Tuesday, October 28, 2014

Sejarah kompas dan teknik menggunakan kompas dengan betul (asas)-Bahagian pertama


Sejarah awal kompas ialah ia telah dicipta secara sainstifik dizaman dinasti song di negeri China pada abad ke sebelas.Namun begitu terdapat catatan sejarah ia telah dicipta lebih awal iaitu pada abad ke empat berdasarkan sastera kuno cina dalam buku 'Book of the Devil Valley Master' .Pengunaan kompas oleh pelayar  eropah hanyalah pada 1300 masihi. Tujuan sebenar kompas dicipta ialah sebagai alat bantuan ahli pelayaran untuk mendapat arah sebenar di muka bumi. Pengunaan kompas penting bagi ahli pelayaran ia adalah alat paling tepat untuk memunjukkan arah di muka bumi. Secara asasnya, kompas diperbuat daripada sebatang jarum untuk menunjukkan arah utara magnet berdasarkan sebuah planet magnetosfera. Jarum yang bebas akan dengan sendiri menunjukkan arah Utara dan peta mestilah dikoordinasikan dengan kompas tersebut.



Setelah anda tahu sejarah kompas, kita lihat pula jenis-jenis kompas  idan gambarnya. Ia digunakan sejak zaman berzaman sehingga lahirnya kompas yang moden (jenis prismatik dan biasa), jenis kompas tersebut ialah kompas pelaut, kompas gegasing, kompas falak dan kompas moden berasaskan cecair ,magnet dan teknologi GPS lihat gambar dibawah:




Kebaikan dan kekurangannya:Kebaikan:

1.Kompas boleh digunakan sebagai penyelang (protector) bagi tujuan menyukat sudut(bering)

2.Jarum Utaranya cepat dan mudah berhenti3.Ringan dan mudah dibawa dan digunakan.

Keburukan:

1.Kompas hanya dapat sudut hampir ke 1.4 darjah sahaja (25 mills)



Kegunaan Kompas:

1.Mencari arah Utara2.Menentukan kedudukan peta3.Menyukat bering (sudut)

Teknik menggunakan kompas:
Perkara pertama ,apabila mahu menggunakan kompas ialah belajar mencari arah utara, selatan,barat dan timur juga arah lain seperti barat daya dan lain-lain. Namun arah Utara yang paling penting.
Pada kompas terdapar jarum yang diwarnakan merah dan putih, Jarum kompas yang berwarna merah  hendaklah sentiasa menunjukan arah utara (jika kompas jarum kompas anda (warna merah) tidak menunjukan arah utara, adnda harus 'adjust' agar keUtara.Secara asas kompas memgandungi 16 petujuk mata angin,lihat gambar dibawah:




UTL-Utara Timur Laut

TTL-Timur Timur laut

TT- Timur Tenggara
ST-Selatan Tenggara
UBL-Utara Barat Daya
BBL-Barat Barat Laut
BBD-Barat Barat Daya
SBD-Selatan Barat Daya 

Perkara kedua ialah memahami bahagian-bahagian kompas contoh seperti 2 gambar dibawah. Untuk penulisan ini rencana ini saya menggunakan kompas silva jenis 4 kompas. lensatic (ada juga kompas yang lagi simple dan mudah difahami)




1-Anak panah menunjukkan arah
2-Jarum Kompas
3-Skala
4-Kanta 
Pembesar
5-Penjangka (roamer)
6.Penunjuk arah perjalanan
7.Tapak kompas (Base plate)
8-Bacaan Bearing (sudut)    
9-Garisan penimur grid  
10-Piring kompas (compass Housing) 
               
          
Marching Lensatic Compas

Perkara ketiga harus mengetahui memgenai 'bering' (sudut). Bering ialah kedudukan yang diukur mengikut perjalanan jarum jam dari satu garisan kebisaannya Utara dengan menyelang atau kompas kegarisan yang ditetapkan. Ia menjadi panduan kedudukan sesuatu tempat.Bering dinyatakan dengan angka contoh 250 d 50 ' 35".




Perkara keempat harus mengetahui cara memegang,meletak dan melaraskan kompas. Contoh lihat gambar dibawah:



Cara satu:

-Jika mengunakan kompas seperti diatas, masukkan jari anda ke "thumb loop", kemudian susun jari anda seperti gambar diatas. -Jika anda telah mendapat arah yang hendah ditujui, dan hendaklah 'mark' tempat berkenaan, cara memegang kompas sepert diatas, ibu jari dimasukan ke "thumb loop", kemudian susunjari anda seperti diatas. 

-Jika kompas jenis Silza atau sejenisnya, cara memegangnya seperti yang ditunjukan cara memegang seperti diatas.


-Teknik lain ialah:

1>meletakan kompas ditapak tangan dan luruskan/ratakan permukaan tangan

2>Meletakan kompas ditempat yang rata


Sekian sahaja yang dapat lusuh buat untuk pengatahuan kita semua. ini baru part 1, ia ada part 2, iaitu teknik pengunaan kompas pada peta



sekian terima kasih:

Lusuh Adventure050409 2210
(telah dikemaskini di blog LA pada 28102014 jam 1509)

(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)





Tuesday, July 8, 2014

Punca kemalangan air (lemas),langkah menyelamat dan cara mengatasinya

As-salam...@hai...

Punca kemalangan air (lemas),langkah menyelamat dan cara mengatasinya

Sukan air adalah antara sukan yang digemari. Aktiviti berenang, berkayak, berakit dan lain memang popular. Tetapi kita kadangkala lupa kepada aspek keselamatan dan tidak mengambil berat tentangnya atau megetahui tetapi ambil tak kisah. Jika kita berpegang kepada peraturan kemungkinan kemalagan dapat dielak terhadap anak, keluarga dan rakan. Lusuh akan catitikan secara ringkas punca kemalagan air (lemas) dan langkah menyelamat agar menjadi panduan kepada semua.

Punca kemalagan air:

1. Kurang pengawasan (penganjur atau ibubapa) terhadap terhadap anak atau peserta yang bermain di air. Terbaik ialah beritahu kawasan-kawasan yang bahaya dan elakkan.

2. Tidak tahu atau kurang kebolehan untuk menyelamat orang lemas

3. Tidak mematuhi peraturan yang telah dinyatakan

4. Kurang pengatahuan tentang aktiviti atau sukan air yang disetai (langkah keselamatan untuk melepaskan diri) jika musibah berlaku contoh berkayak

5. kurang kemahiran/pengalaman dari segi teknik dan pengendalian sukan yang disertai.

6. Cemas@kelamkabut (panik), bila panik musibah mudah berlaku, sebaiknya tenteramkan diri agar panik hilang

7. Kekejagan otot, kebisaan berlaku apabila berenang; ia disebabkan pengunaan tenaga yang berlebihan dan sejuk. Jika berlaku tahan sakit apungkan diri dengan tangan dan berenanglah ketebing. Teknik lain ialah jika berlaki dikaki, bongkokan badan ke hadapan, bahagian muka menghadap kebawah air, tarik nafas dan tarik kaki kearah atas sambil mengurut kaki itu. Jika otot perut, tarik otot itu dengan menukarkan kedudukan badan.

8. Pengaruh bahan yang memabuk dan menghayalkan (dadah, arak dan lain-lain)

9. Ombak yang besar- jika boleh elakan.

10. Arus sungai atau laut yang kuat/deras

11. Akibat dari terkena hidupan air yang berbisa.

12. Tidak pandai berenang atau kurang mahir (penggunaan life jacket amat digalakan)

13. Berenang ditempat yang merbahaya.

Langkah menyelamat
Sebelum tugas menyelamat dilakukan empat prisip ini harus diberi perhatian:

*Mengekalkan wujudnya kecemasan

*Menilai keadaan, kemampuan dan cara

*Tindakan menyelamat

*Rawatan kecemasan dan tindakan susulan

Terdapat lima cara yang biasa digunakan untuk menyelamatkan orang lemas, tetapi ia bergantung juga kepada setausi dan kesesuaian untuk menyelamat. Harus ingat orang yang lemas itu amat panik dan jika tersilap cara anda sekali akan manjadi mangsa. Oleh itu fikirkan keselamatan diri dahulu, kemudian baru pergi menyelamat

Cara pertama: Capaian - gunakan tangan atau kayu hulurkan kepada mangsa jika jarak tidak jauh


Cara kedua: Harungan - berlaku jika air cetek dan boleh pergi ke mangsa

Cara ketiga: Lontaran - gunakan tali dan lontar, agar dapat dipegang oleh mangsa dan kita boleh tarik atau lontarkan apa saja objek yang boleh terapung.

Cara keempat: Kayuhan - gunakan perahu atau kayak untuk menyelamat

Cara kelima: Renang - Jika sudah tiada cara lain, renang untuk menyelamat dilakukan. Untuk itu pastikan anda cekap berenang dan yakin untuk melakukan.

Cara untuk mengatasi:
1. Belajar berenang (jika boleh dari yang bertauliah)

2. Patuhi peraturan-peraturan yang telah ditulis ditempat berenang

3. Jangan bermain air terlalu lama (letih)

4. Jangan berenang bersendirian tampa ada teman

5. Ketahui had kemampuan diri masing-masing

6. Jika melakukan penerjunan, lakukan ditempat air yang dalam dan selamat

7. Jangan berenang ditempat penerjunan sedang dilakukan

8. Jangan berpura-pura lemas, dan meminta pertolongan

9. Jika melibatkan diri dengan sukan air, pelajarilah dari meraka (jurulatih) yang bertauliah

10. Pelajari teknik-teknik menyelamat

11. Jika nak berenang juga tetapi tidak tahu atau yakin gunakanlan "live jacket"
yang diakui selamat dan ketahananya.

Ok, setakat tu sahaja, yang dapat lusuh catitkan dalam artikel ini.Semoga apa yang dicatit akan menjadi panduan yang berguna untuk  kita semua.

terima kasih.
Lusuh Adventure
200809 1204

(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

rujukan: Keselamatan di air (nota level 3)




(update semula 080714...8.37am)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)


Monday, December 16, 2013


kenapa kena guna bag galas (backpack) berkualiti (Biar gambar berbicara)

Setiap peminat rekreasi luar tentu akan berbicara mengenai perkara diatas, tetapi berapa ramai yang benar-benar mengikutinya. Mari kita lihat dari gambar-gambar yang akan dipaparkan di bawah, yang akan menceritakan topic diatas, lusuh akan menunjukan gambar-gambar dari bag galas koleksi lusuh sendiri sebagai rujukan:





Digunakan dari tahun 1999 hingga sekarang (2013).....14 tahun
(tidak pernah menimbukan masalah)



Digunakan dari tahun 2006 hingga sekarang (2013)...7 tahun (terdapat sikit kerosakan bila dijahit berfungsi semula)



Digunakan dari tahun 1998 hingga sekarang (2013).....15 tahun

(yang tanggal jenama (bukan jahit) dan getah (grip) longar sikit)



Digunakan dari tahun 2000 hingga sekarang (2013).....13 tahun

(Water bag-yang tanggal jenama (bukan jahit)

Setelah anda melihat gambar, apa penilaiyan anda? adakah mahu yang asli@berkualiti atau masih lagi dengan takuk pemikiran lama. Ingatlah tujuan bag galas ini adalah untuk memudahkan pergerakan anda bukan menyusahkan.


Penjagaan Beg galas
Penjagaan yang rapi dan baik membantu memanjangkan jangkamasa hayat beg galas anda, jika bag mahal macam mana sekalipun jika tidak dijaga akan rosak, jadi rujuk gambar dibawah untuk menjaga kebersihan bag.


Penyusunan barang dalam bag
Penyusunan barang yang betul juga salah satu faktor penting dalam penjagaan bag galas anda. Susunan yang betul membutkan anda selesa dan jangkahayat bag bertambah. rujuk ganbar dibawah:


Semuanya telah dijelaskan, dan terserahlah kepada anda membuat pilihahan,. Untuk kita berekreasi , biarlah peralatan yang dibawa adalah terbaik dan sangat membantu dan bukanya akan menyusahkan. Barangan berkualiti bukan semestinya berjenama dan popular, tetapi yang tidak berjenama dan popular kadangkala sama sahaja kualitinya dan tanyalah meraka yang berpengalaman sewaktu membeli barang. Buatlah pilihan terbaik dan elakan membeli barangan "TIRUAN".


Sekian terima kasih, lusuh berharap kita semua mendapat ilmu dari artikel yang dihasilkan.


terima kasih.

Lusuh Adventure
16122013  11.11am
www.lusuh.com.my
1.(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
2.(Gambar adalah bersumber pesendirian dan internet)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)






Wednesday, October 23, 2013

Teknik mengenali jenis haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselamatan dalam rekreasi


Teknik mengenali jenis haiwan melalui tapak kaki dan langkah keselamatan dalam rekreasi 


Kita sering kali masuk dan keluar hutan, mendaki gunung dan sungai untuk menikmati keindahan alam yang yang di cipta oleh yang maha esa. Didalam perjalanan itu, kita mungkin melalui pengalaman terlihat binatang liar atau melihat kesan-kesan yang ditinggalkan oleh haiwan tersebut. Disaat itu ada dua kemungkianan yang berlaku iatu ialah setuasi merbahaya atau tidak.
Diartikal ini lusuh akan ceritakan teknik mengenali haiwan melalui tapak kaki yang ditinggalkan, menilai pula adakah kita dalam bahaya atau tidak dan apa perlu dilakukan. Disini lusuh akan fokuskan kepada Harimau, Babi hutan, Beruang dan Seladang yang boleh dikatakan kerap dijumpai kesannya.

Dinegara kita ini, kes akibat seragan binatang buas terhadap manusia amatlah sedikit. Jika adapun, ai adalah disebabkan oleh harimau belang yang tercedera. Cerita atau kes-kes mengenai haiwan lain menyerang manusia boleh dikatakan hampir tiada.

Harimau Belang

Harimau Belang (Panthera tigris) boleh dikesan jika anda jumpa kesan tapak kaki seperti di atas. Secara keseluruhannya ia mempunyai saiz yang besar dan berbadan berbelang. Kebisaanya ada tiga ciri utama tempat tingal harimau ini iaitu, tedapat tempat perlindungan yang bagus, dekat dengan sumber air dan terdapat banyak sumber makanan. Selalunya ia bergerak secara bersendirian dan jika harimau betina ia akan memburu disebelah malam. Harimau belang ini, ada kawasan dan wilayah masing-masing ia ditandakan dengan air kencingnya. Lingkungan kawasan pemburuannya ialah sekitar 20 kilometer persegi,bagi harimau betina dan antara 60-100 km persegi bagi harimau jantan. harimau belang  sangat pandai berenang. Kebisaannya harimau akan lari dari manusia apabila terhidu bau kita. Secara teknikalnya harimau belang ini tidaklah merbahaya kepada manusia kecuali kita ganggu habitatnya, harimau yang mempunyai anak kecil dan yang tercedera.

Mengenali kehadirannya:

1-Jika terlihat tapak kaki tetapi  tiada berbau hamis, jangan risau kerana ia mungkin berada jauh dari kita.

2-Jika terjumpa tapak kakinya dan berbau hancing bercampur hamis, jangan risau anda telah melalui sempadan yang ditandanya.

3-Jika terjumpa tapak kaki atau tidak, tetapi bau hamis yang amat kuat  jangan cemas kerana ia mungkin berada disekitar tetapi kena berjaga-jaga. Jika sedang anda berjalan tiba-tiba suara burung berkicau dengan bising atau jika ada monyet ia akan menjerit dan melompat-lompat bermakna ia memang berada sangat hampir dengan anda atau mengekori anda.

4-Harimau ini dapat juga dikesan berdasarkan cakaran yang di tinggalkan dipokok.
5-Melalui ngauman harimau, ia dapat didengar dalam jarak dua batu. Harus diingat bahawa jika anda dengar ngauman harimau jelas dan kuat bermakna ia masih jauh, tetapi jika anda dengar perlahan bermakna ia ada berhampiran dan dekat.
6- Jika terjumpa bangkai haiwan yang masih elok tetapi ada kesan gigitan dibadan dan pendarahan dileher.

Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terasa terancam, maka bertempiklah atau menjeritlah sekuat hati untuk menakutkannya atau mengunakan letupan (mercun atau senjata-jika ada)
2-Jika bermalam buatlah unggun api dan buatlah senjata untuk menghindarkannya.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, maka jalanlah secara berundur, jangan pusingkan badan kerana tengkuklah sasarannya.
4-Terakhir ialah bertawakalah kepada Allah.(kerana kebiasaanya manusia bukanlah makanannya)

Harimau Kumbang
Harimau kumbang, kebiasaannya di Malaysia ini berwarna hitam tetapi akan kelihatan tompokan pada bulunya jika dipandang dengan teliti. Ia memburu hidup secara bersendirian. Harimau ini berbadan panjang, bertubuh kecil dan berkaki pendek. Ia gemar tinggal diatas pokok dan memburu makanan dikawasan yang di kuasainya. Harimau kumbang ini sangat pandai berenang. Harimau ini kebiasaan menyerang mangsa dari atas pokok tetapi adakalanya melalui darat.Harimau ini juga jarang ditemui dan akan melarikan diri jika terhidu bau manusia atau  yang mengancamnya.(sebenarnya tidak banyak maklumat diketahui mengenainya)

Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat cakaran atau goresan kuku pada dahan dan batang-batang pokok.
2-Jika terjumpa tapak kakinya (kecil sedikit dari harimau belang) dan berbau hamis
3-Jika terjumpa tapak kaki atau tidak, tetapi bau hamis yang amat kuat  jangan cemas kerana ia mungkin berada disekitar tetapi kena berjaga-jaga. Jika sedang anda berjalan tiba-tiba suara burung berkicau dengan bising atau jika ada monyet ia akan menjerit dan melompat-lompat bermakna ia memang berada sangat hampir dengan anda atau mengekori anda.
4- Jika terjumpa bangkai haiwan yang masih elok tetapi ada kesan gigitan dibadan dan pendarahan dileher dan berada di atas pokok.

Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terasa terancam, maka bertempiklah atau menjeritlah sekuat hati untuk menakutkannya atau mengunakan letupan (mercun atau senjata-jika ada)
2-Jika bermalam buatlah unggun api dan buatlah senjata untuk menghindarkannya.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, maka jalanlah secara berundur, jangan pusingkan badan kerana tengkuklah sasarannya.
4-Terakhir ialah bertawakalah kepada Allah.(kerana kebiasaanya manusia bukanlah makanannya
Babi hutan:
Babi hutan (Sus scrofa vittatus ) dapat dikesan jika anda terjumpa tapak kaki seperti digambar yang ditunjukkan dan jika anda terlihat  tanah degembur-gemburkan sewaktu didalam hutan.
saiz haiwan ini lebih besar dari sekeor kambing. Haiwan ini ialah jenis berkuku ,gigi taring dan hidung yang kuat. Babi hutan amat garang jika ia diganggu terutama babi betina yang mempunyai anak. Babi hutan hidup dalam berkumpulan dan ia aktiv mencari makanan antara waktu senja dan malam. Haiwan ini gemar tinggal dikawasan lembah dan lembab.

Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat tapak kaki atau tanah yang degembur-gemburkan sewaktu dihutan
2-Jika terdengar bunyi dengusan yang kuat (babi dewasa) dan dan bunyi yang nyaring (akak babi)
3-Jika terlihat kesan lumpur pada batang pokok kerana tabiat babi suka megesel badannya pada batang pokok.(suka berkubang)
4- Jika terjumpa sarangnya dari timbunan daun-daun dan ranting-ranting kayu yang membentuk seperti busut.

Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terjumpa kesan-kesan seperti dinyatakan, seharusnya anda berhati-hati dan bersedia.
2-Jika dikejar maka larilah secara 'zik-zak' @kekiri dan kekanan kerana haiwan ini akan berlari menyerang secara lurus. Jika anda lari secara lurus peluang untuk anda kena serang 99% tepat.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, berundur dan tunggu dahulu tindakannya, jika ia beredar anda selamat  dan jangan buat haiwan ini terperanjat. jika tidak ,panjatlah pokok untuk keselamatan.
4-Terakhir ialah bertawakalah kepada Allah.(bacalah doa apa yang patut)

Beruang (beruang madu)
Beruang yang dikenali dimalaysia ialah beruang madu (Helarctos malayanus atau sun bear) Berwarna hitam dan ada juga berjalur putih kuning dibahagian leher. Berat haiwan ini 48-68 kg,berketiggian dalam  4 kaki dan boleh berlari pantas, memanjat dan berenang. Haiwan ini boleh juga berjalan dengan dua kaki. Ia hidup di permukaan tanah dan di atas pokok. dan boleh ditemui didatarn rendah (bukit) dan gunung antara 1500-2500m dari aras laut. Haiwan ini mempunyai kuku yang panjang dan tajam dan amat cekap memanjat pokok untuk mencari madu. Haiwan ini juga makan serangga, haiwan kecil dan buah-buahan. Beruang akan bertindak ganas jika ia mempunyai anak.

Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat tapak kaki dan kuku ditanah atau kesan cakaran pada pokok dengan cara yang kuat dan besar
2-Jika terlihat kesan susunan ranting yang besar seperti sarang tetapi tidaklah kemas  atau susunan daun-daun pokok yang disusun berbentuk bulat.
3-(kebiasaannya ia amat sukar ditemui kerana ia sejenis haiwan yang pemalu dan dapat menghidu kehadiran manusia dari jarak yang jauh, tetapi jika ia menghampiri, kita tidak akan perasan kerana ia bergerak dengan senyap)

Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terjumpa kesan-kesan seperti dinyatakan, seharusnya anda berhati-hati dan bersedia. Menjeritlah sekuat hati agar ia lari atau gunakan letupan untuk menakutkanya (mercun) cara lain dengan membunyikan "air Horn".
2-Berpura-pura mati (inilah yang diajarkan dinegara barat jika berhadapan dengan Beruang dan kejayaanya ialah 50/50.
3-Ambil dahan@ranting yang berdaun, dan halakan kemuka beruang tersebut, ia akan cuba cakar terhadap daun tersebut, di saat itu gunakan senjata untuk melukakan.(langkan terpaksa untuk hidup) atau gunakan paper spray atau Bear Spray untuk memedihkan matanya tanpa mencederakan.
4-Jika dikejar lepaskan "bagpack" anda, agar beruang akan behenti mengejar dan tertumpu kepada bag yang di tinggalkan. Ingatlah beruang berlari lebih laju dari manusia, oleh itu jika dikejar berlarilah menuruni bukit/gunung kerana larian anda lebih pantas.Ingatlah beruang berlari lebih pantas dari manusia. Jangan panjat pokok kerana beruang lebih pandai memanjat.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, berundur dan tunggu dahulu tindakannya, jika ia beredar anda selamat  . selepas itu bertawakalah kena tiada cara lain selain tiga perkara diatas untuk menyelamatkan diri.

Gajah Malaysia

Gajah Malaysia (Elephas maximus hirsutus),berbadan kecil sedikit daripada gajah Afrika. Jangka hayat gajah untuk hidup antara 60-80 tahun. Habitat gajah ini ialah tinggal di hutan dara dan hutan skunder. Gajah jantan suka hidup secara sendiri untuk mencari makan, manakala gajah betina dan anaknya hidup secara berkumpulan. Gajah suka berehat bila cuaca panas, mempunyai daerah atau wilayah sendiri untuk mencari makan. Makanan utama gajah daun, rumput dan buah-buahan.  Gajah haiwan yang pandai berenang, cerdik dan pantas belari.



Mengenali kehadirannya:

1-Jika terlihat tapak kaki dan najisnya yang masih baru.

2-Jika terlihat kesan pokok di rebah atau dipecahkankan contoh pokok pisang,rotan dan buloh.

3.Jika terdegar bunyi gajah yang seperti terompet

4.jika tahi gajah yang dijumpai telah menjadi kulat atau bercendawan, hindarilah tempat tersebut dari menjadi tapak perkemahan. Ini kerana gajah akan kembali ketempat tersebut.



Tindakan yang perlu dilakukan:

1-Jika sedang berjalan dan terjumpa kesan-kesan seperti dinyatakan, seharusnya anda berhati-hati dan bersedia. lihat kawasan sekitar untuk mencari tempat berlidung jika terpaksa
2-Jika dikejar gajah berhadapanlah dengannya, jangan berpaling badan dan jerit sekuat yang mungkin jika ia mula datang menyerang(cara banyak dilakukan dan terbukti keberkesanannya). Gajah amat bijak dan dapat membezakan antara ancaman atau bukan ancaman.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, berundur dengan perlahan dan tunggu dahulu tindakannya, jika ia beredar anda selamat . (gajah amat agresif jika musim mengawan bagi Jantan dan jika mempunyai anak bagi gajah betina)selepas itu bertawakalah.
SELADANG
Seladang (bos gourus) adalah haiwan bowin (dalam kelurga lembu) yang berbadan besar (boleh mencapai ketinggian 2 meter dan berat 900 kg), bertanduk yang kuat dan melentur kedalam besar dan berbulu gelap. Habitatnya, tinggal di hutan dara dan hutan skunder. Haiwan ini hidup dalam berkumpulan antara 4-8 ekor, aktif diwaktu subuh dan senja. Makanan haiwan ini ialah rumput-rumpau dan dedaunan.

Mengenali kehadirannya:
1-Jika terlihat kesan tapak kaki (seperti tapak kaki kerbau)
2-Jika terdengar bunyi dengusan yang kuat.

Tindakan yang perlu dilakukan:
1-Jika sedang berjalan dan terjumpa kesan-kesan seperti dinyatakan, seharusnya anda berhati-hati dan bersedia. lihat kawasan sekitar untuk mencari tempat berlidung jika terpaksa
2-Jika dikejar berlarilah kearah pokok yang besar dan berlindung atau berlarilah mengelilinginya. atau sembunyi atau memanjat pokok tersebut. Jika hendak panjat pokok carilah yang besar dan tinggi.
3-Jika berhadapan dengannya jangan cemas, berundur dan tunggu dahulu tindakannya, jika ia beredar anda selamat . (Seladang amat agresif jika ia tercedera atau yang mempunyai anak).


Pengalaman lusuh dan rakan menghadapi haiwan sebegini :

1.Di Taman Negara Pahang- (hanya berada dalam jarak 7@10 kaki dari 'trek'  kami lalu (harimau belang) .

2.Di Lubuk Tedung Kemensah- Telah diekori, dan  ia telah mengaun dengan kuat dan berkali-kali (harimau belang)

3.Di Air Terjun Jerangkang -telah diekori (harimau belang)

3.Di Lubuk Tedung Kemensah- Rakan lusuh berhadapan (face to face), setelah berbicara ia beredar.

4.Main basikal menuju ke Air terjun Kubang gajah kemensah telah dikejar (di ikuti) (harimau bintang)

5.Taman Negara Pahang, kesan baru Gajah baru lalu. 

6.Di Cameron Highland-Mendaki Gunung Beremban, Rakan teserempak dengan Beruang Madu.



Sekian terima kasih, lusuh berharap kita semua mendapat ilmu dari artikel yang dihasilkan.

Dikemas kini semula 01-12-2017


terima kasih.

Lusuh Adventure@loras
030110  0800
www.lusuh.com.my
(update pada 23102013)
1.(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
2.(Gambar adalah bersumber internet)


Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : lusuhadventure@gmail.com

Click: www.wasap.my/601112207394/lusuhadventure. >>directwasap<<(untuk sebarang pertanyaan@if any inquiry)
Lusuh Adventure@My_Survival
(outdoor gear camping shop>>kami menjual peralatan rekreasi dan sukan)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394

(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)


Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)