempunyai taring 
6.membunuh mangsanya dengan cara melilit
Tindakan perlu dan pantas jika di patuk ular  
1. Berhenti di kawasan selamat dan meminta bantuan.
2. Bertenang dan rehat dan jika boleh buat pengecaman jenis ular yang mematuk agar memudahkan pengunaan anti vanem jika di Hospital. Contoh membunuh ular yang mematuk atau mengambil gambar.
3 Potong seluar atau guntingnya dikawasan patukan dan bersihkan luka patukkan dengan air yang bersih tampa mengosoknya, dan tanggalkan atau longgarkan apa sahaja di badan mangsa jika ianya dapat menghalang perjalanan darah contoh cincin dan sebagainya.
4. Kurangkan pergerakan, kerana jika banyak pergerakan bisa ular lebih cepat merebak.
5. Gunakan anduh atau split di kawasan yang kena patuk kerana dapat membantu mengurangakan pergerakan.
6. Jangan sedut bisa ular kerana kerana boleh menyebabkan keceradaan semakin teruk dan jangan guna “tourniquet” kerana ia tidak membantu menghalang bisa ular dari tersebar.
7. Jangan mengambil makan, minuman atau rokok yang boleh menyebabkan mempercepatkan degupan jantung.
8. Langkah terakhir ialah mendapatkan bantuan dari dari pihak berwajib dan segera ke Hospital atau klinik.
            Kita harus tahu, faktor paling utama berlaku kes dipatuk ular ialah akibat ular itu rasa terancam dan habitatnya terancam dan ular bukanlah satu ancaman kepada manusia. Jika berlaku kes dipatuk ular, penggunaan antivenom hanya perlu diberikan kepada kes-kes yang memenuhi kriteria ketat envenomasi (systemic atau severe local). Antivenom mesti diberi dengan tepat kepada mangsa kerana ia mempunyai risiko komplikasi dan kesan sampingan terhadap pesakit dan tidak boleh diberikan sebarangan. Sebab itu penting bagi mangsa sebaik mungkin mengingati jenis ular yang mematuknya untuk memudahkan doctor memberi antivenom yang sesuai. bagi mengurangkan risiko seminima mungkin buat mangsa gigitan ular.



Sekian terima kasih. 


Lusuh Adventure
(Sam Lusuh)
www.lusuh.com.my
(selasa 11-05-2017)
Disusun/tulis : Sam Lusuh


(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

No comments: