Tuesday, May 8, 2018

LEAN SHELTER (pembinaan tempat perlindugan sementara dari sumber alam)

As-salam..

Di dalam setuasi survival, tempat perlindungan adalah teramat penting yang harus di sediakan. Bertujuan untuk mengelakkan hujan dan panas, kesejukan dan ketakutan. Dengan ada tempat berlindung dapat memberi ruang tubuh berehat dengan baik dan ia juga dapat merehatkan fikiran agar dapat merangcang untuk langkah seterusnya untuk keluar atau hidup dengan selamat.
  • Cara buat rujuk gambar yang di berikan
  • Bahan bersumberkan apa yang ada di sekitar tapak perlindungan
  • Menggunakan batang kayu dan daun pokok salak(pengunaan jenis daun bergantung tempat mana anda berada)
  • Cara paling mudah untuk membina tempat berlindung, tetapi perlu ada kemahiran membina.
  • Pembinaanya berbagai cara, dan ini konsep saya my_survival.
  • Selamat Mencuba
Video Cara Buat "lean shelter"
 proses pemgumpulan batang kaku dan daun
Syarat-syarat umum bina penenempatan/khemah

>Tempat yang selamat
>Ada sumber air dan makanan
>bukan laluan haiwan dan sebagainya

buang segala duri...dan berhati-hati
 ikatan menggunakan daun, penganti kepada tali (jika tiada tali)
 langkah sementara sebelum rangka khemah di ikat meggunakan tali
>ikatan menggunakan sumber alam sekeliling jika tiada tali
 >Rangka khemah bina dengan kemas dan kuat
>Bina dengan betul dan ikatan kena kemas agar tidak roboh
>pemilihan kayu yang betul agar tidak membazir
 >Susunan daun mesti cantik dan betul, sedikit anyaman diperlukan untuk menutupi ruang-ruang kosong antara daun abar lebih kalis air
>Perlu kreatif semasa membuatnya dan banyak bersabar

>Untuk lantai, gunakan daun yang sama, atau apa sahaja daun atau medium yang ada masa itu.
Dah siap....

 >Jangan lupa hidupkan unggun api apabila khemah siap (jika sempat dan mempunyai kelengkapan)
>Senjata dari kayu tajam untuk perlindugan
 rehat sebentar setelah "shelter" siap
 >berbungkus dengan "Emergency Bag", yang kalis air, nipis dan dapat menahan sejuk.
>berguna juga untuk elak gigitan nyamuk dan serangga
>GANZO KNIFE yang menjalankan tugas membina khemah dari A to Z...memang terbaik pisau ini. (nak beli hubungi saya lusuh adventure)


Ditulis dan disusun:
Sam Lusuh
(08052018)

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : mysurvival2u@gmail.com atau hubungi kami 011-1220 7394(sam), 019-213 3044 (fadzlee)

lusuh adventure@My_Survival

(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
w:www.lusuh.com.my
w:www.lusuhadventure.blogspot.com



(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/my_survival dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

Sunday, April 22, 2018

Lapan Cara Sementara Menahan Bisa Patukkan Ular (PETUA)

      Malang tidak berbau, dan kecelakaan memang tidak dapat diduga. Salah satu kemalagan yang dihadapi oleh peminat rekreasi ialah dipatuk ular. Walaupun kes ini kecil, tetapi boleh membawa kematian jika lambat untuk diubatinya. Berikut adalah lapan langkah sementara iaitu petua-petua untuk mengurangkan@melawan bisa jika dipatuk ular dan anda pula jauh di dalam hutan sebelum mendapat rawatan hospital.

Cara Petua dari alam:
Pokok Ekor Ular 
(Makan pangkal@akar pokok)

Ekor Naga (Epipremnum pinnatum)
(Sapu getah pada tempat yang kena patuk)

Pokok Bisa Ular (Barleria lupulina)
(Daun diramas ditampal ditempat Kena patuk)

Tanah
   (Caranya tanah dibancuh dengan air di dalam ekas dan minum)- petua org Asli

     
Ekor Ular 
 (Makan ekor ular yang mematuk mangsa- kebiasaan ular itu akan berada disekitar Kawasan Selepas ia mematuk mangsa, ular Kena ditamatkan hayatnya untuk mendapatkan ekor tersebut)

Rebung Buluh 
(Ambil rebung muda, kunyah Rebung tersebut, airnya ditelan dan sisanyadi tampal pada tempat pastikan ular) Petua orang asli

Daun Dewa (Gynura Segetum)
(Ambil rizom atau ubinya, tumbuk hancur (lumat), Dan tampal di Kawasan kena patukan ular tersebut)

Cara perubatan islam:
Bacalah empar surah dari Al-Quran iaitu "Surah Al-Kafirun, Surah Al-Fatihah, Al-Falaq, dan An-Nash" pada bekas air, kemudian diminumkan kepada mangsa yang terkena patukan ular, In Sha Allah dengan izin-Nya dia akan tawar bisa ular tersebut.

Doa menghindar haiwan berbisa

        Akhir sekali, apabila anda memulakan "hiking", berdoalah kepada Allah agar dihindarkan daripada gangguan binatang buas dan yang haiwan@serangga yang berbisa dan selamat pergi dan balik.

Note:
Ingat yer, ini hanya petua, jangan tanya bukti saintifik untuk membukti keberkesanan atau tidak,Ia hanya alternative dari perubatan moden orang-orang dahulu.

>Sumber gambar "Google Search",gambar bertujuan pendidikan bukan untuk membuat sebarang keuntungan<


Ditulis dan disusun:
Sam Lusuh
(22042018)

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : mysurvival2u@gmail.com atau hubungi kami 011-1220 7394(sam), 019-213 3044 (fadzlee)

lusuh adventure@My_Survival

(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
w:www.lusuh.com.my
w:www.lusuhadventure.blogspot.com


(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/my_survival dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

Saturday, April 21, 2018

Survival Compass Bina kompas sendiri dan cari arah utara guna benang dan paku

As-salam..

         Boleh cuba teknik ini untuk mencari arah utara dan seterusnya arah-arah yang lain. Mudah dibina dan hanya memerlukan paku dan benang jahit sahaja. Jika didalam situasi survival pengetahuan ilmu ini amat membantu untuk mencari jalan keluar. Selain paku, barang lain juga boleh diguna seperti klip, jarum, dawai dan sebagainya tetapi harus tahu teknik sebenar penggunaan bahan ini.

Peralatan :
  1. Paku dan benang (benang di ikat pada paku hujung dan pangkal, dan pastikan ia seimbang, kemudia gantung.
  2. Magnet lebih baik keputusannya, tetapi teknik mengosok pada pakaian boleh juga
  3. Arah utara yang di temui ada + & -, tetapi sebagai asas mencari utara dan arah lain sudah pasti diketahui
  4. Kompas yang di tunjukkan dalam video bertujuan untuk memudahkan pemahaman dan membuktikan dimana arah utara (North)


                                              Cari Utara dari Benang dan Paku
Note: 
  1. Semasa mencuba, pastikan tiada sebarang logam di sekitar contoh parang, pisau etc
  2. Buat dikawasan yang terlindung dari tiupan angin dan berada dikawasan medan magnet.
  3. Jikalau didalam hutan di saat survival, jika untuk memastikan betulkah arah yang di tunjukkan, refer pada pokok lulut ada element alam yang lain.(ilmu ini kena belajar)
  4. Apabila sudah temui utara, pastilah mudah untuk mengetahui arah selatan, Barat dan Timur juga mudah untuk mendapatkan arah kiblat. 



Selamat Mencuba.... 

Ditulis dan disusun oleh:
Sam Lusuh
21/04/2018

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : mysurvival2u@gmail.com atau hubungi kami 011-1220 7394(sam), 019-213 3044 (fadzlee)

lusuh adventure@My_Survival
(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
w:www.lusuh.com.my
w:www.lusuhadventure.blogspot.com

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/my_survival dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)







Thursday, March 29, 2018

Teknik-teknik untuk menyeberangi sungai dalam survival dan rekreasi

As-salam..
         Berikut antara teknik-teknik berguna untuk menyeberangi sungai jika sungai besar, deras airnya atau tidak Tahu kedalaman dan tahap keselamatan. Di Saat Survival atau berekreasi teknik-teknik ini amat berguna jika anda  menyeberangi sungai.
        Janganlah pandang rendah kuasa alam dan terbaiknya belajar dan praktikan jika bercamping tu. Ramai yang telah kecundang akibat kelemahan diri sendiri akibat ketiadaan ilmu ini. Oleh itu kami mengerakkan langkah untuk menyerdarkan para pengcinta rekreasi kepetingannya. Didalam program "Survival" my_survival kami ajar secara theory Dan practical mengenai " river crossing" ini 

PERHATIAN: Sebelum anda menyeberangi sungai, dan telah mengenalpasti kawasan yang hendak di tuju, pastikan anda melepaskan semua "buckle bagpack" yang menggunci, supaya jika berlaku kecemasan umpamanya anda jatuh dalam sungai dan dibawa arus, anda dapat melepaskan "bagpack" dengann mudah dan dapat menyelamatkan diri.
Berikut adalah lapan teknik yang boleh di amalkan jika menyeberangi sungai.

1) Menggunakan Kayu atau tongkat ukur kedalaman Dan menstabilkan badan dan berjalanlah sejajar (parallel) dgn arus

 2)Berpautlah antara satu sama lain agar lebih kuat Dan stabil dan berjalanlah sejajar (parallel) dgn arus
3)Berpautlah antara satu sama lain agar lebih kuat Dan stabil dan berjalanlah sejajar (parallel) dgn arus
4) Menggunakan Kayu untuk berpaut Dan seberang sungai , pastikan berjalan dengan seiringan dan berjalanlah sejajar (parallel) dgn arus
 5) Melakukan formasi seperti digambar iaitu berpaut antara satu sama lain untuk seberang sungai , pastikan berjalan dengan seiringan dan berjalanlah sejajar (parallel) dgn arus
 6Melakukan formasi seperti digambar berjalan satu barisan dan memegang bagpack antara satu sama lain untuk seberang sungai , teknik ini jika berjalan berlawanan dengan arus.
7) Berenang jika air dalam, Tapi pastikan bag telah di waterproof kan, sampul dgn bag plastic atau apa saja yang waterproof dan gunakan backpack atau apa sahaja bahan yanh boleh terapung
8) Berenang jika air dalam, Tapi pastikan bag telah di waterproof kan, sampul dgn bag plastic atau apa saja yang waterproof.atau anda terjatuh semasa merentas air, gunakan teknik di atas.

 6) Menggukan tali untuk melintas sungai
 teknik untuk membuat "crossing sungai"
 Teknik membaca permukaan sungai
formasi seperti digambar berjalan satu barisan
                                                  Formasi berpautlah antara satu sama lain 
                                                                    Menyeberangi Sungai
Note: Gambar sumber internet Google search
Video: dari program my_survival

Sekian terima kasih
(29032018)
Sam Lusuh

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : mysurvival2u@gmail.com atau hubungi kami 011-1220 7394(sam), 019-213 3044 (fadzlee)

lusuh adventure@My_Survival
(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
w:www.lusuh.com.my
w:www.mysurvival2u.blogspot.com
w:www.lusuhadventure.blogspot.com

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/my_survival dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

Saturday, March 17, 2018

Keperbagaian Jenis Unggun Api Untuk Rekreasi

          Terdapat berbagai jenis teknik unggun api, boleh praktikan didalam rekreasi anda untuk memasak, memanas badan Dan sebagainya (ditempat yang dibenarkan dan selamat). Terserahlah kepada anda untuk memilih cara mana yang mudah, praktik dan selamat untuk dimulakan.

Terbaiknya dilakukan begini:

  1. Buat jika perlu sahaja
  2. Buat dlm keadaan terkawal ( elak kawasan lain dari terbakar)
  3. Jika boleh buat di kawasan yang disediakan
  4. Jangan membazir ( Kayu etc), padam api jika tak perlu, supaya kayu boleh guna semula. Jikalau ingin beredar keluar dari "campsite", pastikan unggun api telah dipadamkan sepenuhnya.
  5. Bersihkan kawasan selepas buat unggun api.
  6. Jaga keselamatan sewaktu api sedang marak (anak, barangan dan lain-lain), janganlah terlalu dekat dengannya terutama jika menghadap api di arah tiupan angin.
  7. Buat sempadan antara unggun api. dengan kawasan lain contoh letak batu sekeliling unggun)  
  8. Jika boleh jangan buat atas akar-akar pokok yang jelas kelihatan ( pokok boleh mati@akar rosak)







Ditulis oleh:
Sam Lusuh 
17 Mac 2018

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : mysurvival2u@gmail.com atau hubungi kami 011-1220 7394(sam), 019-213 3044 (fadzlee)

lusuh adventure@My_Survival

(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
w:www.lusuh.com.my
w:www.lusuhadventure.blogspot.com

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/my_survival dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Note: Sumber gambar adalah dari carian internet google, dan apa yang di kongsi adalah untuk tujuan pendidikan.

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)



Thursday, December 7, 2017

Simple DIY Personal Survival Kits

As-salam..

"Simple DIY Personal Survival Kits"
(Persiapan jika menghadapi sebarang musibah dalam rekreasi)


Cara Membuat :
>Setiap peminat rekreasi sepatutnya ada didalam bag meraka "Survival Kits" jika anda seorang pentingkan keselamatan dan terdidik. Malang tidak berbau, dan jika boleh kita tidak mahu ia berlaku, tetapi apakah persediaan yang telah kita sediakan jika menghadapi sebarang masalah contohnya "SESAT SEWAKTU REKREASI" atau perkara-perkara lain.

>Disini saya kongsikan satu video, dimana anda boleh buat sendiri "Survival Kits" anda dengan modal yang murah tetapi berkesan.

>Segala kelengkapan ditunjukkan di video di bawah:
Menunjukkan cara menyusun barang

NOTA: Untuk PISAU terbaik adalah mengunakan jenis yang berjenama,baik dan berkualiti, video hanya menunjukkan contoh bagi meraka yang nak buat"budjet Survival Kit" yang lain itu OK dah.

>Cubalah pratikan semasa anda berekreasi dan jadikan satu amalan. Anda haruslah sentiasa berfikir " Safety First" dan "prepare for the worst" dalam segala aktiviti rekreasi yang anda lakukan sama ada bermalam (overnight) atau balik hari (day pack)
Semua barang dimasukkan dalam kotak
>Harap penulisan dan video ini dapat membantu meningkatkan kesederan setaip pecinta rekreasi.

Sekian terima kasih

Sam Lusuh
(071220170

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : lusuhadventure@gmail.com

Click: www.wasap.my/601112207394/lusuhadventure. >>direct whatsaap<<(untuk sebarang pertanyaan@if any inquiry)
Lusuh Adventure@My_Survival
(outdoor gear camping shop>>kami menjual peralatan rekreasi dan sukan)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
w: www.lusuh.com.my

(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

Tuesday, November 21, 2017

10 Ikatan Asas Yang Berguna Dalam Rekreasi Dan Ikhtiar Hidup

Terdapat berbagai jenis ikatan dan simpulan yang baik untuk di ingati oleh setiap pengemar rekreasi, kerana ia sangat berguna ketika melakukan kegiatan luar. Dengan ilmu tali ini, ia memudahkan kerja seperti membina rangka khemah, gerakkan menyelamat, jerat dan sebagainya. Di dalam video yang ini, dan penulisan ini, di tunjukkan 10 jenis ikatan yang asas dalam rekreasi yang selalu digunakan.

(Rujuk Video Untuk Melihat Cara Membuat Semua Ikatan)
10 jenis ikatan asas tersebut adalah:
1.Clove Hitch
  • Merupakan asas bagi menambat ikatan di hujung atau di tengah- tengah tali.
  • Boleh dijadikan sebagai ikatan sauh
  • Digunakan untuk mengikat mangsa di usungan (ikatan awal dan akhir).
2.Comman Bend
  • Menyambung dua tali yang tidak sama saiz
  • Mengikat tali kesuatu tajul
3.Figure of Eight
  • Untuk ikatan sementara di hujung tali agar tidak terburai jika hujung tali itu pecah
  • Untuk mengelak tali tidak tercabut dari Blok Takal
  •  Mudah di buka.
4.Bowline
  •  Sebagai tali pandu keselamatan.
  •  Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
  •  Boleh digunakan untuk menarik keluar mangsa yang pengsan
  •  Sebagai tali pandu semasa menaik dan menurunkan usungan
5.Fisherman Knot
  •  Untuk menyambungkan dua tali berlainan atau sama.
  •  Paling kerap digunakan dalam mendaki, arboriculture, dan mencari dan menyelamat
6.Reef Knot/Square Knot
  •  Untuk menyambung dua tali yang sama saiz terutama tali kering
  •  Untuk mengikat Kain Segi Tiga semasa pertologan cemas
  •  Mudah / cepat dilucut.
  •  Ikatan ini berguna untuk mengabungkan dua tali berlaian jika tidak cukup panjang.
7.Sheepshark Knot
  •  Digunakan untuk menegang atau menguatkan bahagian tali yang tidak kuat (reput  atau koyak) tanpa memotongnya.
  •  Memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya.

8.Thumb Knot 
  •  Sebagai ikatan sementara di hujung tali agar tidak terburai jika hujung tali itu pecah
  •  Untuk menahan tali tidak tercabut dari Blok Takal (Pulley Block)
9.Butterfly Knot
  • Simpulan yang digemari oleh pendaki gunung atau “rock climbers” untuk gantung carabiners juga dan juga untuk kaki atau tangan
  • Sebagai takal mengangkat barang
  • Sebagai pemegang jika angkat objek berat
10.Prusik Knot
  •   Sebagai keselamatan tambahan ketika repaling
  •   Amat kukuh dan boleh laras, mudah dibuat dan dibuka
  •   Guna Paracord atau tali 6mm keatas

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : lusuhadventure@gmail.com

Click: www.wasap.my/601112207394/lusuhadventure. >>directwasap<<(untuk sebarang pertanyaan@if any inquiry)

Lusuh Adventure@loras
(outdoor gear camping shop>>kami menjual peralatan rekreasi dan sukan)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
w: www.lusuh.com.my

(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)