Tuesday, January 31, 2017

Sumber Makanan Dari Buah-Buahan Dan Tumbuhan Hutan

As-salam...@hai...

Sumber Makanan Dari Buah-Buahan Dan Tumbuhan Hutan

        Malaysia sangat bertuah kerana dianugerahkan dengan berbagai species flora dan fauna. Di hutan kita juga terdapat berbagai pokok dan pokok buah-buahan hutan yang boleh dimakan. Di penulisan ini, saya akan catitkan beberapa jenis buahan dan pokok hutan yang boleh dimakan dan berguna disaat kecemasan (survival)  samada di hutan biasa atau hutan berpaya.

Pokok Tampoi (buah tampoi)
Pokok Tampoi ialah pokok buah-buahan subtingkat huhutan hujan tropika yang kecil yang juga pokok asli di Asia Tenggara. Nama saintifiknya  Baccaurea macrocarpa Pohon Tampoi merupakan pokok yang rimbun dan besar, dapat mencapai tinggi 30 meter dan dikatakan berbuah tujuh tahun sekali.
Sifat buah tampoi ialah besar dan hampir bulat, dengan kulit yang berwarna jingga. Berkulit tebal dan isinya berwarna putih dan lembut. Rasanya masam/manis. Ia juga dikenali dengan nama buah larah di Perak. Buah tampoi juga didapati di Negeri Pahang, Sembilan, Selangor dan Johor.
                                       

 Buah Sentol (buah sentol)
Pokok Sentol dikatakan berasal dari Indochina dan Semenanjung Malaysia. Pohon sentol merupakan pokok yang rimbun dan besar, dapat mencapai tinggi 30 meter dihabitat asal. Batang boleh mencapai diameter 90 cm dan bergetah. Nama saintifiknya Sandoricum koetjape. Antara nama lain buah sentol kecapi atau wild mangoesteen.

Sifat buah sentul ialah hampir bulat, kuning atau kemerahan jika masak, berbulu halus seperti baldu. kulit tebal dan keras, rasa masam/manis dan isi lembut dan berair. Selain isinya Kulit buah sentol juga boleh dimakan secara segar atau dimasak.
Pokok Sentol juga mempunyai khasiat perubatan. Rebusan daunnya boleh menurukan panas badan jika deman. Serbuk kulit batangnya sebagai rawatan membununh cacing gelang, akarnya pula merawat kembung, sakit perut dan cirit-birit.

    
Pokok Rotan (buah rotan)
Pokok Rotan jenis pokok palma daripada famili Arecaceae dan terdiri daripada genus-genus Calamus Rotang, Daemonorops, dan Korthalsia. Walaupun ia jenis pokok palma ia terdapat perbezaan iaitu rotan tidak tumbuh secara berumpun menjadi silara, daunnya yang bercangkuk(duri) agar mudah pokok rotan menjalar keatas dengan menumpang pokok lain.

Sifat buat rotan, buah seperti bersisik dan berbulu serta bulat, bulat oval atau lonjong. Berbagai warna iaitu memerahan, coklat, coklat kemerahan, hijau atau kuning. Isinya lembut dan bijinya berwana coklat cerah danpermukaan licin.
Manfaat untuk kesihatan buah rotan sebagai satu ramuan ubat cirit-birit serta masalah pencernaan yang lain. Di Negara Malaysia, buah rotan (jernang) sudah dipakai sebagai bahan untuk penyembuhan masalah kencing darah,ubat sakit mata dan penyembuh luka, menghentikan pendarahan dan berbagai lagi


    
Pokok Salak (Buah Salak)
Pokok Salak adalah sejenis pokok palma yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia. Ia adalah tumbuhan yang hidup di merata hutan pedalaman di Semenanjung Malaysia dikawasan yang tidak lembab. Nama ilmiahnya Salacca zalacca. Buahnya dikenali dengan buah salak , sala (Thai) juga digelar snake fruit.

Hidup dalam bentuk rumpun yang rapat. Daun salak sangat unik karena berpelepah dan helaian daunnya panjang dengan tangkai yang berduri. Daunnya boleh dibuat atap. Disebabkan ia merimbun dan berduri, ia menjadi tempat perlindugan haiwan seperti pelanduk, kancil dan babi hutan.
Sifat buah salak separuh bulat atau bujur dengan hujung runcing, kulit bersisik berwarna coklat, isinya buah berwarna putih kekuningan, kuning kecoklatan atau merah. Rasanya manis/masam, bijinya berbentuk bujur dan berwarna coklat pekat. 



Pokok Bertam (Buah Bertam/muyu)
Pokok Bertam adalah sejenis pokok palma yang terdapat dengan banyak di hutan Malaysia dan Thailand. Nama saintifiknya   saintifiknya Eugeissona tristis Griff. Ada yang memanggilnya buah Salak atau buah Muyu.

Bertam dan salak kelihatannya hampir sama tetapi ada perbezaan. Untuk membezakan, lihat jambak bunga dan buahnya ternyata berbeza. Buah bertam hanya keluar dari bahagian tengah rumpun bertam dan salak pula dari jambaknya. Pokok ini mempunyai duri yang amat banyak.

Sifat buah bertam Kulit buah Bertam (bersisik), sedikit halus, buah Salak pula kulit (bersisik) kasar. Dimakan sewaktu muda dan berisi putih/coklat yang lembut (jika tua ia akan keras). Daun pokok bertam boleh dijadikan atap.

Pokok Tarap (Buah Tarap/terap)
POKOK BUAH TARAP (Artocarpus odoratissimus) ini adalah pokok dimana asalnya sejenis tumbuhan liar (wild plants)  banyak dijumpai di hutan hujan dataran rendah, baik hutan primer maupun sekunder. Buah Tarap terkenal di negeri Sabah, Tarap memiliki bau yang  kuat, namun memiliki rasa yang manis dan isi yang lembut .

Sifat buah, Ia berbentuk bulat sampai ke bujur sama seperti bentuk buah cempedak atau nangka. Panjangnya 15-20 cm dan 13 cm lebar. Isinya berwarna putih.Berkulit tebal berduri tetapi tumpul dan lembut. Tanda ia boleh sudah matang, kulitnya bertambah keras dan rapuh. Tarap juga akan berubah warna kulitnya dari warna hijau pekat dan berbulu ke hijau kekuningan bila masak  Buah ini benar-benar masak jika terdapat kesan membusuk di buah dan akan gugur. Buah Tarap tidak boleh di simpan lama sejurus ia di buka.



Pokok Bangkong (Buah Bangkong/keledang)
Pokok Buah Bangkong katogeri cempedak liar yang banyak dijumpai di hutan hujan dataran rendah, baik hutan primer maupun sekunder. Tumbuh hingga ketinggian kira-kira 1000 m dari aras laut.

Sifat Pokok Buah Bangkong daripada  daun, hinggalah buahnya kelihatan seperti pokok cempedak, tetapi perbezaanya ialah Buah Bangkong hanya boleh dimakan ialah bijinya dan tidak akan masak jika diperam. Oleh itu jika dihutan, terjumpa buah ini, walaupun dalam keadaan busuk, bijinya masih boleh diambil untuk dimakan. Cara mendapatkan biji Buah Bangkong memukul buah dengan kayu agar bijinya akan terkeluar.



Pokok Keranji (buah keranji)
Pokok Buah Keranji adalah, pohon tinggi tropika, berasal dari selatan Thailand, Malaysia dan Indonesia Kayunya bernilai tinggi dan banyak dijumpai di hutan hujan dataran rendah, baik hutan primer maupun sekunder. Sifat buah keranji (Dialium indum) berdiameter kira-kira 2, rasa masam/manis, kulit kering hitam dan rapuh dan bergebu. Isinya berwarna oren.



Pokok Binjai (buah binjai)
Pokok Binjai (Mangifera caesia) merupakan spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga, Anacardiaceae. Tumbuh di dataran rendah di bawah 400 m, hingga 800 m dari aras laut. Pohon binjai dapat tumbuh mencapai ketinggian 30 m (100 ft) tinggi Mudah tumbuh di persisiran tepi sungai. Buah Binjai tergolong dalam genus yangsama dengan mangga dan terdapat hidup subur di asia tenggara sepeti Malaysia dan Indonesia.

Sifat buah Binjai, berbentuk lonjong saiz 10-15cm panjang dan 6-7cm lebar., kulit nipis dan berwarna coklat. Isinya putih kekuningan, lembut,berbau wangi, dan rasanya masam/manis. Jika terjumpa dihutan, jangan terkeliru dengan buah yang jampir sama iaitu buah kemang. Buah kemang lebih besar dan lebih panjang. Berwarna coklat tetapi berbincul di pangkalnya. Buah ini berasa masam.



Pokok Cemponek (Buah Cemponek/kempas)
Pokok Temponek @ Cemponek (Artocarpus rigidus) Juga dikenali Pokok Ketedang Temponek, ialah Satu spesies tumbuhan Dalam Famili Moraceae Yang berasal dari Semenanjung Malaysia, Sumatera, dan India. Pokok Temponek boleh membesar mencapai 30 meter (98 kaki)

Sifat buah Cemponek, berbentuk bulat dan berkulit seperti duri, tetapi lembut. Buah muda berwarna kuning kehijauan, dan apabila masak berwarna jingga. Isinya berwarna oren, manis dan berbiji seperti buah cempedak. Ia juga dikatakan buah Tarap, tetapi ia adalah berbeza.
Ia diketegori cempedak liar banyak ditemukan di hutan hujan dataran rendah, baik hutan primer maupun sekunder. Tumbuh sampai ketinggian sekitar 1000 m dpl.



Pokok Kejijak (Buah Kejijak)
Pokok Kejijak ini bersaiz besar dan berdahan rendang dan buahnya pula sebesar penumbuk dan bulat. Berbau seperti buah bacang. Ia akan gugur apabila masak dan tidak boleh diperam..Kulit dan isinya tidak boleh dimakan, tetapi bijinya yang boleh dimakan.Untuk mendapatkan isi didalam biji, ia harus di potong atau atau direbus untuk mendapatkan isinya.



Pokok Durian Hutan (buah durian hutan)
Pokok Buah Durian Hutan liar, banyak dijumpai di hutan hujan dataran rendah, baik hutan primer maupun sekunder. Berasal dari Malaysia, Indonesia, dan negara asia yang lain. Pokok Durian Hutan boleh membesar mencapai 30 meter (100 kaki),Tumbuh hingga ketinggian kira-kira 800 m dari aras laut.

Terdapat banyak spesies durian liar antaranya Durio oxleyanus dan lowianus Durio. Gambar menunjukan durian hutan jenis Durio Oxleyanus. Sifatnya ialah berduri tajam panjang dan empat  pansa sahaja dan terdapat satu isi saja setaip pangsa yang berwarna putih atau kuning cair.Isinya lembut dan manis. Tidak di galakan makan banyak kerana ia akan memanaskan badan. Terdapat juga durian hutan yang berisi merah, yang banyak terdapat di Borneo. Durian hutan juga menjadi makanan kepada haiwan buas seperti Gajah, babi dan dikatakan juga dimakan oleh harimau belang.

    
Pokok Beruas (buah beruas)
Pokok Beruas (Garcinia hombroniana) merupakan Sejenis tumbuhan Yang terdapat di hutan Malaysia Sumatera di Negara-Negara ASEAN Yang Lain. Pokok Beruas merupakan Sejenis tumbuhan Yang terdapat di hutan Malaysia Sumatera dan di negara-negara ASEAN Yang Lain.

Pokok beruas boleh mencapai Ketinggian 15 - 20 kaki (4,6-6 meter). Batang pokok ini kepada lurus tegak dan dahan yang bercabang. Sifat buah beruas yang matang ialah, kelihatan Seperti buah manggis, isinya berwarna kuning, berasa masam, dan mengandungi biji.

    
Pokok Rambai Hutan
Pokok Rambai Hutan (Baccaurea kunstleri) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae yang berasal dari Asia Tropika, dan Australia. Terdapat pelbagai spesis rambai hutan, antaranya ialah Rambai Mentahun (sebutan penduduk tempatan). Seperti gambar yang di tunjukan. Bentuknya yang bulat dan berwarna hijau jika muda. Rambai mentahun ini, memerlukan masa selama setahun untuk matang dan boleh dimakan.

Ciri-ciri rambai hutan ialah, tumbuh sehingga 20 meter (65 kaki) tingginya, dengan batang pokok yang mempunyai akar banir. Daun: Berbentuk bujur, dan berlingkar-lingkar pada sekeliling dahan. Permukaan bawahnya lembut dan licin bak baldu.Buah: Berbentuk bulat, hijau semasa muda dan berwarna perang/kekuninganapabila matang, mempunyai biji dan berasa masam/manis.     



Pokok Senduduk, Lemba dan letop-letop.
Pokok Senduduk (Melastoma malabathricum), Lemba (Curculigo latifolia Dyrander / Molineria latifolia) dan Letop-letop (Passiflora foetida) adalah tumbuhan hutan tumbuh subur di hutan dara, belukar dan juga kebun-kebun. Buah dari pokok berikut boleh di makan dan selamat. Ia juga mengandugi nilai perubatan yang tinggi.


                      Buah Senduduk    Buah Lemba     Buah letup-letup

Pokok Berembang (Buah Berembang)
Pokok Berembang (Sonneratia caseolaris), adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Pokok ini juga dipercayai terdapat di negara-negara ASEAN Yang Lain.  Nama lain bagi tumbuhan ini ialah , pedada, gedabu, atau Perepat. Ia tumbuh subur berhampiran sungai yang bedekatan dengan laut. Pokok berembang adalah tempat Kunang-Kunang menghisap manisan bunga pokok berembang di waktu malam.

Buah dan pucuk muda daun berembang boleh dimakan mentah. Sifat buah berembang berasa sedikit masam (rasa seperi keju), tetapi sedap untuk dimakan muda atau masak. Ia juga mempunyai berbagai khasiat kesihatan mengubati batuk (buan) dan mengubati luka (daun)
Terdapat juga Pokok Berembang Bukit, yang tumbuh di kawasan bukit. Sifat buahnya juga hampir sama.



Pokok Nipah (buah nipah)
Pokok Nipah (Nypa fruticans )merupakan Sejenis tumbuhan Yang banyak terdapat di hutan Negara-Negara ASEAN.Ia juga boleh dijumpai di selatan Asia dan utara Australia. Ia tumbuh subur berhampiran sungai yang bedekatan dengan laut

Tandan bunga buah Nipah yang belum mekar, boleh menghasilkan nira iaitu manisan yang boleh diminum atau dibuat gula,cuka dan etanol. Buah nipah yang matang boleh dimakan isinya dengan cara membelah buat tersebut. Isinya lembut ,berair dan berwarna putih cerah. Biji buah nipah yang tua boleh dijadikan tepung, dengan cara menumbuknya. Umbut nipah juga boleh dimakan manakala daunya boleh dibuat atap, rokok dan sebagainya.


Sumber Makanan Dari Tumbuhan Hutan (umbut tumbuhan)
Kebanyakan pokok species palma, seperti rotan, bertam dan kelapa, mempunyai umbut yang dan selamat dimakan. Jika dalam situasi kecemasan(survival), carilah tumbuhan jenis palma ini untuk dijadikan makanan sementara.

Pokok Buluh (rebung)
Buluh (Gramineae), iaitu sekeluarga dengan jenis rumput termasuklah rumput-rampai, padi, jagung, tebu dan gandum. Lebih tepat lagi buluh berada di bawah sub-keluarga Bambusoideae. keluarga Poaceae. Struktur pokok buluh adalah berongga. Terdapat sepuluh jenis genus buluh dan ia dibahagikan lagi kepada  1,450 spesies.

Di Semenanjung Malaysia terdapat 7 genera buluh dan mengandungi sebanyak 44 jenis semuanya (Holttum 1958). Buluh yang dikenali sebagai kumpulan rumput gergasi serta berbatang keras.
Yang boleh digunakan sebagai sumber makanan adalah rebung buluh. Gambar menunjukkan rebung buluh yang muda. Dengan kaedah tertentu ia boleh dimasak dan boleh diguna pakai dalam survival.



Pokok Rotan (umbut)
Pokok Rotan jenis pokok palma daripada famili Arecaceae dan terdiri daripada genus-genus Calamus Rotang, Daemonorops, dan Korthalsia. Pokok rotan menjalar keatas dengan menumpang pokok lain.

Dengan kaedah tertentu ia boleh dimasak dan boleh diguna pakai dalam survival. Gunakan kreativiti untuk mendapatkan umbut tersebut di waktu survival. Gambar hanya menunjukkan bagaimana rupa umbut rotan tersebut. Boleh dimakan mentah atau dimasak.



Pokok Bertam/Pokok Salak (umbut)
Pokok Bertam (Eugeissona tristis Griff). Pokok ini mempunyai duri yang amat banyak. Tumbuh dalam rimbunan. Ia juga buah yang boleh di makan. Pokok Salak (Salacca zalacca ) adalah sejenis pokok palma yang terdapat di hutan Malaysia.Ia adalah tumbuhan yang hidup di merata hutan pedalaman di Semenanjung Malaysia dikawasan yang tidak lembab.    
              
Dengan kaedah tertentu ia boleh dimasak dan boleh diguna pakai dalam survival. Gunakan kreativiti untuk mendapatkan umbut tersebut di waktu survival. Gambar hanya menunjukkan bagaimana rupa pokok bertam tersebut. Umbutnya boleh dimakan mentah atau dimasak.


                         Pokok Bertam                  Pokok Salak

Pokok Nibong (umbut)
Pokok Nibung (Oncosperma Tigillarium) merupakan tumbuhan jenis palma daripada keluarga arecaceae. Tumbuh secara berumpun diantara 5 hingga 50 batang pokok. Ketinggian pokok nibung mencapai sehingga 30 meter. Batang pokok nibung biasanya lurus, mempunyai duri-duri keras dan panjang yang tajam berwarna hitam. Daunnya juga berduri.
Dengan kaedah tertentu ia boleh dimasak dan boleh diguna pakai dalam survival. Gunakan kreativiti untuk mendapatkan umbut tersebut di waktu survival. Gambar hanya menunjukkan bagaimana rupa umbut pokok nibong tersebut. Boleh dimakan mentah atau dimasak.
  
                             Pokok Nibong                  Pokok Bayas

Pokok Bayas (umbut)
Pokok Bayas (Oncosperma horridum) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Arecaceae yang berasal dari Semenanjung Malaysia. Boleh mencapai setinggi 30, tumbuh berumpun.Batang pokok serta tangkai daun mempunyai duri, berwarna coklat keperangan. Mempunyai buah sederhana besar, bulat, berwarna hijau ketika muda dan bertukar hitam keungu-unguan setelah matang.

Dengan kaedah tertentu ia boleh dimasak dan boleh diguna pakai dalam survival. Gunakan kreativiti untuk mendapatkan umbut tersebut di waktu survival. Gambar hanya menunjukkan bagaimana rupa pokok dan umbut pokok Bayas tersebut. Ia perlu dimasak untuk memakannya.

Pokok Nipah (umbut)
Pokok Nipah (Nypa fruticans ) tumbuh subur berhampiran sungai yang bedekatan dengan laut. Ia mempunyai buah yang boleh dimakan isinya.

Dengan kaedah tertentu ia boleh dimasak dan boleh diguna pakai dalam survival. Gunakan kreativiti untuk mendapatkan umbut tersebut di waktu survival. Gambar hanya menunjukkan bagaimana rupa pokok nipah dan umbutnya. Boleh dimakan mentah atau dimasak.
Pokok Lengkuas (empulur@umbut)
Pokok Lengkuas (Languas galangal) Tumbuh herba ini tersenarai dalam koloni "Pokok Ulam". Pokok Lengkuas hidup berumpun dan berizom, bertinggian sehingga dua meter. Ia tumbuh tumbuh menegak daripada rizomnya.
Dengan kaedah tertentu ia boleh dimasak dan boleh diguna pakai dalam survival. Gunakan kreativiti untuk mendapatkan umbut tersebut di waktu survival. Gambar hanya menunjukkan bagaimana rupa pokok dan empulur@umbut pokok tersebut. Ia perlu dimasak untuk memakannya.


Pokok Pisang (empulur@umbut)
Nama saintifik (Musa spp).Nama lama saintifiknya (Musa sapientum) tidak lagi digunakan. Terdapat berbagai species dan tumbuh melata di hutan Malaysia.

Dengan kaedah tertentu ia boleh dimasak dan boleh diguna pakai dalam survival. Gunakan kreativiti untuk mendapatkan umbut tersebut di waktu survival. Gambar hanya menunjukkan bagaimana rupa umbut pokok pisang tersebut. Ia perlu dimasak untuk memakannya.



Pokok Kelapa (umbut)
Pokok kelapa (Cocos nucifera L.) adalah ahli keluarga Arecaceae (keluarga palma). Dikelaskan dalam genus Cocos dan merupakan pokok palma yang besar, tumbuh setinggi 30 meter, dengan pelepah daun (pinnate). Terdapat berbagai species dan tumbuh melata Malaysia.

Dengan kaedah tertentu ia boleh dimasak dan boleh diguna pakai dalam survival. Gunakan kreativiti untuk mendapatkan umbut tersebut di waktu survival. Buah kelapa juga boleh di makan isinya samada muda atau tua. Gambar hanya menunjukkan bagaimana rupa umbut pokok kelapa tersebut. Boleh dimakan mentah atau dimasak.




Sumber Makanan dari pucuk tumbuhan
Dalam keadaan “survival”, sumber makanan daripada pucuk-pucuk muda tumbuhan juga boleh dilakukan. Kebanyakannya pucuk muda ini selamat dimakan kecuali yang memabukkan atau yang beracun. Untuk membezakannya selamat atau tdak, secara asas, lihatlah pada haiwan liar, jika ada tanda haiwan memakan pucuk tumbuhan tersebut ianya selamat.

Untuk lebih meyakinkan gunalah teknik Hidu,Gosok dan Rasa. Hidu bermaksud menghidu di hidung untuk daun untuk menilai bau yang dihasilkan. Jika masih ragu, Gosok daun tersebut dikulit yang peka dan tunggu apa yang berlaku sama ada gatal, berangin atau sebagainya. Rasa bermaksud meletak sedikit daun yang diramas di lidah. seperti juga teknik gosok, untuk memastikan dengan lebih tepat, jika tiada sebarang tindakbalas jika teknik gosok dilakukan di tangan.


Jika berpuas hati dan rasa selamat, makanlah daun tersebut sekadar alas perut. Teknik ini juga berguna jika anda terjumpa buah-buahan hutan yang tidak diketahui selamat dimakan atau tidak.

      Semoga dengan penulisan ini, anda dapat maklumat yang berguna. Ingatlah penulisan ini hanya asas sahaja, untuk mengetahui lebih mendalam lagi rujuklah kepada yang pakar, buku atau sebarang lama sesawang yang membicarakan secara terperinci.

Sekian terima kasih. 

Lusuh Adventure@loras
(Sam Lusuh)
www.lusuh.com.my
(selasa 31-01-2017)

Gambar: Sumber internet
Disusun/tulis : Sam Lusuh


(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)