Teknik asas bagi 'Beginners' untuk outing
Untuk pergi outing ini, kita meninggalkan segala kesenagan dan kemudahan mewah
semasa dirumah. Jadi untuk meraka yang pertama kali mencebur bidang ini, saya
sertakan sedikit panduan asas sebagai panduan.
1.Pergi hutan atau daki gunung bukan macam pergi taman bunga. Anda akan
menempuh berbagai keadaan muka bumi, anda berseorangan dan dan bergantung
kepada semagat anda jadi jangan cuai dalam apa saja keadaan.
2. Didalam hutan memerlukan disiplin yang tinggi (sepatutnya). Jika
jurupandu (guide) memberi arahan patuh saja.(tanya kemudian)
3. Jangan bawa barang-barang yang tidak perlu contoh barang kemas, bawalah
yang terpenting sahaja dan rujuk kepada meraka yang berpengalaman.Lihatlah
tempat mana anda hendak pergi, jadi ikutlah senario tempat yang akan dituju.contoh
hendak daki gunung, perlu ke membawa 'set bbq' ?
4. Tanya kepada penganjur jadual perjalanan atau atucara program, supaya
anda boleh rancang perjalanan anda dan apa yang perlu dibawa.
5. Anda memerlukan kelengkapan/baragan yang betul contoh jika beg,
mestilah khas untuk 'Outdoor' bukan memggunakan beg sekolah, jika kasut
mestilah kasut khas untuk outdoor bukan selipar jamban.
6. Didalam perjalan sesuatu program, semagat team work amat penting,
jangan anda pentingkan diri sendiri, sombong dan jangan jadi kera sumbang dalam
program.
7. Jika sesuatu program itu telah diwar-warkan (iklan). Sepatutnya anda buat
rujukan dari buku atau internet dan sumber lain untuk tambah pengatahuan. Ini
penting agar anda bersedia 120% untuk kesana.
8. Jika anda mempunyai penyakit yang kronik, laporkan kepada pengajur agar
masa/perhatian wajar dapat diberikan.Anda mesti bawa ubat tersebut.
Perkara ini amat penting untuk nyawa anda.
9. Anda berada didalam hutan, hormati alam dan tempat ini. jagalah tingkat
laku dan perkataan yang diucapkan.
10. Kasih hutan kita, cinta hutan kita,lindungi hutan kita,jangan sesuka
hati tebang pokok (kecuali terpaksa)dan jangan buang sampah merata-rata,(simpan
sampah itu dan bawa keluar), tidak kiralah sewaktu trekking atau di kem site.
Tambah ringkas:
*Semasa trekking pilih laluan yang selamat
*Cari kemsite yang stabil dan selamat
*Pastikan Tandas anda jauh dari kemsite,laluan (trek) dan sumber air
*Gunakan stove untuk masak daripada kayu api (meminumunkan pencemaran)
*Jaga makanan daripada dirosakan, digigit terutama tikus hutan
*Jangan lupa solat bagi yang islam.(ditambah pada 10102013)
semoga menjadi panduan dan maklumat untuk semua.
(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh
adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
Lusuh Adventure Online Camping Shop
LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)
No comments:
Post a Comment