(Menggunakan "Transfer Gas Adapter" )
1. Dengan menggunakan "Transfer Gas Adapter", Jika tong gas yang hendak di isi gas itu kosong ( contoh TONG GAS A berat 80 gram), terus sahaja refill gas (TONG GAS B- yang berisi gas yang penuh) kepada Tong Gas A. pasti dapat Net Weight gas 230g kandungan gas (jika guna gas kecil 230gram).
- Total berat ialah +-300g iaitu tong dan gas.
- Berat tong gas 80 gram, berat gas 230 gram persamaan 300gram
2. Jika Tong Gas A masih ada gas, timbang berat dahulu dan catit berapa beratnya.
- ( kandugan gas baru yang penuh 300gram, (berat tong dan isi gas)
- Contoh berat Tong Gas A,yang anda timbang pula ialah 130 gram, bermakna berat gas yang ada dalam Tong A ialah 50gram (130g - 80g(berat tong)=50g)
- Ini bermana untuk refill semula, jumlah sepatutnya ialah 180 gram (230g-50g=180gram).
- Untuk mendapatkan jumlah yang tepat, mestilah menggunakan timbang/scale.
- Jika tiada alat penimbang, goncanglah tong gas itu untuk pastikan ada ruang udara dalam tong gas agar tidak terlebih isi. Jika terlebih keluarkan gas tersebut.
3. Petua isi gas
- sejukkan dahulu tong gas dalam peti sejuk atau apa sahaja (jika dirumah), ini memudahkan gas untuk masuk.
- Jika dihutan rendam dahulu dalam sungai tong gas yang kosong agar sejuk.
- Jika dipuncak gunung letak diluar kemah waktu malam, dan waktu pagi mulakan proses isi semula gas.
- Pastikan semasa isi semula gas, anda dikawasan yang lapang (ruang terbuka) dan tidak merokok.
- Digalakan untuk satu tong gas yang di isi semula itu, dalam keadaan baik dan tidak digunakan lebih 3 kali.
- Pengunaan yang berkali-kali mungkin akan menyebabkan "Valve" (yang menahan pengeluaran gas masuk dan keluar) yang pada kepala gas rosak, yang boleh menyebabkan kebocoran gas dan ini amat merbahayakan.
NOTE:
Untuk mendapatkan "Transfer Gas Adapter", boleh hubungi saya sam lusuh (011-1220 7394) atau melayari website resmi kami www.lusuh.com.my
Sekian terima kasih
Sam lusuh
www.lusuh.com.my
(07-04-2017)
www.lusuh.com.my
(07-04-2017)
No comments:
Post a Comment