Thursday, May 11, 2017

Jenis-jenis ular yang merbahaya di Malaysia

As-salam...@hai...

Jenis-jenis ular yang merbahaya di Malaysia 
            Negara kita Malaysia kaya dengan flora dan fauna yang terhebat. Negara kita yang berada digarisan katulistiwa menjadikan cuaca kita panas, lembab dan hujan. Akibat evolusi itu menjadikan tempat ini istimewa dengan berbagai species haiwan, burung dan serangga yang unik, dan kadangkala hanya terdapat di tempat sini sahaja. Setiap tahun pasti ada sahaja spesies flora dan fauna baru di temui. Keistimewaan ini menjadikan Negara kita tempat rujukan dari seluruh dunia dalam pengakajian flora dan fauna ini. Berkaitan dengan dunia rekreasi, kita pasti akan bertemu dengan berbagai jenis haiwan amfibia dan mamalia sewaktu berjalan ataupun sewaktu berada dikawasan perkhemahan. Sesuatu yang pasti dan banyak diperbincangkan ialah ular, serangga dan hidupan marin.
            Dipenulisan ini, dimulai mengenai ular. Di Malaysia terdapat kira-kira 140 jenis ular berbisa yang dikenal pasti oleh penyelidik, tetapi hanya 18 sahaja yang di sahkan amat bahaya dan berbisa, dan boleh membawa maut jika lewat dirawat. Peminat rekreasi yang tiada ilmu berkaitan ular dan digigit, pasti akan merasa cemas, tetapi ingatlah andai kata dipatuk oleh ular yang berbisa sekalipun, tidak semestinya ia menyebabkan kematian kerana majoriti dari gigitan ular adalah 'dry bites'. Untuk memdapat jawapan, mari kita mengenali jenis-jenis ular, fizikal, sintom dan cara mengatasinya.

Ular (Snake):
 1. Jenis Ular Kapak (keluarga  Viperidae)
•Ular Kapak Bakau (Mangrove Pit Viper)(Trimeresurus purpureomaculatus)
•Ular Kapak Bodoh (Malayan Pit Viper) (Calloselasma rhodostoma)
•Ular Kapak Gunung (Mountain Pit Viper) (Ovophis monticola convictus)
•Ular Kapak Hidung Pipeh (Bornean Pit-Viper) (Trimeresurus puniceus)
•Ular Kapak Ekor Merah (Pope’s Pit Viper) (Trimeresurus popeiorum)
•Ular Kapak Sumatra (Sumatran Pit Viper) (Trimeresurus sumatranus)
•Ular Kapak Tokong (Wagler's Pit Viper) (Tropidolaemuss wagleri)
Ciri-ciri Ular Kapak 
•Kepala yang besar dan berbentuk seperti segi tiga 
•Ada warna hijau, hitam,kuning dan berbelang-belang 
•Hematotoxic, toksik kepada darah 
•Mengakibatkan pendarahan pada rongga badan 
•Aktif pada waktu malam,agresif dan pergergerakan perlahan 
•Boleh dijumpai  hutan tanah rendah , tinggi dan paya. 
•Membiak secara telur 
•Makanan reptelia kecil, tikus dan cicak dan lain-lain
•Mempunyai taring yang panjang dan boleh digerak-gerakkan.
Sintom-simtom patukkan ular jenis kapak ini ialah:
1.Sakit yang amat sangat pada tempat gigitan (dalam waktu 5 menit)
2.Bekas gigitan akan membengkak dan perubahan warna akan terjadi pada kulit dalam waktu setengah jam.
3.Pendarahan yang tidak berhenti pada bekas gigitan.
4.Pendarahan pada gusi, usus dan saluran kencing.
5.Darah tidak membeku.
6.Keracunan yang parah dapat menyebabkan bagian lutut dan lengan atas membengkak dalam waktu 2 jam disertai dengan pendarahan.

 2. Jenis Ular Katam (keluarga ELAPIDAE)
•Ular Katam Belang(Banded Krait )(Bungarus fasciatus)
•Ular Katam Kepala Merah (Red-headed Krait) (Bungarus flaviceps)
•Ular Katam Belang (Banded Krait) (Bungarus fasciatus) 
•Ular Katam Tebu  (Malayan Krait )(Bungaris candidus)
Ciri-ciri Ular Katam
•Ada warna hitam,kuning dan berbelang-belang boleh mencapai 1.6m panjang.
•Tidak agresif tetapi, membawa maut jika dipatuk
•Aktif pada waktu malam dan pergerakkaan perlahan 
•Boleh dijumpai  hutan tanah rendah, persisiran pantai, sungai dan paya. 
•Membiak secara telur 
•Memakan species Ular lain dan sejenis, tikus dan cicak dan lain-lain

Sintom-sintom patukkan ular jenis Katam ini ialah:
•Kesakitan pada tempat patukkan dalam masa setengah jam.
•Bahagian bekas dipatuk membengkak (selepas 1 jam digigit).
•Lemah-lemah badan.
•Pengeluaran air liur yang berlebihan.
•Mengantuk.
•Lumpuh pada otot-otot muka, bibir, lidah dan saluran pernafasan.
•Tekanan darah menurun.
•Mata kuyu (ptosis).
•Pandangan menjadi kabur.
•Sawan (konvulsi).
•Badan berpeluh.
 3. Jenis Ular Sawa
Ular Sawa Darah /Batik/Rendam
Ciri-ciri Ular Sawa
•Ciri-ciri Ular Sawa Batik (Python reticulatus) atau ular sawa rendam .Ular dewasa boleh tumbuh mencecah 6.95 m (22.8 ka) panjangnya, tetapi lazimnya tumbuh hingga purata 3-6 m (10-20 kaki)
•Seperti semua ular sawa, ular sawa rendam merupakan penjerut. Ular sawa rendam tinggal di hutan hujan, hutan jarang, dan padang rumput yang berdekatan. Ular ini juga dikaitkan dengan sungai dan dijumpai di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan anak sungai dan tasik.
•Aktif di waktu malam.

4. Jenis Ular Tedung (keluarga ELAPIDAE)
•Ular Tedung Hitam
•Ular Tedung Selar (Ophiophagus hannah)
•Ular Tedung Senduk
Ciri-ciri Ular Tedung : 
•Terdapat di kawasan hutan tanah tinggi dan rendah, kawasan lembab, gurun dan berbagai tempat 
•Badan bersisik licin, agresif, dan membawa maut jika dipatuk
•Aktif pada waktu malam 
•Ular tedung terdapat dalam pelbagai warna daripada hitam atau perang gelap dan putih kekuningan
•Neurotoxic-toksik kepada saraf dan melibatkan komplikasi jantung 
•Sumber makanan, memakan ular lain, tikus dan burung
•Mengembangkan diri supaya kelihatan lebih besar 
•Mampu menyemburkan bisa dan boleh berdiri separuh badannya
•Dikatakan berkebolehan menghasilkan bunyi contoh Ayam hutan etc.

Antara tanda-tanda gigitan ular jenis ini adalah:
•Kesakitan pada tempat patukkan dalam masa setengah jam.
•Bahagian bekas dipatuk membengkak (selepas 1 jam digigit).
•Lemah-lemah badan.
•Pengeluaran air liur yang berlebihan.
•Mengantuk.
•Lumpuh pada otot-otot muka, bibir, lidah dan saluran pernafa san.
•Tekanan darah menurun.
•Mata kuyu (ptosis).
•Pandangan menjadi kabur.
•Sawan (konvulsi).
•Badan berpeluh.

5.  Jenis Ular Laut (Anhydrina schistose)
Ular laut berperut kuning, (Pelamis platurus)
Ciri-ciri Ular Laut : 
•Di Malaysia terdapat 21 jenis ular laut yang dikenali dalam keluarga Hydropidae
•Bentuk ekor yang leper menduduki persekitaran laut sepanjang hayat (kecuali genus Laticauda ) di kawasan batu karang. Boleh di jumpai di perairan tepi pantai yang panas dari Lautan Hindi hingga Pasifik.
•Mempunyai mulut yang kecil dan aktif di waktu malam
•Kesemua ular laut adalah sangat berbisa iaitu 60 kali bisa dari ular tedung tetapi jarang akan mengigit manusia.
Antara tanda-tanda gigitan ular jenis ini adalah:
•Kesakitan pada otot-otot.
•Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.
•Dalam jangka masa 1 hingga 2 jam, mangsa akan merasakan kesakitan yang amat sangat apabila menggerakkan anggota badan.
•Dalam jangka masa 3 hingga 6 jam air kencing akan berubah menjadi perang gelap

Panduan Menentukan Ular Berbisa Atau Tidak
Ular yang berbisa tinggi:
1.Bergerak perlahan dan tidak takut awalaupun diancam
2.Patukkan atau bisanya membawa maut
3.Mencari makanan di waktu malam 
4.Makan ular sejenisnya yang lebih kecil
5.Bentuk kepala segi tiga
6.Mempunyai taring 
7.Membunuh mangsanya dengan menggigit/mematuk 

Ular yang berbisa rendah
1.Pergerakannya pantas dan cepat melarikan diri dari musuh
2.Patukkan atau bisanya tidak membawa maut
3.Mencari makan di waktu terang
4.Bentuk kepala bulat telur
5.Tidak mempunyai taring 
6.membunuh mangsanya dengan cara melilit
Tindakan perlu dan pantas jika di patuk ular  
1. Berhenti di kawasan selamat dan meminta bantuan.
2. Bertenang dan rehat dan jika boleh buat pengecaman jenis ular yang mematuk agar memudahkan pengunaan anti vanem jika di Hospital. Contoh membunuh ular yang mematuk atau mengambil gambar.
3 Potong seluar atau guntingnya dikawasan patukan dan bersihkan luka patukkan dengan air yang bersih tampa mengosoknya, dan tanggalkan atau longgarkan apa sahaja di badan mangsa jika ianya dapat menghalang perjalanan darah contoh cincin dan sebagainya.
4. Kurangkan pergerakan, kerana jika banyak pergerakan bisa ular lebih cepat merebak.
5. Gunakan anduh atau split di kawasan yang kena patuk kerana dapat membantu mengurangakan pergerakan.
6. Jangan sedut bisa ular kerana kerana boleh menyebabkan keceradaan semakin teruk dan jangan guna “tourniquet” kerana ia tidak membantu menghalang bisa ular dari tersebar.
7. Jangan mengambil makan, minuman atau rokok yang boleh menyebabkan mempercepatkan degupan jantung.
8. Langkah terakhir ialah mendapatkan bantuan dari dari pihak berwajib dan segera ke Hospital atau klinik.
            Kita harus tahu, faktor paling utama berlaku kes dipatuk ular ialah akibat ular itu rasa terancam dan habitatnya terancam dan ular bukanlah satu ancaman kepada manusia. Jika berlaku kes dipatuk ular, penggunaan antivenom hanya perlu diberikan kepada kes-kes yang memenuhi kriteria ketat envenomasi (systemic atau severe local). Antivenom mesti diberi dengan tepat kepada mangsa kerana ia mempunyai risiko komplikasi dan kesan sampingan terhadap pesakit dan tidak boleh diberikan sebarangan. Sebab itu penting bagi mangsa sebaik mungkin mengingati jenis ular yang mematuknya untuk memudahkan doctor memberi antivenom yang sesuai. bagi mengurangkan risiko seminima mungkin buat mangsa gigitan ular.



Sekian terima kasih. 


Lusuh Adventure
(Sam Lusuh)
www.lusuh.com.my
(selasa 11-05-2017)
Disusun/tulis : Sam Lusuh


(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

Tuesday, May 9, 2017

Jenis Kehidupan Serangga Yang Berbisa

As-salam...@hai...
         Hutan dan pergunungan adalah tempat yang mendamaikan bagi peminat rekreasi yang tegar. Di situlah meraka menemui ketenangan dan kebahagian walaupun penat untuk pergi kesesuatu tempat yang hendak di tujui. Di hutan dan pergunungan juga adalah tempat tinggalnya beribu jenis hidupan antaranya serangga. Diberi dengan berbagai nama dan jenis. Ada juga yang merbahaya kepada manusia dan ada juga penting kepada ekologi alam. Mari kita lihat satu persatu serangga berbisa yang kerap di temui disaat anda berekrasi dan yang mungkin berada disekeliling kawasan perkhemahan atau di dalam perjalan anda.

LIPAN(Centipede)
Ciri-ciri lipan
•Dianggarkan terdapat 8,000 spesies lipan di seluruh dunia dan 3,000 telah dikenalpasti.
•Lipan ialah artropod tergolong dalam kelas Chilopoda dalam subfilum Myriapoda. Lipan ialah haiwan panjang dengan sepasang kaki untuk setiap segmen badan. Dan mempunyai bilagan kaki yang ganjil. 
•Tinggal di kawasan yang lembap seperti kawasan tanah, timbunan daun, di bawah batuan atau dalam bahagian batang pokok.
•Ia adalah Karnivor lipan mampu memakan apa sahaja asalkan mangsanya berbadan lembut dan saiznya mampu untuk dimakan. 
•Sengatannya amat menyakitkan, tetapi tidak membawa maut
•Sengatan lipan yang besar lebih menyakitkan dari yang kecil
•Mengigit atau menyuntik bisa melalui taring dibahagian kepala (ada menggunakan kaki-kakinya yang berbisa)
•Scolopendra subspinipes (lipan hutan, lipan kaki merah) antara yang paling berbisa

Antara tanda-tanda gigitan lipan:
•Kesakitan yang amat sangat, setara dengan saiz lipan yang menyengat.
•Bengkak dan kemerahan (redness) 
•Sakit dan bengkak di kawasan yang disengat
•Sakit kepala 
•Berdebar-debar
•Rasa loya, mual, muntah-muntah
•Keresahan
•Kegatalan dan rasa panas (burning sensation)

Kala Jengking (scorpion)
Ciri-ciri Kala jengking
•Terdapat 1752 spesies kala jengking telah dikenalpasti di seluruh dunia dengan tiga belas keluarga dikenali sehingga hari ini dan terdapat diseluruh benua.
•Antara yang boleh di jumpai di Malaysia ialah jenis Heterometrus spinifer, nocturnal, iaitu memakan labah-labah dan serangga.
•Kala jengking masuk dalam kelas Arachnida dan termasuk dalam ordo Scorpiones. Ia aktif diwaktu pagi dan petang.
•Dari jumlah itu, hanya 25 spesies mempunyai bisa boleh membunuh manusia
•Berkaki lapan dengan ekor yang mempunyai sengat berbisa Tubuh kala jengking dibahagikan kepada tiga bahagian (tagmata): kepala (sefalotoraks), perut (mesosoma) dan ekor (metasoma)
•Tinggal tempat yang lembab di bawah pokok-pokok besar, rumpun buluh dan batuan, Ia juga terdapat di hutan hujan tropika, gua dan di padang pasir 
•Kala jengking menggunakan bisanya hanya untuk membunuh atau melumpuhkan mangsa mereka agar mudah dimakan, manusia bukan mangsa kecuali terancam.
•Bisa kala jengking lebih berfungsi terhadap arthropod lain dan kebanyakan kala jengking tidak berbahaya bagi manusia. sengatan menghasilkan kesan tempatan (seperti rasa sakit, bengkak)

Cara ubati sengatan Kala Jengking tradisional dan moden:
1.Petama sekali ,jika disengat cuci bahagian kulit yang terkena sengatan dengan air bersih
2.Cara muslim, merendam kawasan sengatan dalam air garam itu sambil membaca surat Al Ikhlas dan Muawwidzatain. 
3.Sapukan minyak panas contoh minyak angin
4.Minum air susu atau air kelapa.
5.Ubat krim sapu yang mengandungi anthistamin atau analgesic. Ubat ini banyak terdapat di farmasi.
6.Minum ubat yang mengandungi anthistamin atau acetaminophen.
7.Akhir sekali bawa kehospital jika kesakitan masih berterusan.

Tabuan@Tebuan(Hornet):
Ciri-ciri Tebuan
•Tebuan@Tabuan(Hornet)(Order Hymenoptera) sejenis serangga yang terbesar dari eososial “wasps”(penyegat) mempunyai sengat dari keluarga Vespidae 
•Di dunia terdapat 22 spesis dikenalpasti “Vespa” dan tiga “Provespa” dan kebanyakan bertaburan di kawasan tropika asia. Spesis yang ada di Malaysia Tabuan Tanah (Vespa tropica)
•Membina sarang dengan menguyah kayu untuk membuat pulpa nipis dan mempunyai satu ratu.
•Bilangan koloni tebuan sekitar 10-25 ekor sahaja dalam satu sarang
•Dianggap perosak dan amat agresif mempertahan sarang (akan menyerang walaupun tidak diganggu)
•Venom atau racunnya mampu mengakibatkan maut atau tahap kesakitan teruk, bengkak-bengkak dan boleh menyebabkan kematian terutama kanak-kanak. 
•15 atau 20 sengatan boleh membawa maut boleh membawa maut. Amat bahaya jika meraka yang alahan sengatan “penyegat”
•Seekor tabuan mampu menyengat berkali-kali jika menyerang.
•Tebuan tanah adalah warna kuning terang pada abdomen kedua bahagian ekor dimana bahagian lain adalah berwarna hitam gelap. Bahagian hujung ekor inilah yang ada sengat
•Sarang tebuan atas pokok dan berwarna kelabu cerah keputihan dan juga di dalam tanah seperti tabuan (Vespa orientalis).

Penyegat (wasp):
Ciri-ciri Penyegat
•Penyegat temasuk dalam (Order Hymenoptera) sejenis serangga yang mempunyai sengat dari keluarga Vespidae beranggotakan gabungan semut dan lebah.
•Terdapat dianggarkan 100,000 spesies penyegat ichneumonoid dalam keluarga Braconidae dan Ichneumonidae
•Sebahagian besar hidup sebagai parasit di mana meletakan telurnya di tubuh seranga lain dan ada yang memakan serangga, ulat dan nectar.
•Amat agresif dan akan menyerang jika menhampiri sarangnya.
•Boleh menyegat berkali-kali, dan hanya yang betina (pekerja dan ratu), boleh menyegat.
•Sarang bentuk segi enam atau hexagonal dari serbuk kayu dengan perekat menggunakan air liur atau saliva dan membuat sarang di pokok dan dimana-mana sahaja.
•Sesetengahnya mempuyai venom atau racunnya mampu memberi kesakitan dan bengkak-bengkak.

Lebah:
Ciri-ciri Lebah
•Asasnya hidupnya berkumpulan dan semua lebah adalah keluarga Apidae (ordo Hymenoptera: serangga bersayap selaput) dan erdapat kira-kira 20.000 spesies yang boleh dijumpai di setiap benua.
•Jumlah berpuluh ribu, anggaran 30 ribu hingga 60 ribu.
•Mempunyai tiga pasang kaki dan dua pasang sayap, membuat sarangnya di atas di pohon kayu atau rumah dan Sarangnya dibina dari propolis (perekat dari getah pohon) 
•Sumber makanan dari nektar bunga dan serbuk sari. Dan lebah menghasilkan madu.
•Lebah hanya boleh menyengat sekali, dan segera mati setelah menggunakan sengatannya. (kerana duri sengatan akan tercabut dibadan mangsa apabila menyegat mangsa)
•Lebah betina yang menyegat.
•Akan meninggalkan bahan kimia pteromone kepada mangsa yang disengat agar menarik perhatian lebah lain untuk menyegat mangsa secara berterusan.
•tidak agresif kecuali mereka diganggu. Dan akan menyengat mereka jika digannggu sarang mereka.
•Sarang lebah berbentuk segi enam yang agak melingkar ( rounded hexagon )

Cara ubati disegatan lipan,tabuan,Lebah dan Penyegat tradisional dan moden:
1.Sebagai muslim di mulakan dengan “Bismillah” dan “Selawat”
2.Gunakan Pati asam jawa (pekat) dan sapukan di tempat yang di sengat.
3.Gunakan tembakau, campurkan dengan air, ambil patinya (pekat) dan sapukan dikawasan sengatan.
4.Gunakan getah keladi yang sudah tua. Titiskan 2 - 3 titis getah di kawasan sengat. Dan lakukan secara berulang
5.Jika disengat lipan, jika dapat tangkap dan bunuh lipan yang menyegat, bakar hingga jadi abu, dan disapu abu tadi dibahagian yang sengat.
6.Gunakan 5 helai daun jarak, direbus lalu dimandikan kepada mereka yang terkena kesan segatan lipan
7.Gunakan bawang putih yang di tumbuk atau di hiris, campurkan sedikit garam dan minyak masak dan kacau sehingga sebati. Sapukan adunan dikawasan terkena sengatan. 
8.Tumbuk biji asam jawa sehingga halus, campurkan dengan sedikit air Kemudian sapu di tempat yang disengat. 
9.Kaedah moden: Ambil pil tahan sakit seperti Mefenamic Acid (ponstan) atau sejenisnya.
10.Memakan ubat alahan seperti antihistamine (prirton) atau yang sejenisnya.
11.Menggunakan Sadium Bikarbonat, larutkan dalam air dan tuam dikawasan sengatan (ia berfugsi meneauteralkan asid segatan)
12.Akhir sekali bawa kehospital jika kesakitan masih berterusan.

(NOTA): (untuk perubatan tradisional sebarang kesan sampingan tidak diketahui, dan juga keberkesanan tidak ada penjelasan sains Ia hanya petua orang dahulu harap maklum)



Sekian terima kasih. 


Lusuh Adventure@Loras Bushcraft Survival
(Sam Lusuh)
www.lusuh.com.my
(selasa 09-05-2017)
Disusun/tulis : Sam Lusuh


(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

Saturday, May 6, 2017

Kehidupan Marin Yang Berbisa

As-salam...@hai...
       Jika anda berminat dengan sukan air terutama air masin, berhati-hatilah dengan kehidupan marin yang berada di permukaan dan di dalamnya. Ternyata ada yang nampak sangat cantik dan menarik , tetapi hakikatnya ia mempunyai bisa yang amat menyakitkan dan ada yang boleh membawa maut. Sebenarnya semua itu adalah senjata untuk meraka mencari makanan dan juga mempertahankan diri. Di penulisan ini membicarakan 11 jenis Kehidupan marin tersebut yang kebiasaan di jumpai.
1. Ikan Depu@lepu
•Merupakan spesis ikan laut yang beracun tergolong dalam jenis Pterois, Parapterois, Brachypterois, Ebosia atau Dendrochirus dari keluarga Scorpaenidae
•Bebagai warna dan bercorak-corak
•Boleh dijumpai dikawasan berlumpur, karangan dan batuan. 
•Boleh membesar (panjang) sehingga diameter 30 cm 
•Sirip diliputi duri tajam beracun dan menyebabkan kesakitan jika tersentuh.

2. Stone Fish(batu karang atau dornorn)
•Banyak terdapat di perairan tropika, lautan Pasifik dan Lautan Hindi. 
•Stone Fish (Synanceia verrucosa), tinggal di dasar terumbu karang, dan kelihatan sebagai batu. 
•Ukuran panjang sekitar 30–40 cm.
•Mempunyai Kadar Bisa Yang Sangat Tinggi (paling beracun).Sengatannya menyebabkan kesakitan di anggota badan, mematikan tisu dan boleh menyebabkan mangsa menjadi lumpuh.
•Ikan Ini Menyimpan Racunnya Di Dalam Tetulang Di Badannya. 

3. ikan Pari
•Ikan Pari (Dasyatidae), Banyak didapati di perairan tropika, dan merata dunia dari laut hingga ke pantai dan terdapat dua jenis iaitu air masin dan tawar.
•Terdapat kira-kira 200 spesies ikan pari di dunia. 
•Pangkal ekor ikan pari terdapat taji sekitar 8-inch (kurang atau lebih) yang dikenali sebagai dermis dentikle (dermal denticles). Hujung ini, yang menjadi keras dan tegang apabila ikan pari merasa terancam.
•Ia melindungi dirinya di dalam pasir atau lumpur di dasar Laut, 
•Tidak merbahaya kepada manusia, tetapi apabila terpijak ikan ini atau tersilap mengedalikan ikan ini jika menangkapnya, tajinya akan menusuk kaki atau melukakan tangan, boleh menyebabkan rasa sakit yang kuat. 
4. Scorpion Fish
•Keluarga Scorpaenidae. Ikan yang mempuyai sengat beracun dan amat berbisa di dunia. Bisanya terletak pada duri (sengat) yang tajam disirip,kepala dan badan
•10 subfamilies dengan sejumlah 388 spesies,
•Tinggal di kawasan karangan dan batuan.
•Boleh ditemui di kawasan tropika dan sederhana dan di perairan cetek.
•Sengatannya boleh membawa kepada Kematian 

5.Obor Obor/ubur-ubur/ampai-ampai (yang Sengatan berbisa)
•Terbahagi kepada lima jenis iaitu Chironex fleckeri, Chiropsalmus buitendijki, Chiropsalmus quadrihatus, Chrysaora quinquecirrha dan spesis Physalia, Chironex fleckeri. Boleh didapati hampir di seluruh lautan di dunia.
•merupakan haiwan yang tergolong dalam filum cnidaria, dan bentuk ampai-ampai dewasa terdiri daripada 95-99% air.
•Menyegat melalui sesungut yang mengandungi ratusan pundi-pundi bisa, dipanggil 'nematosit'. Untuk melumpuhkan sumber makanan seperti ikan
•Amat menyakitkan ditempat sengatan dan boleh menyebabkan lumpuh kepada manusia atau kematian.
•Obor-obor yang paling berbisa ialah Chironex fleckeri, ia boleh menyebabkan kematian dalam jangka masa 15 minit sahaja jika lambat dirawat.

6. Landak Laut (Echinoidea)
•Landak Laut (Echinoidea) berbentuk bulat dan seluruh permukaannya ditutupi duri yang sangat tajam dan rapuh dan terbahagi kepada 950 spesies.
•berwarna hitam dan dipenuhi dengan duri yang panjang dan boleh mencapai 25 cm
•Boleh ditemui di seluruh dunia, dan terutama dikawasan perairan bersuhu tropika.
•Mudah ditemui di permukaan berpasir,batuan atau karangan.
•Jika perpijak, duri-duri yang berbisa akan melekat dikaki dan memasuki kulit dan mengakibatkan kesakitan dan boleh menyebabakan kesukaran bernafas, mual dan sakit dada 
•Keluarkan duri-duri ini jika terpijak dan kepusat kesihatan jika gagal mengeluarkan duri tersebut.

(NOTE: kaedah mudah mengeluarkan duri halus tersebut, ialah dengan menitik lilin cair di tempat sengatan, tunggu kering dan tanggalkan lilin dari kulit, pasti duri landak laut akan tertanggal sekali)
7. Mahkota Berduri
•Terdapat dalam 20 species dan boleh membesar sehingga diameter 60 cm dan mempunyai sehingga 16 lengan.(sirip).
•Boleh dijumpai di celah formasi kawasan karangan dan batuan.
•Berwarna biru-kelabu dengan jejari hujung berwarna oren kekuningan. 
•Disetiap lengan diliputi duri tajam beracun dan menyebabkan kesakitan jika tersentuh.
•Badannya juga diliputi dengan lendir yang boleh menyebabkan kegatalan pada kulit manusia jika tersentuh.

8. Cone Shell/Cone Snell
•Terdapat 600 spesies dan semuanya dikelaskan di bawah satu genus, Conus, dalam satu keluarga “Conidae”.
•Mempunyai corak yang menarik dan berwarna garang. 
•Cengkerangnya berbentuk kon, bertompok-tompok kekuningan dan kehitaman.
•Ia adalah karnivor, dan pemangsa. Makanannya ialah cacing marin, ikan kecil, moluska, dan cone shell.
•Tinggal dan bersembunyi di kawasan dasar laut, dan akan menyegat jika diganggu.
•Bahaya kepada manusia, bisanya boleh menyebabkan mangsa lumpuh dan menanggung kesakitan yang teruk.

9. Fire Coral
•Bukan karang sebenar, tetapi mempamirkan cirri-ciri fizikal sama sepeti batu karang. Ia adalah keluarga Milleporidae.
•berwarna kuning-hijau dan coklat terang, mempunyai hujung cabang yang licin dan berwarna kekuningan. Ia boleh dijumpai meluas di perairan tropika dan subtropika
•Jika tersentuh, mangsa akan alami kesakitan yang kuat, dan dapat dirasainya dari dua hari hingga dua minggu. 
•batu karang api mengandungi sesungut yang menonjol dari banyak liang permukaan (sama terhadap sengatan obor-obor). 
•Boleh ditemui di kawasan karang. Ia kelihatan seperti karang bercabang pendek. Namun berjaga-jaga, pada setiap cabang saya mempunyai polip yang menyengat.
10. Timun Laut
•Terdapat lebih dari 1200 jenis, boleh dijumpai diserata dunia.
•Ia bergerak yang perlahan, hidup pada dasar berpasir, lumpur dan terumbu karang.
•Berbagai warna mengikut kumpulan sepsis tertentu.
•Ia akan mengeluarkan bendalir putih yang boleh menyebabkan kegatalan atau keradangan jikakalau diganggu/terancam.
•Ada juga menjadi sumber makanan dan ubatan kepada manusia (yang selamat dimakan)

11. Bristle worm
•Ia adalah keluarga phyllodocid dan boleh ditemua diseluruh dunia.
•Sejenis cacing yang kecil mempunyai kepanjangan sehingga 14 cm. 
•Mempunyai bulu-bulu yang pendek pada setiap segmen badan dan jika terkena sengatan boleh menyebabkan alahan dan kerengsaan pada mangsa.
•Boleh ditemuai pada celah-celah batu dalam kawasan alga. 

Tindakan sementara jika terkena sengatan dari semua diatas(bergantung kepada jenis haiwan marin yang menyegat)

1.Membasuh dengan air laut kawasan yang terkena sengatan 
2.Membasuh dengan air panas 
3.Gunakan cuka campuran 50% (rendam atau basuh).
4.Guna (baking powder- sodium bikarbonat) ke atas tempat sengatan (basuh atau rendam).
5.Asid borik, alkohol, larutan cucian amonia dan jus limau nipis.( Bahan-bahan ini dapat bertindak menukarkan tahap, keasidan (pH) di bahagian tubuh yang tersengat dan meredakan rasa kesakitan)
6.Ada juga menggunakan air tembakau, basuh dikawasan sengatan (Obor-obor)
7.Ambil pil tahan sakit seperti Mefenamic Acid (ponstan) atau sejenisnya.
8.Gunakan krim atau makan ubat mengandungi antihistamin, analgesik dan steroid (seperti betnovat) 
9.Akhir sekali bawa jumpa doctor jika sakit masih berlarutan.

         Sebenar banyak lagi hidupan marin yang berbisa seperti jenis ikan duri seperti Ikan sembilang, ikan lain seperti Todak, Buntal, dan beberapa species yang lain. Apa yang harus dilakukan ialah mencari maklumat mengenainya dan berwaspada. Semoga anda mendapat maklumat dari penulisan ini. Di harap jika anda melakukan aktiviti air, terutama air masin anda telah bersedia dengan kelengkapan perubatan yang asas atau lengkap supaya jika berlaku sengatan dari kehidupan marin yang ditulis di atas anda anda ubatnya. 



Sekian terima kasih. 



Lusuh Adventure@Loras Bushcraft Survival
(Sam Lusuh)
www.lusuh.com.my
(selasa 05-05-2017)
Disusun/tulis : Sam Lusuh


(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)


Sumber rujukan:
>Wikipedia
>Gambar google search (internet)
>http://www.dmpm.nre.gov.my/modul_haiwan_berbahaya.html?uweb=jtl
>http://rekreasiluar.blogspot.my/2011/03/info-berkaitan-ular.html
>https://ms.wikipedia.org/wiki/Ular_Kapak
>http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_racun.php?Id=18
>http://www.wildlife.gov.my/images/document/penerbitan
>https://ms.wikipedia.org/wiki/Kala_jengking
>http://id.wikihow.com/Mengobati-Sengatan-Landak-Laut
>Bahaya Obor-obor Oleh Prof. Madya Mohamed Isa Abdul Majid (Utusan Malaysia Sabtu 15 jun 1996)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

Friday, April 7, 2017

Cara Mengisi Semula Gas (Refill) Dengan Betul Dan Tepat:

Cara Mengisi Semula Gas (Refill) Dengan Betul Dan Tepat:
(Menggunakan "Transfer Gas Adapter" )
1. Dengan menggunakan "Transfer Gas Adapter"Jika tong gas yang hendak di isi gas itu kosong ( contoh TONG GAS A berat 80 gram), terus sahaja refill gas (TONG GAS B- yang berisi gas yang penuh) kepada Tong Gas A. pasti dapat Net Weight gas 230g kandungan gas (jika guna gas kecil 230gram).

  • Total berat ialah +-300g iaitu tong dan gas.
  • Berat tong gas 80 gram, berat gas 230 gram persamaan 300gram


2. Jika Tong Gas A masih ada gas, timbang berat dahulu dan catit berapa beratnya.

  • ( kandugan gas baru yang penuh 300gram, (berat tong dan isi gas)
  • Contoh berat Tong Gas A,yang anda timbang pula ialah 130 gram, bermakna berat gas yang ada dalam Tong A ialah 50gram (130g - 80g(berat tong)=50g)
  • Ini bermana untuk refill semula, jumlah sepatutnya ialah 180 gram (230g-50g=180gram). 
  • Untuk mendapatkan jumlah yang tepat, mestilah menggunakan timbang/scale.
  • Jika tiada alat penimbang, goncanglah tong gas itu untuk pastikan ada ruang udara dalam tong gas agar tidak terlebih isi. Jika terlebih keluarkan gas tersebut.

3. Petua isi gas

  • sejukkan dahulu tong gas dalam peti sejuk atau apa sahaja (jika dirumah), ini memudahkan gas untuk masuk.
  • Jika dihutan rendam dahulu dalam sungai tong gas yang kosong agar sejuk.
  • Jika dipuncak gunung letak diluar kemah waktu malam, dan waktu pagi mulakan proses isi semula gas.
  • Pastikan semasa isi semula gas, anda dikawasan yang lapang (ruang terbuka) dan tidak merokok.
  • Digalakan untuk satu tong gas yang di isi semula itu, dalam keadaan baik dan tidak digunakan lebih 3 kali.
  • Pengunaan yang berkali-kali mungkin akan menyebabkan "Valve" (yang menahan pengeluaran gas masuk dan keluar) yang pada kepala gas rosak, yang boleh menyebabkan kebocoran gas dan ini amat merbahayakan.

NOTE:
Untuk mendapatkan "Transfer Gas Adapter", boleh hubungi saya sam lusuh (011-1220 7394) atau melayari website resmi kami www.lusuh.com.my


Sekian terima kasih
Sam lusuh
www.lusuh.com.my
(07-04-2017)

Thursday, March 9, 2017

Mengenal Jenis Ular Berbisa Dan Pertolongan Cemas Jika Dipatuk

Panduan mencegah gigitan ular
SEJAK dahulu lagi ular telah dikaitkan dengan kejahatan dan kehinaan, maka disebabkan oleh perasaan iniah kebanyakan orang akan merasa geli atau takut terhadap ular.

Reaksi spontan biasanya jadi punca ramai orang tidak teragak-agak membunuh ular tanpa memikirkan sama ada ia daripada jenis yang berbisa atau tidak.

Di Malaysia terdapat kira-kira 141 jenis ular yang berhabitat sama ada di air atau di darat. Daripada jumlah ini hanya 16 jenis ular di darat dan 21 jenis ular laut yang dikenal pasti berbisa.

Ular darat seperti ular tedung, ular katam tebu dan ular kapak tergolong daripada ular yang berbahaya dan selalunya didapati berhampiran dengan tempat kediaman atau kawasan kerja. Manakala ular laut, hampir kesemuanya mempunyai bisa dan boleh dianggap berbahaya.

Ular yang berbisa biasanya mempunyai taring sama ada panjang dan boleh digerak-gerakkan (bagi ular kapak) ataupun yang berkedudukan tetap (bagi Ular tedung, ular katam tebu, ular pantai ataupun ular laut) di bahagian atas rahang. Taring-taring ini biasanya beralur (bagi Elapidae) ataupun alur yang bertaup membentuk seperti jarum hipodermik (bagi kumpulan Viperidae) supaya bisa dapat disuntik ke dalam tubuh mangsa.

Racun atau bisa ular tersimpan pada kelenjar yang terletak di kiri dan kanan pipi dan disalurkan ke taring melalui duktus. Seekor ular berkeupayaan mengawal jumlah bisa yang disuntikkan ke tubuh mangsa dan biasanya tidak akan menghabiskan kesemua bisa pada satu gigitan.

Bisa ular biasanya mengandungi bahan-bahan racun haemotoksin, neurotoksin dan myotoksin. Kesemua racun ini terdapat pada setiap ular tetapi hanya salah satu daripadanya lebih dominan dan mendatangkan kesan kepada mangsa - bergantung kepada jenis ular.

Ular dari keluarga Elapidae mempunyai bahan racun saraf (neurotoksin), keluarga Viperidae pula bahan racun jenis darah (haemotoksin) manakala keluarga Hydropidae pula mempunyai bahan racun otot (myotoksin).

Di samping bahan-bahan ini, bisa juga mengandungi sejenis enzim yang dipanggil hyaluronidase yang bertindak sebagai mangkin bagi meningkatkan penyebaran bisa ke saluran darah ataupun saraf. Bisa ular mempunyai dua fungsi yang utama:
  • Bertujuan melumpuhkan atau membunuh mangsa.
  • Bertindak sebagai ejen penghadaman.

Ular berbisa terbahagi kepada 3 keluarga yang utama:

Keluarga Elapidae:
Jenis ular yang tergolong di dalam keluarga ini ialah: UIar katam tebu, ular katam belang, ular katam kepala merah, ular matahari biru, ular pantai belang, ular pantai bintik, ular pantai bintik kecil, ular tedung hitam dan ular tedung selar.

Ular jenis ini mempunyai taring yang tetap di bahagian hadapan rahang atas. Kesemua ahli keluarga Elapidae adalah berbisa dan amat berbahaya pada manusia. Bisa ular kumpulan Elapidae bertindak kepada sistem saraf mangsa.

Antara tanda-tanda keracunan bisa ular jenis ini ialah:

Jenis Tedung:

  • Kesakitan pada tempat gigitan dalam masa setengah jam.
  • Bahagian bekas gigitan membengkak (selepas 1 jam digigit).
  • Lemah-lemah badan.
  • Pengeluaran air liur yang berlebihan.
  • Mengantuk.
  • Lumpuh pada otot-otot muka, bibir, lidah dan saluran pernafasan.
  • Tekanan darah menurun.
  • Mata kuyu (ptosis).
  • Pandangan menjadi kabur.
  • Sawan (konvulsi).
  • Badan berpeluh.

Dalam kes-kes teruk tanda-tanda berikut adalah nyata:
  • Komplikasi kardiovaskular.
  • Hipotensi.
  • Sakit yang amat sangat pada bahagian perut.

Jenis Katam Tebu:

  • Biasanya gigitan ular jenis ini tidak meninggalkan kesan kesalutan yang teruk.
  • Jangka masa kesakitan juga tidak berlarutan.
  • Tiada kesan bengkak atau perubahan warna kulit pada tempat gigitan.
  • Tanda-tanda lain adalah serupa dengan kesan gigitan tedung.

Ular Matahari:

  • Kesakitan pada bekas gigitan.
  • Bekas gigitan membengkak.
  • Kudis terjadi pada tempat gigitan.
  • Gangguan pernafasan

Nota: Keracunan yang teruk dapat dikenal pasti dengan tanda-tanda toksin saraf dalam masa 1 jam.

Ular Keluarga Viperidae:

Di Malaysia, jenis ular yang tergolong dalam keluarga ini adalah semua jenis ular kapak. Ular kapak bodoh, ular kapak sumatra, ular kapak gunung, ular kapak tokong, ular kapak kapak hidung pipeh, ular kapak bakau, ular kapak hijau.

Ular dari keluarga ini amat mudah dikenali berdasarkan kepalanya yang seakan-akan bentuk segi tiga. Di antara mata dan lubang hidungnya terdapat lubang (pit) yang berfungsi sebagai deria pengesan haba yang amat sensitif kepada haiwan berdarah panas.
Kelenjar racun ular ini terletak di kedua beleh pipinya dan biasanya bertindak terhadap sistem saluran darah dan tisu yang menyebabkan berlakunya pendarahan samn ada di luar atau di dalam.

Antara tanda-tanda gigitan ular jenis ini ialah:
  • Sakit yang amat sangat pada tempat gigitantan (dalam masa 5 minit).
  • Bekas gigitan akan membengkak dan perubahan warna akan berlaku pada kulit dalam masa setengah jam.
  • Pendarahan yang tidak berhenti pada kesan gigitan.
  • Pendarahan pada gusi, usus dan saluran kencing.
  • Darah tidak membeku.

Keracunan yang teruk boleh menyebabkan bahagian lutut dan lengan atas membengkak dalam masa 2 jam disertai dengan pendarahan.


Ular keluarga Hydropidae:

Terdapat 21 jenis ular laut di Malaysia dan kesemuanya tergolong di dalam keluarga ini. Ular laut mempunyai ekor yang pipeh seperti dayung dan biasanya berkepala kecil.

Semua ular laut adalah berbisa dan kebanyakan spesis mempunyai bisa yang bertindak terhadap sistem otot mangsa. Kesan bisa dari gigitan ular laut hanya dapat dirasakan selepas setengah jam. Semua ular laut adalah berbisa dan kebanyakan spesis mempunyai bisa yang bertindak terhadap sistem otot mangsa. Kesan bisa dari gigitan ular laut hanya dapat dirasakan selepas setengah jam.

Antara tanda-tandanya adalah:
  • Kesakitan pada otot-otot.
  • Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.
  • Dalam jangka masa 1 hingga 2 jam, mangsa akan merasakan kesakitan yang amat sangan apabila menggerakkan anggota badan.
  • Dalam jangka masa 3 hingga 6 jam air kencing akan berubah menjadi perang gelap.


Langkah berjaga-jaga:

Selalunya ular tidak akan menyerang manusia, malah ular sebenarnya takut kepada manusia. Kebanyakan kes gigitan ular terjadi apabila ular terkejut, terpijak ataupun tempat kediamannya diganggu oleh manusia sama ada secara sengaja ataupun tidak. Oleh itu anda patut berjaga-jaga:

Elakkan daripada cuba menangkap ular atau mengganggu ular.

Berhati-hati apabila bekerja di kawasan yang menjadi habitat ular seperti di kawasan sawah padi ataupun semak. Jangan sekali-kali memasukkan, tangan atau kaki ke tempat yang mana dipercayai terdapat ular seperti di celah batu, di bawah tunggul kayu dan sebagainya, sekiranya perlu gunakan kayu terlebih dahulu.

Sekiranya nampak ular sedang tidur atau berehat, jangan mengusik atau mengejutkannya. la selalunya akan mematuk sekiranya diganggu.

Seandainya anda terserempak dengan ular, jangan cuba lari, tapi berhenti dan jangan bergerak, selalunya ular akan berlalu pergi. Petua ini juga berkesan ke atas ular laut, sekiranya anda bekerja di kawasem pantai atau muara sungai yang berair cetek.

Ular laut adalah tidak agresif, kebanyakan kejadian gigitan ular laut ialah apabila manusia mengganggu atau memegangnya secara kasar. Jika anda terserempak dengan sekumpulan ular laut, jangan menghampirinya kerana mungkin ketika itu musim mengawan dan kebanyakan ular amat agresif pada masa tersebut.

Pakai pakaian tebal seperti kasut kulit atau but separas lutut, sarung tangan, seluar panjang, baju lengan panjang dan topi ketika bekerja di kawasan yang menjadi habitat ular.
Kebanyakan ular berbisa keluar pada waktu malam yang panas, oleh itu berhati-hatilah apabila berjlan pada waktu malam. Jangan berjalan dalam gelap, bawalah lampu suluh dan sebagainya.

Semasa berkhemah, bersihkan sekeliling khemah daripada semak-samun, sampah-sarap ataupun batu-batu terlebih dahulu. Jangan sekali-kali tidur di luar khemah. Kehangatan badan anda akan menarik perhatian ular terutama jenis ular kapak. Buang atau tanam makanan yang tidak habis jauh dari kawasan perkhemahan, kerana makanan yang bersepah akan menarik perhatian tikus dan seteruanya menarik perhatian ular. 
Jika anda digigit ular:

Cuba bunuh ular tersebut kerana ia penting, bagi tujuan mengenal pasti antivenin bagi bisa ular tersebut. Ini adalah bagi mengelakkan daripada kesilapan menyuntik antivenin yang salah, ia tidak hanya sia-sia malah juga boleh membahayakan nyawa si mangsa.

Tetapi jangan membuang terlalu banyak masa untuk membunuh ular itu kerana rawatan awal kepada mangsa adalah lebih penting. Di samping itu amat dikhuatiri ketika sibuk membunuh ular itu ia mungkin akan digigit sekali lagi.

Untuk membunuh ular, gunakan kayu panjang, jika boleh gunakan buluh. Pukul dengan kuat di bahagian belakang kepala ular tersebut tetapi seboleh-bolehnya jangan hancurkan kepalanya kerana ular juga boleh dikenal pasti dari bentuk kepalanya. Sekiranya percubaan membunuh ular tersebut tidak berjaya, mencukupi jika anda dapat mengingati saiz dan corak warna ular tersebut.

Walaupun ular tersebut telah mati, anda haruslah berhati-hati ketika memegangnya. Jangan cuba mengusik kawan atau bermain-main dengannya kerana berkemungkinan ular tersebut masih hidup.

Walaupun ular tersebut telah mati, bisanya masih boleh membahayakan sekiranya tersuntik ke tubuh sehingga 1 jam setelah ular tersebut mati. 

Nota: Antivenin adalah dadah yang diproses khas dari bisa ular yang boleh digunakan sebagai antidot kepada gigitan ular.

Antivenin adalah spesifik kepada sesuatu jenis ular. Jika tersilap memberikan antivenin ia boleh membawa maut. Terdapat sejenis antivenin yang dipanggil antivenin Polivalent yang mana ia boleh digunakan untuk merawat semua jenis bisa gigitan ular.

Soalan
APAKAH langkah pertolongan cemas yang perlu dilakukan apabila seseorang itu dipatuk ular?
Rizal Azman, Selayang Baru.
Encik Rizal,

Walaupun tidak semua ular itu berbisa, adalah dinasihatkan setiap kes gigitan ular merupakan kes kecemasan dan mangsa hendaklah dibawa ke hospital dengan segera.
Jangan tunggu sehingga tanda-tanda keracunan bisa ular kelihatan. Rawatan dengan menyuntik antivenin kepada mangsa gigitan ular telah terbukti berkesan.

Perlu diingat penggunaannya mungkin mendatangkan kesan sampingan yang boleh membahayakan nyawa mangsa. Oleh yang demikian ia mesti dilakukan oleh pegawai perubatan dan seeloknya dirawat di hospital.

Pastikan mangsa berkeadaan tenang. Mangsa gigitan ular biasanya terkejut dan takut. Ini akan menyebabkan mangsa menjadi pucat dan lemah selepas dipatuk ular. Berlainan ilengan kesan bisa ular yang hanya nyata selepas 15 minit ataupun beberapa jam selepas dipatuk ular.

Oleh itu mangsa hendaklah sentiasa tenang dan diberitahu bahawa:
  1. Tujuan rawatan ialah untuk memastikan ia sembuh sepenuhnya.
  2. Ular tersebut mungkin tidak berbisa.
  3. Tidak semua ular yang berbisa berjaya menyuntikkan bisanya. Pengesahan keracunan bisa ular hanya boleh dibuat apabila terdapat tanda seperti disebut di atas. 

  • Baringkan mangsa dan elak pada bergerak.
  • Pastikan bahagian yang digigit tidak digerakkan, ia akan mencegah racun daripada disebarkan dengan lebih meluas lagi.
  • Balut kawasan yang digigit dengan pembalut (gunakan splint).
  • Salur intravenous hendaklah dipasang pada bahagian anggota yang sihat, ini bagi memudahkan proses memasukkan antivenin.
  • Bawa mangsa-ke hospital terdekat. 


>Oleh: Rosman Ahmad
>Sumber: Utusan Malaysia, Sabtu,24 Jun,1995   

Dicatit dan disusun kembali:
Lusuh Adventure@Loras Bushcraft Survival
(Sam Lusuh)
www.lusuh.com.my
(08032017...6.23PM)

Note:
Semoga info ini berguna untuk semua peminat rekreasi, tak salah nak share tetapi jangan padam sumber rujukan awalnya. terima kasih

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)