Saturday, November 28, 2020

1st Survival@Bushcraft Survival Company Yang Di Iktiraf di Malaysia Dibawah Malaysia Productivity corporate (MPC & TPN)

 As'salam'mualaikum 

(ini kisah setahun yang lalu)

Al'hamdulil'lah akhirnya ditarikh Keramat 27/11/19 LORAS dah berjaya di iktiraf oleh Malaysia Productivity  Corporate (MPC) dalam Adventure Tourism dibawah garis panduan MaTEX (Malaysia Tourism Excellent)

>The only one Survival@Bushcraft Survival Company yang di iktiraf di Malaysia dibawah Malaysia Productivity corporate (MPC & TPN)

>tak sangka dapat Certificate Gold Awards lagi hehe

>lepas ini Logo KLCC dah boleh guna dah dlm sijil dan etc..

>Tqvm bagi meraka yang selama support dan pernah menolong LORAS seperti Alejandro Aaron Aventura , Erysan Khairi, Sham, Aquaputra Putrajaya Abg Dollah, Adi LJ, Bob, Adam, boy,  assessor LORAS Pak Lee & geng, Riok, dan kekawan yg lain-lain.

>So sekarang angkat sauh...belayar jauh..jangan pandang belakang..

>Syukur dengan pengiktirafan ini LORAS telah menerima kepercayaan dari berbagai pihak samada agensi kerajaan dan swasta seperti Universiti, Jabatan Kerajaan, Sekolah, NGO dan sebagainya.






LOGO LUSUH OUTDOOR RECREATION AND SURVIVAL

Sekian terima Kasih

Semoga Bermanfaat ...

Sam lusuh

(28112020)

Lusuh Outdoor Recreation and Survival
(LORAS) reg 002903397u
Certified Recreation Instructor By KBS JRL No.0059 (PJRM member)
Year's experienced in Recreation & Survival@Bushcraft Survival
Certified Company By MaTEX (MPC & TPN) 0091/ATO 000019
Gold Award (Excellence Adventure Tourism) by MaTEX, MPC & TPN.
WGATF member (inisiatif adventure tourism frontier) TPN




Scan untuk program-program bushcraft survival kami
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup/ilmu rekreasi atau barangan rekreasi hubungi kami  011-1220 7394(sam)

lusuh adventure@LORAS

(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
0130 Jalan J2, Fasa 6, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
www.lusuh.com.my


(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/loras dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)


Sunday, November 22, 2020

Kisah Gunung Korbu & Gayong (KORGA) 29 Ogos-02 September 2000 (5H4M 20 tahun dalam kenangan)

(nak tengok gambar lihat dari bawah dulu yer)....

Pendaki dahulu memang suka tidur puncak (mesti) sebab nak tengok matahari terbit

Hanya gambar jadi kenangan simpan baik-baik dalam peti otak selagi masih bernyawa. Zaman itu, agak sukar juga nak pergi sebab masalah trasport, guide dan masa perjalanan yang lama. Perancangan dibuat dengan teliti dan akhirnya kami seramai 9 orang dan seorang guide bersepakat dan memulakan kerja-kerja penat itu.

Saya tak sempat buat catitan perjalanan yang lengkap dan saya catit kisah perjalanan ini setelah 20 tahun saya simpan dalam otak dan gambar yang di scand dan kamera kami yang menggunakan filem sahaja. Jadi gambar amat terhad dan ambil moment yang penting sahaja..

Sebelum saya teruskan penceritaan pengalaman manis tersebut, kita cerita sikit perihal Gunung Korbu dan Gunung Gayong :

Gunung Korbu ialah sebuah gunung yang terdapat di Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Gunung Korbu mempunyai ketinggian setinggi 2,183 meter[1] dan merupakan puncak tertinggi Banjaran Titiwangsa.

Gunung Korbu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Menurut buku 'Malaya and It's History' tulisan Sir R.O. Windstead, nama Gunung Korbu diberikan oleh orang asli Sakai, yang mendiami gunung dan bukit di Kelantan dan Perak. Korbu bermaksud 'kerbau'.

Gunung Gayong yang terletak di Perak mempunyai ketinggian setinggi 2,173 meter (7,129 kaki).

Gunung Gayong mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Ia merupakan tapak kegemaran pendaki gunung tempatan dan pelancong.[1]

Sumber dari wikipedia

sumber rujukan gambar dari :http://www.silveroutdoors.my/2016/06/gunung-korbu-gayong-korga.html

Ok kita sambung balik......catitan seterusnya....

Zaman ini tiada istilah daypack untuk daki gunung ini. Mengambil masa 5 hari 4 malam dan ada yang buat 6 hari 5 malam. Apabila kita nak masuk terpaksa berjalan kaki beberapa jam untuk sampai ke pintu empagan lama dan bermalam di situ. Itu adalah dikira sebagai malam pertama. Dengan bagpack yang besar dan berat lagi (zaman itu istilah light packing lom popular lagi)..Pagi-pagi selepas sarapan pagi kena bergerak awal dan laluan pertama yang menarik adalan kampung Orang Asli. Sepanjang perjalanan penuh dengan dugaan dan cabaran lintas sungai, kena serang penyegat, rakan tertinggal dibelakang dan berbagai-bagai kerinah lagi.

Target kami semua adalah bermalam di Kem Seroja, ia jauh sikit tetapi dah keatas sikit. Waktu malam di kem ini kami di hiburkan dengan bunyi askar sedang berkawad. Ramai yang dengar hingga nak bangun kencing pun takut heheheheheh..macam-macam cerita kisah hantu kami dengar tempat ini dari guide (bekas komando), tetapi kami semua lagi hantu dari hantu sebenar hehehehe...

Setelah mandi cara seniman negara arwah P.Ramli, bagpack lagilah bertambah berat sebab kena tapau air untuk kegunaan di puncak gunung nanti (jika tak silap ada tempat untuk tapau air di pertengahan perjalanan untuk mendaki last water point). Rancangan kami hendak sampai awal ke Puncak Gunung Korbu kemudian letak bag dan berlari ke Puncak Gunung Gayung pula. Jalan punya jalan punya jalan.....akhirnya sampailah di puncak bukit botak (puncak tipu) dan ternampak dengan jelas gunung korbu yang hendak kami daki itu.

Seterlah bertungkus lumus, terkangkang, tergolek dan sebagainya, akhirnya sampai kami semua di puncak gunung korbu yang kami idamkan dalam jam 3 petang jika tak silap, dan seperti yang dirangcang kami semua letak bag dan berlari-lari anak untuk kepuncak Gunung Gayung (sepanjang perjalanan pemandagan memang cantik dan menarik melihat puncak gunung gunung yang lain) pula dan semua berjaya. Setelah selesai ambil gambar berlarilah lagi untuk kembali ke Gunung Korbu.

Ingat tak pada tahun itu ada kes kematian di puncak gunung korbu. Mangsa dikatakan telah keracunan gas yang dipasang dalam khemah. Tempat tapak mangsa itu tiada siapa yang berkhemah di atasnya dan kelihatan cantik. Oleh kerana kami ini hantu hidup, kami pasang fly jer berdekatan kawasan tersebut...

Waktu malam adalah yang di tunggu-tunggu oleh kami semua sebab nak tidur sebenarnya heheheheh...selepas makan malam nasi dengan sambal petai serta kuah, masing-masing tidur awal sebab dah kenyang, penat dan mengantuk...masa tu sejuk benor masing-masing berbungkus dalam "sleeping bag"...tiba-tiba dalam jam 3 pagi kami terbangun termasuklah saya...nak tahu apa? jeng jeng jeng...kena ganggu kami kena langkah dengan benda ghaib tu...sorang-seorang kena...hahahaha semua membeku dalam "sleeping bag" masing-masing. bila bangun pagi barulah bercerita kisah malam tu.

Kami bangun awal, cuaca pagi yang sejuk tetapi cantik untuk melihat matahari terbit memang rezeki masa itu. Setelah ambil gambar sesi memasak yang sarapan pagi pulak dilaksanakan....akulah chefnya dari mula hingga akhir....

Sewaktu sarapan pagi kami merangcang untuk terus turun dari puncak gunung terus ke empagan dan bermalam disana (tapi guide macam tak setuju, takut tak sempat katanya). Setelah berkemas dan semua dah siap perjalan turun dari kami turun dari puncak dalam jam 9 pagi. Jalan punya jalan, rehat dan berbagai lagi.....akhirnya kami sampai juga di  empagan lama pada waktu malam kira-kira jam 9 atau10 malam (penat gila bagai nak kojol tuhan saja yang tahu). Sampai kami masak lebih kurang halal tak mandi dengan baju yang sama, bentang ground sheet dan bye-bye semua masuk tidur......punya lena sedar sedar sudah pagi.

Hahahahahahahaha...itulah gelak ketawa kami semua dipagi itu, kami buat sarapan yang alakadar mandi- manda, berpakaan kemas sikit lalu bergerak keluar. Tapi kali ini bernasib baik dapat naik Van separuh jalan. Menujulah kami semua kebandar ipoh, makan-makan dan tak sabar nak balik ke rumah. Kami tak sedar bahawa kami telah mendahului satu hari awal dan nak dijadikan cerita tempat duduk kami dalam keretapi semua orang dah duduk....apapasal lah pulak...bila cek balik tiket kami adalah untuk 3 September 2000 jika tak silap sedangkan hari itu adalah 2 September 2000...heheheheheh nasib baik kami dibenarkan naik dan meneruskan perjalanan.

Sekian sahaja kisah perjalan saya 5 hari 4 malam untuk mendaki gunung Korbu & Gayung pada 29 Ogos hingga 02 september 2000. Satu pengalaman yang terindah yang tidak akan di lupakan selamanya dan kenangan terindah bersama sahabat sahabat semua Mat Sabu, Nizam, fadil TNB, Fadil Muar, Saiful dan yang lain-lain.

Saya minta maaf jika ada tersilap info dalam penulisan ini maklumlah nak ingat balik cerita 20 tahun lepas. Saya catit perjalanan ini untuk tatapan anak-anak dan cucu saya (kekekekekeke) jika saya dah tiada lagi di dunia ini agar meraka tahu siapa saya dan rakan-rakan saya suatu ketika dahulu masa muda mudi.

Catitan:

>29/08/2000 bergerak dari KL

>30/08/2000 bermalam di empagan lama

>31/08/2000 Sambut Merdeka dan bermalam di Kem Seroja

>01/09/2000 bermalam di puncak Gunung Korbu

>02/09/2000 bermalam semula di empagan lama

>02/09/2000 Petang tamat XPDC berada di Ipoh dan balik ke KL naik keretapi

Sekian Terima Kasih kerana sudi membaca...

Sam Lusuh 

21 November 20202 (kisah ini di catitkan)


Nak Balik Dah

Gambar waktu pagi tidur di empangan setelah turun dari puncak


dah 20 tahun berlalu wahai geng semua...
Puncak Gunung Gayung
Puncak Gunung Gayung
Malam Di Puncak Korbu malam ke tiga
Bersama Guide + malam sejuk weiii
Puncak Gunung Korbu
Puncak Gunung Korbu

Puncak-puncak Gunung
Senyum dulu sebelum mendaki puncak belakang tu..







Kem Seroja malam kedua

Empagan Lama Malam pertama


Wednesday, November 18, 2020

6@8 peralatan berguna dalam water survival (membantu menyelamatkan mangsa)

 

                            



Bis'mil'lah'hir'rahman'nir'rahim

As'salam'mualaikum...
6@8 device berguna dalam water survival..untuk membantu menyelamatkan mangsa...
1)throw bag
2)tali
3)botol plastik di ikat tali
4)botol kosong sais besar
5)slepping bag (di balut plastik hitam)
6)batang Buluh
....... tambahan(tak ada dlm gambar)....
7)rating kayu yang panjang
8)bag galas yang dibalut dengan plastik hitam

All Videos dari YouTube untuk pengunaan peralatan yang dinyatakan :