Sunday, October 16, 2016

Ilmu dan kelengkapan dalam iktiar hidup (survival) (part 2)




Ilmu dan kelengkapan dalam iktiar hidup (survival) (part 2)

Punca ikhtiar hidup itu berlaku:
Faktor paling utama ialah kerana kelalaian manusia itu sendiri. Ianya bermula dari peringkat perancangan aktiviti ,persiapan melakukannya mahupun diperingkat perlaksanaan Tidak mahu ambil iktibar dari peristiwa orang lain, kurang pengetahuan ilmu rekreasi dan tiada kemahiran yang sepatutnya, ingatlah berlakunya iktiar hidup@“survival” ini, akan berlaku kepada sesiapa saja, dimana-mana jua dan bila-bila masa sahaja

Dalam kemungkinan menghadapi bencana diwaktu anda berekreasi, persediaan dari segi kelengkapan peralatan iktiar hidup dan ilmu mengenainya amatlah perlu. Pastikan juga tahap kesihatan yang baik sebelum keluar beriadah. Jika anda seorang pecinta rekreasi, anda hendaklah mempelajari ilmu iktiar hidup dan mengamalkan teori tersebut dengan membuat latihan mengenainya walaupun hanya asas. Walaupun melalui pembacaan buku “survival” dan menonton video akan dapat banyak pengatahuan megenainya, ianya tidak akan berhasil 100% jika tiada latihan amali. Sekarang ini, ramai juga pakar ilmu iktiar hidup menganjurkan kursus-kursus mengenainya, jadi rebutlah peluang untuk menambah ilmu. Kesimpulan untuk memahirkan diri dalam ilmu iktia hidup ini perlulah :
  1. Tahap kesihatan yang baik
  2. Kelengkapan peralatan survival (makanan, first aids dan sebagainya)
  3. Banyak membaca buku dan menonton video mengenainya
  4. Menpratikan hasil dari pembacaan dan tontonan tersebut
  5. Menghadiri pengajian ilmu Iktiar hidup
Tahap kesihatan yang baik
Jika ingin melakukan sebarang aktiviti rekreasi, contohnya pendakian pastikan dalam stamina yang baik. Perbanyakan latihan yang berkaitan agar jika berlaku situasi yang tidak dingini anda dapat bertahan.
Kelengkapan peralatan survival kit
Dalam Memperlengkapkan Survival Kits ini, fahami prinsip "The Rule of Threes." Iaitu dalam iktiar hidup,kita akan menghadapi situasi dimana manusia itu hanya dapat hidup.
  • 3 minit tanpa udara
  • 3 jam tanpa suhu tubuh yang sesuai dengan kemampuan tubuh bertahan 
  • 3 hari tanpa air
  • 3 minggu tanpa makanan
Jika diperkatakan perkara ini,terlalu banyak pendapat daripada pakar-pakar antarabangsa mahukan pakar-pakar tempatan. Semua berguna tetapi ianya bergantung juga kepada keadaan diri kita sendiri dan dinegara mana kita berada. Berikut adalah perkara asas yang perlu ada dalam “survival kits”. Alat-alat ikhtiar hidup itu terbahagi kepada 3 bahagian iaitu alat perubatan,bahan makanan dan peralatan asas iktiar hidup.

Alat perubatan (first Aids) (rujuk gambar),
>Gunakan yang asas sahaja agar tidak mengunakan ruang yang banyak dalam bag anda.
>Sertakan ubatan yang asas seperti
  1. Paracetamol  contoh panadol
  2. Pil-pil peribadi anda (keperluan sendiri)
  3. pil tahan sakit dan pil cirit-birit
  4. pil alahan (epinefrin dan antihistamin) jika alah kepada serangga atau tumbuhan,
  5. water purification tablet contoh Aquatabs
  6. krim anti-septic dan apa saja yang anda rasa perlu
  7. NOTA: pastikan anda merujuk doctor dan pastikan tarikh tamat tempoh ubat masih jauh
Bahan makanan
> Hendaklah yang berkalori tinggi, fibre tinggi, berkhasiat, ringan dan mudah dimasak. contoh:
  1. Quaker oat dan kurma (tinggi fiber),
  2. Coklat-energy bar untuk tenaga segera
  3. Gula atau serbuk minuman memberi tenaga seperti Glukos.
  4. NOTA: Jumlah yang perlu dibawa, bergantung kepada keperluan anda sendiri. agar dapat bertahan dalam tempoh 24 jam atau lebih.


>Makanan yang ringkas seperti sup segera dan nasi bubur segera, minuman segera 3 dalam 1  seperti di Kopi, teh atau coklat
>Semua makanan ini hendahlah dibungkus dengan baik agar ia tidak rosak terkena air.

Peralatan asas iktiar hidup
Kelengkapan ini adalah berbagai jenis. Sebaiknya Ia hendahlah tahan lasak dan berguna disaat ia diperlukan, ia juga bergantung kepada keperluan peribadi anda sendiri. Saiz sesuatu peralatan itu harus juga diambil kira samada berat atau ringan dan sesuaikah diguna sewaktu iktiar hidup.Berikut adalah peralatan asas dalam “survival kits” yang boleh anda buat sendiri atau beli dipasaran, contoh seperti dinyatakan dibawah ini.
  1. Tali pancing yang berkualiti (3 atau 6 meter)
  2. Mata kail dan batu timah yang kecil
  3. Tali Paracord (3 atau 6 meter) banyak kegunaanya
  4. Lampu kecil
  5. Magnesium Fire Starter, mancis atau pemetik api
  6. Kapas atau Getah tayar (untuk membakar)
  7. Kompas kecil
  8. Cermin kecil
  9. Whistle
Sebenarnya banyak lagi barang lain yang boleh dibawa seperti benang dan jarum, shovel, batu asah, gergaji lipat, pen flare, dan sebagainya tetapi bergantunglah kepada kerperluan diri masing-masing samada ia perlu atau tidak. Kita kena fikirkan fungsinya jika berlaku “survival”, bukanya beranika jenis tetapi tidak tahu guna dan menambah beban kepada bag galas anda.
Sebahagian peralatan diatas hendahlah disimpan didalam bekas sesuai, tahan lasak, mudah dibawa kemana, sebaiknya kalis air (water proof), dan sesuai dengan dengan kelengkapan survival anda.

Peralatan lain :
>Parang, pisau atau kapak , peralatan ini bolehlah dikatakan paling penting dalam survival kerana fungsinya yang berbagai seperti memotong kayu untuk buat tempat berlindung (khemah), untuk pertahanan diri, memburu dan sebagainya.
>Khemah (one man tent) yang ringan, Hammock, Tarp (fly sheet), Ponco, Sleeping bag, Survival  Blanket atau Emergency Blanket atau Emergency Thermal Blanket. Semua element ini dapat membantu anda dalam semasa iktiar hidup sebagai pelindung dari hujan dan kesejukan.
>Fungsi kemah, hammock, Tarp dan Poncho bertindak sebagai tempat tidur dan berlindung, manakala Survival  Blanket atau Emergency Blanket atau Emergency Thermal Blanket atau sleeping bag sebagai pemanas badan jika kesejukan.
>Stove (light weight), Solid fuel and Butine gas (peralatan ini hanya pilihan)-jika dibawa sebagai kelengkapan survival anda, ia amat membantu dari segi masa.

Banyak membaca buku dan menonton video mengenainya
Membaca buku perkaitan iktiar hidup akan menjadikan anda berilmu dan berguna. Melalui pembacaan tersebut anda dapat penjelasan yang lengkap tentang sesuatu topik yang anda berminat. Video pula  berfungsi agar anda melihat cara pelaksanaan sesuatu topik dan belajar megenainya.

Menpratikan hasil dari pembacaan dan tontonan tersebut
Setelah membaca dan menonton video, bolehlah dipratik apa yang anda ingin buat. Melihat dan membaca tidak sama jika tidak dicuba secara terus. Lakukan apa saja latihan iktiar hidup sehingga anda jadi mahir atau berkebolehan. Semua ilmu itu penting disaat iktiar hidup.

Menghadiri pengajian ilmu Iktiar hidup
Menghadiri pengajian ilmu iktiar hidup satu cara terbaik untuk memperbaiki pemahaman anda mengenai ilmu iktiar hidup yang dipelajari secara pembacaan dan video. Kita boleh bertanya secara terus dan melihat sendiri teknik-teknik “survival” dari pakar-pakar itu sendiri. Segala persoalan boleh ditanya secara terus. Segala praktikal yang dilakukan bersama meraka akan memudahkan pemahaman anda mengenainya.

“Survival”@iktiar hidup ada tiga keadaan:
1.Perseorangan atau kumpulan yang sesat atau sebagainya dan terpaksa melakukan “survival” tampa sebarang kelengkapan “survival” yang diperlukan. Cara untuk menempuhnya, kembali kepada hidup perimitif dan berfikir lebih jauh untuk hidup. Meraka ini tiada apa yang dibawa ada melainkan apa yang ada pada diri dan kenalah lebih kreatif.
2. Perseorangan atau kumpulan sesat atau sebagainya dan terpaksa melakukan “survival” tetapi memiliki “survival kit” yang paling asas. Dengan peralatan yang ada, ini memudah meraka menghadapi masa sukar tersebut dan memudahkan pegerakan dan perangcangan untuk hidup. Contoh seperti dibawah:
  1. Tali pancing yang berkualiti (3 atau 6 meter)
  2. Mata kail dan batu timah yang kecil
  3. Tali Paracord (3 atau 6 meter) banyak kegunaanya
  4. Lampu kecil
  5. Magnesium Fire Starter, mancis atau pemetik api
  6. Kapas atau Getah tayar (untuk membakar)
  7. Kompas kecil
  8. Cermin kecil
  9. Whistle
  10. Pisau atau parang
  11. Sediki makanan
3. Perseorangan atau kumpulan sesat atau sebagainya dan terpaksa melakukan “survival” dan memiliki “survival kit” yang lebih lengkap. Dengan kelengkapan yang meraka boleh bertahan lebih lama. Contoh seperti dibawah
  1. Tali pancing yang berkualiti (3 atau 6 meter)
  2. Mata kail dan batu timah yang kecil
  3. Tali Paracord (3 atau 6 meter) banyak kegunaanya
  4. Lampu kecil
  5. Magnesium Fire Starter, mancis atau pemetik api
  6. Kapas atau Getah tayar (untuk membakar)
  7. Kompas kecil
  8. Cermin kecil
  9. Whistle
  10. Makanan segera
  11. Parang, pisau atau kapak
  12. Kelengkapan untuk perlindungan seperti Khemah, poncho atau tarp
  13.  Stove (light weight), Solid fuel atau Butine gas
Semoga semua mendapat manfaat atas penulisan ini. Jika anda seorang peminat rekreasi yang tegar atau tidak, janganlah ambil mudah mengenai keselamatan diri. Kecelakaan boleh berlaku dimana-mana dan tidak kira masa. Sediakan diri anda dengan “Survival Kits” walaupun paling asas dan ilmu megenainya, mudah-mudahan jika berlaku perkara yang tidak diduga, anda telah bersedia menghadapinya samada untuk diri sendiri, keluarga atau kumpulan.


Sekian terima kasih. 

Lusuh Adventure@Loras Bushcraft Survival
(Sam Lusuh)
www.lusuh.com.my
(Ahad 16102016)

Gambar: Sumber internet


(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampakebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

Tuesday, September 27, 2016

Ilmu asas Ikhtiar hidup (survival) (Part 1)

Ilmu asas Ikhtiar hidup (survival) (Part 1)


Apakan maksudnya?
Jika diterjemah maksud survival istilah inggeris iaitu, “the will to live, to outlive, state of to continuing to live” dan jika di terjemah dalam bahasa melayu, “kehendak atau keupayaan untuk meneruskan kelangsungan kehidupan”

Jika di ilustrasikan lihat gambar dibawah perkataan Survival:


Bilakah dipratikan kemahiran iktiar hidup:
  • Peperagan atau darurat
  • Sesat jika berekreasi
  • Bekalan makan yang berkurangan
  • Ganguan manusia atau haiwan
  • Menjalani kehidupan natif
  • Dan lain-lain 
Jika berlaku atau terjadi dari salah satu perkara diatas, apakah yang perlu dilakukan untuk kelangsugan hidup.  Secara ringkas, anda sepatutnya tenang dan berfikir jalan penyelesaian disinilah ilmu iktiar hidup amat perlu. Gunakan istilah “STOP” yang bermaksud:
  • S = Stop/Sit Down > berhenti dan berehat
  • T = Thinking > Tenang dan berfikir masalah yang dihadapi.
  • O = Observe > menilai dan mengamati keadaan
  • P = Planning > membuat perancagan apa patut dilakukan.
Setelah mendapat ilham atau tindakan yang perlukan dilakukan ia haruslah secata selamat dan teratur untuk mencapai matlamat. Gunakan istilah “SAVE” (create by sam lusuh) yang bermaksud:
  • S = Smart > Bijak dalam tindakan dan perancagan
  • A = Active > bertenaga besemagat
  • V = Visualize > mengambarkan keperluan
  •  E = Energy > Gunakan tenaga sebaik mungkin
Terdapat juga istilah lain yang biasa digunakan dalam kontek  iktiar hidup iaitu “SPEAR”(lembing)
  • S = Stop > berhenti,
  •  P = Planning > membuat rancagan
  • E = Execute >  melaksanakan rancagan yang telah difikirkan
  • A = Asses > menilai apa yang telah dibuat
  • R = Re-evaluate, menilai semula dari perancagan awal, pelaksanaanya dan  hasil penilaian itu, digunakan untuk pertimbangan dan berkembangaiktiar hidup  selanjutnya.

Setelah anda faham semua diatas kita lihat pula apakan 4 element  asas iktiar hidup yang perlu diketahui semua (refer gambar dibawah)  
Apabila dalam situasi survival dan anda sedang menghadapinya, lakukan empat perkara asas diatas. Anda boleh lakukan mana-mana dari perkara diatas sebagai yang pertama patut dilakukan. Ia bergantung kepada masalah dan tempat yang anda hadapi disaat itu.

Water (air)
>Carilah sumber dari yang terdekat dengan kaedah-kaedah yang tertentu (teknik rujuk nota LA)

Fire (api)
>Gunakan apa jua kaedah yang anda ketahui, kerana dengan adanya api menaikan semagat anda dan kelebihan yang lain

Shelter (tempat berlindung)
>Agar dapat perlindugan dari kesejukan, gangguan haiwan dan sebagainya

Food (makanan)
>Jika ada makanan perlulah pandai berjimat, dan jika tiada berhati-hatilah dalam memilih makanan yang selamat (teknik-rujuk nota LA)


Akhir sekali ialah memahami prinsip ikhtiar hidup
Semoga anda memahami secara asas apa yang perlu jika menghadapi keadaan yang membawa kepada iktiar hidup untuk melengkapinya tiga perkara utama mesti ada disaat kecemasan itu iaitu:

1.Utamakan Keselamatan
>keutamaan soal keselamatan nyawa. Jika melakukan sesuatu perkara, buatlah dengan berhati-hati, elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan diri Sebagai contoh, hindarkan dari memakan tumbuh-tumbuhan, buah-buahan tidak pasti selamat, hindarkan dari bertembung dengan binatang buas.

3.Kawalan diri (emosi)
>kawal emosi diri agar keadaan tidak menjadi terlalu nagetif. Sentiasalah berfikiran positif agar merasa tenang dengan apa yang anda lakukan. Jangan cemas dalam setiap keadaan kerana ia boleh memburukan lagi keadaan.

2.Usaha 
>Jangan putus asa jika berlaku kegagalan semasa survival, contohnya menyalakan api, mencari makanan dan sebagainya. Alam memang dijadikan untuk menduga manusia yang suka cabaran, ia tidak kejam tetapi berusahalah untuk menjadi kawan, adaptasi dan mengatasinya



Semoga anda memdapat ilmu yang berguna dalam penulisan ini. Pelajarilah ilmu iktiar hidup kerana suatu hari nanti ia mungkin berguna untuk keselamatan diri, keluarga dan rakan-rakan anda.



Sekian terima kasih. 

Lusuh Adventure@Loras Bushcraft Survival
(Sam Lusuh)
www.lusuh.com.my
(Selasa 27092016)


Gambar: Sumber internet


(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampakebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)


Saturday, September 24, 2016

24 Teknik Mencari Arah Utara

As-salam...@hai...

                

Kali lusuh akan ceritakan pula teknik mencari arah Utara. Mencari arah utara ini penting dalam navigasi, terutama untuk peta. jadi harap kita semua dapat ilmu dari usaha ini ok dan bersama-sama mengamalkannya. 


1.Dengan melihat tumbuhan 'lumut; yang selalunya akan tumbuh  pokok atau batu yang tebal di bahagian dibahagian sebelah barat (arah barat matahari terbenam) pada sebelah belakang  dan tumbuh nipis di .timur iaitu matahari terbit
NOTA: 
Tidak semua jenis lumut akan menghindar sinaran matahari terbit bermakna ia tumbuh menghadap matahari terbit iaitu arah timur seperti di video yang dikongsikan dibawah. Ada juga yang tumbuh menghidar sinar matahari terbit atau terbenam. ini bermakna ia akan tumbuh arah utara dan selatan. cara mengatasinya ialah dengan merasa bahagian pohon atau batu yang sebelah mana lebih panas. dan lebih tepat jawapannya jika dilakukan sebelah senja atau waktu malam. Jika malam sebelah bahagian yang panas itulah arah barat. Ia juga boleh dipastikan dengan memeriksa lumut-lumut yang lain 8 hingga 10 contoh untuk dapat kepastian dengan tepat arah utara yang kita cari. lumut di bawah kanopi dan lumut yang terdedah kepada matahari mungkin menunjukan kesan yang berbeza. Mungkin lumut dikawasan yang kurang terima cahaya matahari akan tumbuh tebal kearah timur dan yang banyak terima cahaya matahari akan tumbuh tebal bahagian barat.


https://youtu.be/RweuN0CcjOc

video adalah satu contoh dimana lumut itu tebal di kawasan timur 

2.Dengan melihat sarang labah-labah (spider). Dimana sarang akan selalunya dibina ke sebelah arah selatan pokok. Jadi tahulah arah utara.


3.Dengan menggunakan jam tangan anda. Caranya seperti berikut:

a. Pegang jam tangan di dihadapan badan anda dan pastikan jarum pendek jam menghala ke arah matahari. Daripada angka pukul 12:00 ke jarum pendek, bahagi kepada dua bahagian (seperti garisan oren dalam rajah di atas).


b. Jikalau waktu  itu sebelum jam 6 pagi atau selepas 6 petang, bayangkan satu garisan  di jam anda contoh seperti garisan oren dalam gambar, itulah menunjuk ke arah utara. Waktu dalam gambar di atas ialah 1:25 petang, maka garisan oren menunjukkan arah selatan.


c. Jika anda memakai jam tangan digital, lukiskan jam dalam sekeping kertas, dan ikut cara yang ditunjukkan seperti rajah di atas.



Pehatian untuk semua, cara di atas ini hanya sesuai untuk kawasan hemisfera utara sahaja. Untuk hemisfera selatan, caranya ialah seperti dalam rajah dibawah.

4.Dengan memggunakan kayu lurus (stick), Pacakan kayu itu secara menegak,dan tandakan dimanakan hujung bayang itu berada, kemudian tunggu 10 hingga 15 minit, kemudian tanda pula pada hujung bayang yang terakhir itu. Buat satu garisan lurus antara dua tanda tersebut dan anda telah dapat arah timur dan barat. Untuk mencari utara letakan kaki kiri anda pada tanda petama yang anda buat (barat), dan kaki  kanan anda pada tanda bayang terakhir yang ditanda (timur). Ok sekarang anda menghadap UTARA, lihat ganbar dibawah.



5.Dengan mencari bintang timur (north star-polaris), jika di hamisfera utara carilah bintang ini, Bintang ini dapat dikenali sebagai North star kerana ia yang paling terang bercahaya ' in handdle of little dipper'. jika lihat bintang ini,sekarang anda telah menghadap Utara. Lihat gambar dibawah.
6.Jika di hamisfera selatan, carilah bintang 'southern cross'.Bintang ini terbentuk dengan lima bintang dan empat yang paling terang yang membentuk cross. Yang paling bawah dari empat bintang yang membentuk cross itu ialah arah selatan, dan pasti anda tahu dinama arah utara.

7.Dengan melihat matahari terbit dari timur, dan 180 darjah (belakang anda) adalah arah barat,arah utara pula sebelah kiri anda.


8.Dengan melihat matahari terbenam ke barat, dan 180 darjah (belakang anda) adalah arah Timur,arah utara pula sebelah kanan anda.



9.Dengan melihat pergerakan awan,kebiasaannya ia akan bergerak dari barat ke timur (tidak berlaku disesetengah kawasan)



10.Dengan melihat pergerakan haiwan atau memerhati sarang burung yang lebih cenderung ke arah barat (+/-)



11.Dengan melihat tumbuhan yang menumpang (melilit) perhatikan dipenghujungnya (pucuk) yang lazimnya ke arah Timur



12.Dengan guna kompas jer...cari utara senangkan



13.Dengan menggunakan sistem GPS dan jam digital...carilah utara



14.Dengan mengetahui arah kiblat melalui bintang contoh gambar dibawah caranya carilah bintang rigel dan Bellatrix ia menunjukkan arah utara.


Teknik 15 (tambahan 24/09/2016)
>melihat bayang pada kayu, pacak kayu di tanah dikawasan lapang, jika pagi menuju tengahari , bayangan condong kearah barat, jika petang menuju malam, bayangan condong kearah timur. maka kita boleh cari arah utara.

Teknik 16 
>Melihat Masjid atau kuburan islam, pasti arah barat (mihrab), jika di luar negara lihat gereja atau kuburannya pasti menghadap arah barat, jadi anda pasti tahu arah utara

Teknik 17
>Guna jarum caranya mudah, gosokan jarum kepada magnet atau barang yang kering seperti kain sutera, rambut,batu atau besi. Ia bertujuan agar jarum berubah menjadi bermagnet, kemudian letakan jarum diatas daun dan diletakan pula dipermukaan air, dan terapung (rujuk gambar). hujung jarum pasti menunjuk arah utara atau selatan. 
Teknik 18
>Jika dimalam hari, carilah pokok yang agak terdedah kepada cahaya matahari, rasalah bahagian mana yang lebih panas, maka itulah arah barat. Jika sudah tahu mana barat dan timur pasti anda tahu arah utara. Harus periksa lebih dari 3 pokok keatas untuk kesahihan

Teknik 19
>Carilah pokok pandan yang terdedah kepada cahaya matahari, kebiasaan arah dauhnya adalah kearah timur. Harus periksa lebih dari 3 pokok keatas untuk kesahihan

Teknik 20 (tambahan 18/11/2020)
>Melihat banir pokok, yang paling tinggi dan besar kebiasaan mengarah ke Timur.

Teknik 21
>Melihat kepada garisan-garisan (kontor) pada pokok yang dipotong, yang paling rapat garisannya menuujukan arah timur

Teknik 22
>Melihat kepada dahan-dahan yang lebih menunjul dari dahan pokok yang lain. Itu menunjukan arah timur.

Teknik 23:
>Apabila melihat penghijrahan burung dari kawasan sejuk dari Hemisfera utara dan hamisfera selatan. negara china , jepun korea. Burung-burung ini akan terbang dari arah utara ke selatan, dan terbang semula dari Selatan ke Utara musim bunga/panas
NOTE: Untuk dapat arah utara bergantung kepada bulan-bulan tertentu burung ini akan berhijrah contoh bualan Oktober-November-Disember burung akan terbang dari utara ke selatan contoh kawasan Tanah Bencah Kuala Baram, Bulan Feb-Mac-April (kawasan Tanjung Tuan Negeri Sembilan), (Parit Jawa Johor) akan terbang semula dari selatan ke utara.

Teknik 24:
>Sungai, di Malaysia Kebanyakan sungai mengalir kearah selatan (utara malaysia adalah Thailand dataran tahah tinggi)


Hanya 24 arah utara sila taip diruangan komen tu. Sekarang anda semua dah membaca dan faham.Harap dapat sebarkan ilmu ini kepada kawan-kawan dan keluarga. Ia mungkin amat berguna pada masa atau waktu yang kita atau rakan ditimpa musibah dihutan Yang benar dari Allah dan yang salah dari saya, maaf jika ada kesilapan dalam penulisan saya. selamat membaca.

Penulisan dikemas kini pada 07122020 (1248)
sekian terima kasih
Lusuh Adventure
220309 1241
http://lusuh.multiply.com
(update 22032018)
(update 18112020)
Sam Lusuh
www.lusuh.com.my

(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

Thursday, September 8, 2016

12 KEGUNAAN BAG GALAS (BACKPACK) DISAAT KECEMASAN

Bag galas (backpack), adalat peralatan yang penting jika melakukan kegiatan lasak seperti pendakian gunung, merentas hutan dan sebagainya. Tugasyang kebiasaannya adalah untuk mengangkut barangan. Namun begitu ia juga boleh digunakan dengan berbagai cara disaat kecemasan melanda.

Terdapat 12 perkara yang saya akan konsikan dalam penulisan secara ringkas kegunaan lain bag galas (backpack ini).

1-Sebagai stretcher 
>Dengan mengabungkan beberapa bag, dan dimasukan pula kayu diantara dua bag tersebut. Rujuk gambar 1 yang diberikan

Gambar 1
2-Sebagai Pelampong
>Masukan daun kering dalam bag, dan mampatkan daun-daun tersebut hingga penuh keseluruhan bag. Rujuk gambar 2 yang diberikan

Gambar 2
3.Sebagai pakaiyan (jika cuaca sejuk)
>Cara ini untuk bag yang bersais besar 55 liter keatas, keluarkan semua barang dari bag dan sarung bag tersebut pada badan anda atau atau angota yang kesejukan.

4.Sebagai bahan bakar
>Kebanyakan bahan daripada bag ini boleh dibakar. Disaat kecemasan, koyakan sedikit bahagian bag yang tidak penting dan jadikan bahan bakar

5.Sebagai senjata (besi kerangka bag)
>Kebanyakan bag galas (backpack), ada disertakan besi sebagai
struktur kekuatan bag. Disaat kecemasan gunakan sebagai senjata atau sebagainya

6.Sebagai store makanan
>Untuk mengelakan dari dicuri atau dimakan haiwan (gantung, tanam atau sebagainya)

7.Sebagai bahan untuk ikatan
>Terdapat banyak tali-tali yang digunakan untuk kekuatan bag atau mengikat barang kepada bag, disaat kecemasan, potong tali ini dan gunakan mengikut kesesuaian contoh mengikat luka kecederaan, ikatan untuk kaki atau tangan patah.

8.Sebagai Perangkap haiwan kecil
>Dengan sedikit kereaviti, boleh jadikan bag galas sebagai perangkaphidupan kecil sebagai sumber makanan sementara.

9.SOS
>Bag galas yang berwarna terang amat berguna untuk menarik perhatian penyelamat jika berlaku sesuatu. dengan cara lambaiyan atau sebagainya,

10.Sebagai penakung air
>kreativiti amat penting untuk menjadikan bag galas sebagai penakung air. Ia boleh dilakukan kerana kebanyak bag yang berjenama meterial kain adalah kalis air.

11.Sebagai pengikat Rakit
>Susun buluh secara bertingkat, dan aturkan secara cermat dan baik, sedikit ikatan kayu dan tali diperlukan untuk menambah kekuatan rakit. Rujuk gambar 3 yang diberikan

Gambar 3
12. Sebagai pelindung dari angin
>Susun bag secara menegak, dan tongkat atau kukuhkan bag gunakan kayu atau tali. Rujuk gambar 4 yang diberikan

Gambar 4
Semoga mendapat munafaat dari apa yang saya catit dan kongsikan, semoga dapat dipraktik jika berlaku musibah yang tidak di jangka. Untuk peringatan gunakanlah bag galas yang asli agar disaat kecemasan ia dapat membantu keranakualitinya yang dicipta untuk lasak dan bukan seperti bag klon yang mudah rosak kerana material yang rendah.


Sekian terima kasih. 

Lusuh Adventure@loras
(Sam Lusuh)
www.lusuh.com.my
(Khamis 08092016)


(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampakebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)