Maksub
ibu air atau kepala air ialah lipahan air yang besar yang membanjiri sungai dan
berlaku dengan tiba-tiba. dan pantas (ini kefahaman lusush).Jika dirujuk kepada
kamus dewan edisi empat pula , ia bermaksud "permulaan atau penghabisan
air bah, lidah air." Fenomena ini berlaku diseluruh dunia dan kadangkala
meragut banyak nyawa. Walaupun tiada angka tetap mengenai jumlah kematian
akibat musibah ini yang direkodkan namun jika dilihat dilaporan akbar ada
sahaja kisah kematian kerana terajedi ini berlaku. Yang terbaru ialah kematian
3 pelajar UTar yang lemas akibat dihanyutkan air deras sewaktu mandi di sungai
yang berlaku di perak. Disini lusuh akan catitkan 'punca, cara mengesan, teknik
menyelamat jika berlaku kepala air (ibu air) agar menjadi panduan semua.
Punca atau sumber kepala air:
1.Hujan dihulu sungai dengan kadar luar biasa, akibat daripada itu itu
akar pokok tidak dapat memainkan peranan menahan air untuk diserap kedalam
tanah maka ia terus melimpah dan masuk kesungai dengan banyak.
2.Berlaku tanah runtuh akibat pembalakan atau semulajadi, pokok-pokok
yang dipotong dibiarkan atau runtuhan semulajadi menumbangkan pokok dan ini
akan menghasilkan empagan-empagan kecil yang menakung air. Kesannya, jika ia
tidak dapat menahan tekanan untuk menakung air ia akan pecah dan berlakulah
limpahan air yang besar.
3.Hujan dikawasan tanah tinggi (gunung)lebih dari kebiasaan, walaupun
akar pokok memperlahankan proses air mengalir kesungai namun jika hujan berlaku
lebat dan lama, maka air akan melimpah masuk kesungai dengan kadar yang banyak
dan laju.
4.Jika berlaku empagan pecah dan gempa bumi (jarang berlaku).
Cara mengesan jika dijangka akan berlaku.
1. Jika anda
mandi disatu kawasan sungai atau air terjun (terutama musim hujan), lihatlah
sekeliling kawasan cuba
cari sebarang tanda yang menunjukan paras air yang melimpah dikawasan tersebut.
Selepas itu buatlah suatu tanda aras selamat contoh mengguna kayu atau batu
sebagai penunjuk samada air naik atau tidak.
2.Dengan melihat perubahan kepada warna air dan arus yang mengalir, jika air
bertukar warna dari jernih menjadi keruh juga arus bertampah kuat lebih baik
anda naik.
3.Kadangkala air tidak menjadi terus keruh, tetapi perubahan kepada deras air
akan berlaku. Jika anda merasakan tekanan kepada kaki, seperti
tengelamnya ia didasar sungai (akibat pasir )maka naiklah kedarat .
4.Dengan melihat kearah hulu sungai atau puncak atau lembah pergunungan,
lihatlah pergerakan awan, jika mendung kemudian keputihan (bermakna hujan) maka
buatlah penilayan anda sendiri samada selamat atau tidak untuk beriadah
disungai.
Apa patut buat jika ia berlaku(menyelamatkan diri):
1-Jika sedang
berenang atau berkhemah,carilah kawasan yang selamat terbaik dikawasan tinggi
dan jauh dari sungai.
2-Jika sedang melintas sungai kerana 'treakking', secara berkumpulan
bantulah rakan yang berada ditengah-tengah untuk melintas secepat mungkin, yang
belum melitas berpatah balik dan carilah tempat selamat contoh berlari naik
kekawasan tinggi atau memanjat pokok yang difikirkan selamat (besar)
3-Andai kata tidak bernasib baik, berpautlah pada pokok, ranting atau apa saja
dan bertawakalah atau ikut sahaja arus itu dan cari peluang untuk berenang
ketepi.
4-Jika ada mangsa yang boleh diselamatkan, gunakanlah tali atau kayu untuk
menolong meraka ketempat selamat. Jangan berenang untuk menolong kerana sangat
merbahaya. Ini disebabkan jika kepala air berlaku, kebiasan ia kan membawa sekali kayu
atau pokok yang tumbang batu dan pasir dan ini akan megakibatkan kecederaan
yang teruk jika terkena.
5-Yang terakhir mintalah bantuan pasukan penyelamat contoh SMART,JPAM atau tunggu
sahaja keadaan pulih kepada asal dan carilah jalan keluar.
Pengalaman lusuh menghadapi sendiri dua peristiwa berlakunya kepala air:
Pertama berlaku di Gunung Ledang pada tahun 1988, semasa itu menjadi
fasalitator untuk satu program perkhemahan untuk remaja peringkat negeri Johor.
Dihari kejadian berlaku hujan yang amat lebat dan lama. Oleh kerana itu program
terpaksa di tunda. Sedang lusuh terlena, terasa sesuatu bergegar dikemsite dan
apabila lusuh pandang kearah sungai, lusuh amat terkejut kerana melihat air
bergulung-gulung mengalir deras. Kekuatannya hingga boleh mengegarkan kemsite
kami. Tapi kami bersyukur kerana semua peserta selamat. Selepas 1jam ia
berlaku, datang pasukan penyelamat (Bomba) kerana diceritakan ramai orang
terperangkan di bahagian atas (kolam puteri).
Keduanya berlaku di Air Terjun Lepor Hulu Langat . Berlaku pada tahun 2000 atau
2001. Masa ini Lusuh meneman kawan menjadi guide untuk satu kumpulan dari
kelang dan Shah Alam. Kejadian kepala ini berlaku diwaktu petang dan selepas
hujan yang agak lama dari pagi hingga ke petang. Kejadian berlaku dengan
pantas, tetapi bersyukur semuanya selamat. Lihatlah gambar dibawah untuk
melihat betapa kuatnya jika kepala air berlaku.
Keindahan Air Terjun Lepor sebelum berlaku kepala
air
Air mula
keroh dan air mulai deras...
Ia mula bertambah kuat.......
dan
bertambah kuat dan kuat lagi............
Sekian sahaja
yang dapat lusuh catitkan semoga kita mendapat
sedikit ilmu darinya. Jika anda pergi mandi kesungai
atau berkhemah di tepi sungai, berkhelah atau sebagainya, sentiasalah
berhati-hati agar pergi dan balik anda dalam keadaan ceria selalu.
terima kasih.
Lusuh Adventure
241109 0858
(dikemaskini semula pada 24 julai 2015...10.35am)
http://lusuh adventure.blogspot.com
website:www.lusuh.com.my
http://lusuh.multiply.com
(bahan penulisan
adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
Lusuh Adventure Online Camping Shop
LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)