Tuesday, September 4, 2012

12 cara pengunaan@pemasagan "Flysheet" sebagai tempat berlindung




12 cara pengunaan@pemasagan "Flysheet"@"Tarp"sebagai tempat berlindung


Terdapat berbagai jenis cara ikatan yang boleh digunakan untuk mengikat "flyseet" atau "tarp". Semua baik, tetapi perlu sedikit ilmu untuk memasangnya dengan sempurna. Pengatahuan cara memasang dengan sempurna adalah perlu, dan pengetahuan tempat yang selamat dipasang adalah penting. Anda perlulah mengatahui seni tali atau ilmu tali secara asas, agar tempat perlindungan anda kemas, kuat dan senang di buka selepas menggunakannya. di Sini Saya Sam Lusuh akan menunjukkan 12 teknik yang mudah dan sesuai mengikut keadaan yang boleh di aplikasikan didalam rekreasi anda.



Cara yang pertama ini, semua orang tahu cara memasangnya, ia mudah sahaja, cuma dengan menggunakan satu tali (yang kuat). Setelah menentukan ketinggian yang sesuai bagi 'flysheet' tersebut dan kemudiannya  ikatlah tali antara dua pokok (atau apa saja)yang berhampiran. Tegangkan tali tersebut, apabila sudah tegang dan lurus barulah di letakan 'Flysheet' diatasnya dan ikat tali pada lubang yang telah disediakan di 'flysheet' tersebut. Setelah itu, tariklah 'flysheet' dan ubahsuai agar ia rata dan tegang dan kemuan ikatlah tali pada pancang kayu atau apasa yang ada disekitar anda.



Cara yang kedua ini, hampir sama seperti diatas, perbezaannya ialah ia nya menggunakan dua kayu yang ditanam (tongkat pun boleh) ianya mudah sahaja, cuma dengan menggunakan satu tali (yang kuat), laraskan ketinggian  yang sesuai bagi 'flysheet', kemudian ikat tali antara dua kayu@tongkat dan buatlah tali pengimbang (rujuk gambar) sebagai pasak kepada kayu.@tongkat  tesebut, mengunakan kayu pun boleh. Tegangkan tali tersebut , apabila sudah tegang dan lurus barulah di letakan 'Flysheet' diatasnya dan ikat tali pada lubang yang telah disediakan di 'flysheet' tersebut. Setelah itu, tariklah 'flysheet' dan ubahsuai agar ia rata dan tegang dan kemuan ikatlah tali pada pancang kayu atau apasaja  yang ada disekitar anda.



Cara yang ketiga ini,dari segi teknikal pemasangan 'flysheet' dan tali adalah sama seperti cara yang pertama. Cuma perkara yang pertama mesti dilakukan ialah pasang 'hammock' dahulu, setelah itu baru 'flysheet'.


Cara yang keempat ini,dari segi teknikal pemasangan 'flysheet' dan tali adalah sama seperti cara yang pertama, cuma kita kena pasang khemah dahulu kemudian barulah laraskan ketinggian untuk 'flysheet'. Kita diberi pilihan samada mengikat tali pada pokok atau pancang kayu atau apa saja.



Cara yang kelima . Untuk melakukannya carilah pokok yang boleh dilentur. Lenturkan pokok tersebut kemudian ikat dihujung pokok dengan tali dan ikat tali pada pancang (rujuk gambar). Setelah itu, ikatlah hujung 'flysheet' pada ranting atau dahan pokok dan tegangkan 'flysheet', dengan  tali ditempat yang perlu. Cara ini sesuai jika kekurangan tali atau tiada tali utama atau yang hendak cepat tempat berlindung.


Cara yang keenam . Untuk melakukannya carilah pokok berdahan atau beranting panjang. Setelah itu, ikatlah sedikit hujung 'flysheet' dengan tali dan ikat pada dahan (rujuk gambar) dan tegangkan 'flysheet', dengan  tali ditempat yang perlu. dibahagian belakang pula pacak kayu untuk mengikat tali lain (rujuk gambar).Cara ini sesuai jika kekurangan tali atau tiada tali utama atau yang hendak cepat tempat berlindung.


Cara yang ketujuh . Untuk melakukannya carilah pokok yang berdahan rendang.Setelah itu, ikatlah pertengahan 'flysheet' pada dahan pokok dan tegangkan 'flysheet', dengan  tali ditempat yang perlu (rujuk gambar). Cara ini sesuai jika kekurangan tali atau tiada tali utama atau yang hendak cepat buat  tempat berlindung.



Cara yang ke lapan . Untuk melakukannya pasang dahulu disemua penjuru 'flysheet' dengan tali (rujuk gambar). setelah itu barulah masukan tongkat atau kayu, dan letak ditengah-tengah 'flysheet' laraskan mengikut kesesuaiyan. Ingat sebelum itu letaklah pada hujug kayu@tongkat itu pengalas agar 'flysheet' tidah rosak.Cara ini sesuai jika kekurangan tali atau tiada tali utama atau yang hendak cepat buat  tempat berlindung.


Cara yang ke sembilan . Untuk melakukannya kumpulkan beg galas secara tersusun (rujuk gambar)kemudian pasang 'flysheet' dan tegangkannya dengan tali. Cara ini sesuai ditanah lapang atau anda terlalu penat untuk pasang khemah.



Cara yang ke sepuluh . Untuk melakukannya letak kayak dikawasan yang rata dan sendengkan ia.. Ambil dua kayu atau batu untuk melaraskan pada kayak agar kayak tidak tumbang. kemudian pasang 'flysheet' dan tegangkannya dengan tali atau batu. 




Cara yang ke sebelas . Untuk melakukannya cari balak yang tumbang. bersihkan kawasan sekitar. kemudian pasang 'flysheet' diatasnya (refer gambar)dan tegangkannya dengan tali atau batu. Boleh buat cara ini jika kecemasan.




Cara yang ke dua belas . Untuk melakukannya cari pokok atau guna dahan kayu.semagai penyokong dan dapat kayu untuk dijadikan bingkai untuk khemah.. Bersihkan kawasan sekitar. kemudian pasang 'flysheet' diatasnya (refer gambar) dengan cara mencerut dan ikat dengan tali (refer gambar)dan tegangkannya dengan tali atau batu. Boleh buat cara ini jika kecemasan.

Inilah rencana (blok) pertama lusuh adventure untuk 2010. semoga menjadi sumber rujukan untuk rakan-rakan yang meminati adventure. Mugkin ada cara lain lagi yang lusuh tidak tahu, dan lusuh berharap agar dapat diberitahu untuk kebaikan semua.terima kasih.


Tambahan nota tarikh 30/11/2017



Jenis ikatan asas untuk pemasagan Tarp/ Flysheet



Bowline
Prusik Knot
Tout Line Hitck
Grip Hitch
Timber Hitch

Truckers Hitch

        Semua ikatan di atas adalah sebahagian daripada berbagai jenis ikatan lain yang boleh digunakan untuk mengikat tarp/flysheet anda. Tidak kira apa jenis ikatan yang anda gunakan, cuma pastikan ikatan senang di ingati, dipasang dan dibuka.

          Semoga kita semua mendapat ilmu dari penulisan ini. Perlu dingat kemahiran ikatan dan simpulan selalu perlu latihan. Harap rujuk kepada yang pakar jika ada sebarang persoalan agar lebih jelas. Penulisan ini hanya sebagai rujukan sahaja.

Lusuh Adventure
130110  1250
http://lusuh.multiply.com


Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : lusuhadventure@gmail.com

Click: www.wasap.my/601112207394/lusuhadventure. >>directwasap<<(untuk sebarang pertanyaan@if any inquiry)
Lusuh Adventure@loras
(outdoor gear camping shop>>kami menjual peralatan rekreasi dan sukan)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
w: www.lusuh.com.my

(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)


Monday, September 3, 2012

kelengkapan asas yang diperlukan sebelum keluar rekreasi 'Camping'

Sebenarnya ramai tahu kelengkapan asas apa yang perlu dibawa ketika keluar  beriadah untuk kehutan, gunung dan kemana saja .Tetapi ramai yang lupa atau tidak ambil kisah atau lokek ilmu atau tak tahu langsung untuk memberitahu kepada kawan,adik atau peserta perkara asas senarai barang yang diperlukan dalan kegiatan luar.

Disini Lusuh akan catatkan perkara-perkara tersebut agar semua mendapat menafaat darinya terutama yang masih baru. Penulisan ini lebih kepada pengunaan individu atau peserta program.


contoh peralatan yang lengkap
Kelengkapan yang perlu dibawa@ada:

1.Hoversack (beg galas) overnight atau daypack-Bergantung kepada masa dan tepat yang hendah ditujui. Sediakan beg mengikut kesesuaiannya. Sebaik mungkin gunakan yang beg yang berkualiti dan sedap dipakai.

2.Kasut trekking/slepar/sandle-Tidak kira bagaimana keadaan muka bumi tempat yang anda akan pergi gunakan mengikut kesesuaian. Sebaik-baiknya gunakanlah yang berkualiti dan menjamin keselesaan dan keselamatan.

3.Pakaian yang secukupnya dan yang berkaitan-Ia bermaksud pakaian yang bersesuaian untuk ke sesuatu destinasi. Paling penting disini ialah pakaian trekking, pakaian di kem site, dan untuk pulang, baju sejuk,stokin, sarung tangan dan apa-apa yang perlu bagi anda.

4.Peralatan untuk makan dan minum-Bawalah kelengkapan itu mengikut masa distinasi dan keperluan. Barang-barang itu ialah, Messtin, pingan/mangkuk ,bekas minuman (cawan,botol air atau water bladder), sudu dan garpu.

5.Keperluan asas yang penting 1-contonya ialah sleeping bag (penting), sleeping mat,lampu suluh atau headlamp dan bateri tambahan (penting),pisau atau parang,baju hujan,ubat persendirian (first aid), peralatan mandian, stokin pacat,stove (jika ada), mancis, lighter ,tongkat (walking stick), whistle dan apa yang perlu bagi anda.

6.Keperluan asas yang penting 2- contohnya makanan ringan [kudapan] (cokelat, power bar dan lain-lain), air pemberi tenaga (100plus,redbull dan lain-lain).

6.Keperluan asas yang penting 3- HP charger dan yang berkaitan dengannya (update 2019)

Contoh Check List Camping Equipment

Ok cukup disini yang dapat lusuh catatkan, nampak ringkas tetapi penting.

terima kasih.
Lusuh Adventure@loras (Update 13062019)
060509 1220
http://lusuh.multiply.com
(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

Jika tersesat di hutan dan cara menghadapinya



Jika tersesat di hutan dan cara menghadapinya


                                     
\


'Sesat dihutan', adalah satu perkataan yang amat ditakuti oleh semua pencinta rekreasi. Namun perkara ini kadangkala berlaku juga. Yang amat menyedihkan ialah jika ia berakhir dengan kematian atau hilang begitu sahaja. Di sini lusuh akan terang beberapa "tips" untuk dikongsi bersama agar menjadi pengajaran dan iktibar. Mari kita lihat Faktor-faktor ia berlaku.

Faktor-faktor ia terjadi (sesat)

1.keadaan mental dan fizikal yang lemah akibat terlalu penat, lapar atau sedih (ditinggal rakan atau dikutuk atau menjadi bahan gurau). Semua ini menyebabkan tekanan perasaan dan menyebabkan hilang tumpuan semasa berjalan di trek.

2.Gangguan makluk halus atau halunisasi. Akibat dari perkara no 1, diatas. Senanglah untuk kita untuk  tersasar dari  pandangan sebenar  direntis (laluan@trek)  dan mengalihkan fokus kita dari laluan asal. apabila tersedar anda berada dilaluan yang berbeza.(tambahan dan pindaan 5/7/2015)

3.Guide (jurupandu) atau penganjur yang kurang bertanggungjawab. Seorang jurupandu atau penganjur sepatutnya tidak boleh meninggalkan peserta berjalan berseorangan terlalu jauh atau meninggalkan bersendirian) kerana tidak semua peserta berpengalaman.

4.Terlalu gembira, kerana nak sampai atau balik cepat. 

5.Tiada ilmu untuk membezakan rentis haiwan atau manusia (tambahan 5/7/2015)

6.Tiada persediaan dari segi mental dan fizikal, dan melakukan sesuatu aktiviti itu tampa bimbingan orang yang berkelayakan  (tambahan 5/7/2015)


Dari enam faktor diatas atau salah satu darinya, adalah penyebab kita tersesat dalam hutan, dan jika berlaku perkara yang harus dilakukan ialah:

1.Jika anda yakin telah sesat, langkah pertama ialah berpatah balik, kebiasaanya seseorang itu sedar ia tersalah jalan dalam jangkamasa 30 min hingga 1jam dan mungkin lebih. Cari kembali trek asal yang anda lalui (jika masih bertenaga, jika tidak mampu rehat dulu)

2.Jika anda yakin telah sesat, langkah kedua ialah, berehat saja cari kawasan sesuai untuk rehat menghilangkan penat. Makan dan minum dulu (tetapi berjimat sikit terutama air), tenangkan fikiran, ingat Allah banyak-banyak, minta petunjuk dan pertolongan darinya. Jika anda panic makin sesat jadinya. jika dah ok patah balik untuk memcari trek asal.

3.Trek manusia biasa lapang atas dan bawah, ada kesan tapak kaki atau tanda-tanda yang di tinggalkan. Jika jumpa tunggulah disitu, ini kerana jika perkara sesat ini berlaku, guide (jurupandu akan mencari anda). jika tidak jumpa juga, pagi esoknya baru laporan dibuat dan gerakan mencari dijalankan. Jika anda masih ditrek yang betul, peluang untuk anda diselamatkan amat cerah.

4.Jika boleh bersabar, tunggulah di trek (tepi trek) dalam tempoh 24jam, atau lebih (48 jam) dan jika waktu malam tidurlah jauh dari trek itu,cari kawasan sesuai, ini kerana waktu malam trek itu  mungkin memjadi laluan haiwan. Berjimatlah dengan bekalan makanan dan air yang ada. Jika  tiada tanda-tanda pasukan penyelamat maka bertindaklah untuk cari jalan keluar. Bawalah barang-barang yang terpenting sahaja iaitu beg kecil(jika ada) atau beg yang ada,pisau,ligther (mancis),tourch light atau headlamp, sleeping bag atau baju sejuk dan botol air. beg yang ringan memudahkan anda berjalan. Semasa mahu berjalan tinggakanlah tanda anak panah dari kayu atau apa saja menujukan arah anda hendak pergi. Disepanjang perjalanan tinggalah tanda-tanda yang anda melaluinya, ini memudah pasukan penyelamat mencari anda.



Mencari makanan dan bekalan air
Didalam hutam banyak tumbuhan,buah-buahan dan haiwan/serangga yang boleh kita makan,ia bergantung pada musim dan cuaca pada masa itu. Tetapi ingat ada diantaranya yang beracun. cara hendak mengenali samada beracun atau tidak ialah:






Jika tumbuhan:
Gunakan tiga langkah berikut iaitu hidu,sapu dan kunyah/sapu bawah lidah .Hidulah pucuk daun yang hendak dimakan, jika berbau busuk atau keras jangan makan. Jika tidak berbau, hancurkan pucuk daun tadi dan sapukan di lengan tangan, tunggu dalam tempoh 10 minit, jika terasa gatal atau panas jangan makan. cara kunyah lebih berkesan,tunggu sekejap. jika terasa panas atau gatal atau loya jangan makan. Anda juga boleh ambil iktibar dari haiwan yang memakan daun, makanlah daun atau buah yang dimakan haiwan tersebut inshaAllah selamat.

Anda juga boleh mendapat sumber makanan dari tumbuhan seperti pokok palma, buah rotan, pokok bertam,(ambil umbutnya), lengkuas liar (umbutnya) dan berbagai lagi yang mempunyai umbut. Cendawan juga juga boleh dimakan. Kebanyakan cendawan pokok boleh dimakan tetapi janganlah menganbil cendawan yang berwarna garang (terang),berkilat,keras dan rapuh kearana kebiasaanya ia beracun.(kebanyakan diatas tanah)-makan cendawan ni, lusuh tidak galakan tetapi sebagai sumber ilmu diterangkan juga.




Jika buah-buahan:
Sama  seperti teknik diatas,iaitu hidu,sapu dan kunyah/sapu bawah lidah. Yang jelas ialah, haiwan sepeti kera tidak akan makan buah yang beracun. jika jumpa buah seperti ini jangan makan. Andai anda jumpa buah hutan, dan melihat ada kesan dimakan haiwan, makan sedikit buat tersebut dan tunggu dalam 30 minit, jika ok makanlah sepuasnya.




Jika haiwan ,serangga dan ikan:
banyak haiwan yang boleh dimakan,seperti burung,kancil dan pelanduk atau apa sahaja. dalam keadaan darurat ni semuanya halal. contoh terbaik ialah ular, jika dapat, putuskan kepala buang isiperutnya dan boleh dimakan mentah atau dibakar. Walauapapun haiwan yang ditangkap pastikan najis atau perutnya dibuang. Serangga juga boleh dimakan, contohnya anai-anai atau larva semut. ia mengandungi kandugan protin yang tinggi. Untuk melakukan perkara ini, anda haruslah kreatif dan berani untuk meakukanya. (pindaan 5/7/2015)




Bekalan air:
Sebaik-baiknnya carilah punca air. kerana manusia boleh hidup selama tiga minggu tampa makan tetapi 3 hari saja tampa air.Carilah punca air yang bersih seperti sungai, tasik, lopak air (yang bersih) atau mata air. Jika tidak ditemui punca air, sumber alternatif ialah pada tumbuhan. contohnya ialah akar kayu pokok yang menumpang seperti pokok mempelas dan lundang. Potong serong akar tersebut untuk mendapatkan air dan biasanya ia tiada warna, cair dan tidak berbau. Akar pokok rotan juga mempunyai kandungan air yang banyak, maka gali bersihkan dan perah untuk dapatkan air. Pokok buluh juga ada menyimpan air, iaitu diantara ruasnya. caranya ketuk buluh diantara ruas, jika bunyi mampat, pasti ada air. cara lain ialah dari embun yang terdapat pada daun, dari pokok lumut dan peruik kera atau dari pokok yang mempunyai lubang yang menakung air. Jika semua itu tiada maka jalan terakhir ialah air kencing anda (lupakan soal geli, nyawa lebih penting-Sumber paling akhir sekali) (pindaan 5/7/2015)



Bagaimana nak tidur (bermalam) dengan selamat


Jika hari dah hampir malam, berhenti berjalan dan buat tempat berteduh  2 jam sebelum malam. Carilah tapak yang sesuai, dan perhatikan sekelilig tapak itu tidak mempunyai kesan-kesan binatang buas contohnya kesan tapak kaki, najis ,peninggalan sisa makanan atau dikawasan sumber makananya .

Pastikan juga kawasan yang dipilih bukan dilaluan binatang, air (jika ditepi sungai), laluan angin dan bukan dibawah dahan atau pokok yang mati. Jika atas batu, pastikan bukan dikawasan batu longgar dan licin, jika dalam gua, pastikan tiada binatang berbisa. Langkah yang terbaik di dalam hutan ini ialah membina khemah sementara, yang dapat melindungi anda dari hujan,binatang buas dan anda lebih selesa (jika mampu). Jika tidur atas tanah, pastikan anda sapu ketepi semua daun kering, jika anda buat pangkin (katil) tinggikan sekurang kurangnya 1 1/2 kaki. potong pokok yang kecil dan potong dalam 5 kaki,tajamkan hujungnya untuk dijadikan senjata@tongkat. Langkah seterusnya carilah makanan (apa yang dapat) dan yang terakhir ialah nyalakan api. (jika banyak agas atau nyamuk, gunakan sarang anai-anai yang terdapat pada pokok hancurkan dan letak atas api, asap dari sarang ini dapat halau serangga ini)

Jika tidak mahu tidur diatas tanah, alternatif lain ialah di atas pokok.Caranya samada anda buat satu platform (pangkin-kelebihannya anda lebih selesa dan boleh buat unggun api) diatas pokok atau ikat diri anda dipokok, (pastikan pokok yang tiada serangga berbisa atau yang beracun) jarak yang selamat ialah dalam anggaran 3-6 meter dari tanah. Carilah dahan yang kuat dan selesa anda duduk, pusingkan badan anda menghadap pokok itu posisi seperti memeluk pokok, ikatan hendaklah dibahagian dada dan belakang melalui ketiak. ikatlah bada anda mengikut keselesaan, tetapi ingat simpulan terakhir mestilah kuat.

Begitulah seterusnya selagi anda masih lagi dalam hutan."Semua teknik yang diajar adalah bergantung kepada kepada semagat juang anda untuk hidup tidak kira lelaki atau perempuan". Jika putus asa dan mengalah peluang anda hanya 50-50, tetapi jika berjuang untuk hidup, peluang itu amat cerah boleh mencapai 100%.Walauapapun yang ditempuh dalam hutan itu, sebagai seorang muslim jangan tinggalkan solat berdoalah agar selamat dan mememui jalan keluar atau diselamatkan.



Untuk pengatahuan lusuh pun pernah sesat dihutan iaitu di Gunung Nuang dan dan hutan kecil Muar. Tetapi kami sesat dalam satu kumpulan . Tapi bersyukur kerana dengan bekalan ilmu yang ada dan semangat,semuanya selamat ditempuhi dan keluar dengan aman.



Ok, setakat tu sahaja, nanti lusuh akan sambung lagi bab yang sama artikel yang akan datang. Semoga apa yang diajar akan menjadi panduan untuk semua.



terima kasih.
Lusuh Adventure@loras
040609 1014
http://lusuh.multiply.com
(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

14 teknik mencari air diwaktu kecemasan



14 teknik mencari air diwaktu kecemasan






14 teknik mencari air diwaktu kecemasan

Didalam tubuh kita 42% adalah air dan kira-kira 25% akan hilang apabila kita berjalan dalam hutan (tetapi bergantung pada keadaan cuaca panas atau lembab). Tubuh kita memerlukan air sekurang-kurangnya 2 litter sehari. Kehilangan air dalam tubuh mengakibatkan kepanasan atau kesejukan melampau dan juga menyebabkan tekanan dan keletihan  cepat terasa. Jika kita terputus bekalan air contohnya dihutan atau dimana kita perlu lakukan sesuatu untuk mengembalikan kesegaran tubuh .Kemungkinan didalam perjalanan di gunung,hutan,belukar atau pulau kita tersesat atau terputus bekalan air, dan untuk mencari sungai pula tiada atau jauh dari tempat anda berjalan. Alternatif lain perlu dilakukan agar terus dapat bergerak dan menuju ke distinasi yang hendak dipergi. Disini lusuh akan catitkan beberapa teknik mendapatkan air disaat kecemasan itu. Disini dicatitkan secara ringkas kerana untuk ambil air ini pun ada tekniknya.



1-Pokok lumut-kebiasanya ia lembab,cari dan perahlah lumut tersebut untuk dapatkan air


2-Pokok periuk kera-pasti terdapat air didalamnya



3-Kelopak air, jika ia kering gali dalam sikit pasti ada air, guna penyedut atau kain untuk ambil air. 


4-Dari rekahan-rekahan batu,lubang atau lekukan pokok-carilah kemungkinan ada air yang bertakung didalamnya,mudah sahaja nak tahu jika ada air atau tidak iaitu jika nampak semut atau seranga mengelilinginya atau ada najis burung disekitar lubang maka pasti ada air.


5-Gunakan baju-ikat pada kayu (lebarkan baju itu) dan sapukan pada daun diwaktu pagi untuk perangkap embun.

6-Gunakan baju-ikat baju anda dipeha dan lalulah dikawasan berumput/tumbuhan renik yang tingginya melebihi paras  lutut untuk memerangkap air embun dari rumput atau daun.

7-Mencari tumbuhan yang berbatang lembab atau akar pokok tumpang. Potong batang pokok tersebut dan perahkan untuk mendapatkan air atau tunggu ia mengalir sendiri.contoh pokok mempelas dan lundang.


                              



8-Daripada akar tumbuhan, cabut dan keluarkan. Ketuk akar dengan kayu atau pisau untuk dapatkan air. contoh akar rotan.

                                    

9.Cari pokok dedaun yang berurat ataupun beranting mengandungi air.Potonglah pada pangkal ranting atau daun untuk mendapatkan air.

 

10.Cari pokok buluh yang tua dan ketuk ruas-ruas antara buluh tersebut. Jika bunyi mampat (tidak kosong) pasti ada air didalamnya. 
11.Dari buah-buahan jenis pokok palma-seperti buah kelapa,tebu hutan atau buah pokok nipah-untuk air jenis ini minumlah sekadar untuk hilang dahaga saja, tetapi jika andai pandai mengambil niranya minumlah sepuasnya dan jangan simpan untuk esoknya kerana akan masam. 



12.Pokok pisang hutan-cara dapatkan air potong bahagian pangkal pokok, kira-kira 8 inci dari tanah. Kemudian korek pada bahagian tengahnya untuk membentuk satu bulatan seperti mangkuk. Tunggulah sehingga air penuh dalam tempoh tertentu. Air dari sumber ini boleh bertahan sehingga empat hari. lihat contoh dibawah.

                                  
 
13.Jika anda sedang berjalan dipermatang dalam ketinggian tertentu, atau di kawasan lembah, duduk diam dan gunakan telinga untuk memdengar kemungkinan ada aliran air yang kecil dari gunung atau bukit. Jika ada dan rasa tahu lokasinya, lihat pula laluan binatang (yang pastinya menurun) atau siulan burung inshaAllah jumpalah aliran air itu.

 
14. jika terdesak juga, cuba cari sarang burung atau ayam hutan dan ambil telurnya dan minum pelan-pelan. Sebiji telur ayam contohnya mengandugi 75% air.

Ok, setakat inilah yang dapat lusuh catitkan untuk pengatahuan kita semua. Walauapapun yang dicatatkan, pengatahuan asas survival penting untuk dibelajari kepada pecinta bidang reakriasi ini. Nasihat lusuh sebanyak mana gunung yang didaki, air terjun yang diterokai, hutan yang diredahi, tampa ilmu survival tidak ada maknanya. Belajarlah walaupun asas. Lusuh akan terus menulis ilmu ini selagi termampu untuk anda semua. sekian terima kasih.



Nota:

-Untuk menjamin keselamatan, sesetengah sumber air itu harus dimasak dulu.

-Gunakan teknik rasa,hidu dan sapu untuk lebih meyakinkan sumber air selamat diminum.
-Jika dapat air dari sumber akar pokok, kena hati-hati sikit takut beracun dan memabukan Jika airnya berwarna kuning@putih atau tidak cair atau tidak jernih (menandakan ia bergetah). Jika ia jenih kristal ok minumlah.-Jika lalu kebun sayur, kelapa sawit dan getah, dinasihatkan jangan ambil/minum dari sumber sungai tempat tersebut kerana bahan kimia dari racun rumpai atau baja boleh merbahayakan diri anda. Jika hendak ambil juga , ambil dihulu sungai.

-Jika anda tiada masa nak masak air, maka gunakan 'iodin'. Bubuh dalan air.
terima kasih.



Lusuh Adventure
290609  2116
http://lusuh.multiply.com
(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)