Sunday, April 22, 2018

Lapan Cara Sementara Menahan Bisa Patukkan Ular (PETUA)

      Malang tidak berbau, dan kecelakaan memang tidak dapat diduga. Salah satu kemalagan yang dihadapi oleh peminat rekreasi ialah dipatuk ular. Walaupun kes ini kecil, tetapi boleh membawa kematian jika lambat untuk diubatinya. Berikut adalah lapan langkah sementara iaitu petua-petua untuk mengurangkan@melawan bisa jika dipatuk ular dan anda pula jauh di dalam hutan sebelum mendapat rawatan hospital.

Cara Petua dari alam:
Pokok Ekor Ular 
(Makan pangkal@akar pokok)

Ekor Naga (Epipremnum pinnatum)
(Sapu getah pada tempat yang kena patuk)

Pokok Bisa Ular (Barleria lupulina)
(Daun diramas ditampal ditempat Kena patuk)

Tanah
   (Caranya tanah dibancuh dengan air di dalam ekas dan minum)- petua org Asli

     
Ekor Ular 
 (Makan ekor ular yang mematuk mangsa- kebiasaan ular itu akan berada disekitar Kawasan Selepas ia mematuk mangsa, ular Kena ditamatkan hayatnya untuk mendapatkan ekor tersebut)

Rebung Buluh 
(Ambil rebung muda, kunyah Rebung tersebut, airnya ditelan dan sisanyadi tampal pada tempat pastikan ular) Petua orang asli

Daun Dewa (Gynura Segetum)
(Ambil rizom atau ubinya, tumbuk hancur (lumat), Dan tampal di Kawasan kena patukan ular tersebut)

Cara perubatan islam:
Bacalah empar surah dari Al-Quran iaitu "Surah Al-Kafirun, Surah Al-Fatihah, Al-Falaq, dan An-Nash" pada bekas air, kemudian diminumkan kepada mangsa yang terkena patukan ular, In Sha Allah dengan izin-Nya dia akan tawar bisa ular tersebut.

Doa menghindar haiwan berbisa

        Akhir sekali, apabila anda memulakan "hiking", berdoalah kepada Allah agar dihindarkan daripada gangguan binatang buas dan yang haiwan@serangga yang berbisa dan selamat pergi dan balik.

Note:
Ingat yer, ini hanya petua, jangan tanya bukti saintifik untuk membukti keberkesanan atau tidak,Ia hanya alternative dari perubatan moden orang-orang dahulu.

>Sumber gambar "Google Search",gambar bertujuan pendidikan bukan untuk membuat sebarang keuntungan<


Ditulis dan disusun:
Sam Lusuh
(22042018)

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : mysurvival2u@gmail.com atau hubungi kami 011-1220 7394(sam), 019-213 3044 (fadzlee)

lusuh adventure@My_Survival

(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
w:www.lusuh.com.my
w:www.lusuhadventure.blogspot.com


(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/my_survival dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

Saturday, April 21, 2018

Survival Compass Bina kompas sendiri dan cari arah utara guna benang dan paku

As-salam..

         Boleh cuba teknik ini untuk mencari arah utara dan seterusnya arah-arah yang lain. Mudah dibina dan hanya memerlukan paku dan benang jahit sahaja. Jika didalam situasi survival pengetahuan ilmu ini amat membantu untuk mencari jalan keluar. Selain paku, barang lain juga boleh diguna seperti klip, jarum, dawai dan sebagainya tetapi harus tahu teknik sebenar penggunaan bahan ini.

Peralatan :
  1. Paku dan benang (benang di ikat pada paku hujung dan pangkal, dan pastikan ia seimbang, kemudia gantung.
  2. Magnet lebih baik keputusannya, tetapi teknik mengosok pada pakaian boleh juga
  3. Arah utara yang di temui ada + & -, tetapi sebagai asas mencari utara dan arah lain sudah pasti diketahui
  4. Kompas yang di tunjukkan dalam video bertujuan untuk memudahkan pemahaman dan membuktikan dimana arah utara (North)


                                              Cari Utara dari Benang dan Paku
Note: 
  1. Semasa mencuba, pastikan tiada sebarang logam di sekitar contoh parang, pisau etc
  2. Buat dikawasan yang terlindung dari tiupan angin dan berada dikawasan medan magnet.
  3. Jikalau didalam hutan di saat survival, jika untuk memastikan betulkah arah yang di tunjukkan, refer pada pokok lulut ada element alam yang lain.(ilmu ini kena belajar)
  4. Apabila sudah temui utara, pastilah mudah untuk mengetahui arah selatan, Barat dan Timur juga mudah untuk mendapatkan arah kiblat. 



Selamat Mencuba.... 

Ditulis dan disusun oleh:
Sam Lusuh
21/04/2018

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : mysurvival2u@gmail.com atau hubungi kami 011-1220 7394(sam), 019-213 3044 (fadzlee)

lusuh adventure@My_Survival
(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
w:www.lusuh.com.my
w:www.lusuhadventure.blogspot.com

(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/my_survival dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)