![]() |
| Add caption
Lusuh Adventure Online Camping Shop
LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)
|
Monday, August 22, 2016
9 kebaikan guna dan tidur di dalam hammock (buai)
9 kebaikan guna dan tidur di dalam hammock (buai)
Monday, May 2, 2016
Punca sampah dan cara mengatasinya
![]() |
Punca sampah dan cara mengatasinya
Kenapakah semenjak kebelakagan ini, isu sampah di tempat
rekreasi kawasan air terjun, hutan simpan, gunung ganang dan hutan rimba
menjadi masalah besar. Walaupun berbagai program perbersihan dianjurkan oleh
pihak kerajaan,persatuan,kelab dan individu, namun masalah pembuangan sampah merata-rata
tempat di pusat rekreasi seolah-olah tiada pengakhiranya.
Dalam pemerhatian saya ini adalah
puncanya:
1. Diri
kita Sendiri yang kurang kesedaran tentang alam sekitar dan kepentinganya
2. kita
rasa nanti ada orang kutip sampah tu.. jika ada program konservasi nanti.
3. Bukan
halaman rumah atau kampung kita.
4. Pengarah
program yang gagal (menunjukan tauladan yang baik-isu sampah)
5. Menganggap
soal sampah ini isu kecil (membakar
sampah dan meninggalkannya)
6. Alasan
beg berat dan takut kotor
7. Tidak mematuhi peraturan atau undang-undang yang tertulis di sesuatu kawasan rekreasi
itu.
Ini pandagan saya untuk mengatasinya:
1. Tanamkan
kesedaran kepertingan kebersihan alam sekitar dan kepentingannya kepada manusia,
bermula dari sekolah tadika dan dilanjutkan lagi di rumah
2. Kesedaran
yang tinggi yang perlu ada kepada penganjur program rekreasi gogo, guide atau jurulatih, mengenai
kepentingan menjaga kebersihan dan membawa keluar sampah selepas program.
3. Untuk
pendakian atau perjalanan yang terpaksa bermalam, diwajibkan memohon permit dan
mengistiharkan jumlah angaran makanan berserta gambar (plastik dan tin) dibawa
masuk dan anggaran sepatutnya dibawa keluar. Oleh itu dapat dipantau kumpulan
mana yang melakukan kesalahan pembuagan sampah merata-rata.
4. Dalam
setiap program, wajibkan setiap peserta membawa plastic sampah untuk diri
sendiri
5. Melaksanakan
hukuman yang lebih berat contoh kerja masyarakat atau denda 5 kali ganda daridenda yang telah di tetapkan oleh PBT atau Kerajaan jika melakukan kesalahan
dikawasan rekreasi.
6. Hanya
meraka yang mempunyai kepakaran dan lesen sahaja dibenarkan menganjurkan
program rekreasi.
7. Kuat
kuasakan system seperti Taman-taman negara dan negeri dalam pengurusan sampah
8. Di
setiap tempat rekreasi yang popular atau tidak, lantik mereka yang bertanggungjawab
atau yang berminat untuk menguruskan masalah sampah. Dengan adanya operator ini
pembersihan dapat dilakukan dengan berkesan.
9. Disetiap
pusat rekreasi, pengunjung diwajibkan membayar deposit sampah dan membawa
keluar setaip sampah yang dibuang. Selepas itu deposit akan dipulangkan
10. Tempatkan
pasukan penguatkuasa agar tindakan tegas dapat dilaksankan, contohnya saman
11. Pemasagan
cctv di tempat rekreasi popular, agar dapat merakan gambar meraka yang
melakukan pembuagan sampah secara melata, disamping itu dapat meningkantkan
keselamatan pengunjung.
12. Salinglah
tegur menegur jika nampak kesalahan membuang sampah
Kesimpulan:
Ingatlah,
hutan, sungai, gunung ganang bukan tempat buang sampah. Bawa keluar apa yang
anda bawa masuk ok. Boleh tinggalkan tapak kaki , urine dan poo- poo jer.( baja
takpa)..kesianlah kepada sukarelawan yang membersihkan sampah yang anda
tinggalkan,
Meraka ini benar-benar pahlawah alam, pencinta alam.. dan kita jangan jadi
tukang kotorkan.
Sam lusuh (02052015)
www.lusuh.com.my
(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
Lusuh Adventure Online Camping Shop
LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)
Friday, April 29, 2016
Mari berguru untuk rekreasi( agar dapat petunjuk yang betul)
As-salam...@hai...
(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
Mari berguru untuk rekreasi
Dalam berekreasi marilah kita berilmu dan
berguru. ia bertujuan agar anda dapat mempratikkan teknik yang benar dan betul. Guru pula ada beberapa jenis:
1. Guru yang mahir,berkelulusan, dan berpengalaman
2. Guru mahir dan berpengalaman
4. Guru mahir dan pakar di sesuatu kawasan
3. Guru muda yang mahir dan berkelulusan
Guru ini pula, terdapat 4 watak,
1.Suka bercerita dan berkongsi pengalaman
(bukan niatnya hendak menunjuk2x)
2.pendiam dan dan akan menjawap soalan apabila
dipinta sahaja.
3.yang hanya memilih orang tertentu yang
berminat sahaja untuk dicurahkan ilmu
4. Dan terakhir tidak mahu berkongsi langsung
pengalaman atau pengetahuanya.
Sebagai guru yang baik, guru lama mesti
belajar dari guru baru sesuatu ilmu yang baru, dan guru baru mesti korek ilmu dari
guru yang lama, barulah cantik dunia rekreasi kita. Jangan sombong dan berlagak semuanya kita tahu buat dan akibatnya akan ketinggalan zaman. Bagi meraka yang baru mencebur diri dalam dunia rekreasi tindakkan anda memilih guru yang berkelayakan tidak akan merugikan anda, malahan amat membantu di masa hadapan.
Jika anda oranag baru menceburi bidang rekreasi ini,
cari guru/instructor yang baik@berilmu dan menjadikan anda pandai dalam dunia rekreasi. Kesilapan
anda memilih guru/instructor yang tidak berkelayakan, akan menyebabkan kesalahan itu akan berterusan dan seterusnya terhadap pengikut
atau kumpulan anda yang anda pimpin. jika Anda ada peluang menambah ilmu dengan mengikuti
kursus2x rekreasi itu adalah yang terbaik.
Belajarlah pada tahap yang tinggi adalah terbaik, tetapi jika tidak mampu melukannya, belajar yang asas sahaja agar tahu sedikit dari tidak tahu lansung. Ambil kursus-kursus asas seperti kejurulatiahan rekreasi, tali, First aid, Survival dan sebagainya mengikut minat dan kemampuan anda.
Belajarlah pada tahap yang tinggi adalah terbaik, tetapi jika tidak mampu melukannya, belajar yang asas sahaja agar tahu sedikit dari tidak tahu lansung. Ambil kursus-kursus asas seperti kejurulatiahan rekreasi, tali, First aid, Survival dan sebagainya mengikut minat dan kemampuan anda.
Dalam dunia rekresi, Soal salah faham pasti
akan berlaku, dan jika ia berlaku elakan provokasi, dan hanya dengan ilmu dan
saling tegur menegur dan mengingati pasti dunia rekreasi bertambah ceria...
(Dikemaskini semula pada 01-12-2017)
Sam lusuh (24062016)
Sam lusuh (24062016)
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : lusuhadventure@gmail.com
Click: www.wasap.my/601112207394/lusuhadventure. >>directwasap<<(untuk sebarang pertanyaan@if any inquiry)
Lusuh Adventure@LORAS
(outdoor gear camping shop>>kami menjual peralatan rekreasi dan sukan)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
Lusuh Adventure Online Camping Shop
LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)
Friday, July 24, 2015
kepala air (ibu air) Kenali punca, cara mengesan dan menyelamat diri
Maksub
ibu air atau kepala air ialah lipahan air yang besar yang membanjiri sungai dan
berlaku dengan tiba-tiba. dan pantas (ini kefahaman lusush).Jika dirujuk kepada
kamus dewan edisi empat pula , ia bermaksud "permulaan atau penghabisan
air bah, lidah air." Fenomena ini berlaku diseluruh dunia dan kadangkala
meragut banyak nyawa. Walaupun tiada angka tetap mengenai jumlah kematian
akibat musibah ini yang direkodkan namun jika dilihat dilaporan akbar ada
sahaja kisah kematian kerana terajedi ini berlaku. Yang terbaru ialah kematian
3 pelajar UTar yang lemas akibat dihanyutkan air deras sewaktu mandi di sungai
yang berlaku di perak. Disini lusuh akan catitkan 'punca, cara mengesan, teknik
menyelamat jika berlaku kepala air (ibu air) agar menjadi panduan semua.
Punca atau sumber kepala air:
1.Hujan dihulu sungai dengan kadar luar biasa, akibat daripada itu itu
akar pokok tidak dapat memainkan peranan menahan air untuk diserap kedalam
tanah maka ia terus melimpah dan masuk kesungai dengan banyak.
2.Berlaku tanah runtuh akibat pembalakan atau semulajadi, pokok-pokok
yang dipotong dibiarkan atau runtuhan semulajadi menumbangkan pokok dan ini
akan menghasilkan empagan-empagan kecil yang menakung air. Kesannya, jika ia
tidak dapat menahan tekanan untuk menakung air ia akan pecah dan berlakulah
limpahan air yang besar.
3.Hujan dikawasan tanah tinggi (gunung)lebih dari kebiasaan, walaupun
akar pokok memperlahankan proses air mengalir kesungai namun jika hujan berlaku
lebat dan lama, maka air akan melimpah masuk kesungai dengan kadar yang banyak
dan laju.
4.Jika berlaku empagan pecah dan gempa bumi (jarang berlaku).
Cara mengesan jika dijangka akan berlaku.
1. Jika anda
mandi disatu kawasan sungai atau air terjun (terutama musim hujan), lihatlah
sekeliling kawasan cuba
cari sebarang tanda yang menunjukan paras air yang melimpah dikawasan tersebut.
Selepas itu buatlah suatu tanda aras selamat contoh mengguna kayu atau batu
sebagai penunjuk samada air naik atau tidak.
2.Dengan melihat perubahan kepada warna air dan arus yang mengalir, jika air
bertukar warna dari jernih menjadi keruh juga arus bertampah kuat lebih baik
anda naik.
3.Kadangkala air tidak menjadi terus keruh, tetapi perubahan kepada deras air
akan berlaku. Jika anda merasakan tekanan kepada kaki, seperti
tengelamnya ia didasar sungai (akibat pasir )maka naiklah kedarat .
4.Dengan melihat kearah hulu sungai atau puncak atau lembah pergunungan,
lihatlah pergerakan awan, jika mendung kemudian keputihan (bermakna hujan) maka
buatlah penilayan anda sendiri samada selamat atau tidak untuk beriadah
disungai.
Apa patut buat jika ia berlaku(menyelamatkan diri):
1-Jika sedang
berenang atau berkhemah,carilah kawasan yang selamat terbaik dikawasan tinggi
dan jauh dari sungai.
2-Jika sedang melintas sungai kerana 'treakking', secara berkumpulan
bantulah rakan yang berada ditengah-tengah untuk melintas secepat mungkin, yang
belum melitas berpatah balik dan carilah tempat selamat contoh berlari naik
kekawasan tinggi atau memanjat pokok yang difikirkan selamat (besar)
3-Andai kata tidak bernasib baik, berpautlah pada pokok, ranting atau apa saja
dan bertawakalah atau ikut sahaja arus itu dan cari peluang untuk berenang
ketepi.
4-Jika ada mangsa yang boleh diselamatkan, gunakanlah tali atau kayu untuk
menolong meraka ketempat selamat. Jangan berenang untuk menolong kerana sangat
merbahaya. Ini disebabkan jika kepala air berlaku, kebiasan ia kan membawa sekali kayu
atau pokok yang tumbang batu dan pasir dan ini akan megakibatkan kecederaan
yang teruk jika terkena.
5-Yang terakhir mintalah bantuan pasukan penyelamat contoh SMART,JPAM atau tunggu
sahaja keadaan pulih kepada asal dan carilah jalan keluar.
Pengalaman lusuh menghadapi sendiri dua peristiwa berlakunya kepala air:
Pertama berlaku di Gunung Ledang pada tahun 1988, semasa itu menjadi
fasalitator untuk satu program perkhemahan untuk remaja peringkat negeri Johor.
Dihari kejadian berlaku hujan yang amat lebat dan lama. Oleh kerana itu program
terpaksa di tunda. Sedang lusuh terlena, terasa sesuatu bergegar dikemsite dan
apabila lusuh pandang kearah sungai, lusuh amat terkejut kerana melihat air
bergulung-gulung mengalir deras. Kekuatannya hingga boleh mengegarkan kemsite
kami. Tapi kami bersyukur kerana semua peserta selamat. Selepas 1jam ia
berlaku, datang pasukan penyelamat (Bomba) kerana diceritakan ramai orang
terperangkan di bahagian atas (kolam puteri).
Keduanya berlaku di Air Terjun Lepor Hulu Langat . Berlaku pada tahun 2000 atau
2001. Masa ini Lusuh meneman kawan menjadi guide untuk satu kumpulan dari
kelang dan Shah Alam. Kejadian kepala ini berlaku diwaktu petang dan selepas
hujan yang agak lama dari pagi hingga ke petang. Kejadian berlaku dengan
pantas, tetapi bersyukur semuanya selamat. Lihatlah gambar dibawah untuk
melihat betapa kuatnya jika kepala air berlaku.
Keindahan Air Terjun Lepor sebelum berlaku kepala
air
Air mula
keroh dan air mulai deras...
Ia mula bertambah kuat.......
dan
bertambah kuat dan kuat lagi............
Sekian sahaja
yang dapat lusuh catitkan semoga kita mendapat
sedikit ilmu darinya. Jika anda pergi mandi kesungai
atau berkhemah di tepi sungai, berkhelah atau sebagainya, sentiasalah
berhati-hati agar pergi dan balik anda dalam keadaan ceria selalu.
terima kasih.
Lusuh Adventure
241109 0858
(dikemaskini semula pada 24 julai 2015...10.35am)
http://lusuh adventure.blogspot.com
website:www.lusuh.com.my
http://lusuh.multiply.com
(bahan penulisan
adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
Lusuh Adventure Online Camping Shop
LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)
kebaikan dan kepentingan mengunakan tongkat (walking stick/trekking poles)
As-salam...@hai...
Teknik penggunaan tongkat/trekking pole
kebaikan dan kepentingan mengunakan tongkat (walking stick/trekking poles)
Ramai orang menganggap pengunaan tongkat ini jika beriadah sesuatu yang leceh, membazir, banyak buang tenaga, tidak manco dan sebagainya. Tetapi tahukah anda bahawa pengunaan tongkat sewaktu beriadah amatlah baik untuk kesihatan dan keselamatan diri untuk jangkamasa panjang. Memang benar ada orang berkata pengunaan tongkat akan menyebabkan pengunaan tenaga yang lebih, tetapi kajian sains menunjukan sebaliknya.
Satu kajian sainstifik yang dijalankan di James Madison Universiti di Virginia Amerika Syarikat, mendapati:
- Meraka yang menggunakan tongkat jika beriadah (outing), akan meningkatkan kadar degupan jantung dan akan membakar dengan banyaknya kalories dalam badan.
- Meraka mendapati paru-paru (lung) bertambah baik funsinya dan meningkatkan taraf kesihatan seseorang tampa merasa/sedar keupayaan itu.
- Pengunaan tongkat akan mengurangkan tekanan pada lutut terutama jika turun dari bukit dan kita boleh berjalan lebih jauh lagi dengan selesa.
kepentingannya: kenapa perlu dibawa (guna)
1. Untuk membantu keseimbagan badan contohnya ketika melintasi sungai yang kecil atau deras, Dilereng bukit, melintasi kawasan berbatu yang tidak rata, jika membawa barangan yang berat dan ketika berihat sebentar dikawasan yang tidak rata.
2.Untuk membantu/meningkat kecekapan anda contohnya untuk melangkah melintasi pokok yang tumbang, atau batu dilaluan (trek) dan sebagai penahan mengelak dari jatuh.
3.Untuk mengurangkan tekanan terhadap belakang badan dan lutut kaki.kesanya ialah memberi tenaga tambahan dan keseimbangan ketika mendaki,mengurangkan tekanan terhadap lutut apabila menuruni bukit. Beban tekanan yang ditanggung dibadan dan punggung dapat dikurangkan.
4.Kegunaan lain tongkat ini ialah sebagai senjata ketika kecemasan, sebagai alat untuk sandarkan bag galas (agar berdiri), sebagai pemegang/berpaut jika rehat sekejap (tidak letak bag) dan juga berfungsi sebagai alat untuk membersihkan jika terdapat halagan di laluan.
5.Sebagai tiang untuk khemah@flysheet dan tripot kamera
Teknik penggunaan tongkat/trekking pole
Sila lihat gambar untuk memahaminya agar anda tidak melakukan kesilapan jika menggunakanya.
gambar pertama, ialah bagaimana mendapat ukuran yang tepat melaras tongkat berdasarkan ketinggian anda.(update 24/07/2015)
Pelarasan tongkat mengikut bentuk muka bumi.
Teknik memegang tongkat mengikut bentuk muka bumi.
Setiap kebaikan ada kekuranganya iaitu:
- Ada yang berharga sangat mahal
- Kesukaran mencari alat ganti
- Menjadi gangguan ketika terpaksa mendaki menggunakan tangan (masa itu sahaja)
- Tidak boleh simpan dalam beg (bagi tongkat yang tidak boleh laras)
- Patah atau rosak jika tidak menggunakan dengan betul.
Namun begitu jika kita perhatikan antara kebaikan dan keburukan, untuk jangka masa panjang dan berdasar fakta sains, bertongkatlah amat baik dan digalakkan jika beriadah (outing). Masa sekarang (muda) kita mugkin tidak rasa sakit atau ada sebarang masalah, tetapi berfikirlah jika masa tua nanti.Jika kita melihat dinegara maju, sesetengahnya walaupun berjogging pun memggunakan tongkat.
Lusuh telah catitkan kebaikan,kepentingan dan kekurangan pengunaan tongkat jika berekeriasi, terpulang kepada anda untuk menilaikanya. Mengenai pengunaan tongkat ini, gunakanlah apa saja yang boleh, dari kayu atau rotan pun boleh, dari yang moden pun boleh seperti tongkat berjenama Leki, Black Diamond, Hammers, Mountain Trail (mahal),Telescopic, Better,Coleman (murah).
Jika mencari trekking pole klik link dibawah:
Sekian sahaja dari saya semoga kita mendapat sedikit ilmu darinya.
terima kasih.
Lusuh Adventure@loras
301109 1229
(dikemaskini semula pada 24 julai 2015 10.00am)
(segala gambar dirujuk daripada internet)
(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
Lusuh Adventure Online Camping Shop
LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)
Teknik atau cara menggunakan kompas pada peta (asas) bahagian kedua
As-salam...@hai...
(penulisan ini adalah sambungan daripada 'Sejarah kompas dan teknik menggunakan kompas dengan betul (asas)-bahagian pertama')
(penulisan ini adalah sambungan daripada 'Sejarah kompas dan teknik menggunakan kompas dengan betul (asas)-bahagian pertama')
Peta (map)
Sebelum kita teruskan cerita cara menggunakan kompas pada peta, mari kita
itu mari kita lihat apa itu peta ?. Ia ialah lukisan diatas kertas atau 'soft
copy' gambaran tanah yang diambil dari udara. Ia melalui proses gambar udara
yang disatukan dengan maklumat-maklumat yang tepat dan sukatan yang tertentu.
Peta mengandugi maklumat keadaan permukaan muka bumi
Tujuan membaca peta
1. Supaya dapat mencari jalan di merata-rata tempat dan mengenali rupa bentuk
tanah dan peta
2. Agar dapat memahami keterangan yang terdapat dalam peta
3. Supaya dapat menolong dengan pantas dan tepat dalam memnyampai maklumat
memgenai pergerakan dan kedudukan.
Jenis-jenis peta
-Peta jalan
-Peta bandar
-Peta pemerintah
-Peta fizikal
-Peta Topografi
Teknik asas menggunakan kompas dan peta
Pertama sekali ialah memastikan kemanakah yang hendak anda pergi.(arah yang
hendak ditujui).Ikuti segala prosudure yang telah ditetapkan contoh:
(a) perhatikan di peta anda dimanakan arah utara
(b) Fahami sedikit bentuk muka bumi yang yang anda akan lalui,
(c) Merangcang untuk memudahkan untuk sampai ke distinasi.
Sebelum itu kita lihat kembali kompas dan fungsinya, lihat gambar 1 dibawah:
Gambar 1
Langkah Pertama:
1.Letakan kompas anda dipeta, tandakan tempat yang hendak ditujui, berdasar
bering yang diberi atau melalui pandangan (ingatan) sahaja, buat satu garisan
di peta (jika perlu). Selarikan kompas anda dengan garisan yang anda buat
dipeta contoh 'point A' ke 'point B'. peta) rujuk gambar 2 dibawah.
Gambar 2
2.kedudukan anda ialah di 'point A' jangan silap, lebih baik lukis 'arrow'
(jika perlu) pada garisan untuk menuju ke 'point B'.
3.Dari 'point A' anda boleh menentukan jarak ke'point B', menggunakan skala
pada kompas anda atau berdasar grid yang diberi pada peta (jika ada).
Langkah Kedua:
1.Kukuhkan kedudukan kompas diatas peta agar "base plate" kompas
tidak lari kedudukan
2.Pusingkan "rotating capsule"@"kompas housing",sehingga
penunjuk Utara dan selatan di bahagian atas "rotating
capsule"@"kompas housing" sama arah dengan garisan arah Utara di
peta. Rujuk gambar 3 dibawah.
Gambar 3
3.pastikan kedudukan anak panah dibahagian bawah
"capsule point" sama arahnya dengan arah utara didalam peta. Anda
bualah sedikit pembetulan untuk ketepatan jika perlu.
Langkah Ketiga:
1.Pegang kompas ditangan anda dan fokuskan dihadapan
anda.Pastikan"base plate" dalam keadaan rata ditangan anda dan arah
anak panah lurus dan menunjukan tempat yang ditujui.rujuk gambar 4 dibawah.
Gambar 4
2.Pusing badan anda dan sehingga utara dan selatan
dibahagian atas "capsul" sebaris atau selari dengan jarum magnatik
dan warna penanda merah dibahagian bawah jarum kompas adalah sama arah dengan
anak panah.
3.kini arah anak panah pada "base plate" akan
terarah ketempat yang anda hendak pergi
Perhatian untuk semua:
Perhatian satu: Sekarang
anda telah fokuskan tempat yang anda hendak pergi. Anda kena pastikan "bering" yang betul agar tidak tersasar. Dihadapan anda mungkin terdapat halangan contoh
paya, kawasan merbahaya dan sebagainya. Jadi untuk mengatasi perkara ini, anda
kena "marking" sesuatu objek dihadapan anda contoh pokok atau apa
saja, diseberang tempat bahaya yang anda elakan. kemudian pergilah ketempat
yang anda "marking" tadi. contoh 1 lihat gambar 5 dibawah:
Contoh 1 (gambar 5)
Contoh 2, pula menggunakan teknik bering 90 darjah, katakan
anda diberi susut 50 darjah untuk ke tempat yang hendak ditujui. tetapi
dihadapan anda ada halagan.ok, untuk mengatasi masalah ialah dari point
anda berada, buat satu bering baru iaitu 90 darjah bermakna arah belok itu
ialah 50 d + 90 d =140 darjah, dan berjalanlah disamping mengira jumlah langkah
anda untuk melepasi sesuatu halangan itu. setelah yakin telah lepas kawasan
bahaya itu, kembali semula pada bering 50 darjah disepanjang sempadan
halangan.setelah pasti halangan lepas, kembali pula pada menggunakan bering 90
darjah. Untuk kembali kepada perjalanan asal gunakan 'back bering' iaitu 140 d
+ 180 d = 320 darjah. Perhatian ingat semula jumlah langkah anda contoh 100
langkath atau 200 langkah kaki , dan pasti anda akan tiba tempat yang ditujui.
Rujuk gambar 6 dibawah:
contoh 3, ialah menggunakan tanda di peta. Apabila
terdapat halangan perhatikan peta untuk mencari arah memesong. Tentukan ada dua
tanda panduan dipeta dan ditanah yang didapati di sepanjang perjalanan. Satu
sebelum halangan dan satu lagi selepas halangan. Semasa tiba awal dihalangan
ambil bering tanda pertama dan berjalan kearah tanda panduan tersebut. apabila
tiba di tempat ditujui bering pula ketanda panduan kedua selepas halangan dan
terus berjalan kesitu. Rujuk gambar 7.
Contoh 3 (gambar 7)
Perhatian dua, semasa anda
berjalan atau berlari kekawasan yang ditujui, kemungkinan kompas
"capsul", secara tidak sengaja terpusing. oleh itu periksa selalu
dari masa kesemasa agar anda tidak tersasar
Perhatian tiga: Ingat semua perbezaan diantara
jarum magnetik yang pastinya akan menunjuk arah utara dan "derection
arrow" (anak panah penunjuk kompas) yang akan menujukan arah yang hendak
ditujui.
Ok
cukup disini yang dapat lusuh ceritakan perkara asas dalam pengunaan kompas di
peta.Jika ada kesalahan sila tegur ok. Jika anda hendah lebih ilmu lagi pasal
kompas ini,ambil kursus mengenainya.
Lusuh Adventure
210409 2043
(di kemaskini semula pada 24 julai 2015 9.00am)
http://lusuhadventure.blogspot.com
website: www.lusuh.com.my
http://lusuh.multiply.com
(bahan penulisan
adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
Lusuh Adventure Online Camping Shop
LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)
Subscribe to:
Posts (Atom)






















