Punca kemalangan air (lemas),langkah menyelamat dan cara mengatasinya
|
Sukan air adalah antara sukan yang digemari. Aktiviti berenang, berkayak,
berakit dan lain memang popular. Tetapi kita kadangkala lupa kepada aspek
keselamatan dan tidak mengambil berat tentangnya atau megetahui tetapi ambil
tak kisah. Jika kita berpegang kepada peraturan kemungkinan kemalagan dapat
dielak terhadap anak, keluarga dan rakan. Lusuh akan catitikan secara ringkas
punca kemalagan air (lemas) dan langkah menyelamat agar menjadi panduan kepada
semua.
Punca kemalagan air:
1. Kurang pengawasan (penganjur atau ibubapa) terhadap terhadap anak atau
peserta yang bermain di air. Terbaik ialah beritahu kawasan-kawasan yang bahaya
dan elakkan.
2. Tidak tahu atau kurang kebolehan untuk menyelamat orang lemas
3. Tidak mematuhi peraturan yang telah dinyatakan
4. Kurang pengatahuan tentang aktiviti atau sukan air yang disetai (langkah
keselamatan untuk melepaskan diri) jika musibah berlaku contoh berkayak
5. kurang kemahiran/pengalaman dari segi teknik dan pengendalian sukan yang
disertai.
6. Cemas@kelamkabut (panik), bila panik musibah mudah berlaku, sebaiknya
tenteramkan diri agar panik hilang
7. Kekejagan otot, kebisaan berlaku apabila berenang; ia disebabkan pengunaan
tenaga yang berlebihan dan sejuk. Jika berlaku tahan sakit apungkan diri dengan
tangan dan berenanglah ketebing. Teknik lain ialah jika berlaki dikaki,
bongkokan badan ke hadapan, bahagian muka menghadap kebawah air, tarik nafas
dan tarik kaki kearah atas sambil mengurut kaki itu. Jika otot perut, tarik
otot itu dengan menukarkan kedudukan badan.
8. Pengaruh bahan yang memabuk dan menghayalkan (dadah, arak dan lain-lain)
9. Ombak yang besar- jika boleh elakan.
10. Arus sungai atau laut yang kuat/deras
11. Akibat dari terkena hidupan air yang berbisa.
12. Tidak pandai berenang atau kurang mahir (penggunaan life jacket amat
digalakan)
13. Berenang ditempat yang merbahaya.
Langkah menyelamat
Sebelum tugas menyelamat dilakukan empat prisip ini harus diberi perhatian:
*Mengekalkan wujudnya kecemasan
*Menilai keadaan, kemampuan dan cara
*Tindakan menyelamat
*Rawatan kecemasan dan tindakan susulan
Terdapat lima cara yang biasa
digunakan untuk menyelamatkan orang lemas, tetapi ia bergantung juga kepada
setausi dan kesesuaian untuk menyelamat. Harus ingat orang yang lemas itu amat
panik dan jika tersilap cara anda sekali akan manjadi mangsa. Oleh itu fikirkan
keselamatan diri dahulu, kemudian baru pergi menyelamat
Cara pertama: Capaian - gunakan tangan atau kayu hulurkan kepada mangsa
jika jarak tidak jauh
Cara kedua: Harungan - berlaku jika air cetek dan boleh pergi ke mangsa
Cara ketiga: Lontaran - gunakan tali dan lontar, agar dapat dipegang
oleh mangsa dan kita boleh tarik atau lontarkan apa saja objek yang boleh
terapung.
Cara keempat: Kayuhan - gunakan perahu atau kayak untuk menyelamat
Cara kelima: Renang - Jika sudah tiada cara lain, renang untuk menyelamat
dilakukan. Untuk itu pastikan anda cekap berenang dan yakin untuk melakukan.
Cara untuk mengatasi:
1. Belajar berenang (jika boleh dari yang bertauliah)
2. Patuhi peraturan-peraturan yang telah ditulis ditempat berenang
3. Jangan bermain air terlalu lama (letih)
4. Jangan berenang bersendirian tampa
ada teman
5. Ketahui had kemampuan diri masing-masing
6. Jika melakukan penerjunan, lakukan ditempat air yang dalam dan selamat
7. Jangan berenang ditempat penerjunan sedang dilakukan
8. Jangan berpura-pura lemas, dan meminta pertolongan
9. Jika melibatkan diri dengan sukan air, pelajarilah dari meraka (jurulatih)
yang bertauliah
10. Pelajari teknik-teknik menyelamat
11. Jika nak berenang juga tetapi tidak tahu atau yakin gunakanlan "live
jacket"
yang diakui selamat dan ketahananya.
Ok, setakat tu sahaja, yang dapat lusuh catitkan dalam artikel ini.Semoga apa
yang dicatit akan menjadi panduan yang berguna untuk kita semua.
terima kasih.
Lusuh Adventure
200809
1204
(bahan
penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
rujukan: Keselamatan di air (nota level 3)
(update semula 080714...8.37am)
Lusuh Adventure Online Camping Shop
LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)
No comments:
Post a Comment