Monday, October 29, 2012




Gunung Tahan (merapoh-kuala) retro 2000



Mount Tahan (Malay: Gunung Tahan), at 2,187 m, is the highest point in Peninsular Malaysia. It is located within the Taman Negara national forest, in the state of Pahang. The mountain is part of the Tahan Range in the Tenasserim Hills and is popular with local climbers.

In the Malay language, "gunung" means "mountain," while "tahan" means "endure". Thus, the name of the mountain suggests that a certain level of physical endurance is required to conquer it. Gunung Tahan is considered by many to be one of the toughest treks in Peninsular Malaysia.
Trails

There are three trails to the summit, commonly referred to as:

1) Kuala Tahan-Kuala Tahan

2) Merapoh-Kuala Tahan or Kuala Tahan-Merapoh

3) Merapoh-Merapoh

The Kuala Tahan classic trail is the oldest and most scenic trail. A return trip on this trail typically takes seven days. Climbers have to trek across undulating ridges and make several river crossings before finally reaching the foot of the mountain to make the final ascent. Climbers without adequate physical fitness or training are not advised to attempt Gunung Tahan.

The other two trails are from Merapoh (Sungai Relau). The Merapoh-Merapoh trail is significantly shorter than the other two. A return trip on the Merapoh trail takes 3–4 days. A traverse from Kuala Tahan to Merapoh (or the other way around) takes around 5 days.

Reference:
http://en.wikipedia.org/wiki/Mount_Tahan#Trails

Gunung Tahan (merapoh-kuala) retro 2000
>Melakukan pendakian ke Gunung Tahan, iaitu merapoh-kuala pada tahun 2000 (tak ingat tarikh kekeke)
>Peserta seramai sembilan orang dan seorang guide
>Naik keratapi menuju ke Merapoh..
>Bermula di Base camp, kemudian mendaki menuju ke kem Kor, bermalam disana
>Esoknya seawal pagi bangun, dan menuju kepuncak G. Tahan
>Perjalanan penuh cabaran dan dugaan, tetapi diberi pula pemandagan yang indah..
>Berjaya sampai kepuncak G. Tahan, lebih kurang 1800 hours, tetapi untuk berjaya sampai, saya telah diduga dengan hujan dan ribut yang begitu kuat. Perasaan ingin berpatah balik, tetapi memikirkan seorang peserta telah berada dipuncak berseorangan, terpaksa diteruskan walaupun dalam kesejukan.
>Saya hampir kena herpertomia, nasib baik ada satu group pendaki lain berada dipuncak, dapatlah berlindung dari kesejukan dan minum air panas.
>Seramai sembilan orang yang mendaki hanya tiga orang sampai kepuncak disebabkan ribut, meraka terpaksa berkhemah di bawah.
>Esoknya semua peserta sampai kepuncak, dan bercerita pengalaman masing-masing.
>Dalam puku 1100, Memulakan pula perjalanan untuk kekuala Tahan..dalam perjalanan dihadiahkan pemandagan yang sangat cantik...dan juga mendapat hadiah, iaitu kena serang penyegat...kekeke
>2230, baru berhenti jalan peserta dah tidak larat lagi berkhemah disatu puncak (tak tahu nama)
>Seawal pagi bangun 0830 berjalan semula...adoiii penat gila naik dan turun bukit banyak oiii..rasa tidak sampai-sampai
>1730 Sampai ke kem site (Lupa namanya sebelah sungai besar..kekeke) bermalam lagi, teringat saya menu malam itu ialah "Soto Ayam nasik empit), malam itu hujan
>Bagun Awal 0830, berjalan semula, kali ini kena banyak lalu sungai pulak, nasib kurang baik, sugai pertama nak lalu air naik, terpaksa guna jalan lain.....mendaki lagi...adoi..
>Setelah melalui banyak sungai dan seragan pacat...sampai lagi satu kem site (lupa namanya) untuk bermalam..dalam 1700 sampai.
>Bangun pagi dengan azam baru kerana ini adalah perjalanan terakhir menuju ke Kuala Tahan. 0900 mula berjalan.
>Berjalan dengan penuh semangat, menempuh segala rintagan dan dugaan...berjalan dengan senda gurau dan ketawa dan akhirnya pada 1830 sampai ke Kuala Tahan..sebagai orang yang terakhir..kekeke..
>Bermalam di Kabin, esoknya hantar bag untuk diperiksa oleh pegawai hutan, dan tengah hari Kami Pulang..dengan seribu satu kenangan...

Regards:
Lusuh Adventure
http://www.lusuh.com.my

 






                                                    Pejalanan Pulang

Regards

lusuh adventure...ever-Green exprience
online outdoor camping shop


Simple memory that still remains..

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : lusuhadventure@gmail.com

Click: www.wasap.my/601112207394/lusuhadventure. >>directwasap<<(untuk sebarang pertanyaan@if any inquiry)
Lusuh Adventure@loras
(outdoor gear camping shop>>kami menjual peralatan rekreasi dan sukan)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394

                                                 
Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

Saturday, September 22, 2012

Gunung Yong Belar +G. Charlie Peak+G. 6040

Sedikit info tentang Gunung Yong Belar:

Gunung Yong Belar merupakan sebuah gunung di sempadan negeri Perak Darul Ridzuan dengan Pahang Darul Makmur dan Kelantan Darul Naim, Malaysia dan mempunyai ketinggian 2,181 meter (7,156 kaki). Gunung ini mengandungi hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas

Gunung Yong Belar mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Perjalanan Lusuh Adventure:

12/02/2010
2245 - Bertolak menuju Kg. Raja Cameron Highland Pahang

13/02/2010
0415 - Sampai di masjid Kg. Raja.
0518 - Naik 4x4 ke tempat permulaan.
0548 - Sampai pintu masuk pendakian
* bersarapan,solat subuh dan persediaan terakhir
0650 - membacaan doa dan pendakian bermula.
0755 - Sampai di lintasan sungai yang pertama.
0900 - Selepas semua peserta berkumpul, perjalanan diteruskan.
Melalui Kem Kabin dan layan trek resam
1015 - sampai ke puncak anak warpu
1045 - Sampai puncak Warpu
1120 - Selamat tiba di Kem tudung.
*Berhenti rehat untuk makan tengahari.
1243 - Menuju ke kem kasut (amat mencabar kesabaran).
1638 - Selamat sampai ke Kem Kasut. (Last water point)
1704 - Sambung perjalanan menuju puncak Yong Belar
1820 - Selamat sampai di puncak Gunung Yong Belar.
*Cuaca yang amat sejuk dan berangin
1645 - Layan view mentari terbenam
2200 - tidor setelah makan malam
*suhu amat sejukkkkkkk angaran 9-10 darjah celcius kot...

14/02/2010
0630 - Bangun untuk solat subuh.
*Suhu adalah 12.3 darjah celsius.
1012 - turun dari puncak untuk ke Kem Gurkha
1230 - Berhenti makan tengahari di tengah trek (beri nama kem santai)
1300 - Menyambung semula perjalanan
1510 - Selamat sampai ke Kem Gurkha.
*sesi mandi dan lain-lain.
1800 - persediaan makan malam
2000 - makan malam
2030 - berkenalan dan ice-breaking
2359 - Pergi tido tetapi malam lusuh tidak dapat tidor-kena kacau dimana badan lusuh telah di tekan oleh dua tangan ghaib, selepas membaca ayat-ayat suci Al-quran ganguan hilang.

15/02/2010
0630 - Bangun untuk solat subuh dan suhu ialah 12.7 darjah celsius
0920 - Meneruskan perjalanan ke gunung Charlie pula
1030 - Selamat tiba di puncak Gunung Chalie Pondok.
1105 - Menyambung semula perjalanan
1205 - Selamat tiba di puncak Gunung 3 Negeri.
1320 - meneruskan perjalanan....
1445 - Selamat tiba di puncak 6040.
1505 - Menyambung semula perjalanan.
1545 - Selamat tiba di persimpangan yang terletak di lurah bukit (sungai)
1600 - Menyambung semula perjalanan
*dalam perjalanan inilah melalui sungai geng kami telah di ikuti oleh haiwan (dipercayai harimau)
1702 - Selamat sampai (keluar hutan)
*Mandi, bersolat, minum dan bergambar
2025 - Kenderaan 4wd tiba dan bertolak ke Kg. Raja.
2050 - Selamat sampai di masjid Kg. Raja.

Setelah makan malam, bertolaklah kami kedeitinasi masing-masing......terimakasih kepada kuntau Adventure yang menganjurkan program, rakan-rakan yang baik-baik belaka dan mg yang kasi tumpang kerata...kenangan di yong belar ini tidak akan lusuh lupa....

Regards:
Lusuh Adventure
http://www.lusuh.com.my













Regards

lusuh adventure...ever-Green exprience
online outdoor camping shop


Simple memory that still remains..

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : lusuhadventure@gmail.com

Click: www.wasap.my/601112207394/lusuhadventure. >>directwasap<<(untuk sebarang pertanyaan@if any inquiry)
Lusuh Adventure@loras
(outdoor gear camping shop>>kami menjual peralatan rekreasi dan sukan)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

Tuesday, September 18, 2012

Gunung Yong Yap, Bubu dan Tok nenek





Sedikit info tentang Gunung Yong Yap

Gunung Yong Yap adalah sebahagian dari banjaran titiwangsa dan ia terletakbersempadan dengan negeri Perak/Kelantan mempunyai ketinggian setinggi 2,167 meter (7,110 kaki). Gunung Yong Yap termasuk 'G7' oleh pendaki tempatan. Gunung ini boleh didaki melalui dua jalan utama iaitu dari kuala mu Perak atau dari pos Broke (lojing) Cameran highland. Gunung G7 yang lain ialah Gunung Tahan dan Gunung Yong Belar di Pahang, Gunung Korbu, Gunung Gayong, Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat di Perak.

Gunung Yong Yap mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Perjalanan Lusuh Adventure:

18/03/2010
2030 - Bekumpul di stesen minyak petronas gombak
2215 - Bertolak menuju Loging Cameron Highland Pahang
2320 - Sampai pehentian Tapah, untuk makan dan lain-lain

19/03/2010
0250 - Sampai di Bleuvalley,post (lojing) cameran highland
*berehat, solat dan tidor
0700 - Pergi sarapan pagi
0747 - Naik 4x4 ke tempat permulaan bergerak dari lojing
0855 - Sampai pintu masuk pendakian
* mendengar taklimat dan persediaan terakhir
0900 - membacaan doa dan pendakian bermula.
* melintasi dua sungai dan sedikit hutan
0948 - Sampai di perhentian yang pertama puncak serawak (rehat)
1000 - Selepas semua peserta berkumpul, perjalanan diteruskan.
*layan trek lalang, resam , buluh dan sungai-sungai yang banyak.
1220 - sampai ke tempat perhentian kedua tepi sungai dan kaki bukit, makan tengah hari dan berehat.
*pintu masuk menuju ke kem Agas trek agak pacak.
1309 - bergerak semula dan mula mendaki
* banyak anak sungai kena lintas
1500 - Sampai kem Agas
1510 - Bergerak semula setelah semua telah sampai
1700 - Selamat tiba sungai Y (water point)
*Berhenti rehat untuk makan,ambil air dan solat)
1730 - Bergerak semula untuk menuju ke kem balak pecah
1920 - Sampai ke Kem balak Pecah dan bermalam disini
*aktiviti masak, berkenalan dan lain-lain
*suhu boleh dikatakan sejuk juga.(menjelang pagi)
0630 - Bangun solat subuh dan mula kemas barang

20/03/2010
0825 - Menulakan perjalanan menuju simpang gunung Bubu.
* layan trek lumut yang cantik dan pacak
0945 - Sampai simpang gunung Bubu.
*disini letak bagpack dan mula untuk mendaki Gunung Yong Yap
1000 - Setelah semua sampai maka pendakian dimulakan
*keadaan laluan yang mencanak dan lumut yang cantik.
1030 - Selamat sampai di puncak Gunung Yong Yap
*pemandagan dipuncak terhalang sikit akibat kabus
1055 - Semua bergerak turun kesimpang Bubu.
1115 - Sampai dan berkemas pula untuk perjalanan menuju Gunung Bubu.
1134 - Memulakan perjalan ke Bunung Bubu
*penuh cabaran dan menguji kesabaran
1445 - Selamat sampai di puncak Gunung Bubu
*aktiviti melayan gigil...kerana kena hujan semasa di trek
*pasang khemah (flysheet), setting tempat tidor dan lain-lain
*Suhu sekitar 15 darjah celsius.
0630 - Bangun untuk solat subuh dan melayan matahari naik.
0730 - Sarapan pagi dan mula packing barang

21/03/2010
0831 - turun dari puncak gunung Bubu untuk ke Gunung Tok nenek
*Penat sangat kerana layan pacak
*Dalam perjalanan dapat menikmati pemandagan indah gunung lain
1115 - Sampai puncak kadung
1142 - Selamat sampai ke puncak Gunung toknenek
*sesi bergambar dan lain-lain
1235 - turun dari puncak gunung Gunung Tok nenek untuk ke sungai berembun
*Perjalanan mencabar, kena wall climbing sikit
1400 - Sampai pula ke sungai berembun
* sesi makan, minum dan solat
1430 - Bergerak semula untuk keluar dan melalui banyak sungai
1930 - Berhenti kerana dah masuk waktu magrib
1955 - Sampai puncak sarawak
2030 - Sampai pintu masuk dan semua selamat keluar.
2055 - bergerak keluar dengan 4x4 menuju ke lojing
2100 - Sampai lojing sisi mandi dan berkemas
2150 - Bergerak keluar untuk ke simpang pulai untuk makan malam
2335 - Makam malam beramai-ramai
0135 - bergerak untuk balik ke KL
0435 - Selamat sampai ke rumah

Setelah makan malam, bertolaklah kami kedeitinasi masing-masing......terimakasih kepada kuntau Adventure yang menganjurkan program, guide terbaik pak kassim ( yang dah tak ada janggut) rakan-rakan yang baik-baik belaka.kenangan bersama kalian ini tidak akan lusuh lupa....

Regards:
Lusuh Adventure
http://www.lusuh.com.my
Online outdoor camping shop












Regards

lusuh adventure...ever-Green exprience
online outdoor camping shop


Simple memory that still remains..

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : lusuhadventure@gmail.com

Click: www.wasap.my/601112207394/lusuhadventure. >>directwasap<<(untuk sebarang pertanyaan@if any inquiry)
Lusuh Adventure@loras
(outdoor gear camping shop>>kami menjual peralatan rekreasi dan sukan)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)
 

Sunday, September 9, 2012

Isyarat keselamatan (marking) dan "SOS" memahami maksudnya


Isyarat keselamatan (marking) dan "SOS" memahami maksudnyaJun 25, '10 8:11 AM
for everyone
       Isyarat keselamatan (tanda-tanda "marking") dan isyarat S.O.S  ini bermaksud isyarat  untuk berkomikasi atau penunjuk jalan tampa mengunakan lisan. Tanda-tanda isyarat ini dibuat untuk memudahkan perjalanan didalam satu aktiviti didalam hutan atau sebaliknya. Ia juga bertujuan menyampaikan maklumat tertentu dari segi keselamatan persekitaran, kecemasan dan lain-lain. Oleh itu kita harus tahu memahami maksud yang tersirat jika terjumpa atau melihat tanda-tanda tersebut dan menganbil tindakan yang sepatutnya.

        Untuk memudahkan anda memahaminya, lusuh akan memulakan dengan menunjukan  beberapa contoh, umpamanya 'isyarat pengakap.Tanda atau isyarat akan dibuat dengan mengunakan ranting, daun, rumput, batu dan sebagainya untuk berkomunikasi. Isyarat S.O.S (Save Our Souls) pula, ia mengunakan beberapa teknik kemunikasi yang menggunakan tulisan, cahaya dan bunyi.



website rasmi lusuh Adventure menjual barangan 'camping'
www.lusuh.com.my

Berikut adalah beberapa tanda isyarat (marking) dan maksudnya agar mudah difahami:


Gambar 1


 
Gambar 2

1. Gambar 1 dan 2 bermaksud tidak boleh lalu atau kawasan bahaya dihadapan.
 Gambar 3
 Gambar 4
 
Gambar 5
2. Gambar 3,4 dan 5 bermaksud anda berada dilaluan yang betul. cara penandaannya ialah dengan ikatan plastik, tali , tetakkan pada pokok , semburan cat dan sebagainya.


 
Gambar 5A

3. Gambar 5A diatas bermaksud "ada sumber air disini".


website rasmi lusuh Adventure menjual baragan 'camping'
www.lusuh.com.my

Berikut adalah tanda (marking) "isyarat pengangkap", ia tedapat berbagai jenis, tetapi lusuh menunjukan sebahagian sahaja.


Gambar 6


di atas bermaksud "Tunggu disini" atau "berhanti disini", Boleh buat dengan batu ,ranting atau di lukis ditanah.












 Gambar 7
di atas bermaksud "Ikut jalan kesebelah kanan" Boleh buat dengan batu, atau dilukis ditanah.


 

Gambar 8

di atas bermaksud "Ikut jalan kesebelah kiri" Boleh buat dengan batu, atau dilukis ditanah.


 

Gambar 9
di atas bermaksud "Ikut arah batu kecil" Boleh buat dengan batu, atau dilukis ditanah. batu yang paling kecil, itulah arah yang harus diikuti.


 

Gambar 10
di atas bermaksud "Ikut arah jalan anak panah" Boleh buat dengan batu, atau dilukis .


 

Gambar 11
di atas bermaksud "teruskan perjalanan ikut arah batu" Boleh buat dengan batu, atau dilukis. Kebiasaan tanda ini akan dibuat apabila laluan yang terputus akibat sungai.


 Gambar 12
Di atas bermaksud "ikut arah ranting kayu yang patah" dimana ranting itu buang daunnya.


 

Gambar 13
Di atas bermaksud "ikut arah hujung rumput" rumput atau lalang disimpulkan.


 

Gambar 14
di atas bermaksud "Saya sudah pulang" ke khemah, ke kem atau rumah.


website rasmi lusuh Adventure menjual baragan 'camping'
www.lusuh.com.my

Seterusnya lusuh lusuh akan terangkan berkenanan Isyarat S.O.S. Setiap pecinta kegiatan reakriasi harus tahu pengunaan isyarat S.O.S. ini. Kebisaaan terdapat tiga cara pengunaan isyarat ini iaitu mengunaakan tulisan (S.O.S), lampu (cahaya) dan wisel (bunyi)

Mengunakan Tulisan:
Pada tempat yang sesuai seperti diatas pasir buatlah simbol S.O.S. dalam saiz ynag besar. Carilah kawasan yang lapang agar mudah dikesan. Simbol S.O.S boleh dibuat dengan apa sahaja yang sesuai. Contoh seperti gambar 12 dibawah.



 
Gambar 15
Mengunakan Wisel:
Cara pengunaan jika didalam kecemasan ialah tiup wisel 3 kali berturut-turut dengan tiupan pendek, kemudian 3 kali tiupan panjang dan 3 kali lagi tiupan pendek, ulangi semula setelah setelah lebih satu minit .


Pengunaan Lampu Picit:
Cara pengunaan jika didalam kecemasan ialah nyalakan lampu picit 3 kali berturut-turut dengan suluhan pendek, kemudian 3 kali suluhan panjang dan 3 kali lagi suluhan pendek, ulangi semula setelah setelah lebih satu minit.
      


Cara-cara lain untuk memberi syarat kecemasan ialah dengan menjerit meminta tolong, mengunakan cermin, pengunaan letupan (tembakan senjata), Peggunaan bendera, kamera flash,api dan apa saja media yang boleh menarik perhatian. Jika pasukan bantuan tiba, dan anda  rasa boleh dilihat dengan helikopter atau kapal terbang buat tanda isyarat seperti gambar 16 dibawah.
 Gambar 16


Sekian sahaja yang dapat lusuh catitkan. Lusuh berharap agar ia menjadi panduan kepada setiap pecinta rekriasi.
terima kasih.
Lusuh Adventure
300610  0826
http://lusuh.multiply.com
http://lusuh.com.my
1.(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)

Friday, September 7, 2012

Teknik mencari arah kiblat jika 'outing' berpandukan Bintang dan Matahari




"Firman Allah..."Dan Dia menciptakan tanda-tanda petunjuk jalan, dan dengan bintang-bintang inilah mereka mendapat petunjuk...."

Jika kita pergi 'outing' dan ditakdir tak bawa kompas, selepas itu hendak bersolat bagaimana cara menentukan arah kiblat.,jadi bagaimana cara anda menentukan arah kiblat . Ok  lusuh akan menulis empat cara mencari arah kiblat berpandukan kepada matahari dan bintang selain dari menggunakan kompas . Panduan ini amat perlu kita pelajari kerana mungkin pada suatu masa kita akan berada dalam situasi yang terdesak seperti di tengah hutan belantara,  dilautan dan dimana jua.



Cara (1) Pada waktu malam yang gelap maka carilah bintang tiga sederet dalam bentuk Buruj Belatik (Babadur Orion) dan kaedah ini memerlukan kepada pengetahuan ilmu bintang.



Contohnya lihat gambar diatas, tiga bintang sederet a menunjukkan model bintang Al-Jauzah atau al-Babadur atau panggil Orion.Bintang inilah selalu menjadi petunjuk navigasi untuk kawasan yang berada di Garisan Khatulistiwa. Cara membaca bintang ini dan mencari arah kiblat pula, lihat gambar dibawah.




tiga bintang sederet didalam gambar tersebut menunjukan arah kiblat. Bintang ini juga mempunyai nama iaitu:

*Paling kanan - Al-Mintaka                  *Tengah- Al-Nilam        *Paling kiri - Al-Nitak

*kanan atas - Al-Najid atau Bellatrix   *kiri atas - Bet Al Gauza atau Betelgeuse

*kanan bawah - Al Rijl atau Rigel         *kiri bawah - As'Saif atau Saiph

Garisan lurus dari Al Nitak ke Al-Mintaka menghala ke Barat Sebenar,Untuk arah Barat Megnetik..adjustkan ke sudut 15 degree (beza utara sebenar dan utara magnet = 15 degree )
Gugusan bintang ini mudah di kesan memandangkan kedudukannya di atas kepala di Khatulistiwa.

Cara (2) Dengan memandang ke arah langit pada malam yang gelap gelita dan carilah bintang Qutbi (Polaris). Inilah satu-satunya bintang paling tepat arah utara bumi. Dengan berpandukan bintang ini arah kiblat boleh dicari tetapi kaedah ini memerlukan pada
pengetahuan ilmu bintang.





Nota: Bintang-bintang hanya akan kelihatan mengelilingi pusat kutub yang ditunjukkan oleh bintang kutub (Polaris). Oleh itu bintang ini menunjukkan arah Utara benar dari manapun di muka bumi ini. Bintang kutub terletak dalam buruj al-judah ( Rasi Bajak / Ursa Minoris ) dan rasi  ini hanya dapat dilihat oleh masyarakat di bahagian Utara katulistiwa pada  tengah malam pada bulan Julai hingga Disember setiap tahun. Kedudukan bintang kutub boleh dikenali berdasarkan bentuk rasi bintang ini.


Cara (3) Jika pada waktu siang hari bolehlah merujuk kepada posisi matahari dengan memerhatikan arah ia terbit dan juga terbenam. Arah terbit adalah pada sebelah timur dan arah terbenam pada sebelah barat. Sebelah barat adalah arah kedudukan Makkah secara rawak dan ianya boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat. Setelah pasti arah terbenamnya matahari, menghadap kearah itu, dan pusingkan badan anda kekanan dalam 10 darjah dan beristijihat itulah arah kiblat. Di bawah saya sertakan rajah anggaran arah kiblat dari matahari terbenam.



Anda juga boleh menggunakan kaedah jari seperti gambar dibawah untuk menentukan secara kasar arah kiblat -gambar di bawah mencari arah menggunakan tangan kiri, lihat sususanan jari dibawah untuk cari bering kiblat.(JIKA DI KL BEARING KIBLAT IALAH 292.6846 ) (TERDAPAT KESILAPAN DALAM PENULISAN SAYA UANG LEPAS, IAITU-
'(gambar di bawah mencari arah menggunakan tangan kiri ia berlaku dikawasan lain dimana koardinat tidak sama dan berbeza) JIKA DI MALAYSIA GUNAKAN TANGAN KANAN DAN MENGGUNAKANN TEKNIK YANG SERUPA. JIKA DI KL BEARING KIBLAT IALAH 292.6846 )', yang sebenarnya ialah seperti diatas iaitu tulisan yang tidak condong dan terang (bold) harap maklum.

note: gambar ini tangan kiri guna untuk arah kiblat



Cara (4) Dengan menggunakan posisi zawal matahari di Kaabah. Kaedah ini adalah berpandukan kepada kedudukan matahari yang akan berada tepat pada suatu tempat. Bagaimanapun kaedah ini hanya berlaku 2 kali sahaja dalam setahun dalam pergerakan matahari. Sekali apabila matahari bergerak ke titik utara iaitu pada 28 Mei.

caranya ialah:

  1. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Anda boleh memeriksanya dengan menggunakan sebarang pemberat yang diikat pada hujung tiang berkenaan.
  2. Tepat pada masanya (jam 5.16 petang pada 28 Mei atau 5.28 petang pada 16 Julai), bayang yang ditunjukkan tiang tegak, bersamaan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Arah kiblat ialah arah yang bertentangan iaitu menghadap ke barat.
  3. Pilih tempat yang tidak terlindung dan cahaya matahari. Pacakkan satu tiang di lihat arah kiblatnya.
  4. Anda boleh juga dilakukan dengan menggunakan bayang yang ditunjukkan oleh tiang bendera, tiang lampu atau sisi-sisi rumah yang tegak atau apa saj objek yang lurus.


Sekian sahaja yang dapat saya (lusuh)buat untuk pengetahuan kita bersama, saya berharap agar ia menjadi panduan untuk semua. Yang baik datang Allah, dan yang buruk datang dari manusia sendiri. Jika ada kesilapan dalam penulisan ini harap di egur ok....selamat membaca kepada peminat outdoor...
sekian terima kasih

Lusuh Adventure
160309 (0943)
http://lusuh.multiply.com
(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

Lusuh Adventure Online Camping Shop

LORAS Bushcraft Survival (recreation & Survival program)
https://loras2u.blogspot.com/y