Teknik
mengenali jenis haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselamatan dalam rekreasi
|
Kita sering
kali masuk dan keluar hutan, mendaki gunung dan sungai untuk menikmati
keindahan alam yang yang di cipta oleh yang maha esa. Didalam perjalanan itu,
kita mungkin melalui pengalaman terlihat binatang liar atau melihat kesan-kesan
yang ditinggalkan oleh haiwan tersebut. Disaat itu ada dua kemungkianan yang
berlaku iatu ialah setuasi merbahaya atau tidak.
Diartikal ini lusuh akan ceritakan teknik mengenali haiwan melalui tapak kaki
yang ditinggalkan, menilai pula adakah kita dalam bahaya atau tidak dan apa
perlu dilakukan. Disini lusuh akan fokuskan kepada Harimau, Babi hutan, Beruang
dan Seladang yang boleh dikatakan kerap dijumpai kesannya.
Dinegara kita ini, kes akibat seragan binatang buas terhadap manusia amatlah
sedikit. Jika adapun, ai adalah disebabkan oleh harimau belang yang tercedera.
Cerita atau kes-kes mengenai haiwan lain menyerang manusia boleh dikatakan
hampir tiada.
Harimau Belang
Harimau Belang (Panthera tigris) boleh dikesan jika anda jumpa kesan
tapak kaki seperti di atas. Secara keseluruhannya ia mempunyai saiz yang besar
dan berbadan berbelang. Kebisaanya ada tiga ciri utama tempat tingal harimau
ini iaitu, tedapat tempat perlindungan yang bagus, dekat dengan sumber air dan
terdapat banyak sumber makanan. Selalunya ia bergerak secara bersendirian dan
jika harimau betina ia akan memburu disebelah malam. Harimau belang ini, ada
kawasan dan wilayah masing-masing ia ditandakan dengan air kencingnya. Lingkungan
kawasan pemburuannya ialah sekitar 20 kilometer persegi,bagi harimau betina dan
antara 60-100 km persegi bagi harimau jantan. harimau belang sangat
pandai berenang. Kebisaannya harimau akan lari dari manusia apabila terhidu bau
kita. Secara teknikalnya harimau belang ini tidaklah merbahaya kepada manusia
kecuali kita ganggu habitatnya, harimau yang mempunyai anak kecil dan yang tercedera.
Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat tapak kaki tetapi tiada berbau hamis, jangan risau kerana
ia mungkin berada jauh dari kita.
2-Jika terjumpa tapak kakinya dan berbau hancing bercampur hamis, jangan risau
anda telah melalui sempadan yang ditandanya.
3-Jika terjumpa tapak kaki atau tidak, tetapi bau hamis yang amat kuat
jangan cemas kerana ia mungkin berada disekitar tetapi kena berjaga-jaga. Jika
sedang anda berjalan tiba-tiba suara burung berkicau dengan bising atau jika
ada monyet ia akan menjerit dan melompat-lompat bermakna ia memang berada
sangat hampir dengan anda atau mengekori anda.
4-Harimau ini dapat juga dikesan berdasarkan cakaran yang di tinggalkan
dipokok.
5-Melalui ngauman harimau, ia dapat didengar dalam jarak dua batu. Harus
diingat bahawa jika anda dengar ngauman harimau jelas dan kuat bermakna ia
masih jauh, tetapi jika anda dengar perlahan bermakna ia ada berhampiran dan
dekat.
6- Jika terjumpa bangkai haiwan yang masih elok tetapi ada kesan gigitan
dibadan dan pendarahan dileher.
Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terasa terancam, maka bertempiklah atau menjeritlah
sekuat hati untuk menakutkannya atau mengunakan letupan (mercun atau
senjata-jika ada)
2-Jika bermalam buatlah unggun api dan buatlah senjata untuk menghindarkannya.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, maka jalanlah secara berundur, jangan
pusingkan badan kerana tengkuklah sasarannya.
4-Terakhir ialah bertawakalah kepada Allah.(kerana kebiasaanya manusia bukanlah
makanannya)
Harimau Kumbang
Harimau kumbang, kebiasaannya di Malaysia
ini berwarna hitam tetapi akan kelihatan tompokan pada bulunya jika dipandang
dengan teliti. Ia memburu hidup secara bersendirian. Harimau ini berbadan
panjang, bertubuh kecil dan berkaki pendek. Ia gemar tinggal diatas pokok dan
memburu makanan dikawasan yang di kuasainya. Harimau kumbang ini sangat pandai
berenang. Harimau ini kebiasaan menyerang mangsa dari atas pokok tetapi
adakalanya melalui darat.Harimau ini juga jarang ditemui dan akan melarikan
diri jika terhidu bau manusia atau yang mengancamnya.(sebenarnya tidak
banyak maklumat diketahui mengenainya)
Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat cakaran atau goresan kuku pada dahan dan batang-batang pokok.
2-Jika terjumpa tapak kakinya (kecil sedikit dari harimau belang) dan berbau
hamis
3-Jika terjumpa tapak kaki atau tidak, tetapi bau hamis yang amat kuat
jangan cemas kerana ia mungkin berada disekitar tetapi kena berjaga-jaga. Jika
sedang anda berjalan tiba-tiba suara burung berkicau dengan bising atau jika
ada monyet ia akan menjerit dan melompat-lompat bermakna ia memang berada
sangat hampir dengan anda atau mengekori anda.
4- Jika terjumpa bangkai haiwan yang masih elok tetapi ada kesan gigitan
dibadan dan pendarahan dileher dan berada di atas pokok.
Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terasa terancam, maka bertempiklah atau menjeritlah
sekuat hati untuk menakutkannya atau mengunakan letupan (mercun atau
senjata-jika ada)
2-Jika bermalam buatlah unggun api dan buatlah senjata untuk menghindarkannya.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, maka jalanlah secara berundur, jangan
pusingkan badan kerana tengkuklah sasarannya.
4-Terakhir ialah bertawakalah kepada Allah.(kerana kebiasaanya manusia bukanlah
makanannya
Babi hutan:
Babi hutan (Sus scrofa vittatus ) dapat dikesan jika anda terjumpa tapak
kaki seperti digambar yang ditunjukkan dan jika anda terlihat tanah
degembur-gemburkan sewaktu didalam hutan.
saiz haiwan ini lebih besar dari sekeor kambing. Haiwan ini ialah jenis berkuku
,gigi taring dan hidung yang kuat. Babi hutan amat garang jika ia diganggu
terutama babi betina yang mempunyai anak. Babi hutan hidup dalam berkumpulan
dan ia aktiv mencari makanan antara waktu senja dan malam. Haiwan ini gemar
tinggal dikawasan lembah dan lembab.
Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat tapak kaki atau tanah yang degembur-gemburkan sewaktu dihutan
2-Jika terdengar bunyi dengusan yang kuat (babi dewasa) dan dan bunyi yang
nyaring (akak babi)
3-Jika terlihat kesan lumpur pada batang pokok kerana tabiat babi suka megesel
badannya pada batang pokok.(suka berkubang)
4- Jika terjumpa sarangnya dari timbunan daun-daun dan ranting-ranting kayu
yang membentuk seperti busut.
Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terjumpa kesan-kesan seperti dinyatakan, seharusnya
anda berhati-hati dan bersedia.
2-Jika dikejar maka larilah secara 'zik-zak' @kekiri dan kekanan kerana haiwan
ini akan berlari menyerang secara lurus. Jika anda lari secara lurus peluang
untuk anda kena serang 99% tepat.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, berundur dan tunggu dahulu
tindakannya, jika ia beredar anda selamat dan jangan buat haiwan ini
terperanjat. jika tidak ,panjatlah pokok untuk keselamatan.
4-Terakhir ialah bertawakalah kepada Allah.(bacalah doa apa yang patut)
Beruang (beruang madu)
Beruang yang dikenali dimalaysia ialah beruang madu (Helarctos malayanus atau
sun bear) Berwarna hitam dan ada juga berjalur putih kuning dibahagian leher.
Berat haiwan ini 48-68 kg,berketiggian dalam 4 kaki dan boleh berlari
pantas, memanjat dan berenang. Haiwan ini boleh juga berjalan dengan dua kaki.
Ia hidup di permukaan tanah dan di atas pokok. dan boleh ditemui didatarn rendah
(bukit) dan gunung antara 1500-2500m dari aras laut. Haiwan ini mempunyai kuku
yang panjang dan tajam dan amat cekap memanjat pokok untuk mencari madu. Haiwan
ini juga makan serangga, haiwan kecil dan buah-buahan. Beruang akan bertindak
ganas jika ia mempunyai anak.
Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat tapak kaki dan kuku ditanah atau kesan cakaran pada pokok
dengan cara yang kuat dan besar
2-Jika terlihat kesan susunan ranting yang besar seperti sarang tetapi tidaklah
kemas atau susunan daun-daun pokok yang disusun berbentuk bulat.
3-(kebiasaannya ia amat sukar ditemui kerana ia sejenis haiwan yang pemalu dan
dapat menghidu kehadiran manusia dari jarak yang jauh, tetapi jika ia
menghampiri, kita tidak akan perasan kerana ia bergerak dengan senyap)
Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terjumpa kesan-kesan seperti dinyatakan, seharusnya
anda berhati-hati dan bersedia. Menjeritlah sekuat hati agar ia lari atau
gunakan letupan untuk menakutkanya (mercun) cara lain dengan membunyikan "air Horn".
2-Berpura-pura mati (inilah yang diajarkan dinegara barat jika berhadapan
dengan Beruang dan kejayaanya ialah 50/50.
3-Ambil dahan@ranting yang berdaun, dan halakan kemuka beruang tersebut, ia akan cuba cakar terhadap daun tersebut, di saat itu gunakan senjata untuk melukakan.(langkan terpaksa untuk hidup) atau gunakan paper spray atau Bear Spray untuk memedihkan matanya tanpa mencederakan.
4-Jika dikejar lepaskan "bagpack" anda, agar beruang akan behenti mengejar dan tertumpu kepada bag yang di tinggalkan. Ingatlah beruang berlari lebih laju dari manusia, oleh itu jika dikejar berlarilah menuruni bukit/gunung kerana larian anda lebih pantas.Ingatlah beruang berlari lebih pantas dari manusia. Jangan panjat pokok kerana beruang lebih pandai memanjat.
3-Ambil dahan@ranting yang berdaun, dan halakan kemuka beruang tersebut, ia akan cuba cakar terhadap daun tersebut, di saat itu gunakan senjata untuk melukakan.(langkan terpaksa untuk hidup) atau gunakan paper spray atau Bear Spray untuk memedihkan matanya tanpa mencederakan.
4-Jika dikejar lepaskan "bagpack" anda, agar beruang akan behenti mengejar dan tertumpu kepada bag yang di tinggalkan. Ingatlah beruang berlari lebih laju dari manusia, oleh itu jika dikejar berlarilah menuruni bukit/gunung kerana larian anda lebih pantas.Ingatlah beruang berlari lebih pantas dari manusia. Jangan panjat pokok kerana beruang lebih pandai memanjat.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, berundur dan tunggu dahulu
tindakannya, jika ia beredar anda selamat . selepas itu bertawakalah kena
tiada cara lain selain tiga perkara diatas untuk menyelamatkan diri.
Gajah Malaysia
Gajah Malaysia
(Elephas maximus hirsutus),berbadan kecil sedikit daripada gajah Afrika. Jangka
hayat gajah untuk hidup antara 60-80 tahun. Habitat gajah ini ialah tinggal di
hutan dara dan hutan skunder. Gajah jantan suka hidup secara sendiri untuk
mencari makan, manakala gajah betina dan anaknya hidup secara berkumpulan.
Gajah suka berehat bila cuaca panas, mempunyai daerah atau wilayah sendiri
untuk mencari makan. Makanan utama gajah daun, rumput dan buah-buahan.
Gajah haiwan yang pandai berenang, cerdik dan pantas belari.
Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat tapak kaki dan najisnya yang masih baru.
2-Jika terlihat kesan pokok di rebah atau dipecahkankan contoh pokok pisang,rotan dan buloh.
3.Jika terdegar bunyi gajah yang seperti terompet
4.jika tahi gajah yang dijumpai telah menjadi kulat atau bercendawan,
hindarilah tempat tersebut dari menjadi tapak perkemahan. Ini kerana gajah akan
kembali ketempat tersebut.
Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terjumpa kesan-kesan seperti dinyatakan, seharusnya
anda berhati-hati dan bersedia. lihat kawasan sekitar untuk mencari tempat
berlidung jika terpaksa
2-Jika dikejar gajah berhadapanlah dengannya, jangan berpaling badan dan jerit sekuat yang mungkin jika ia mula datang menyerang(cara banyak dilakukan dan terbukti keberkesanannya). Gajah amat bijak dan dapat membezakan antara ancaman atau bukan ancaman.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, berundur dengan perlahan dan tunggu dahulu
tindakannya, jika ia beredar anda selamat . (gajah amat agresif jika musim
mengawan bagi Jantan dan jika mempunyai anak bagi gajah betina)selepas itu
bertawakalah.
SELADANG
Seladang (bos gourus) adalah haiwan bowin (dalam kelurga lembu) yang berbadan
besar (boleh mencapai ketinggian 2 meter dan berat 900 kg), bertanduk yang kuat
dan melentur kedalam besar dan berbulu gelap. Habitatnya, tinggal di hutan dara
dan hutan skunder. Haiwan ini hidup dalam berkumpulan antara 4-8 ekor, aktif
diwaktu subuh dan senja. Makanan haiwan ini ialah rumput-rumpau dan dedaunan.
Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat kesan tapak kaki (seperti tapak kaki kerbau)
2-Jika terdengar bunyi dengusan yang kuat.
Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terjumpa kesan-kesan seperti dinyatakan, seharusnya
anda berhati-hati dan bersedia. lihat kawasan sekitar untuk mencari tempat
berlidung jika terpaksa
2-Jika dikejar berlarilah kearah pokok yang besar dan berlindung atau
berlarilah mengelilinginya. atau sembunyi atau memanjat pokok tersebut. Jika hendak panjat pokok carilah
yang besar dan tinggi.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, berundur dan tunggu dahulu
tindakannya, jika ia beredar anda selamat . (Seladang amat agresif jika ia
tercedera atau yang mempunyai anak).
Pengalaman lusuh dan rakan menghadapi haiwan sebegini :
1.Di Taman Negara Pahang- (hanya berada dalam jarak 7@10 kaki dari 'trek'
kami lalu (harimau belang) .
2.Di Lubuk Tedung Kemensah- Telah diekori, dan ia telah mengaun dengan
kuat dan berkali-kali (harimau belang)
3.Di Air Terjun Jerangkang -telah diekori (harimau belang)
3.Di Lubuk Tedung Kemensah- Rakan lusuh berhadapan (face to face), setelah
berbicara ia beredar.
4.Main basikal menuju ke Air terjun Kubang gajah kemensah telah dikejar (di
ikuti) (harimau bintang)
5.Taman Negara Pahang, kesan baru Gajah baru lalu.
6.Di Cameron Highland-Mendaki Gunung Beremban, Rakan teserempak dengan Beruang
Madu.
Sekian terima kasih, lusuh berharap kita semua mendapat ilmu dari artikel yang
dihasilkan.
Dikemas kini semula 01-12-2017
Dikemas kini semula 01-12-2017
terima kasih.
Lusuh Adventure@loras
030110
0800
www.lusuh.com.my
(update pada 23102013)
1.(bahan penulisan adalah hak
cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
2.(Gambar adalah bersumber
internet)
(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : lusuhadventure@gmail.com
Click: www.wasap.my/601112207394/lusuhadventure. >>directwasap<<(untuk sebarang pertanyaan@if any inquiry)
Lusuh Adventure@My_Survival
(outdoor gear camping shop>>kami menjual peralatan rekreasi dan sukan)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
Lusuh Adventure Online Camping Shop
LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)