Tuesday, September 27, 2016

Ilmu asas Ikhtiar hidup (survival) (Part 1)

Ilmu asas Ikhtiar hidup (survival) (Part 1)


Apakan maksudnya?
Jika diterjemah maksud survival istilah inggeris iaitu, “the will to live, to outlive, state of to continuing to live” dan jika di terjemah dalam bahasa melayu, “kehendak atau keupayaan untuk meneruskan kelangsungan kehidupan”

Jika di ilustrasikan lihat gambar dibawah perkataan Survival:


Bilakah dipratikan kemahiran iktiar hidup:
  • Peperagan atau darurat
  • Sesat jika berekreasi
  • Bekalan makan yang berkurangan
  • Ganguan manusia atau haiwan
  • Menjalani kehidupan natif
  • Dan lain-lain 
Jika berlaku atau terjadi dari salah satu perkara diatas, apakah yang perlu dilakukan untuk kelangsugan hidup.  Secara ringkas, anda sepatutnya tenang dan berfikir jalan penyelesaian disinilah ilmu iktiar hidup amat perlu. Gunakan istilah “STOP” yang bermaksud:
  • S = Stop/Sit Down > berhenti dan berehat
  • T = Thinking > Tenang dan berfikir masalah yang dihadapi.
  • O = Observe > menilai dan mengamati keadaan
  • P = Planning > membuat perancagan apa patut dilakukan.
Setelah mendapat ilham atau tindakan yang perlukan dilakukan ia haruslah secata selamat dan teratur untuk mencapai matlamat. Gunakan istilah “SAVE” (create by sam lusuh) yang bermaksud:
  • S = Smart > Bijak dalam tindakan dan perancagan
  • A = Active > bertenaga besemagat
  • V = Visualize > mengambarkan keperluan
  •  E = Energy > Gunakan tenaga sebaik mungkin
Terdapat juga istilah lain yang biasa digunakan dalam kontek  iktiar hidup iaitu “SPEAR”(lembing)
  • S = Stop > berhenti,
  •  P = Planning > membuat rancagan
  • E = Execute >  melaksanakan rancagan yang telah difikirkan
  • A = Asses > menilai apa yang telah dibuat
  • R = Re-evaluate, menilai semula dari perancagan awal, pelaksanaanya dan  hasil penilaian itu, digunakan untuk pertimbangan dan berkembangaiktiar hidup  selanjutnya.

Setelah anda faham semua diatas kita lihat pula apakan 4 element  asas iktiar hidup yang perlu diketahui semua (refer gambar dibawah)  
Apabila dalam situasi survival dan anda sedang menghadapinya, lakukan empat perkara asas diatas. Anda boleh lakukan mana-mana dari perkara diatas sebagai yang pertama patut dilakukan. Ia bergantung kepada masalah dan tempat yang anda hadapi disaat itu.

Water (air)
>Carilah sumber dari yang terdekat dengan kaedah-kaedah yang tertentu (teknik rujuk nota LA)

Fire (api)
>Gunakan apa jua kaedah yang anda ketahui, kerana dengan adanya api menaikan semagat anda dan kelebihan yang lain

Shelter (tempat berlindung)
>Agar dapat perlindugan dari kesejukan, gangguan haiwan dan sebagainya

Food (makanan)
>Jika ada makanan perlulah pandai berjimat, dan jika tiada berhati-hatilah dalam memilih makanan yang selamat (teknik-rujuk nota LA)


Akhir sekali ialah memahami prinsip ikhtiar hidup
Semoga anda memahami secara asas apa yang perlu jika menghadapi keadaan yang membawa kepada iktiar hidup untuk melengkapinya tiga perkara utama mesti ada disaat kecemasan itu iaitu:

1.Utamakan Keselamatan
>keutamaan soal keselamatan nyawa. Jika melakukan sesuatu perkara, buatlah dengan berhati-hati, elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan diri Sebagai contoh, hindarkan dari memakan tumbuh-tumbuhan, buah-buahan tidak pasti selamat, hindarkan dari bertembung dengan binatang buas.

3.Kawalan diri (emosi)
>kawal emosi diri agar keadaan tidak menjadi terlalu nagetif. Sentiasalah berfikiran positif agar merasa tenang dengan apa yang anda lakukan. Jangan cemas dalam setiap keadaan kerana ia boleh memburukan lagi keadaan.

2.Usaha 
>Jangan putus asa jika berlaku kegagalan semasa survival, contohnya menyalakan api, mencari makanan dan sebagainya. Alam memang dijadikan untuk menduga manusia yang suka cabaran, ia tidak kejam tetapi berusahalah untuk menjadi kawan, adaptasi dan mengatasinya



Semoga anda memdapat ilmu yang berguna dalam penulisan ini. Pelajarilah ilmu iktiar hidup kerana suatu hari nanti ia mungkin berguna untuk keselamatan diri, keluarga dan rakan-rakan anda.



Sekian terima kasih. 

Lusuh Adventure@Loras Bushcraft Survival
(Sam Lusuh)
www.lusuh.com.my
(Selasa 27092016)


Gambar: Sumber internet


(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampakebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)


Saturday, September 24, 2016

24 Teknik Mencari Arah Utara

As-salam...@hai...

                

Kali lusuh akan ceritakan pula teknik mencari arah Utara. Mencari arah utara ini penting dalam navigasi, terutama untuk peta. jadi harap kita semua dapat ilmu dari usaha ini ok dan bersama-sama mengamalkannya. 


1.Dengan melihat tumbuhan 'lumut; yang selalunya akan tumbuh  pokok atau batu yang tebal di bahagian dibahagian sebelah barat (arah barat matahari terbenam) pada sebelah belakang  dan tumbuh nipis di .timur iaitu matahari terbit
NOTA: 
Tidak semua jenis lumut akan menghindar sinaran matahari terbit bermakna ia tumbuh menghadap matahari terbit iaitu arah timur seperti di video yang dikongsikan dibawah. Ada juga yang tumbuh menghidar sinar matahari terbit atau terbenam. ini bermakna ia akan tumbuh arah utara dan selatan. cara mengatasinya ialah dengan merasa bahagian pohon atau batu yang sebelah mana lebih panas. dan lebih tepat jawapannya jika dilakukan sebelah senja atau waktu malam. Jika malam sebelah bahagian yang panas itulah arah barat. Ia juga boleh dipastikan dengan memeriksa lumut-lumut yang lain 8 hingga 10 contoh untuk dapat kepastian dengan tepat arah utara yang kita cari. lumut di bawah kanopi dan lumut yang terdedah kepada matahari mungkin menunjukan kesan yang berbeza. Mungkin lumut dikawasan yang kurang terima cahaya matahari akan tumbuh tebal kearah timur dan yang banyak terima cahaya matahari akan tumbuh tebal bahagian barat.


https://youtu.be/RweuN0CcjOc

video adalah satu contoh dimana lumut itu tebal di kawasan timur 

2.Dengan melihat sarang labah-labah (spider). Dimana sarang akan selalunya dibina ke sebelah arah selatan pokok. Jadi tahulah arah utara.


3.Dengan menggunakan jam tangan anda. Caranya seperti berikut:

a. Pegang jam tangan di dihadapan badan anda dan pastikan jarum pendek jam menghala ke arah matahari. Daripada angka pukul 12:00 ke jarum pendek, bahagi kepada dua bahagian (seperti garisan oren dalam rajah di atas).


b. Jikalau waktu  itu sebelum jam 6 pagi atau selepas 6 petang, bayangkan satu garisan  di jam anda contoh seperti garisan oren dalam gambar, itulah menunjuk ke arah utara. Waktu dalam gambar di atas ialah 1:25 petang, maka garisan oren menunjukkan arah selatan.


c. Jika anda memakai jam tangan digital, lukiskan jam dalam sekeping kertas, dan ikut cara yang ditunjukkan seperti rajah di atas.



Pehatian untuk semua, cara di atas ini hanya sesuai untuk kawasan hemisfera utara sahaja. Untuk hemisfera selatan, caranya ialah seperti dalam rajah dibawah.

4.Dengan memggunakan kayu lurus (stick), Pacakan kayu itu secara menegak,dan tandakan dimanakan hujung bayang itu berada, kemudian tunggu 10 hingga 15 minit, kemudian tanda pula pada hujung bayang yang terakhir itu. Buat satu garisan lurus antara dua tanda tersebut dan anda telah dapat arah timur dan barat. Untuk mencari utara letakan kaki kiri anda pada tanda petama yang anda buat (barat), dan kaki  kanan anda pada tanda bayang terakhir yang ditanda (timur). Ok sekarang anda menghadap UTARA, lihat ganbar dibawah.



5.Dengan mencari bintang timur (north star-polaris), jika di hamisfera utara carilah bintang ini, Bintang ini dapat dikenali sebagai North star kerana ia yang paling terang bercahaya ' in handdle of little dipper'. jika lihat bintang ini,sekarang anda telah menghadap Utara. Lihat gambar dibawah.
6.Jika di hamisfera selatan, carilah bintang 'southern cross'.Bintang ini terbentuk dengan lima bintang dan empat yang paling terang yang membentuk cross. Yang paling bawah dari empat bintang yang membentuk cross itu ialah arah selatan, dan pasti anda tahu dinama arah utara.

7.Dengan melihat matahari terbit dari timur, dan 180 darjah (belakang anda) adalah arah barat,arah utara pula sebelah kiri anda.


8.Dengan melihat matahari terbenam ke barat, dan 180 darjah (belakang anda) adalah arah Timur,arah utara pula sebelah kanan anda.



9.Dengan melihat pergerakan awan,kebiasaannya ia akan bergerak dari barat ke timur (tidak berlaku disesetengah kawasan)



10.Dengan melihat pergerakan haiwan atau memerhati sarang burung yang lebih cenderung ke arah barat (+/-)



11.Dengan melihat tumbuhan yang menumpang (melilit) perhatikan dipenghujungnya (pucuk) yang lazimnya ke arah Timur



12.Dengan guna kompas jer...cari utara senangkan



13.Dengan menggunakan sistem GPS dan jam digital...carilah utara



14.Dengan mengetahui arah kiblat melalui bintang contoh gambar dibawah caranya carilah bintang rigel dan Bellatrix ia menunjukkan arah utara.


Teknik 15 (tambahan 24/09/2016)
>melihat bayang pada kayu, pacak kayu di tanah dikawasan lapang, jika pagi menuju tengahari , bayangan condong kearah barat, jika petang menuju malam, bayangan condong kearah timur. maka kita boleh cari arah utara.

Teknik 16 
>Melihat Masjid atau kuburan islam, pasti arah barat (mihrab), jika di luar negara lihat gereja atau kuburannya pasti menghadap arah barat, jadi anda pasti tahu arah utara

Teknik 17
>Guna jarum caranya mudah, gosokan jarum kepada magnet atau barang yang kering seperti kain sutera, rambut,batu atau besi. Ia bertujuan agar jarum berubah menjadi bermagnet, kemudian letakan jarum diatas daun dan diletakan pula dipermukaan air, dan terapung (rujuk gambar). hujung jarum pasti menunjuk arah utara atau selatan. 
Teknik 18
>Jika dimalam hari, carilah pokok yang agak terdedah kepada cahaya matahari, rasalah bahagian mana yang lebih panas, maka itulah arah barat. Jika sudah tahu mana barat dan timur pasti anda tahu arah utara. Harus periksa lebih dari 3 pokok keatas untuk kesahihan

Teknik 19
>Carilah pokok pandan yang terdedah kepada cahaya matahari, kebiasaan arah dauhnya adalah kearah timur. Harus periksa lebih dari 3 pokok keatas untuk kesahihan

Teknik 20 (tambahan 18/11/2020)
>Melihat banir pokok, yang paling tinggi dan besar kebiasaan mengarah ke Timur.

Teknik 21
>Melihat kepada garisan-garisan (kontor) pada pokok yang dipotong, yang paling rapat garisannya menuujukan arah timur

Teknik 22
>Melihat kepada dahan-dahan yang lebih menunjul dari dahan pokok yang lain. Itu menunjukan arah timur.

Teknik 23:
>Apabila melihat penghijrahan burung dari kawasan sejuk dari Hemisfera utara dan hamisfera selatan. negara china , jepun korea. Burung-burung ini akan terbang dari arah utara ke selatan, dan terbang semula dari Selatan ke Utara musim bunga/panas
NOTE: Untuk dapat arah utara bergantung kepada bulan-bulan tertentu burung ini akan berhijrah contoh bualan Oktober-November-Disember burung akan terbang dari utara ke selatan contoh kawasan Tanah Bencah Kuala Baram, Bulan Feb-Mac-April (kawasan Tanjung Tuan Negeri Sembilan), (Parit Jawa Johor) akan terbang semula dari selatan ke utara.

Teknik 24:
>Sungai, di Malaysia Kebanyakan sungai mengalir kearah selatan (utara malaysia adalah Thailand dataran tahah tinggi)


Hanya 24 arah utara sila taip diruangan komen tu. Sekarang anda semua dah membaca dan faham.Harap dapat sebarkan ilmu ini kepada kawan-kawan dan keluarga. Ia mungkin amat berguna pada masa atau waktu yang kita atau rakan ditimpa musibah dihutan Yang benar dari Allah dan yang salah dari saya, maaf jika ada kesilapan dalam penulisan saya. selamat membaca.

Penulisan dikemas kini pada 07122020 (1248)
sekian terima kasih
Lusuh Adventure
220309 1241
http://lusuh.multiply.com
(update 22032018)
(update 18112020)
Sam Lusuh
www.lusuh.com.my

(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

Thursday, September 8, 2016

12 KEGUNAAN BAG GALAS (BACKPACK) DISAAT KECEMASAN

Bag galas (backpack), adalat peralatan yang penting jika melakukan kegiatan lasak seperti pendakian gunung, merentas hutan dan sebagainya. Tugasyang kebiasaannya adalah untuk mengangkut barangan. Namun begitu ia juga boleh digunakan dengan berbagai cara disaat kecemasan melanda.

Terdapat 12 perkara yang saya akan konsikan dalam penulisan secara ringkas kegunaan lain bag galas (backpack ini).

1-Sebagai stretcher 
>Dengan mengabungkan beberapa bag, dan dimasukan pula kayu diantara dua bag tersebut. Rujuk gambar 1 yang diberikan

Gambar 1
2-Sebagai Pelampong
>Masukan daun kering dalam bag, dan mampatkan daun-daun tersebut hingga penuh keseluruhan bag. Rujuk gambar 2 yang diberikan

Gambar 2
3.Sebagai pakaiyan (jika cuaca sejuk)
>Cara ini untuk bag yang bersais besar 55 liter keatas, keluarkan semua barang dari bag dan sarung bag tersebut pada badan anda atau atau angota yang kesejukan.

4.Sebagai bahan bakar
>Kebanyakan bahan daripada bag ini boleh dibakar. Disaat kecemasan, koyakan sedikit bahagian bag yang tidak penting dan jadikan bahan bakar

5.Sebagai senjata (besi kerangka bag)
>Kebanyakan bag galas (backpack), ada disertakan besi sebagai
struktur kekuatan bag. Disaat kecemasan gunakan sebagai senjata atau sebagainya

6.Sebagai store makanan
>Untuk mengelakan dari dicuri atau dimakan haiwan (gantung, tanam atau sebagainya)

7.Sebagai bahan untuk ikatan
>Terdapat banyak tali-tali yang digunakan untuk kekuatan bag atau mengikat barang kepada bag, disaat kecemasan, potong tali ini dan gunakan mengikut kesesuaian contoh mengikat luka kecederaan, ikatan untuk kaki atau tangan patah.

8.Sebagai Perangkap haiwan kecil
>Dengan sedikit kereaviti, boleh jadikan bag galas sebagai perangkaphidupan kecil sebagai sumber makanan sementara.

9.SOS
>Bag galas yang berwarna terang amat berguna untuk menarik perhatian penyelamat jika berlaku sesuatu. dengan cara lambaiyan atau sebagainya,

10.Sebagai penakung air
>kreativiti amat penting untuk menjadikan bag galas sebagai penakung air. Ia boleh dilakukan kerana kebanyak bag yang berjenama meterial kain adalah kalis air.

11.Sebagai pengikat Rakit
>Susun buluh secara bertingkat, dan aturkan secara cermat dan baik, sedikit ikatan kayu dan tali diperlukan untuk menambah kekuatan rakit. Rujuk gambar 3 yang diberikan

Gambar 3
12. Sebagai pelindung dari angin
>Susun bag secara menegak, dan tongkat atau kukuhkan bag gunakan kayu atau tali. Rujuk gambar 4 yang diberikan

Gambar 4
Semoga mendapat munafaat dari apa yang saya catit dan kongsikan, semoga dapat dipraktik jika berlaku musibah yang tidak di jangka. Untuk peringatan gunakanlah bag galas yang asli agar disaat kecemasan ia dapat membantu keranakualitinya yang dicipta untuk lasak dan bukan seperti bag klon yang mudah rosak kerana material yang rendah.


Sekian terima kasih. 

Lusuh Adventure@loras
(Sam Lusuh)
www.lusuh.com.my
(Khamis 08092016)


(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampakebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

Monday, August 22, 2016

9 kebaikan guna dan tidur di dalam hammock (buai)

9 kebaikan guna dan tidur di dalam hammock (buai)


Add caption

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

Monday, May 2, 2016

Punca sampah dan cara mengatasinya




Punca sampah dan cara mengatasinya

Kenapakah  semenjak kebelakagan ini, isu sampah di tempat rekreasi kawasan air terjun, hutan simpan, gunung ganang dan hutan rimba menjadi masalah besar. Walaupun berbagai program perbersihan dianjurkan oleh pihak kerajaan,persatuan,kelab dan individu, namun masalah pembuangan sampah merata-rata tempat di pusat rekreasi seolah-olah tiada pengakhiranya.


Dalam pemerhatian saya ini adalah puncanya:
1.     Diri kita Sendiri yang kurang kesedaran tentang alam sekitar dan kepentinganya
2.    kita rasa nanti ada orang kutip sampah tu.. jika ada program konservasi nanti.
3.    Bukan halaman rumah atau kampung kita.
4.    Pengarah program yang gagal (menunjukan tauladan yang baik-isu sampah)
5.    Menganggap soal  sampah ini isu kecil (membakar sampah dan meninggalkannya)
6.    Alasan beg berat dan takut kotor
7.   Tidak mematuhi peraturan atau undang-undang yang tertulis di sesuatu kawasan rekreasi itu.

Ini pandagan saya untuk mengatasinya:
1. Tanamkan kesedaran kepertingan kebersihan alam sekitar dan kepentingannya kepada manusia, bermula dari sekolah tadika dan dilanjutkan lagi di rumah
2. Kesedaran yang tinggi yang perlu ada kepada penganjur program rekreasi gogo, guide atau jurulatih, mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan membawa keluar sampah selepas program.
3.  Untuk pendakian atau perjalanan yang terpaksa bermalam, diwajibkan memohon permit dan mengistiharkan jumlah angaran makanan berserta gambar (plastik dan tin) dibawa masuk dan anggaran sepatutnya dibawa keluar. Oleh itu dapat dipantau kumpulan mana yang melakukan kesalahan pembuagan sampah merata-rata.
4.   Dalam setiap program, wajibkan setiap peserta membawa plastic sampah untuk diri sendiri
5.  Melaksanakan hukuman yang lebih berat contoh kerja masyarakat atau denda 5 kali ganda daridenda yang telah di tetapkan oleh PBT atau Kerajaan jika melakukan kesalahan dikawasan rekreasi.
6. Hanya meraka yang mempunyai kepakaran dan lesen sahaja dibenarkan menganjurkan program rekreasi.
7.   Kuat kuasakan system seperti Taman-taman negara dan negeri dalam pengurusan sampah
8.   Di setiap tempat rekreasi yang popular atau tidak, lantik mereka yang bertanggungjawab atau yang berminat untuk menguruskan masalah sampah. Dengan adanya operator ini pembersihan dapat dilakukan dengan berkesan.
9.  Disetiap pusat rekreasi, pengunjung diwajibkan membayar deposit sampah dan membawa keluar setaip sampah yang dibuang. Selepas itu deposit akan dipulangkan
10.  Tempatkan pasukan penguatkuasa agar tindakan tegas dapat dilaksankan, contohnya saman
11. Pemasagan cctv di tempat rekreasi popular, agar dapat merakan gambar meraka yang melakukan pembuagan sampah secara melata, disamping itu dapat meningkantkan keselamatan pengunjung.
12.  Salinglah tegur menegur jika nampak kesalahan membuang sampah

Kesimpulan:


Ingatlah, hutan, sungai, gunung ganang bukan tempat buang sampah. Bawa keluar apa yang anda bawa masuk ok. Boleh tinggalkan tapak kaki , urine dan poo- poo jer.( baja takpa)..kesianlah kepada sukarelawan yang membersihkan sampah yang anda tinggalkan,
Meraka ini benar-benar pahlawah alam, pencinta alam.. dan kita jangan jadi tukang kotorkan.


Sam lusuh (02052015)

www.lusuh.com.my


(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

Friday, April 29, 2016

Mari berguru untuk rekreasi( agar dapat petunjuk yang betul)

As-salam...@hai...



Mari berguru untuk rekreasi

Dalam berekreasi marilah kita berilmu dan berguru. ia bertujuan agar anda dapat mempratikkan teknik yang benar dan betul. Guru pula ada beberapa jenis:

1. Guru yang mahir,berkelulusan, dan berpengalaman
2. Guru mahir dan berpengalaman
4. Guru mahir dan pakar di sesuatu kawasan
3. Guru muda yang mahir dan berkelulusan
bermula dari kecil 
Guru ini pula, terdapat 4 watak,
1.Suka bercerita dan berkongsi pengalaman (bukan niatnya hendak menunjuk2x)
2.pendiam dan dan akan menjawap soalan apabila dipinta sahaja.
3.yang hanya memilih orang tertentu yang berminat sahaja untuk dicurahkan ilmu
4. Dan terakhir tidak mahu berkongsi langsung pengalaman atau pengetahuanya.

     Sebagai guru yang baik, guru lama mesti belajar dari guru baru sesuatu ilmu yang baru, dan guru baru mesti korek ilmu dari guru yang lama, barulah cantik dunia rekreasi kita. Jangan sombong dan berlagak semuanya kita tahu buat dan akibatnya akan ketinggalan zaman. Bagi meraka yang baru mencebur diri dalam dunia rekreasi tindakkan anda memilih guru yang berkelayakan tidak akan merugikan anda, malahan amat membantu di masa hadapan.

   Jika anda oranag baru menceburi bidang rekreasi ini, cari guru/instructor yang baik@berilmu dan menjadikan anda pandai dalam dunia rekreasi. Kesilapan anda memilih guru/instructor yang tidak berkelayakan, akan menyebabkan kesalahan itu akan berterusan dan seterusnya terhadap pengikut atau kumpulan anda yang anda pimpin. jika Anda ada peluang menambah ilmu dengan mengikuti kursus2x rekreasi itu adalah yang terbaik.

     Belajarlah pada tahap yang tinggi adalah terbaik, tetapi jika tidak mampu melukannya, belajar yang asas sahaja agar tahu sedikit dari tidak tahu lansung. Ambil kursus-kursus asas seperti kejurulatiahan rekreasi, tali, First aid, Survival dan sebagainya mengikut minat dan kemampuan anda.
    Dalam dunia rekresi, Soal salah faham pasti akan berlaku, dan jika ia berlaku elakan provokasi, dan hanya dengan ilmu dan saling tegur menegur dan mengingati pasti dunia rekreasi bertambah ceria...

(Dikemaskini semula pada 01-12-2017)

Sam lusuh (24062016)

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : lusuhadventure@gmail.com
Click: www.wasap.my/601112207394/lusuhadventure. >>directwasap<<(untuk sebarang pertanyaan@if any inquiry)
Lusuh Adventure@LORAS
(outdoor gear camping shop>>kami menjual peralatan rekreasi dan sukan)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394

(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)