Friday, July 24, 2015

kebaikan dan kepentingan mengunakan tongkat (walking stick/trekking poles)

As-salam...@hai...
kebaikan dan kepentingan mengunakan tongkat (walking stick/trekking poles)

       Ramai orang menganggap pengunaan tongkat ini jika beriadah sesuatu yang leceh, membazir, banyak buang tenaga, tidak manco dan sebagainya. Tetapi tahukah anda bahawa pengunaan tongkat sewaktu beriadah amatlah baik untuk kesihatan dan keselamatan diri untuk jangkamasa panjang. Memang benar ada orang berkata pengunaan tongkat akan menyebabkan pengunaan tenaga yang lebih, tetapi kajian sains menunjukan sebaliknya.

      Satu kajian sainstifik yang dijalankan di James Madison Universiti di Virginia Amerika Syarikat, mendapati:

  1. Meraka yang menggunakan tongkat jika beriadah (outing), akan meningkatkan kadar degupan jantung dan akan membakar dengan banyaknya kalories dalam badan. 
  2. Meraka mendapati paru-paru (lung) bertambah baik funsinya dan meningkatkan taraf kesihatan seseorang tampa merasa/sedar keupayaan itu.
  3. Pengunaan tongkat akan mengurangkan tekanan pada lutut terutama jika turun dari bukit dan kita boleh berjalan lebih jauh lagi dengan selesa.

kepentingannya: kenapa perlu dibawa (guna)

1. Untuk membantu keseimbagan badan contohnya ketika melintasi sungai yang kecil atau deras, Dilereng bukit, melintasi kawasan berbatu yang tidak rata, jika membawa barangan yang berat dan ketika berihat sebentar dikawasan yang tidak rata.






2.Untuk membantu/meningkat kecekapan anda contohnya untuk melangkah melintasi pokok yang tumbang, atau batu dilaluan (trek) dan sebagai penahan mengelak dari jatuh.



3.Untuk mengurangkan tekanan terhadap belakang badan dan lutut kaki.kesanya ialah memberi tenaga tambahan dan keseimbangan ketika mendaki,mengurangkan tekanan terhadap lutut apabila menuruni bukit. Beban tekanan yang ditanggung dibadan dan punggung dapat dikurangkan.



4.Kegunaan lain tongkat ini ialah sebagai senjata ketika kecemasan, sebagai alat untuk sandarkan bag galas (agar berdiri), sebagai pemegang/berpaut  jika rehat sekejap (tidak letak bag) dan juga berfungsi sebagai alat untuk membersihkan jika terdapat halagan di laluan.

5.Sebagai tiang untuk khemah@flysheet dan tripot kamera




Teknik penggunaan tongkat/trekking pole

      Sila lihat gambar untuk memahaminya agar anda tidak melakukan kesilapan jika menggunakanya.
gambar pertama, ialah bagaimana mendapat ukuran yang tepat melaras tongkat berdasarkan ketinggian anda.(update 24/07/2015)



Pelarasan tongkat mengikut bentuk muka bumi.


Teknik memegang tongkat mengikut bentuk muka bumi.


Setiap kebaikan ada kekuranganya iaitu:

  • Ada yang berharga sangat mahal
  • Kesukaran mencari alat ganti
  • Menjadi gangguan ketika terpaksa mendaki menggunakan tangan (masa itu sahaja)
  • Tidak boleh simpan dalam beg (bagi tongkat yang tidak boleh laras)
  • Patah atau rosak jika tidak menggunakan dengan betul.

      Namun begitu jika kita perhatikan antara kebaikan dan keburukan, untuk jangka masa panjang dan berdasar fakta sains, bertongkatlah amat baik dan digalakkan jika beriadah (outing). Masa sekarang (muda) kita mugkin tidak rasa sakit atau ada sebarang masalah, tetapi berfikirlah jika masa tua nanti.Jika kita melihat dinegara maju, sesetengahnya walaupun berjogging pun memggunakan tongkat.

      Lusuh telah catitkan kebaikan,kepentingan dan kekurangan  pengunaan tongkat jika berekeriasi, terpulang kepada anda untuk menilaikanya. Mengenai pengunaan tongkat ini, gunakanlah apa saja yang boleh, dari kayu atau rotan pun boleh, dari yang moden pun boleh seperti tongkat berjenama Leki, Black Diamond, Hammers, Mountain Trail (mahal),Telescopic, Better,Coleman (murah).

Jika mencari trekking pole klik link dibawah:

Sekian sahaja dari saya semoga kita mendapat sedikit ilmu darinya.

terima kasih.
Lusuh Adventure@loras
301109  1229
(dikemaskini semula pada 24 julai 2015 10.00am)
(segala gambar dirujuk daripada internet)

(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

No comments: