for everyone |
Khemah adalah satu element terpenting dalan aktiviti perkhemahan. Meterial
khemah yang baik adalah yang terpenting dalam perangcangan membeli khemah untuk
memberi perlindungan dari hujan,panas,sejuk,angin,binatang dan serangga.
Perkara yang harus diperhatikan dan diambil kira apabila kita membelinya ialah:
1.Jenama- jenama yang terkenal seperti colemen dan lain-lain, terkenal
dengan kualiti yang baik, tetapi ada juga yang tidak berjenama berkualiti baik.
2.Harga-Bergantung kepada kemampuan dan keperluan
3.Kegunaan (fungsi)-untuk kepantai atau mendaki gunung atau sungai atau hutan sebab ia mempunyai fungsi yang berlainan
jenis khemah gunung
2.Harga-Bergantung kepada kemampuan dan keperluan
3.Kegunaan (fungsi)-untuk kepantai atau mendaki gunung atau sungai atau hutan sebab ia mempunyai fungsi yang berlainan
jenis khemah gunung
2.Perlindungan-dapat memberi perlindungan dengan baik daripada
hujan,panas, sejuk dan haiwan merayap contoh mempunyai 'netting'. di pintu dan
'ventilation' yang baik; perhatikan apa yang terbaik yang ada pada khemah
tersebut.
3.Ukuran- Pilihlah untuk berdua, berempat atau berenam kerana ia menentukan keselesaan.
4.Kalis air-kebisaanya yang berjenama lebih baik walaupun bukan 100%
6.Tahan lasak-sebenarnya bergantung kepada cara anda menggunakan dan menjaganya.
7.Mudah dipasang dan dibuka- lagi senang dipasang lagi bagus
Jika khemah sudah ada, perlu pula ada kemahiran untuk memasangnya pula;
belajarlah dari meraka yang mahir atau buat latihan berdasar rajah atau gambar
cara memasang khemah tersebut. Bila sudah pandai, untuk mendirikan khemah kita
kena tahu pula peraturan yang mesti diikuti iaitu:
1-Pasang khemah ditempat yang telah disediakan atau yang bersesuaian.
2-Pastikan jarak yang selamat antara khemah-khemah agar senang lalu dan jika berlaku kebakaran tidak semua khemah terlibat. jika ikut peraturan jarak yang selamat ialah 3 meter antara satu sama lain.
3-Bersihkan tapah perkhemahan contoh batu dan ranting
4-Jika berada dilaluan angin, elakan pintu masuk menghadap laluan tersebut.
5-Pasang khemah anda dengan kukuh (kuat), gunakan pemacak yang telah disediakan agar khemah tidak terbang jika angin kuat melanda.
6-Sebaik-baik cara pemasangan khemah ialah ada formasi yang teratur contoh bentuk bulat atau bentuk 'u'.
Apabila semua sudah siap, kebersihan khemah juga harus diperhatikan: ini untuk keselamatan kita juga. antara peraturan yang harus di ikuti ialah:
1-Jangan tinggalkan khemah dengan pintu terbuka, jika hendak buka juga pastikan memggunakan 'netting'. ini untuk mengelakan serangga atau binatang masuk kekhemah.
2-Bersihkan khemah dengan segera jika ia kotor akibat makanan atau sebagainya.
3.Jangan simpan baju basah dalam khemah atau mengantung atau meletakan baju dimana-mana bahagian khemah.
4-Jangan merokok didalam khemah
Teknik memilih tapak perkhemahan dan tempat yang harus
dihindarkan.
1-Carilah tapah perkhemahan sebaik-baiknya lapang dan tanahnya rata.
2-Terdapat sumber/punca air berhampiran.
3-Mendapat pancaran cahaya matahari untuk mengeringkan khemah jika basah.
4-Terlindung daripada tiupan angin secara terus.
5-Jika boleh carilah tapak yang mempunyai pemandagan yang menarik.
6-Lakukan pemeriksaan di sekitar kawasan perkhemahan (untuk keselamatan)
7-Jika bersatai (berkeluarga) carilah tempat yang mempunyai kemudahan awam seperti tandas, parking kereta dan lain-lain.
Manakala tempat yang harus dihidarkan ialah:
1-kawasan khemah yang lembab dan berair (khemah basah dan ketidakselasaan berlaku)
2-Dikawasan tanah yang berlumpuh (mengotorkan khemah)
3-berhampiran belukar atau semak samun atau kawasan lalang (elak gangguan serangga contoh nyamuk , haiwan kecil contoh ular dan jika kawasan lalang ia mudah terbakar). dikawasan ini juga menyukarkan pergerakan.
4-Diatas tebing curam (risiko tergelicir atau tanah runtuh)
5-Dikawasan berbatu yang tajam, akar pokok yang timbul di permukan tanah (merosakan khemah)
6-Dibawah pokok mati atau berdahan mati (risiko dahan patah dan menghempap khemah)
7-Dibawah pokok besar dan daunya rimbun (risiko dahan patah jika ribut atau hujan lebat)
8-Dibawah pokok yang beracun atau berhampiran dengannya (sepeti pokok rengas-risiko gatal-gatal), juga pokok yang berduri.
9-Diatas denai binatang (laluan binatang) atau laluan manusia
10- Berhampiran tempat sumber makanan/minum haiwan di sekitarnya (risiko diserang haiwan dan juga akan menakutkan haiwan)
11-Dikawasan kotor atau berhampiran dengan sampah sarap.(penyakit)
12.Terlalu dekat dengan sungai (risiko berlaku ibu air)
Nota:
Walauapa pun yang telah dicatitkan seperti diatas, tidak semua tapah
perkhemahan memenuhi apa yang dikehendaki oleh kita.Ia bergantung kepada
keadaan yang memungkinkan pertimbagan yang sewajarkannya untuk memilih tempat
perkhemahan tersebut. ia bergantung kepada keadaan berikut:
1-Jangkamasa berkhemah, jika satu malam saja tidak perlulah smua yang disenaraikan diatas dipenuhi . Gunakan yang perlu sahaja
2-Bilangan peserta-jika ramai fikirkan yang perlu, jika sekadar berdua atau satu keluarga kecil memadai yang terpenting sahaja.
3-Jenis perkhemahan-berkaitan memilih tapak, ikut kesesuaian sesuatu program itu.
4-Keadaan alam sekeliling-jika dapat pemandangan yang menarik satu bonus.
Ok, setakat tu sahaja, nanti lusuh akan sambung lagi bab yang sama artikel yang akan datang. Semoga apa yang diajar akan menjadi panduan untuk semua.
(akan bersambung iaitu bahagian kedua topik yang sama)
terima kasih.
Lusuh Adventure
110809
2124
http://lusuh.multiply.com (sumber asal ini dikemaskini semula pada 19062013)
(bahan penulisan adalah hak
cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
Ingin membeli khemah@flysheet, klik link ini.
Ingin membeli khemah@flysheet, klik link ini.
Lusuh Adventure Online Camping Shop
LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)