Apakan maksudnya?
Jika diterjemah
maksud survival istilah inggeris iaitu, “the will to live, to outlive, state of to
continuing to live” dan jika di terjemah dalam bahasa melayu, “kehendak atau keupayaan untuk meneruskan kelangsungan
kehidupan”
Jika di ilustrasikan
lihat gambar dibawah perkataan Survival:
Bilakah dipratikan kemahiran iktiar hidup:
- Peperagan atau darurat
- Sesat jika berekreasi
- Bekalan makan yang berkurangan
- Ganguan manusia atau haiwan
- Menjalani kehidupan natif
- Dan lain-lain
Jika berlaku atau
terjadi dari salah satu perkara diatas, apakah yang perlu dilakukan untuk
kelangsugan hidup. Secara ringkas, anda sepatutnya
tenang dan berfikir jalan penyelesaian disinilah ilmu iktiar hidup amat perlu. Gunakan
istilah “STOP” yang bermaksud:
- S = Stop/Sit Down > berhenti dan berehat
- T = Thinking > Tenang dan berfikir masalah yang dihadapi.
- O = Observe > menilai dan mengamati keadaan
- P = Planning > membuat perancagan apa patut dilakukan.
Setelah mendapat ilham atau tindakan yang perlukan dilakukan ia haruslah
secata selamat dan teratur untuk mencapai matlamat.
Gunakan istilah “SAVE” (create by sam lusuh) yang bermaksud:
- S = Smart > Bijak dalam tindakan dan perancagan
- A = Active > bertenaga besemagat
- V = Visualize > mengambarkan keperluan
- E = Energy > Gunakan tenaga sebaik mungkin
Terdapat juga istilah
lain yang biasa digunakan dalam kontek iktiar hidup iaitu “SPEAR”(lembing)
- S = Stop > berhenti,
- P = Planning > membuat rancagan
- E = Execute > melaksanakan rancagan yang telah difikirkan
- A = Asses > menilai apa yang telah dibuat
- R = Re-evaluate, menilai semula dari perancagan awal, pelaksanaanya dan hasil penilaian itu, digunakan untuk pertimbangan dan berkembangan iktiar hidup selanjutnya.
Setelah anda faham
semua diatas kita lihat pula apakan 4 element asas iktiar hidup yang perlu diketahui semua
(refer gambar dibawah)
Apabila dalam situasi
survival dan anda sedang menghadapinya, lakukan empat perkara asas diatas.
Anda boleh lakukan mana-mana dari perkara diatas sebagai yang pertama patut
dilakukan. Ia bergantung kepada masalah dan tempat yang anda hadapi disaat itu.
Water (air)
>Carilah sumber
dari yang terdekat dengan kaedah-kaedah yang tertentu (teknik rujuk nota LA)
Fire (api)
>Gunakan apa jua
kaedah yang anda ketahui, kerana dengan adanya api menaikan semagat anda dan
kelebihan yang lain
Shelter (tempat berlindung)
>Agar dapat
perlindugan dari kesejukan, gangguan haiwan dan sebagainya
Food (makanan)
>Jika ada makanan
perlulah pandai berjimat, dan jika tiada berhati-hatilah dalam memilih makanan
yang selamat (teknik-rujuk nota LA)
Akhir sekali ialah memahami prinsip ikhtiar hidup
Semoga anda memahami secara
asas apa yang perlu jika menghadapi keadaan yang membawa kepada iktiar hidup
untuk melengkapinya tiga perkara utama mesti ada disaat kecemasan itu iaitu:
1.Utamakan Keselamatan
>keutamaan soal
keselamatan nyawa. Jika melakukan sesuatu perkara, buatlah dengan
berhati-hati, elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan
diri Sebagai contoh, hindarkan dari memakan tumbuh-tumbuhan, buah-buahan tidak pasti selamat,
hindarkan dari bertembung dengan binatang buas.
3.Kawalan diri (emosi)
>kawal emosi diri
agar keadaan tidak menjadi terlalu nagetif. Sentiasalah berfikiran positif agar
merasa tenang dengan apa yang anda lakukan. Jangan cemas dalam setiap keadaan
kerana ia boleh memburukan lagi keadaan.
2.Usaha
>Jangan putus asa
jika berlaku kegagalan semasa survival, contohnya menyalakan api, mencari
makanan dan sebagainya. Alam memang dijadikan untuk menduga manusia yang suka
cabaran, ia tidak kejam tetapi berusahalah untuk menjadi kawan, adaptasi dan mengatasinya
Semoga anda memdapat
ilmu yang berguna dalam penulisan ini. Pelajarilah ilmu iktiar hidup kerana
suatu hari nanti ia mungkin berguna untuk keselamatan diri, keluarga dan
rakan-rakan anda.
Sekian terima kasih.
Lusuh Adventure@Loras Bushcraft Survival
(Sam Lusuh)
www.lusuh.com.my
(Selasa 27092016)
Gambar: Sumber internet
(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampakebenaran)
Lusuh Adventure Online Camping Shop
LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)