Punca sampah dan cara mengatasinya
Kenapakah semenjak kebelakagan ini, isu sampah di tempat
rekreasi kawasan air terjun, hutan simpan, gunung ganang dan hutan rimba
menjadi masalah besar. Walaupun berbagai program perbersihan dianjurkan oleh
pihak kerajaan,persatuan,kelab dan individu, namun masalah pembuangan sampah merata-rata
tempat di pusat rekreasi seolah-olah tiada pengakhiranya.
Dalam pemerhatian saya ini adalah
puncanya:
1. Diri
kita Sendiri yang kurang kesedaran tentang alam sekitar dan kepentinganya
2. kita
rasa nanti ada orang kutip sampah tu.. jika ada program konservasi nanti.
3. Bukan
halaman rumah atau kampung kita.
4. Pengarah
program yang gagal (menunjukan tauladan yang baik-isu sampah)
5. Menganggap
soal sampah ini isu kecil (membakar
sampah dan meninggalkannya)
6. Alasan
beg berat dan takut kotor
7. Tidak mematuhi peraturan atau undang-undang yang tertulis di sesuatu kawasan rekreasi
itu.
Ini pandagan saya untuk mengatasinya:
1. Tanamkan
kesedaran kepertingan kebersihan alam sekitar dan kepentingannya kepada manusia,
bermula dari sekolah tadika dan dilanjutkan lagi di rumah
2. Kesedaran
yang tinggi yang perlu ada kepada penganjur program rekreasi gogo, guide atau jurulatih, mengenai
kepentingan menjaga kebersihan dan membawa keluar sampah selepas program.
3. Untuk
pendakian atau perjalanan yang terpaksa bermalam, diwajibkan memohon permit dan
mengistiharkan jumlah angaran makanan berserta gambar (plastik dan tin) dibawa
masuk dan anggaran sepatutnya dibawa keluar. Oleh itu dapat dipantau kumpulan
mana yang melakukan kesalahan pembuagan sampah merata-rata.
4. Dalam
setiap program, wajibkan setiap peserta membawa plastic sampah untuk diri
sendiri
5. Melaksanakan
hukuman yang lebih berat contoh kerja masyarakat atau denda 5 kali ganda daridenda yang telah di tetapkan oleh PBT atau Kerajaan jika melakukan kesalahan
dikawasan rekreasi.
6. Hanya
meraka yang mempunyai kepakaran dan lesen sahaja dibenarkan menganjurkan
program rekreasi.
7. Kuat
kuasakan system seperti Taman-taman negara dan negeri dalam pengurusan sampah
8. Di
setiap tempat rekreasi yang popular atau tidak, lantik mereka yang bertanggungjawab
atau yang berminat untuk menguruskan masalah sampah. Dengan adanya operator ini
pembersihan dapat dilakukan dengan berkesan.
9. Disetiap
pusat rekreasi, pengunjung diwajibkan membayar deposit sampah dan membawa
keluar setaip sampah yang dibuang. Selepas itu deposit akan dipulangkan
10. Tempatkan
pasukan penguatkuasa agar tindakan tegas dapat dilaksankan, contohnya saman
11. Pemasagan
cctv di tempat rekreasi popular, agar dapat merakan gambar meraka yang
melakukan pembuagan sampah secara melata, disamping itu dapat meningkantkan
keselamatan pengunjung.
12. Salinglah
tegur menegur jika nampak kesalahan membuang sampah
Kesimpulan:
Ingatlah,
hutan, sungai, gunung ganang bukan tempat buang sampah. Bawa keluar apa yang
anda bawa masuk ok. Boleh tinggalkan tapak kaki , urine dan poo- poo jer.( baja
takpa)..kesianlah kepada sukarelawan yang membersihkan sampah yang anda
tinggalkan,
Meraka ini benar-benar pahlawah alam, pencinta alam.. dan kita jangan jadi
tukang kotorkan.
Sam lusuh (02052015)
www.lusuh.com.my
(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
Lusuh Adventure Online Camping Shop
LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)
No comments:
Post a Comment